Hai semua! apa khabar? YEAH!

akhirnya fanfic baru dari author!

Maaf kalau ada salah silap dalam fanfic ini :D

Warning: dari chapter awal sampai chapter akhir memang ada banyak OC lah yea xP

Ini hanyalah imaginasi author sendiri~

Selamat Membaca dan ENJOY!


Previously on the last chapter of 'Aku Abang, Kau Adik'

"Pang, kalau nak juga pergi ke KL, abang bagi tetapi abang perlu ikut kau sekali" Muka Fang berubah, hati dia berasa sungguh gembira. Dia tidak tahu samada dia mahu menjerit atau peluk abang dia, jadi dia terus menjerit kegembiraan dan terus peluk abang dia kerana membenarkan dia pergi. "Terima kasih abang!" secara spontannya, Fang cium-cium pipi abang dia.

Akhirnya, dia dapat pergi ke Kuala Lumpur dengan orang-orang yang tersayang. Malam itu juga Fang bermimpi dia berada di dalam alam lain, bukan di Kuala Lumpur. Tetapi kenapa dunia itu nampak seperti benar. Cuma dia berada di zaman waktu seperti di cerita Merlin, biarkan sahajalah. Itu hanyalah mainan mimpi sahaja.


Bermulanya di Sini

Fang masih lagi tertanya-tanya, siapa kak Lynna sebenarnya? Bagaimana dia mendapat kuasa? Siapa musuh-musuh dia yang sebenarnya? Semuanya masih belum terjawap lagi. Fang telah meminta izin daripada abangnya, Kaizo untuk ke Kuala Lumpur bersama dengan Boboiboy dan rakan-rakan dia yang lain tapi disebabkan abangnya terlampau melindungi adiknya, dia mengikut Fang sekali ke Kuala Lumpur. Mereka semua berbelah bahagi, samada mahu duduk di rumah ibubapa Boboiboy atau duduk di rumah club house Lynna. Akhirnya, mereka membuat keputusan duduk di rumah ibubapa Boboiboy tetapi Fang mahu duduk di rumah Lynna kerana di situ ada banyak buku-buku yang dia belum lagi baca. Mereka semua tidak sabar untuk menghabiskan masa cuti sekolah mereka dengan pergi berjalan-jalan di Kuala Lumpur sebelum sekolah di buka.

Fang juga tidak tahu samada mahu rasa gembira atau rasa menjengkelkan dengan adanya abang dia tapi Fang biarkan sahaja. Kini dia berada di dalam keretapi yang sedang menuju ke Kuala Lumpur. Ochobot tidak ikut mereka semua, dia terpaksa temankan Tok Aba di Pulau Rintis. Boboiboy duduk di bahagian belakang Fang bersama dengan rakan baiknya, Gopal. Sementara Yaya dan Ying pula berada di depan Fang. Kaizo yang sedang duduk di sebelah adiknya, rasa agak gementar sekali kerana ini pertama kali dia keluar dari Pulau Rintis. Fang rasa nak tergelak melihat muka abangnya yang sedang cuba sembunyikan perasaan gementar dia.

"Abang, abang takut ke nak pergi KL?" tanya Fang

"Bila masa abang rasa takut. Kau jangan cuba nak buat cerita" Fang kenal sangat dengan egois abangnya tapi dia biarkan sahaja. "Yelah abang, nanti dah sampai sana. Abang jangan lari ke sana sini pula" Dia terbayangkan abang dia lari macam budak kecil yang sesat di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, mesti comel. Kaizo perasan dengan adiknya sedang terbayangkan diri dia, lalu dia jentik hidung adiknya.

"Kau nampak pedang tenaga aku?" Fang mengangguk sahaja "Bagus, jangan nak bercakap lagi. Abang nak rehatkan mata" Lalu abang dia lelapkan matanya. Fang pula duduk diam sambil melihat permandangan di luar tingkap. Dia berasa begitu seronok sekali kerana ini kali kedua dia dapat pergi ke KL. Dulu-dulu dia pernah ke KL tapi masa itu dia lari dari rumah kerana abang dia. Fang cukup bertuah kerana tiada apa-apa yang buruk terjadi kepada dirinya, dan nasib dia begitu baik kerana dia dapat bertemu dengan Lynna. Fang cukup selesa dengan kehadiran Lynna kerana dia sudah menganggap Lynna sebagai kakak sendiri. Tapi dia tidak dapat nafikan yang abang dia agak cemburu apabila melihat adik dia sendiri keluar berjalan-jalan dengan Lynna. Fang tidak sabar untuk pengembaraan dia di KL bersama dengan rakan-rakannya dan juga abangnya. Mungkin sesuatu yang tidak diduga akan berlaku, fikir Fang

Dia tersenyum sendiri sambil mendengar gelak ketawa dari Boboiboy dan Gopal. Yaya dan Ying pula sedang seronok berborak di hadapan dia. "Semuanya akan berjalan dengan lancar" bisik Fang. Lama kelamaan, dia terlelap di dalam keretapi dan bermimpi dia pergi mengembara di alam lain.


"Fang! bangun! kita dah sampai!"

Fang membuka matanya dan melihat di luar tingkap. Dia sudah berada di KL dan sudah tidak sabar lagi untuk pergi bersiar-siar di KL bersama dengan abang dia dan rakan-rakan dia juga. Fang baru teringat, mana abang dia? kenapa abang dia tidak kejutkan dia?

"Boboiboy, mana abang aku?" tanya Fang sambil mengambil beg bajunya. "Abang kau dah keluar dari keretapi, dia malas nak kejutkan kau, jadi dia suruh aku sahaja yang kejutkan kau"

"Cis! tak guna punya abang" Boboiboy tergelak sahaja.

"Dey, cepatlah! aku tak sabar dah nie, aku nak merasa kesemua makanan dekat KL!" Gopal tidak habis-habis dengan makanan dia. Baru sahaja tadi dia tukarkan sekeping kertas kepada chocolate kerana dia sudah kelaparan. Gopal menolak kedua rakannya untuk keluar dari keretapi tersebut. Boboiboy dan Fang terpaksa berjalan berhimpit-himpit di dalam keretapi tersebut kerana mereka di tolak oleh Gopal

Sampai sahaja di muka pintu keretapi, mereka berdua ternampak abang dia sedang bersilang tangan, Yaya dan juga Ying sedang menunggu mereka bertiga. "Baru nak keluar, aku baru sahaja nak tinggalkan kamu semua" Kaizo mengangkat beg bajunya dan lalu berjalan ke tangga untuk turun ke bawah. Lynna yang berada di tingkat bawah, sedang menunggu mereka semua di tempat menunggu. Lynna sudah lama berada di situ, dia telah membawa van yang besar sedikit supaya mereka semua muat masuk ke dalam van tersebut. Van itu bukan milik dia, tetapi milik kawan lelaki dia. Dia hanya meminjam untuk beberapa hari sahaja.

Suasana di stesen keretapi agak kelam kabut kerana begitu ramai sekali orang masuk dan keluar dari stesen tersebut. Ada yang baru balik dari kerja, ada yang baru sahaja nak keluar pergi berjalan-jalan dan ada juga hendak menuju ke kampung halaman mereka. Lynna mereka cari-cari mereka di dalam lautan manusia itu, akhirnya dia dapat juga mencari mereka. Fang melambai-lambai ke arah Lynna.

Mereka semua bergerak begitu laju sekali sehingga Gopal hampir terlanggar beberapa orang di situ. Kaizo pula dengan begnya di bahunya, berjalan begitu bergaya sekali, ada beberapa gadis berhenti melihat Kaizo yang begitu kacak sekali tetapi Kaizo tidak pedulik kan mereka.

"Kak Lynna!"

"Fang! Fang apa khabar?"

"Fang sihat!" Lynna hanya tersenyum kepada Fang. Selepas itu dia melihat Kaizo. "Selamat datang ke KL, Kaizo"

"Terima kasih. Ke mana kita selepas ini?" tanya Kaizo. Gopal terus mengangkat tangannya dan mengatakan dia sudah kelaparan, jadi Lynna membawa mereka semua pergi makan di sebuah restaurant. Kaizo duduk di depan sebelah Lynna, manakala budak-budak kecil duduk di belakang. "Kita nak makan apa nanti?" Muncul Gopal di tengah-tengah antara Lynna dan Kaizo. "Mesti akak nak bawak kita orang tempat makanan yang sedap-sedapkan"

"Hmm... Gopal nak makan apa?" tanya Lynna sambil memandu Van tersebut. "Apa-apa sahaja yang sedap dekat KL nie"

"Kalau macam tue, Lynna bawa kamu semua makan japanese nak tak?" Semua budak-budak di belakang berteriak "NAK!" Manakala Kaizo pula bersilang tangan sambil melihat keadaan di luar Van. "Kaizo?" panggil Lynna

"Aku ikut sahaja kamu nak bawa kami pergi makan apa" Lynna tak dapat nak baca apa mood Kaizo hari ini, apa yang dia sedang fikirkan, dia juga tidak dapat nak baca. Kaizo hanya memerhatikan sahaja keadaan di luar. Begitu banyak kereta sekali, dengan sesakan lalu lintas dan ramai yang berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat. Ada juga pelancong-pelancong asing berjalan untuk menuju ke destinasi mereka. Pelbagai shopping beg yang mereka bawa. Kaizo melihat bangunan pencakar langit, begitu tinggi sekali. Muka dia masih lagi seperti orang tiada perasaan. Manakala Gopal, Yaya dan Ying tidak jemu-jemu melihat di luar tingkap, mereka siap tangkap gambar sebagai kenangan.

"Abang nie, cubalah gembira sedikit. Kita bukannya nak pergi berlawan dengan musuh-musuh abang pun" kata Fang yang duduk di belakang kerusi abangnya sambil memeluk abangnya. Kaizo tersenyum sedikit dan pegang kedua tangan adiknya yang sedang memeluk dia. Kedua tangan Fang dan tangan Kaizo berada di dada Kaizo. Lynna pun tersenyum melihat kemesraan mereka berdua, patutlah Kaizo rasa cemburu apabila adik dia peluk orang lain selain daripada dia. Kaizo memang sayang sangat terhadap adiknya, dia akan melindungi adik dia dari mana-mana ancaman musuh. Kaizo mempunyai ramai musuh, semua musuh-musuhnya datang dari planet lain tetapi musuh utama dia sudah pun dia hapuskan iaitu Ratu Lily.

"Kak Lynna, Fang nak duduk dekat rumah kak Lynna boleh?" kata Fang dengan nada yang gembira sekali.

"Hmmm.. bukan ke Fang duduk dekat rumah ibubapa Boboiboy nanti?"

"wei Fang, kau nak duduk dekat rumah siapa sebenarnya" tanya Ying dengan nada yang agak marah. "Bukan kita semua sudah bersetuju nak duduk dekat rumah ibubapa Boboiboy ke? Kau jangan nak bagi Boboiboy sedih pula" kata Ying lagi

"Eh, aku tak kisahlah dia nak tidur rumah siapa, asalkan Fang selesa. Betul tak Fang?" kata Boboiboy. Fang hanya mengangguk sahaja. Dia masih lagi memeluk abangnya. Lama kelamaan dia melepaskan pelukan itu dan dia mengambil gambar di dalam Van tersebut, pelbagai aksi yang Fang telah lakukan. Mereka gelak ketawa di dalam Van tersebut. Tiada siapa rasa penat, semuanya masih lagi bertenaga. Lynna membawa mereka ke satu shopping Mall yang tidak jauh dari situ, iaitu Avenue K, bersebelahan dengan KLCC. Gopal, Yaya dan Ying begitu teruja melihat bangunan tertinggi di Malaysia. "Wah! nanti kita pergi sana boleh tak? Aku nak masuk Petrosains" kata Yaya. "Aku nak pelajari kesemua yang ada di situ" kata Yaya lagi.

"Isk, apa lah kau nie Yaya. Baik kita pergi kedai makan" Gopal tengah terbayang-bayangkan dirinya berdiri di depan kesemua kedai makanan yang ada di dalam shopping mall KLCC. Ying pula seperti Yaya, mahu melihat Petrosains. Fang pula terbayangkan diri dia lari masuk ke dalam kedai buku terbesar di situ iaitu Kinokunya. Boboiboy tidak kisah kerana dia selalu bersiar-siar di Kuala Lumpur bersama dengan ibubapa dia, dia sebenarnya tidak sabar untuk membawa mereka ke tempat-tempat yang lagi menarik. Kaizo hanya diam sahaja, dia hanya ikut sahaja ke mana adik dia nak pergi. Ibubapa Gopal, Ying dan Yaya telah memberi kepercayaan kepada Kaizo untuk menjaga mereka bertiga. Mereka juga tahu Kaizo adalah pahlawan alien paling kuat di galaxy. Jadi mereka berasa lega sedikit dengan adanya Kaizo dan juga Lynna untuk menjaga mereka semua.

Setelah Lynna parking kan Van dia, mereka semua sudah tidak sabar, masing-masing turun dari Van tersebut. Gopal sudah bersiap sedia dengan beg dompetnya. Dia ingin melihat pelbagai jenis makanan yang ada di situ. "Kak Lynna, sini ada makanan apa?"

"Makanan apa? macam-macam ada. Gopal tak kan nak beli kesemua makanan dekat sini, simpan-simpanlah duit kamu tue untuk hari lain nanti"

"Entah Gopal nie, karang duit kau dah habis, macam mana. Tak kan nak pinjam duit kita orang pula. Kita perlulah berjimat cermat, beli apa yang kita perlukan sahaja" kata Yaya dengan nasihat dia. Gopal membuat muka dekat Yaya "Yelah, yelah. Aku simpanlah duit aku"

Mereka semua sangat teruja melihat Mall yang tidak begitu besar tetapi terdapat pelbagai jenis kedai yang ada, paling teruja sekali ialah Gopal kerana terdapat banyak sangat kedai makanan di situ. Mata dia bersinar-sinar melihat kesemua kedai makanan di situ. "Kedai ice cream BASKIN ROBBIN!" menjerit Gopal di situ. Dia seperti jakun berada di situ. Boboiboy pula rasa ingin menyorok mukanya kerana Gopal menjerit-jerit di situ sebab terlampau gembira sangat.

"Wei Gopal, duduklah diam-diam. Malulah orang nampak" kata Boboiboy

"Entah kau nie, cuba duduk diam-diam maaa... kita boleh datang balik sini balik" kata Ying. Di tengah-tengah dataran antara kedai-kedai terdapat festival jualan barangan jepun. Terdapat pelbagai jenis makanan dan juga barang-barang lain. Ada anak patung doremon, sailormoon, pokemon pun ada juga. "Kaizo tue bukan nama jepun ke?" tanya Lynna

"Mana aku tahu, nama aku ibubapa aku yang bagi" kata Kaizo sambil melihat kotak teh hijau yang terdapat di festival jepun itu. Kaizo memang minat sangat minum teh, tak kisahlah teh apa, dia akan minum juga. Teh hijau itu menarik minat Kaizo untuk membelinya. "Abang nak beli ke?"

"Abang tengok sahaja" kata Kaizo kepada adiknya. Dia letak balik kotak teh hijau itu. Lynna membawa mereka naik ke escalator dan di depan mereka terdapat sebuah restaurant jepun iaitu Sushi Zanmai. "Hari ini kak Lynna belanja kamu semua. Orderlah apa yang kamu nak"

"YEAHHHH!" kata lima sahabat itu. Kaizo ikut sahaja, dia tidak kisah sangat, janji dapat makan. Sedang mereka masuk ke dalam restaurant tersebut, terdapat seorang lelaki berpura-pura membaca sebuah buku, dia asyik memerhatikan mereka semua. Dia bukan perhatikan budak-budak kecil itu tetapi dia perhatikan Lynna. Dia tahu siapa Lynna, dia tahu Lynna amat terkenal dengan kuasa-kuasanya di alam underworld. Dia beredar situ dari situ untuk memberi laporan kepada ketua dia.

Lynna sebenarnya perasan dengan kehadiran dia, itulah musuh dia. Dia perlu berjaga-jaga dengan mereka, kerana mereka bukanlah calang-calang orangnya. Lynna biarkan pemuda itu pergi, asalkan jangan ganggu mereka yang sedang bising kegembiraan di dalam restaurant tersebut. Kaizo perasan dengan Lynna yang asyik memandang luar restaurant, dia juga menoleh luar restaurant dan tidak nampak apa-apa.

"Kak Lynna nak makan apa?" Fang menganggu Lynna. "Maaf, akak belum pilih lagi" Lynna cepat-cepat mencari makanan kesukaan dia, Okonimayki. Muka dia yang serius tadi berubah menjadi ceria sedikit.

Kaizo memerhatikan Lynna lagi. Ada sesuatu yang dia nampak tadi, tapi apa? fikir Kaizo


Selepas sahaja selesai makan, mereka berjalan-jalan di mall tersebut sebelum Lynna menghantar Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying ke rumah ibubapa Boboiboy. Selepas itu, Lynna memandu Van tersebut ke club house dia yang tidak jauh daripada rumah ibubapa Boboiboy. Fang telah berjaya memujuk abangnya untuk tidur di situ. Boboiboy rasa serba salah kerana Lynna terpaksa ulang alik menghantar mereka nanti tetapi Lynna tidak begitu kisah sangat. Jadi, mereka akan berjumpa esok sahaja di rumah ibubapa Boboiboy.

"Abang mesti seronok duduk dekat rumah kak Lynna. Hari itu adik ada baca pelbagai buku pelik-pelik yang ada dekat rumah kak Lynna"

"Buku pelik-pelik? Apa yang kau merepek nie Pang?" Kaizo tidak kisah sangat jikalau adik dia nak membaca tapi kalau benda yang bukan-bukan, dia memang tidak akan membenarkan seperti video game. Dia cukup marah kalau adiknya terlalu leka sangat bermain dengan video game sebab itu Fang tidak begitu minat sangat dengan video game. "Jangan risau Kaizo, buku-buku semua tue bukan buku pelik-pelik pun cuma buku tue semua memang tiada di jual dekat dunia nie"

"Buku apa macam tue?" Lynna hanya memberikan senyuman kepada Kaizo. Kaizo menjadi semakin hairan dengan Lynna. "Kalau abang nak tahu juga, abang kena baca sendiri"

"Yelah" kata Kaizo sambil melihat di luar tingkap. Lampu-lampu jalan semuanya sudah terpasang, menujukan hari sudah malam. Kuala Lumpur begitu berbeza sekali dengan Pulau Rintis, fikir Kaizo. Sini terdapat pelbagai pusat hiburan, kedai-kedai pakaian yang serba mewah dan juga ada gerai-gerai makanan di tepi jalan. Kehidupan di KL juga cukup berbeza, semuanya berjalan dengan begitu pantas sekali. Kaizo tidak berasa begitu teruja, dia sukakan tempat yang tidak terlalu sibuk. Dia suka tempat untuk bersendirian. Fang pula tidak kisah, asalkan ada abang dia dan rakan-rakan dia sekali

Lynna membuat pusingan di bulatan jalan dan belok ke kanan, Kaizo nampak beberapa buah apartment ada situ. Apartment di situ tidaklah begitu tinggi seperti yang ada dekat bandar Kuala Lumpur. Ia cuma ada 4 tingkat sahaja. "Dekat sinilah kita orang akan duduk untuk beberapa hari nanti abang" Fang makin tidak sabar. "Abang tak kan menyesal nanti" kata Fang lagi

Setelah Lynna parking Van nya. Kaizo dan Fang mengangkat beg bajunya dan terus naik ke tingkat atas, tingkat 4. Lynna membuka pintu dan tidak berasa terkejut melihat kawannya ada di situ. Kawan-kawan dia selalu datang ke sini untuk melepak, buat kerja masing-masing atau untuk berbincang dengan hal-hal yang mereka ada. Daniel adalah kawan baik Lynna, dia kadang-kadang ada di situ jika mereka ada hal-hal penting untuk di bincangkan. Daniel yang sedang menonton pelawanan bola sepak, dia terkejut dengan kehadiran dua orang lelaki rambut cacak. "Ini ke kawan Lynna yang katakan hari itu?"

"Ha ah, itu Kaizo dan yang kecil nie, Fang" kata Lynna sambil memperkenalkan mereka berdua. Fang berasa malu melihat kawan lelaki Lynna. "Jangan risau, dia tak duduk dekat sini pun tapi dia cuma temankan kamu berdua" Lynna mengambil kedua beg Fang dan Kaizo dan membawa dia ke bilik utama. "Aku Daniel. Kawan baik Lynna" Daniel menghulur tangan kepada Kaizo dan Kaizo menghulurkan tangan dia juga, mereka berdua berjabat tangan. Kaizo dapat rasakan sesuatu dari kawan Lynna tersebut, adakah dia musuh atau kawan? fikir Kaizo. Dia melepaskan tangannya. Kaizo melihat sekeliling rumah itu, dia ternampak buku-buku yang pelik, ada beberapa volume yang ada disitu, semuanya dalam bahasa english. Di atas almari buku itu terdapa pelbagai gambar. Gambar Lynna dengan kawan-kawan dia, dari mereka di alam persekolah sehinggalah sekarang. Ada juga gambar Lynna semasa zaman sekolah menengah dengan seorang lelaki yang dia tidak kenal. Mungkin mereka hanyalah kawan? fikir Kaizo

"Lynna balik dulu, kamu berdua berehatlah dulu. Esok kita pergi berjalan-jalan" kata Lynna. "Daniel akan menjaga kamu berdua. Kalau lapar, dalam peti sejuk ada makanan. Masaklah apa yang korang nak, buatlah macam rumah sendiri" Lynna mengambil kunci keretanya. Sebelum itu dia memanggi Daniel, Kaizo memerhatikan mereka berdua "Daniel, nampaknya dia orang sedang memerhatikan kita. Kau perlu berhati-hati dan jaga mereka berdua. Kalau ada apa-apa yang berlaku, telephone aku" Lynna melambai kepada mereka berdua dan lalu keluar dari rumah tersebut

"Abang nak pergi mandi sekejap" kata Kaizo. Fang pula duduk di sofa kerana tidak tahu hendak buat apa, dia melihat sahaja perlawanan bola di TV sampailah Daniel duduk di sebelahnya. "Kau Fang kan?"

"Ha ah, saya Fang. Saya sebenarnya sangkakan hanya saya dan abang saya akan duduk di sini. Tak tahu pula abang Daniel akan temankan kita orang" Daniel hanya tersenyum. "Jangan risau, Lynna cuma ingin abang jaga kamu berdua sahaja. Buat sahajalah macam rumah sendiri. Kalau nak main dengan computer, bilik belakang ada. Buku-buku itu semua kamu boleh baca tapi jangan usik barang-barang dekat bilik tengah"

"Barang apa yang tidak boleh di usik tue?"

"Barang-barang untuk membuat pelbagai jenis formula. Kamu tahu siapa diri sebenarnya Lynna?" Fang mengelengkan sahaja "Takpe, nanti kamu akan tahu juga" mereka kembali senyap dan menonton sahaja perlawanan bola di TV. Ada juga beberapa perkataan yang keluar dari mulut Daniel seperti 'Alamak' 'tak guna' dan macam-macam lagi. Fang bangun dan melihat buku-buku yang ada di situ. Dia ternampak sebuah album gambar yang begitu besar, sebelum ini dia tidak pernah sentuh album tersebut. Dia mengangkat dan membawa album itu masuk ke dalam bilik. Dia duduk di atas katil dan membuka album tersebut. Terdapat pelbagai gambar Lynna dengan kawan-kawan baiknya. Semuanya dia belum kenal, hanya dua orang sahaja yang dia kenal, pernah berjumpa dengan mereka tapi hanya sekejap sahaja.

Fang terlalu leka melihat album itu, dia tidak sedar bahawa ada sebuah cermin berdiri di tepi dinding sedang menyinar-yinar. Ada seseorang di dalam cermin itu, dia nampak Fang dan lalu hilangkan diri. Cermin itu adalah laluan untuk pergi ke dunia lain. Hanya cermin itu sahaja yang wujud di dunia ini, cermin itu sahaja yang boleh membawa mereka ke dunia lain.

Tepat pada pukul 2 pagi, Lynna muncul di ruang tamu dan kejutkan Daniel yang tertidur di sofa. "Daniel" dia kejutkan kawan dia secara senyap. Dia tidak mahu Kaizo dan Fang terjaga dan mendengar perbualan mereka. "Daniel, ada serangan baru"

"Huh" Daniel bangun dan mengeliat sebentar "serangan baru? dekat mana?"

"Dekat dengan rumah Sofiah. Sofiah tengah berlawan dengan dia, kita kena tolong dia. Aku tak yakin musuh kita akan dapat dikalah oleh Sofiah" kata Lynna sambil menghulurkan tangan dia kepada Daniel. Mereka perlu bergerak dengan pantas. Kaizo terbangun dari tidurnya dan terdengar perbualan mereka, dia mengintai mereka berdua di pintu dan terkejut kerana Lynna dan Daniel berpegang tangan dan terus hilangkan diri mereka dengan kuasa api phoenix Lynna. Kaizo berasa tidak sedap hati duduk di sini, dia perlu kejutkan adiknya dan pergi ke rumah ibubapa Boboiboy. Kaizo rasa lebih selamat di situ daripada duduk di sini. Dia mengemas baju-bajunya dan kejutkan adiknya yang sedang nyenyak tidur.

"Pang! bangun!" Kaizo mengoyang-goyangkan badan Fang. "PANG!" Kaizo menjerit, barulah adik dia sedar dari tidur

"Kenapa abang?"

"Ambik beg kau, kita kena keluar dari sini" Fang keliru, kenapa mereka perlu pergi? apa yang terjadi sebenarnya? fikir Fang. Dia tidak bergerak dari katilnya "Kenapa kau masih ada lagi di situ. CEPAT! kita kena keluar dari rumah ini"

"Tapi abang"

"Tapi apa!" Kaizo mengheret tangan adiknya untuk keluar dari katil tersebut. Dia mengangkat beg dia dan adiknya, mereka terus bergerak ke pintu rumah. "Abang, kenapa nie? ceritalah dekat adik" Kaizo hanya diam sahaja. Dia tidak mahu adiknya terlibat dengan perkara pelik-pelik dari Lynna. Mungkin dia juga tidak membenarkan adiknya berkawan lagi dengan Lynna. Sebelum ini dia memang benarkan adiknya berkawan dengan Lynna tapi selepas saksikan sebentar tadi, dia rasa dia tidak mahu lagi terlibat atau berkawan dengan Lynna. Dia tidak sangka kawan-kawan Lynna sekali ada kuasa. Lynna tidak pernah bercerita tentang kawan-kawan dia dekat diri dia. Dia cuma tahu Lynna ada kuasa, kuasa yang cukup bahaya.

Fang melepaskan pegangan abangnya. Dia berhenti di situ "ABANG! KENAPA ABANG BEGINI?"

"Abang tak nak tengok adik abang terlibat dengan perkara pelik-pelik. Kau tahu siapa Lynna tue? Abang tahu dia ada kuasa, dia pernah bercerita semasa dia selamatkan kau daripada Adudu" Fang teringat tentang kejadian itu. Semasa Adudu menembak abangnya dengan pistol tidur. "Jadi, kenapa kita perlu pergi kalau abang dah tahu tentang kuasa Lynna?"

"Sebab kita datang ke sini untuk pergi berjalan-jalan bukan untuk melibatkan diri kita berlawan dengan musuh Lynna. Maafkan abang, adik. Abang tak nak adik tercedera. Biarlah mereka dengan urusan mereka" Kaizo menghelakan nafas dan lalu berkata lagi "Lynna sebenarnya ialah..."

"Aku sebenarnya ialah seorang puteri dari dunia lain dan juga seorang ahli sihir"

to be continued


Apa pendapat korang? minta maaf kalau ada yang kurang minat dengan fanfic ini T_T tapi author akan tetap menulis!

Jangan risau, nanti akan ada satu lagi fanfic baru :P tentang kisah-kisah baru Fang dan Kaizo (dan juga rakan-rakan mereka) di Pulau Rintis!

Review di alu-alu kan! jangan malu kalau nak review ^^

Jawapan review mesti - NEXT!

so, kita next ajelah xD jumpa lagi di next chapter

P/S - Tiada unsur romance dalam ff ini :P as you all know, i'm not very good in romance genre (takpelah, satu hari nanti author trylah, itu pun kalau berjaya.. tapi bukan dalam ff ini lah)

PSS - Kalau ada pun mungkin OC dengan OC sahaja