PART 2 HOROSKOP LOVE
" One coffee,please!"
Musim luruh macam ni sedap kalau minum kopi,bisik hatinya. Pelayan itu cuma mengangguk. Tiada senyuman di bibir. Kris melihat menu yang terpampang di atas. Emm..nak makan ape ek?
"Apa yang sedap kat sini?" Kris cuba bertanya kepada pelayan itu.
Pelayan itu memandangnya sekilas. "Semua sedap...",jawabnya, gaya mengalan. Kris memandangnya lantas menjeling.
"Emm..kerusi pun sedapla ya?", ejeknya. Pelayan itu merenungnya,dalam.
Kris menghadiahkan senyuman,mengejek. Pelayan itu menjeling. Dalam masa yg sama, seorang pelayan menghantar kopi yang dipesan oleh Kris.
" Ni kopi yang encik pesan tadi. Harganya 5000won." Pelayan itu berkata acuh tak acuh. Kris mengeluarkan dompetnya dari poket baju. Lantas dikeluarkan sekeping not 5000 won lalu dihulurkan kepada pelayan itu. Pelayan itu mengambil tanpa memandangnya.
"Ni resit dan ni kopi encik", dihulurkn kopi dan resit itu kpd Kris. Gayanya seperti bercakap dgn hantu je... Kris mengambil kopinya.
"Terima kasih. Datang lagi."kata pelayan itu. Mukanya macam tunggul. Tak berubah.
"Tak nak aku datang sini lagi.." kata Kris. Dia segera mencari tempat duduk. Dapat saja tempat,dia terus tarik kerusi tersebut dan duduk. Dia duduk menghadap pintu masuk kafeteria itu. Dia mengacau kopi itu. Asapnya masih kelihatan menandakan yang ia masih panas.
"Emm,panas lagi ni. Tunggu sejuk sikitla~" Kris mengeluarkan telefonnya. Lantas disumbatkan earfon ke dalam telinga. Lagu dimainkan. Dia melihat jam pada skrin henfonnya. 1.55 petang. Ada lagi 5 minit sebelum perempuan itu muncul. Hemm...macam mana kalau dia bukan perempuan? Macam mana kalau..kalau dia...ALIEN?! Aish..apa kau mengarut ni,Kris? Ala~mungkin je horoskop itu tipu. Yang kau percaya kenapa... Kris geleng2 kepala lantas tersenyum. Huh,horoskop! Memang buat aku percaya bulat2!
Kris memegang cawan itu. Hemm..dah tak panas sangat. Dia merapatkan cawan itu ke bibirnya. Dihirup air itu perlahan2. Sedang dia melihat orang lalu lalang di depan kedai itu, tiba2...
"Puhhh!" Menyembur semua air yang ada dalam mulut dia. "Uhuk,uhuk!"
Dia menepuk2 dadanya. Betul ke yang aku nampak ni? Perempuan tu...
Korang dan kawan korang berhenti di depan sebuah kafeteria. Kawan korang sibuk nak beli coklat dekat kedai sebelah kafeteria tu.
"Chakaman...aku nak beli coklat jap kat situ. Kau tunggu sini! Dudukla dulu,ok?"kata Jae Rin lepas tu terus lari pegi kedai tu.
Korang pun terus duduk kat kerusi yang tersedia kat situ dan mengeluarkan sebijik gula2 getah. Tanpa korang sedari,korang sebenarnya diperhatikan dari dalam kafeteria tu.
Perempuan tu...baju dia... Kris memandang bajunya lantas memandang gadis yang sibuk hendak membuat belon dengan gula2 getah yang dimakannya. Samala! Dilihat jam di tangan. Pukul 2?! Ahh, jinjja? Ke jam ni rosak? Diketuk jam itu beberapa kali. Eh,geraklah... Dipandang gadis itu lama. Cantik...detik hatinya. Gadis itu pula sibuk dengan gula2 getahnya tanpa menyedari Kris yang dari tadi perhatikan dia.
Seketika kemudian, seorang gadis datang kepada gadis itu dan mengajaknya pergi. Gadis yg sibuk dengan gula2 getah tadi terus bangun dan berjalan pergi. Menyedari hal itu,Kris terus bangun dan ingin mengejar gadis itu. Tiba2...
"Wait,Kris,wait!" Katanya." Kenapa aku kena kejar dia pulak? Mungkin je semua ni kebetulan,kan? Lagipun...kalau dia memang jodoh aku,takkan ke mana,betul tak? Hemm..betul tu,Kris,betul! Pandai kau!" Sempat lagi dia puji diri dia. Kris melihat jam. Oh,flight! Got to move! Kris mula melangkah keluar dari kafeteria sambil tersenyum. Dia tak tahu kenapa dia senyum. Eh,tapi kan...untung juga kalau aku dapat perempuan tu. Cantik!
'Perhatian kepada para penumpang penerbangan K134 dari Korea ke China,sila pergi ke pintu no.4. Penerbangan akan berlepas sebentar lagi. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian terima kasih'.
"Dah bunyi dah. Aku pergi dulu." Korang memeluk kawan korang erat2. Dia je yang korang ada. Kedua2 ibu bapa korang sudah meninggal sejak korang kecil. Namun,korang hidup serba mewah atas kekayaan keluarga korang.
"Boleh ke kau hidup sorang2 kat sana?"soal Jae Rin. Pelukan terlerai.
Jae Rin memandang korang sedih.
"Kau lupa ea? Aku kan memang hidup sorang2." Korang tersenyum hambar. Jae Rin menepuk bahu korang. "Aku kan ada. Nanti sampai sana,telefon aku,ok?"
"Kau ni dah macam mak bapak akula. Nanti,kalau terjadi apa2 kat aku, aku nak kau tanam mayat aku kat sebelah kubur mak bapak aku,tau?!" Korang gosok kepala Jae Rin sambil tersenyum.
"Kau ni! Janganla cakap macam tu. Sedih aku tau.."kata Jae Rin.
"Hemm...dahla. Nanti aku telefon kalaula panjang umur,ok? Got to go! Annyeong! Take care..." Korang melambaikan tangan korang.
"Kau pun. Jaga diri,tau?! Ingat,kau ade aku!"jerit Jae Rin sambil melambaikan tangan. Korang pun menggalas beg korang,mula memasuki pintu no.4. Hati korang sangat sedih. Annyeong,chingu!
hahaha...mian. kekurangan idea~dont be silent readers...rajin2 reviewla
