Hai semua! Semua sihat author sihat je!
Bes ke tak bes terpulang pada anda
Maaf kalau ada silap salah dalam Chapter ini
Selamat Membaca And Enjoy Semua
Kawan Lama
Hari ini kaizo akan berjumpa dengan kawan lama dia. Kaizo sudah bangun awal untuk bersiap. Kaizo ada membawa bungkusan yang berwarna merah, kaizo tidak mahu kejut kan adik dia kerana dia tahu fang sudah kemas rumah sampai jam 1 pagi. Sebelum kaizo keluar dia ada tinggal kan nota di atas meja ruang tamu. Kaizo pun keluar dan pergi ke Taman Pulau Rintis yang berhampiran dengan kedai tok aba.
Tiba-tiba fang bangun, tapi abang dia sudah tiada di rumah, fang nampak ada nota dia atas meja ruang tamu, fang pun baca "Pang kalau kau cari abang,abang ada di Taman Pulau Rintis untuk jumpa dengan kawan lama abang." Fang pun keluar sebab nak jumpa boboiboy, dia tak kisah kalau abang dia nak jumpa kawan lama ke kawan baru, yang penting abang dia dah beri tahu dengan dia. Boboiboy nampak fang lalu dia panggil fang.
"Fang aku ada kat sini!"
"Kejap aku datang!"
Fang pun menuju kearah kedai tok aba. Dia nampak gopal pun ada di situ, mereka bersembang di kedai tok aba. Yaya dan Ying pun datang sambil melambai tangan. Yaya dan Ying pun duduk, gopal nampak yaya bawa biskut dia lalu dia lagi sebab dia tak nak makan biskut yang tak berapa sedap. "Eh...kenapa gopal lari?" Yaya rasa pelik kenapa gopal lari lepas nampak dia dan bakul dia "entah...eh yaya apa yang kau bawak dalam bakul tu?" Tanya boboiboy, Yaya pun buka bakul dia dan terdapat biskut dia yang begitu banyak sekali, fang pun kata "la...patutlah gopal lari dia nampak biskut kau" ying hanya ketawa kerana gopal lari kerana biskut yaya. "Yaya kenapa kau bawak biskut kau banyak-banyak?" tanya fang, "aku bawak sebab aku nak jual?"
"Ada ke orang nak beli"
"Ha ah...nanti orang tak nak beli macam mana" kata boboiboy
"Haiya...jangan cakap macam tu, yaya cuma nak jual biskut dia saja ma..."
Ying cuba untuk ceria kan yaya yang hampir sedih kerana kata-kata fang dan boboiboy. Tapi mungkin ada betul juga kata Fang dan boboiboy, mungkin tiada siapa yang akan beli biskut dia.
Fang nampak abang dia menuju ke sini dengan seorang perempuan, rambut dia panjang dan berwarna merah, baju,muka,mata dan topeng mereka sama cuma warna sahaja merah, kaizo punya berwarna biru tapi mata kaizo merah juga. Kaizo pun tiba di kedai tok aba, fang pun tanya "abang siapa dia ni?"
"Ini kapten kaiza kawan lama abang"
"Hai fang dan hai kepada boboiboy, ying, yaya dan gopal...eh mana gopal" kaiza tertanya-tanya mana perginya gopal
"Hai kapten kaiza" mereka berempat serentak bersuara
"Gopal dah lari lepas nampak biskut yaya" jawap ying
"Eh...kenapa dengan biskut yaya? Tak sedap ke?"
"Sebenarnya biskut yaya ni..akan buat orang pengsan sebab tu gopal lari" kata fang
"Yaya kapten nak rasa biskut yaya boleh?" Tanya kaiza
"Boleh...ambil lah kapten"
"Sebelum tu korang semua panggil je kapten kak kaiza atau kaiza lagi senang" kaiza pun rasa biskut yaya
"Macam mana kak ok tak?" Yaya ingin tahu kalau kaiza suka biskut dia
"Hm...yaya apa yaya letak dalam biskut ni? Rasa dia pelik lah"
"Yaya letak bawang, mentega,daun limau purut dan kertas pasir tu je"
"La...patut orang pengsan makan biskut kau, kau letak semua benda tu adohh..." Boboiboy baru sahaja tau apa yang diletakkan dalam biskut tu
"Yaya bahan-bahan yang yaya buat tu salah" kaiza tidak marah dengan sesiapa, sebab dia seorang yang baik hati tak suka marah-marah kecuali ketika berlawan dengan alien jahat.
Fang pun tanya kepada kaiza "kak nanti akak nak tidur mana? Apa kata akak tidur dia rumah kami berdua, lagi pun masih ada bilik kosong"
"Betul ke ni fang terima kasih sebab bagi akak tinggal bersama dengan fang dan kaizo" kaiza begitu gembira
"Sama-sama kak" fang pun tersenyum kerana melihat kaiza gembira.
Hari pun sudah senja semua sudah balik kerumah masing-masing. Sampai sahaja di rumah fang terus tanya dengan kaiza "kak, akak ada kuasa apa?" Kaiza pun jawap "akak ada kuasa manipulasi tenaga, kuasa manipulasi alektrik/elektronik, bayang , garavity , kuasa tukaran Kuasa manipulasi masa , dan banyak lagi kuasa yang misteri dalam diri akak dan akak boleh berpecah juga tapi hanya Sampai 14 iaitu gempa, halilintar,taufan,ice,blaze,thorn,solar,awan,dark,magnet,electric,telipati,emerald dan sand" dan dia sambung lagi "sebenarnya akak ada banyak lagi kuasa yang tersembunyi dalm diri akak tapi kuasa manipulasi tenaga dan elektronik/elektrik tu datang dari jam kuasa akak, kalau kuasa lain semua datang dari diri akak sendiri, dalam badan akak terlalu banyak kuasa yang masih tersembunyi tapi semua kuasa akak ni sudah tahap tertinggi dan terkuat hanya akak je yang boleh kawal kuasa ni" fang terus ternganga sebab tak sangka banyak kuasa dia.
Fang baru teringat tadi ochobot ada scane kaiza, ochobot kata kaiza ada banyak kuasa sehingga tidak dapta dikira berapa banyak lagi kausa dalam diri dia, tahap kuasa dia pun luar biasa dan tiadak dapat dikira juga. Kaiza terus tanya dengan fang kalau dia lapar, "tak pe lah kak fang dah pandai masak tapi setiap kali fang buat sup lobak merah mesti abang kata rasa macam sup sabun" kaiza dan fangpun pergi ke dapur untuk masak, fang akan tolong susun dan atur meja makan, kaiza pula akan memasak.
Selepas beberapa minit memasak kaiza akan panggil kaizo untuk makan. Kali ini fang akan suruh abang dia rasa masakan kaiza sebab tadi fang dah rasa memang sedap. Kaizo pun duduk dia meja makan dan rasa sup lobak merah yang di masak oleh kaiza, "Sedapnya sup lobak merah ni" fang dan kaiza tersenyum melihat kaizo makan dengan begitu selera. Kaiza bangun dari tempat duduk dan pergi ke peti sejuk untuk mengambil ice cream lobak merah yang di buat oleh fang dan kaiza tadi. "Hah siapa nak ice cream lobak merah" kaizo dan fang ambil sorang satu ice cream, "kak lain kali kita buat ice cream lobak merah lagi...boleh?" Kaiza pun jawap "boleh kalau nak buat hari-hari lagi bes" fang begitu gembira sekali.
Akhirnya semua sudah siap makan masa untuk mereka baut kerja sendiri. Kaizo macam biasa dengan novel hantu dia, fang akan ulang kaji, kaiza dia kan mandi dulu sebelum baca buku dan tidur. Selepas sahaja kaiza siap mandi dia akan baca buku kesukaan dia iaitu novel persahabatan sejati. Fang pun turun ke bawah, dia nampak kaiza dan abang dia sedang baca buku, kaiza pun nampak fang lalu dia panggil fang untuk toton tv. Kaiza akan berhenti membaca bila menonton tv.
"Fang tadi buat apa kat bilik?" Tanya kaiza
"Fang tengah ulang kaji lagi pun fang kena pandai"
"Patutlah fang lama dalam bilik, fang selalunya belajar berapa jam?"
"Lama sikit 1 jam atau 2 jam fang akan ulang kaji"
"Lama juga tu, tapi fang kan nak pandai, macam ni baru lah adik angkat akak"
"Akak ni anak sulung ke?"
"Iya akak anak sulung, akak tiada abang tiada akak dan tiada adik"
"Mana mak ayah akak"
"Mak ayah akak dah lama tinggal kan akak, mereka di bunuh oleh Ratu Lily"
"Akak kalau akak nak tau mak ayah fang dengan abang pun dah tinggalkan kami, mereka pun dibunuh oleh Ratu Lily"
"Tak pe, lagi pun akak ada kaizo dan fang" kaizo yang masih lagi baca novel hantu dengar kata-kata kaiza, kaizo hanya dapat tersenyum begitu juga fang tersenyum dengar apa yang dikatakan oleh kaiza.
Keesokan harinya kaizo sudah kejut kan fang kerana latihan tempur kaiza pun bangun sebab nak juga berlatih dengan kaizo dan fang. Selepas sahaja habis latihan tempur fang akan berehat, kaiza pula akan kemas rumah, perasaan penat atau lelah tak pernah wujud dalm diri dia, dia sentiasa bertenaga. Selepas kemas fang dan kaiza akan pergi ke kedai tok aba, kaizo akan duduk di rumah sebab dia nak baca novel hantu dia.
Sampai sahaja di kedai tok aba fang akan bersembang dengan boboiboy, kaiza akan memesan air untuk fang dan dia. Tiba-tiba gopal muncul di sebelah boboiboy, boboiboy pun terkejut kerana kehadiran gopal yang mengejut, gopal rasa pelik siapa perempuan yang duduk di sebelah fang, gopal pun tanya dekat fang
"Fang siapa kat sebelah kau tu?"
"Ini kapten kaiza kawan lama abang aku"
"Fang...nah ice blended chocolate" kaiza pun beri kan air tu kepada fang
"Hah...sedapnya fang aku oun nak juga"
"Ini mesti gopal kan? Nah ice blended chocolate untuk gopal...ini akak belanja"
"Wah terima kasih kapten kaiza" gopal terus minum ice blended chocolate yang di beri oleh kaiza
"Gopal panggil je dia kak kiaza" kata boboiboy
"Eh...takpe ke?"
"Ye lah... fang, aku , yaya, ying panggil dia kak kaiza sebab dia suruh lagi senang"
"Bila dia datang sini boboiboy?"
"Semalam dia datang, tapi kau dah lari sebab nampak biskut yaya"
"Boboiboy akak nak tanya kenapa yaya buat biskut dia macam tu?" Tanya kaiza
"Entah boboiboy pun tak tau"
"Mungkin sebab kalau bab biskut ni dia tak reti tu yang dia main letak je" kata fang
"Dey...jangan cakap macam nanti yaya marah" kata gopal
"Tak pe nanti akak ajar dia macam mana buat biskut yang sebenar" kata kaiza.
Nampaknya kaiza akan ajar yaya macam mana cara buat biskut yang sebenar akhirnya, nanti tiada siapa yang akan pengsan lepas makan biskut yaya. Tapi yaya mesti simpan resepi biskut yang lama, sebab nanati lahap akan cari biskut yang bertoksik dan sangat sedap bagi dia.
nampaknya kaiza akan ajar
Yaya macam mana buat biskut yang sebenar
Tapi yaya kena simpan resepi biskut yang lama
Sebab untuk lahap lah.
Kita akan bertemu lagi di Chapter yang seterusnya.
