THE FUTURE: CHAPTER 1
Boboiboy dalam perjalanan balik ke rumah dari sekolah. Boboiboy balik sorang2 (selalunya dia akan balik dgn kawan2 yg lain tapi hari ni dia terasa macam nk balik sorang -kononnya terasa macam ada hasutan(?) bagitau dia kena berseorangan hari ni.#hasutandaripadaauthor (readers:?)
Di tengah perjalanan, tiba2 boboiboy didatangi seorang lelaki tak dikenali (tinggi lampai) berjaket hitam labuh menyentuh tanah, nampak -smart- sebab jaket itu berkibaran(?) ke belakang macam jalur gemilang(?) apabila ditiup angin (on-time betul angin ni! ) menampakkan pakaian di dalam yang juga serba hitam, dengan background aura hitam, muka tidak kelihatan sebab hoodie yg dipakai menutupi separuh muka.
Boboiboy terasa ada something yang tidak kena akan berlaku. Musuh baharu maybe?
Tanpa disedari boboiboy , lelaki tersebut berada di belakang boboiboy (tadi dekat depan) lalu menangkup? menyerkup? menutup? or whatever mulut boboiboy dengan sapu tangan dan membawa lari boboiboy (more to melenyapkan)
Lelaki tersebut melarikan boboiboy menggunakan kuasa yg sama seperti boboiboy iaitu halilintar tapi lagi laju dari kuasa halilintar boboiboy mungkin lagi laju dari kelajuan cahaya (okey..bayangkan dia berlari dengan kelajuan halilintar semasa masa dihentikan dan hasilnya..zing! Mereka hilang tanpa sempat readers nak kelip mata(?)
Boboiboy dibawa oleh lelaki tersebut ke satu tempat yang dia sendiri tidak tahu , sebab tempat tu terlalu gelap dan hanya satu lampu mentol yang terpasang cukup utk menerangi mereka berdua sahaja.
"Siapa kau sebenarnya! Kenapa kau culik aku! Kenapa kau ada kuasa halilintar sama macam aku!"soal boboiboy kepada lelaki itu.
Lalu lelaki tersebut menarik ke belakang(?) hoodie dengan sebelah tangan utk mendedahkan muka. Apa yang kelihatan ialah rupa BOBOIBOY sendiri. (100% perfect sama dengan rupa boboiboy) cuma lagi nampak matang kecuali rambutnya yg 100% putih dan ada parut 100% pelik di muka..(100%100%100%)
"Hah?!" ( boboiboy: hah! , readers: lagi hah! author: heh ;p)
"Aku... ialah KAU DARI MASA DEPAN!
"Apa?! Tak mungkin!"
"Aku datang ke sini untuk bunuh kau! Cannon.. a-"
Pang! Arh!
Boboiboy(masa depan) terjatuh dan pengsan kerana dipukul kuat oleh seseorang dari belakang. Muncul seorang lagi lelaki pelik berambut ungu ,tinggi dan sado, berpakaian serba ungu, sedang memegang sesuatu seperti sebuah -hammer- bayang bercahaya merah di belakang (kepala hammer tu lagi besar dari anak gajah) yang digunakan tadi utk menyerang hendap boboiboy(masa depan) dari belakang.
"Portal bayang!"muncul sebuah portal misteri yg dilakukan oleh lelaki itu dengan jurus bayang. (wait! bukan ke tempat tu gelap. Macam mana boleh ada bayang?)
Lelaki itu kemudian mengangkat boboiboy(masa depan) lalu mencampakkannya(?) ke dalam portal tersebut. Kemudian lelaki itu juga melangkah masuk ke dalam portal.
"Tunggu!"kata boboiboy.
Langkah lelaki itu terhenti, lalu memandang (menjeling) boboiboy.
"Siapa kau!"soal boboiboy.
"Kau tahu siapa aku, boboiboy"dengan nada sinis dia menjawab tanpa menoleh ke belakang. Kemudian lelaki itu masuk ke dalam portal lalu portal itu lenyap.
Fang?
Bersambung...
