NOTA: Cerita fanfic ini adalah kali pertama dalam Bahasa Malaysia Sabah!
(Pukul 1:10 Petang. Hari Empat, 30hb Ogos 2015 di Keningau, Sabah):
(Pemberitahuan: Dalam cerita ini... John dan Liz baharu berkahwin pada Hari Raya Kedua dan cerita ini berada dalam bawah rating 'T' disebabkan bahasa Sabah ini yang sedikit sensitif... Harap maklum).
Pada satu pagi yang cerah atu... Sedang si John menyigup. Tiba-tiba bininya Liz datang, membuat John terkejut dan menjerit, "Apahal bah kau ani, Liz! Buat sa nokotigok saja! Talingung betul!". Liz dengan ketakutannya menjawab, "Maafkan sia, John... Sia inda sangka kau boleh jadi nokotigok begini... Maafkan sia, ya?". John pun membalas, "Ya... Sia maafkan. Tapi, apa bah anu yang kau nak cakap sama sia ini?". Liz pun berkata, "John... Tadi sia dengar makluman dari jiran kita ini... Dia sakap bahawa kucing kita si Garfield sudah terjun dalam tajau dia dan dia moginum itu air tapai sampai habis bah! Sekarang sia nampak dia dah balik dalam keadaan mabuk-mabuk!". Apa lagi, John turus marah dan menjerit, "GARFIELD! Mana bah kau ini? Sa hantam kau laini! SINI KAU!". Lepas tu, Garfield muncul dan menyoal, "Ya, John... Sia di sini bah... Apa yang kau mo sakap sama sia ini?". John pun menjerit lagi, "Barani sudah kau ani, ya?! Barani sudah kau moginum tapai, montoku? Sudahlah begitu... Barani lagi kau curi tapai urang, ya? Sini! Sa mo hantam ko sikarang!". Apa lagi, John pun bersedia menghantam Garfield dengan parangnya. Tapi belum sempat parang tu sampai badan Garfield... Garfield sudah melumpat sama Jon dan mencakarnya lalu berkata, "Ko jangan ingat ko sebagai tuan sia... Ko ada kuasa menghalang sia, KAN?! Sudah! Sa inda mo tinggal sama kamurang lagi di sini... Sa mo pigi lari sudah dari sini... Babai!". Apa lagi, Garfield dengan nekad turus keluar dari rumah tapi John mengejar sambil berkata, "Garfield! Bukan maksud sa benci ko sudah... Sinilah!". Kemudian, dengan siren ambulans mula kedengaran, Garfield membalas, "Sudah! Ko inda sayang sia sudah... Ko lebih sayangkan Dr. Liz tu dari sia... Indada maknanya sudah ku tinggal sini... Lebih baik ku pergi!". Sampai sahaja di luar... Garfield terus mati digilis tayar sebuah ambulans Hospital Keningau. Dan John menjerit, "GARFIELD! TIDAAAKKKK!". Apa lagi, terus John pergi sama ambulans itu dan menjerit sama pemandu itu, "KANAPA BAH KO LANGGAR KUCING KESAYANGAN SIA! KENAPA?!". Terus pemandu ambulans itu takut dan berkata, "Maaf, encik! Kami sebenarnya dalam kecemasan ke Pekan Keningau... Sebab kami mendapat panggilan bahawa ada seorang lelaki bernama Farhan tercedera teruk kerana terkena bom grenad tadi. Jadi sebab tu kami kena cepat, encik!". Apa lagi, John pun nokotigok... Memandangkan si Farhan (sia) atu ialah peminat besar dia. Dan John menganggap sia bagaikan anak kandung dia sendiri. Lalu, John memanggil Liz. Kemudian, mereka mengangkat Garfield yang digilis itu setelah van IVECO Daily itu reverse belakang, masuk ke dalam ambulans dan turus ke Pekan Keningau...
(Di Pekan Keningau):
Sampai di sana... Kereta pulis dan lori bomba sudah ada di sana dan pegawai-pegawai pulis sudah menahan seorang suspek dari Filipina yang menghumban bom grenad tadi dan doktor-doktor pun mengangkat sia ke dalam ambulans... Tapi John ini agak-agaklah... Dia turun dan menjerit sama suspek itu, "KANAPA BAH KAU KASI BOM PEMINAT SIA?! KO MEMANG PATUT MATAI HARI INI! HIYAAARGHHH!". Tapi sebelum sempat John menetak suspek itu dengan parang... Pulis sempat menyabarkan John. Apa lagi, John pun masuk dalam ambulans semula dan terus menuju ke Hospital Keningau...
-BERSAMBUNG!-
