Diclaimer: Boboiboy adalah hak milik Animonsta.

Sejujurnya dah lama tak menulis. Maaf kalau tak faham benda yang aku merapu ni.

Don't like don't read.

OK, Enjoy!

BAB 1

Ah…

Perlahan-lahan dia membuka matanya. Namun, sinar cahaya yang menerobos ke dalam kanta matanya agak berlebihan membuatkan matanya silau.

Di mana aku?

Dia dapat melihat tangan kanannya melindungi matanya. Cuba mahu mengawal jumlah cahaya yang masuk. Akan tetapi, dia masih gagal mengenal pasti di mana dia berada sekarang.

Di mana aku sekarang?

Ada kekecohan tidak jauh dari tempatnya. Penglihatannya masih smar-samar tetapi telinganya dapat menangkap bunyi itu. Seketika kemudian, sesuatu dihempas dan ada lagi bunyi bising kedengaran. Kemudian, menjadi semakin perlahan.

"Adik okey?" Huh?

Dia cuba berpaling sebagai respons tetapi kudratnya menidakkan. Badannya terlalu lemah. Satu-satunya perkara yang dia mampu cumalah memejam dan mecelik matanya berulang-ulang kali. Sekurang-kurangnya bayangan di hadapannya semakin jelas . Sesosok tubuh.

"Adik okey?". Sesosok tubuh dengan senyuman di wajah, berkot putih .

Dia dapat rasakan kulit mukanya berkerut. Satu petanda bahawa dia masih keliru. Matanya melilau ke sekitar, tidak mahu memandang susuk tubuh itu. Jelaslah, matanya sudah mampu menyesuaikan diri dengan pencahayaan di situ.

Di mana aku berada sekarang...

"Jangan risau. Adik di hospital sekarang," susuk tubuh itu meneruskan , seolah-olah mampu membaca mindanya sebelum susuk tubuh itu beralih kepada seorang beruniform putih di sebelahnya. Juga mengalihkan diri sebagai penghadang cahaya lampu.

"Pesakit dalam keadaan stabil".

Matanya mengecil dan kembali sakit. Tiba-tiba dia berasa sesuatu.

Dengan sisa tenaga yang ada, dia cuba menarik lengan baju insan berkot putih itu yang dari tadi lengan baju itu mengoles-oles lembut kulit tangannya yang pucat tanpa susuk tubuh itu sendiri sedar.

Insan berkot putih itu berpaling, agak terkejut sebenarnya. Dia lalu meraih jari-jemari bertulang itu yang merentap perlahan-lahan baju lengannya sebentar tadi.Dia merenung mata kuyu di hadapannya."Adik mahu apa-apa?"Dia bergumam perlahan dan terlihat pergerakan.

Siapa...

Dia terlihat pergerakan dari bibir pesakitnya. Perkataan pertama dia dapat kenal pasti tetapi untuk yang berikutnya dia tidak dapat menangkap perkataan itu.

Siapa... Perkataan itu dia yakin.

Tetapi kemudiannya diikuti dengan pergerakan membuka mulut sebelum memuncung yang lemah. Dia melihat pesakitnya berusaha untuk menyampaikan sesuatu kepada mereka walaupun tahu dia tidak berdaya.

Hanya selepas beberapa ketika, barulah sel-sel otaknya dapat meneka huruf-huruf terakhir itu. Dia tidak berharap dan tidak menjangka perkara seperti ini akan berlaku.

Pesakit itu cuba mengungkapkan perkataan itu lagi.

...siapa...aku...

Dan doktor itu walaupun kurang pasti dapat merasakan bahawa pesakit itu sudah kehilangan memorinya.

Okey,tamat bab 1. Jangan tanya bila bab 2 akan di-update sebab aku buat semua ni pun untuk suka-suka, yang di atas tu aku main ambil dan campak saja apa yang terlintas, macam lori kitar semula. Last2 sekali berguna juga barang kitar semula tu. Lebih kurang macam tu perumpamaannyaLagipun aku SPM tahun ni. Jadi untuk mengelak idea2 aku daripada terbuang macam tu saja, baiklah aku tuliskan sekarang(Rasanya benda yang berguna(?) tak patut peram lama2 nanti jadi tak sedap macam tempoyak dalam peti sejuk,dah 3 tahun duduk dalam peti,tak makan2 juga).

Terima kasih sudi baca cerita yang tak seberapa ini.(^_^)