Pairing : Namjin

Lenght : Short

Rate : T

Warning : BL, bxb, Yaoi, Boys Love, Typo

Title : Waiting For You

.

.

.

Kim Seokjin menatap lurus di hadapannya melihat tayangan filem Malificent bersama-sama Taehyung dan Jimin. Jungkook dan Hoseok telah diulit mimpi terlebih dahulu selepas mereka menyelesaikan latihan tarian mereka. Yoongi dan Namjoon masih belum pulang kerana mereka mempunyai meeting dengan Bang PD.

Taehyung dan Jimin melihat tayangan filem dengan bersemangat sekali kerana mereka berdua memang gemar akan filem yang bergenre seperti itu. Seokjin melirik jam di dinding. Sudah jam 12 pagi. Seokjin melihat ke arah pintu dorm mereka dan menghembus kasar nafasnya. Tiada tanda-tanda pintu itu akan dibuka dari arah luar.

Kim Seokjin sebenarnya sudah terlalu penat dan ia memerlukan rehat tetapi digagahi juga matanya dan tubuhnya untuk masih segar di pagi hari semata-mata untuk menunggu kepulangan monster cute kesayangannya.

' Okay, 30 minit lagi. Kalau ia tidak pulang juga, aku tidur dahulu.' batin Seokjin.

Seokjin menunggu sambil kepalanya tersengguk-sengguk menahan kantuknya. sesekali matanya terbuka untuk melihat filem di hadapannya. Sesekali ia juga mendengar decakan kagum yang keluar dari mulut Jimin dan Taehyung.

"Akhirnya Seokjin membuka matanya luas dan melirik ke arah jam dinding sekali lagi dan melihat jam telah menunjukkan jam 1.00 pagi. Tidak Seokjin terasa waktu bergerak begitu pantas dan ia segera melihat pintu dorm sekali lagi. Masih tiada bunyian dan tanda seseorang akan membuka pintu tersebut.

" Hyung, baik kamu tidur dahulu. Kurasa mereka tidak akan pulang selagi jam tidak menunjukkan jam 4 atau 5 pagi." ujar Jimin. Seokjin hanya menatap ke arah Jimin dan hanya mengangguk pelan mengiyakan apa yang dikatakan oleh Jimin.

" Aku pun sudah penat menunggu Yoongi hyung. Tae, kau teruskan melihat filemnya. Aku mahu tidur." ujar Jimin pada Taehyung.

" Okay. Aku mahu melihat habis filemnya. Benar-benar mengujakan. Seokjin hyung, Kamu bagaimana?" tanya Taehyung.

" Aku duluan juga Tae. Aku tidak dapat membuka mataku langsung." jawab Seokjin sambil berdiri dan terus berjalan menuju ke biliknya dan Jimin telah pun masuk ke biliknya dan meninggalkan Taehyung seorang diri di ruang tamu.

Seokjin cuba membalikkan tubuhnya ke sebelah kanan. Tetapi tubuhnya tidak dapat bergerak. Ia cuba membalik secara kasar tetapi tetap tidak dapat. Ia merasakan ada sesuatu yang mengunci tubuhnya hingga ia tidak dapat bergerak.

Seokjin membuka matanya pelan-pelan dan mengerjap-ngerjapkan matanya untuk membiasakan matanya di dalam gelap yang remang-remang dicerahkan sedikit dengan cahaya daripada lampu tidur yang selalu dibuka oleh Seokjin.

Setelah dapat menyedarkan sedikit dirinya dari tidur lenanya, barulah Seokjin merasakan dirinya telah dipeluk erat oleh seseorang. Seokjin dapat melihat lengan seseorang tengah memeluk pinggangnya. Seokjin terus melihat ke belakang untuk melihat siapa pelakunya. Mana tahu kan, mungkin hantu yang memeluknya.

Pandangan Seokjin dihadapkan oleh wajah seseorang yang Seokjin menghabiskan masa 4 jam semalam untuk munggunya balik dorm. Monster kesayangannya. Seokjin memegang tangan Namjoon dan melepaskannya daripada memeluk pinggangnya dan terus membalikkan tubuhnya menghadap Namjoon.

Dilihatnya wajah kekasihnya lekat-lekat. Betapa Seokjin merindukannya. Seharian ini, Seokjin tidak melihatnya. Pagi sebelumnya, bangun dari tidurnya, Yoongi mengatakan Namjoon sudah keluar pagi-pagi lagi kerana Bang PD ingin berbincang sesuatu dengannya.

Dan apabila Seokjin menelefon Namjoon tengah hari itu, Namjoon memberitahu ia berada di studio untuk membuat lirik lagu untuk album terbaru mereka. Seokjin tidak berani ke studio di mana Namjoon berada kerana Namjoon tidak suka ada yang mengganggunya membuat lirik. Walaupun itu teman lelakinya sendiri. Seokjin akan ke sana jika Namjoon sendiri yang menyuruhnya ke sana.

Sebelah petangnya, Seokjin dan maknae line ke ruang latihan untuk berlatih menari. Sehinggalah Seokjin pulang ke dorm Namjoon masih lagi tiada di dorm mereka. Kan Seokjin jadi rindu. Seokjin harus melihat monsternya setiap hari walaupun hanya sekali.

Sekarang barulah Seokjin dapat melihat monster cutenya ini. Seokjin tersenyum melihat wajah Namjoon. Pelan-pelan Seokjin mengecup pipi kanan Namjoon. Mengecupnya lama. Melempiaskan rindunya untuk hari ini. Betapa Seokjin menyintai Namjoon.

Merasa seperti ada benda lembap dan kenyal menempel di pipinya, Namjoon membukakan matanya. Namjoon melihat wajah Seokjin di hadapannya. Namjoon memeluk Seokjin erat dan mendekatkan tubuh Seokjin kepadanya.

Seokjin melepaskan kecupannya dari pipi Namjoon dan menatap wajah Namjoon. Mereka menatap wajah masing-masing untuk menyalurkan perasaan cinta mereka. Akhirnya, senyuman Namjoon timbul di wajahnya.

" Jam berapa kamu pulang?" tanya Seokjin.

" Jam 4 pagi. Selepas habis meeting dengan Bang PD, aku menyambung kerjaku menulis lirik. Kalau boleh, aku ingin menyiapkannya." Jawab Namjoon.

Namjoon mendekatkan wajahnya pada Seokjin untuk menciumnya tetapi ditahan oleh tangan Seokjin.

" Hyung, kenapa?" tanya Namjoon.

" Yoongi." Jawab Seokjin sambil menggerakkan kepalanya ke arah belakang untuk melihat sama ada Yoongi berada di kasurnya atau pun tidak. Seokjin tidak suka kalau member grupnya menyaksikan cumbuan manisnya dengan Namjoon. Seokjin kan hyung. Kalau mereka melihatnya, jatuhlah air mukanya sebagai member yang tertua di BTS.

" Yoongi hyung tiada di sini. Ia tidur di bilik Jimin." Jawab Namjoon.

Seokjin menggerakkan kembali kepalanya ke arah Namjoon dan menatap lurus ke wajah Namjoon.

" Aku merindukanmu Namjoon. Seharian ini aku tidak melihatmu."

" Aku juga merindukanmu. Jika tidak, kamu tidak akan melihatku di sini."

Namjoon mendekatkan kembali wajahnya ke wajah Seokjin dan akhirnya bibir mereka bertemu. Mereka menyalurkan segala rasa rindu dan cinta mereka dalam ciuman tersebut. Ciuman lembut tersebut menjadi lumatan kecil dan kasar.

Ciuman tersebut dilepaskan sepihak oleh Namjoon dan Seokjin tidak dapat menerimanya dan ingin mengeluarkan bantahannya pada Namjoon. Seokjin kan masih belum puas mencium Namjoon.

Tetapi bantahan tersebut tertahan di mulutnya apabila Namjoon sudah menindihnya dan menenggelamkan wajahnya pada leher Seokjin. Menjilat dan menggigit kecil leher Seokjin.

" Aaahh, Namjoonie~."

Namjoon menghentikan gigitannya di leher Seokjin dan menggigit kecil telinga Seokjin dan membisikkan sesuatu ke telinga Seokjin yang akhirnya Namjoon mendapat anggukan pasrah dari Seokjin.

" Jinnie, aku menginginkanmu."

.

.

.

Saya mendapat idea untuk drabble ini. Saya membayangkan di mana Mama Jin kita pasti kelihatan cute apabila menunggu monsternya kembali ke dorm.