Tsubasa Fara
Ep 1: Tugasan pelik
(Yuhuu,lamanya tak menulis,sori agak sibuk kebelakangan nie tapi insyallah akan diteruskan juga story ni,fusion pertama Tsubasa chronicle dan Fara)
"Kita ada masalah besar?" Sanju memulakan bicara mesyuarat tergempar Panas Fm hari itu
"Mu nie ghapo Sanju,mace oghe keno tungau je?" Nordin a.k.a Din jejaka jambu
"Fara tak masuk konti sejak semalam"
"Kenapa wak?" Wanda yang blur itu bertanya
"FARA HILANG!!!!!!!!!!" Sanju menjerit
"APA?" Semua terkejut
"Sejak kemarin dia tak balik,tanya kat famili dia pun ,mereka tak tahu
"Gawat ni" Jimmy mula tak senang duduk
Semua termenung ,tapi dimana Fara sebenarnya…………………………………..
(Kedai antik Yuuko
Fara terasa amat berat sekali kepalanya saat itu,dia cuba mengingati di mana dia berada namun gagal
"Kamu dah sedar rupanya" Seorang wanita yang jelita menyapanya
"Saya di mana?" Fara bertanya
"Kamu berada di kedai saya sekarang, saya Yuuko dan saya perlukan bantuan kamu
"Huh,kenapa saya?"
"Kamu mempunyai pengaruh yang besar pada keseimbangan dunia dan semuanya
bergantung pada kamu" Yuuko memulakan bicara
"Maksud awak?"
"Pengaruh kamu dalam mendamaikan perasaan manusia membuat 2 kuasa baik dan jahat ingin memiliki kamu bagi tujuan mereka"
"Ini tak betul,saya hanyalah penyampai radio yang biasa sahaja"
"Secara logiknya ya,tapi kamu sendiri memiliki kuasa yang tidak kamu sedari,semangat berjuang untuk hidup adalah lebih besar dari mana-mana kuasa magik yang ada dalam setiap dimensi" Yuuko menjelaskan
"Habis tu kenapa saya dilibatkan sekali dalam hal ini,bukan ke ramai lagi yang lebih hebat dari saya?"
"Kuasa kamu digabungkan dengan kuasa 4 pengembara dimensi pasti akan menyelamatkan dunia,kamu merupakan ahli terakhir bagi pelengkap kumpulan pengembaraan ini,bantulah mereka Fara"
"Saya masih rasa ini tak betul, saya tak sekuat empat pengembara itu"
"Takdir telah menentukan bahawa kamulah yang diperlukan mereka,jangan tolak takdir kamu Fara"
"Berikan saya masa bagi memikirkan pekara ini,sebab pada saya pekara ini bukan boleh dibuat main-main"
"Saya berikan masa 3 hari untuk kamu berfikir,sementara itu saya kembalikan kamu ke tempat asal kamu dan jalankan tugas kamu seperti biasa"
"Saya faham……" Fara bersuara lemah,lalu dia disinari cahaya dan pabila cahaya itu hilang Fara mendapati dirinya berada di pejabat Panas Fm lalu dia terdengar suara Yuuko berbisik,,,,,
"3 hari sahaja……"
Bersambung daa……….
(Sedutan Tsubasa Fara akan datang)
"Kenapa aku yang dipilih,apa sebenarnya ada pada aku hingga takdir aku ditentukan begini" Fara merenung Gaias yang diberi Yuuko,namun tiba-tiba…..
"Jadi perempuan tua tu hantar kau untuk bantu kami ya" seorang ninja yang bengis merenung Fara
"Kuro,janganlah berkasar dengan dia" satu suara lembut menyapa,Fara terkasima
(Tunggu la episode 2 nanti)
