Yoh minna ! This is my first fanfiction. I hope you enjoy.
MYSELF IS JUST FOR YOU
by : Misaki Pendragon
Pairings : Sasunaru , Itakyuu
Genre : Romance , Hurt
Rated T
Disclaimer : Masashi Kishimoto
Don't like , Don't read
R & R
"Saya nak keluar pergi pantai sekejap. "
"Ya baiklah, hati-hati jalan!" ujar seorang wanita berambut lavender dari dapur.
Hampir 10 minit berjalan tanpa henti akhirnya dia sampai ke destinasi yang dituju. Dia duduk di atas kerusi yang tersedia di pantai itu sambil melihat sekeliling sambil terkenang masa lampau, tanpa sedar air matanya mengalir di kedua-dua belah pipinya. Rambut panjangnya yang berwarna blonde ditiup angin pantai, tangannya mengusap perutnya yang semakin hari semakin membesar.
"Apa yang kau tengah buat sekarang ni, Sasuke. " ujarnya sambil mengelap air matanya.
.
.
.
.
.
.
Kereta Honda berwarna putih berhenti di hadapan pintu pagar, satu kaki keluar daripada dalam kereta itu.
"Okey bro, aku dah hantar kau so aku harap sangat kau hati hati bila masuk rumah bukan apa takut nanti bapak harimau terkam kau depan pintu." Seorang lelaki bermata kucing ketawa bila mendengar ayat kawannya yang sedang memandu kereta.
"Alah kau ni macam tak biasa pulak, nanti adalah abang aku tolong bukakan pintu bapak harimau takde sebab bapak harimau tengah tidur. " ujar seorang lelaki berambut blonde atau lebih dikenali sebagai Uzumaki Naruto.
"Hahaha. Apa-apa jelah bro, aku nak balik dulu, mengantuk dah ni. " ujar pemandu itu bernama Sai. Naruto hanya mengangguk dan melihat diorang pergi. Naruto cuba menelefon abangnya, Uzumaki Kyuubi, tetapi tidak angkat. Setelah itu Naruto cuba memanjat pagar rumahnya dan pergi ke hadapan pintu utama rumahnya itu. Dia cuba mendail nombor abangnya lagi.
"Hello Kyuu-nii cepatlah buka pintu ni. " ujarnya.
"Hm yelah jap. " ujar Kyuu dalam keadaan mengantuk. Dalam lebih kurang 2 minit pintu rumah dibuka. Naruto masuk tanpa melihat siapa yang membuka pintu rumah dan terus ingin mendaki anak tangga untuk ke dalam biliknya.
"Lajunya naik, nak pergi mana? " Naruto tersentap dengan teguran itu. Dia menoleh kearah suara dan mendapati tou-san nya yang mengur dan membuka pintu rumah.
"Erkk bilik? " ujar Naruto.
"Ouh. Baru balik dari mana? Dengan siapa? Buat apa? Pukul berapa dah sekarang ni? Kenapa sekarang balik? Kenapa tak balik petang esok? Hmm? Kenapa? " ujar tou-san Naruto, Namikaze Minato. Naruto hanya mendiamkan diri sebab dia tahu dia tak akan mampu menjawab semua soalan Minato.
"Dah. Pergi masuk bilik, mandi selalu. Esok pagi lepas sarapan ikut papa pergi pejabat." Naruto yang mendengar arahan tou-san nya hanya mengangguk dan berlalu pergi. Sebelum itu dia pergi ke bilik Kyuubi untuk melihat kenapa bukan dia yang membuka pintu rumah tadi. Naruto membuka pintu bilik Kyuubi dan mendapati abangnya masih tidur di atas katil. Hahaha memang tak boleh diharap.
.
.
.
.
.
.
Rasa mengantuk yang masih ada terpaksa diendahkan juga, dia bangun dari katilnya dan terus mandi. Selepas dia bersiap memakai baju untuk ke pejabat,dia turun dari tingkat atas dan terus menuju ke dapur.
"Awal bangun hari ni." perli Minato pada Naruto. Naruto hanya duduk di sebelah abangnya. Setelah selesai makan mereka bergegas ke Namikaze corp, syarikat keluarga milik Namikaze Minato. Sesampainya mereka di Namikaze corp, Minato memperkenal Naruto kepada staf-staf yang bekerja disitu. Maklum saja lah hari ini adalah hari pertama Naruto bekerja setelah pulang dari belajar di United State. Naruto sudah malas nak berkenalan dengan staf-staf di situ kerana kakinya sudah lengguh. Tak lama selepas itu, tou-san nya mengenalkan orang yang telah banyak berbakti dan menaikkan nama syarikatnya. Rambutnya berwarna raven, kulitnya putih mulus, matanya hitam dan tunuhnya sasa. Pemuda ini telah menarik perhatian Naruto dan matanya memandang kearah lelaki yang menurutnya,… handsome?
"Kenapa? "Naruto sedar dari lamunannya dan memandang ke bawah akibat perbuatannya sendiri.
"Naruto, perkenalkan ini Uchiha Sasuke. Sasuke perkenalkan ini putra bungsu tou-san, Uzumaki Naruto."
'Huh? Tou-san? Biar betul?' pelik Naruto dalam hati.
"Ouh dia rupanya, cantik orangnya." Naruto yang mendengar perkataan 'cantik' memberikan death glare kepada Sasuke.
"Ye. Dial ah orangnya."
"Huh?"
"Selamat berkenalan, bakal isteri ku."
"EEEEEHHHHHHHHHHHHHH?!"
.
.
.
.
.
.
TBC
.
.
.
.
.
Yosh minna! Macam mana ? Ok tak ?Gomen kalau tak bagus sangat hehe . Maklumlah ni kan first ff .
Kalau ada apa apa idea boleh review. Kerjasama anda amat dihargai.
Reviews for more ! xD
Jaa ne~ xD
