Fic yang terinspirasi dari lagu Thorn Love nyanyian 4MEN
AUteens! - Fang dan Boboiboy keduanya berusia 19 tahun. Genderbend, Fang x fem!Boboiboy. Human!Ejo jo, OOC for a reason
maaf saya sedar saya patut sambung fic 'This unrequited feeling for you' tapi saya memang dah lama nak tulis fic yang ada genderbend fem!Boboiboy jadi tu yang saya tulis fic ni kebetulan tengah kurang inspirasi hehehe~
Satu pembunuhan berlaku di bangunan terbengkalai. Tangan sang pembunuh bersenjatakan pisau berlumuran darah si mangsa namun sang pembunuh langsung tidak menunjukkan sebarang ekspresi belas kasihan. Malahan darah si mangsa sedikit terpalit di wajah sang pembunuh. Kerana sudah terlalu biasa dengan pekerjaan sebegini.
Sebagai seorang pembunuh upahan.
Dengan tenang sang pembunuh membakar mayat si mangsa dan membersihkan segala bukti pembunuhan, seolah-olah kejadian sebelumnya tidak pernah berlaku. Matanya di balik rambut berwarna biru langit malam seakan tak bernyawa, namun terpaksa jua dia meneruskan pekerjaan ini yang dibencinya, demi orang yang dicintainya.
Satu-satunya alasan sang pembunuh ini masih sudi meneruskan hidupnya. Kerana dia mahu melindungi senyuman gadis itu. Tanpa mengira apa akibat yang mungkin menimpa dirinya.
.
.
.
Setelah selesai menguruskan penghapusan bukti pembunuhan itu, sang pembunuh mengambil kacamatanya yang bertinta kebiruan dan memakai membuatnya berhasil menutup pandangan matanya yang tidak menyenangkan, hasil dari kerja pembunuhan yang sudah tak terhitung dengan jarinya.
Lantas tangan kanannya menyeluk saku jaketnya mengambil cellphone dan mendail nombor berkenaan untuk melaporkan tugas pembunuhan.
''Hei Ejo jo! Aku dah selesaikan tugas yang kau bagi. Sekarang aku tak mahu ada apa-apa kaitan dengan kau lagi!''
''kau pasti ke Fang?'' Pemilik suara di talian lain kedengaran seperti tersenyum sinis.
Sang pembunuh berkacamata biru mengerutkan alis.
''Ejo jo apa maksud kau..?''
''KAU CAKAP INI YANG KALI TERAKHIR!'' bentak Fang sejurus memahami maksud pertanyaan Ejo jo.
''aku cuma kata mungkin."
'' .! ''
Fang mengertap gigi menahan marah. Tangan kirinya dikepalkan erat hingga kukunya melukakan telapak tangannya.
''EJO JO KAU NI MEMANG DAH MELAMPAU!''
Sang pengugut Fang yang bertatu di mata kirinya terus ketawa terbahak-bahak kerana berjaya mempergunakan seorang pembunuh upahan elit hanya dengan keselamatan seorang gadis naif yang suci.
Fang hanya mampu melutut lemah, menangis meratapi nasibnya sendiri.
Fang segera mengesat air matanya dan bangun apabila teringat pada senyuman gadis yang dicintainya.
'tak kira apa pun aku mesti tabah.'
'semua ni demi awak Boboiboy.'
.
.
.
.
Sang pembunuh berusia belasan tahun duduk berehat di bangku Taman beriadah di Pulau Rintis. Ironinya, tiada siapa di antara mereka yang lalu lalang menyedari seorang pembunuh elit ada di kalangan mereka. Sang pemuda hanya memerhatikan gadis dicintainya dari jauh, sedang melakukan tugas sebagai pelayan kafe kokotiam. Fang tersenyum bahagia. Dapat melihat senyuman ceria gadis itu sudah cukup amat bermakna baginya.
Tiba-tiba cellphonenya yang berada di dalam saku jaketnya bergetar tanda menerima panggilan. Fang mengambil cellphonenya dan melihat nombor si pemanggil terus membuat pipinya kemerahan bila mengetahui siapa sang pemanggil.
''Hello Fang, saya minta maaf kalau panggilan saya mengganggu awak waktu sibuk, saya cuma.. um..rasanya dah lama kita tak berjumpa dan berbual, jadi.. ''
'kerana saya terlalu rindukan awak..' ucap gadis itu menyambung di dalam hati. Manik air matanya hampir jatuh terurai.
Manakala Fang hampir menggeletar tangan mendengar suara merdu gadis yang dicintai, teramat sangat ingin memeluknya, juga merinduinya setengah mati.
''Tak Boboiboy! Saya yang patut minta maaf! Saya pun dah lama mahu berjumpa dengan awak. jadi..'' Fang terdiam sejenak memikirkan sesuatu.
''Bagaimana kalau ahad ni kita berjumpa?'' Fang menyambung sambil tersenyum. Perasaannya sama seperti mengajak Boboiboy bertemujanji untuk kali pertama. Dengan pantas si gadis itu menjawab dengan ceria.
''Betul ke?!''
''Ya.''
''Baiklah. Kalau macam tu saya tak sabar nak tunggu hari ahad ni!''
Kedua duanya tersenyum bahagia di balik talian masing-masing. Boboiboy menamatkan talian. Pada masa kini, tiada apa yang mahu diharapkan oleh Fang selain berdoa semoga pertemuannya dengan Boboiboy berjalan lancar.
Matanya di balik kacamata biru memandang redup ke arah langit tenang.
'aku tahu aku tidak layak, tapi untuk kali ini saja Tuhan..' ujarnya dalam hati mengukir senyuman pahit.
.
.
.
===Bersambung...===
ehehe.. sori chapter ni pendek je. review adalah sumber motivasi \(=w=)/
