Hai,korang terima kerana memberi cadangan yang bagus...dan terima kasih kerana REVIEW.

^^Balasa REVIEW dari Outhor^^

blackcorrals :Ya, saya ada sedikit mengambil idea daripada filem itu. Saya juga ada mengambil sedikit idea daripada cerita "Avatar: The Last Airbender" dan "The Legend Of Korra"

EruCute03 :Saya akan teruskan cerita ini kalau cerita ini disambut baik oleh orang ramai. :)

Guest :Saya akan memikirkan kuasa-kuasa elemen baru yang sesuai untuk Boboiboy dan Lisa (OC)


~SEBELUM INI PADA BOBOIBOY: POWER OF ELEMENTS~

-"Kenapa Sifu selalu termenung je?"-Tanya Lisa

-"Saya dapat ramalan yang Kai akan kembali"- Kata Sifu Ryan

-"Tak...tak mungkin...mustahil!"-

-"Dia boleh terlepas dari penjara itu bila-bila masa sahaja"- Kata Sifu Ryan sambil berjalan meninggalkan Lisa

-"Tak...aku tak akan benarkan dia rampas kuasa aku..."-Kata Lisa sambil melihat kedua-dua tangannya


Boboiboy: Power Of Elements

Chapter 2: It's Time To Call Him

10 : 45 Malam

Sifu Ryan duduk di atas lantai biliknya, sambil memikirkan apa yang bakal terjadi jika Kai terlepas dari penjara 4 Elemen yang berabad lamanya mengurung Kai.

Tidak lama selepas itu, Lisa dengan membuka pintu tok gurunya itu.

-"Em...Sifu...boleh tak saya masuk?"-Tanya Lisa

-"Masuklah"-Balas Sifu Ryan tampa memandang Lisa

Kemudian Lisa masuk ke dalam dan duduk di mendepani Sifu Ryan.

-"Sifu...Sifu tak perlu risau...Sifu kan pernah kalahkan dia sebelum ini..."-Kata Lisa untuk menghilangkan perasaan risau tok gurunya itu

-"Lisa..."-Kata Sifu Ryan sambil memandang anak muridnya itu. -"Sifu dah tua...walaupun Sifu boleh hidup lama...Sifu dah tak larat nak lawan lagi.."-

-"Saya kan ada?...saya boleh kalahkan dia Sifu.."-Kata Lisa masih tidak mengalah

-"Lisa...kamu dah 5 tahun berlatih di sini...tapi kamu hanya dapat memanipulasi kuasa elemen kamu sahaja...Kai tu dah bertahun-tahun berlatih, sehingga dia sanggup menggunakan kuasa terlarang.."-Balas Sifu Ryan

Kata-kata Sifu Ryan itu menyebabkan Lisa terdiam

-"Habis tu? Siapa lagi yang boleh kalahkan dia? Saya kan satu-satunya generasi terakhir kuasa elemen.."-

-"Tak...bukan kamu seorang sahaja.."-Balas Sifu Ryan

-"Huh? Ada lagi generasi terakhir kuasa elemen selain saya?"-Tanya Lisa dengan rasa teruja

-"Dia seorang lelaki...tak silap saya, namanya ialah Boboiboy.."-

-"Boboiboy?...siapa dia?"- Tanya Lisa

-"Boboiboy ialah seorang budak lelaki seumur dengan kamu, dia mendapat kuasa elemen itu daripada Sfera Kuasa generasi ke-9 iaitu Otchobot...mereka berdua tinggal di Pulau Rintis"- Balas Sifu Ryan memberi keterangan kepada Lisa.

-"Pulau Rintis?! Tempat tu kat Semenanjung Malaysia...macam mana nak pergi sana? Kita bukannya ada masa..."-Kata Lisa

-"Tak apa, saya akan guna sedikit tenaga saya untuk pergi ke sana"-

-"Kenapa nak guna tenaga Sifu?"-Tanya Lisa

-"Sebab saya akan gunakannya untuk buat kuasa Teleportasi Kilat"-

-"Teleportasi Kilat? Kuasa yang boleh membawa kita kemana sahaja tu?"-Tanya Lisa

-"Sifu akan pergi esok pagi...jadi semasa Sifu tak ada, tolong jaga tempat ni ok.."-Kata Sifu Ryan

-"Baik Sifu..."-Balas Lisa

Kemudian Lisa berjalan keluar dari bilik Sifu Ryan dan menuju ke biliknya.

-"Kenapa Sifu beria-ria sangat nak bawak dia ke sini...tak apa esok aku tengok, hebat ke tak dia tu"-Kata Lisa dalam hatinya


Keesokkannya di Pulau Rintis

3 : 00 Pagi

Boboiboy yang masih sedang tidur di atas katilnya. Dia telah memimpikan sesuatu yang menyebabkan dia terjaga dari tidurnya

-"Ti...Tidak!"-Jerit Boboiboy, terjaga dari tidurnya.

Jeritan itu menyebabkan Ochobot terjaga dari tidurnya. Dan kemudian dia pergi ke arah Boboiboy

-"Kenapa ni Boboiboy?"-Tanya Otchobot dengan rasa risau

-"Tak ada apa-apa...cuma mimpi ngeri je"-Balas Boboiboy sambil senyum ke arah Ochobot

-"Nak, beritahu saya ke?"-Tanya Otchobot

-"Pagi nantilah saya beritahu.."-Balas Boboiboy


10 : 35 Pagj (di kedai Tok Aba)

Semasa Ochobot membersihkan kawasan kedai Tok Aba...dia melihat Boboiboy sedang duduk termenung seperti memikirkan sesuatu. Otcobot mula risau dengan Boboiboy dan kemudian dia pergi ke arah Boboiboy.

-"Kenapa dengan kau ni Boboiboy?"-Tanya Ochobot

-"Tak ada apa-apa...cuma saya keliru, sejak-kemenjak ni, aku selalu mimpi benda sama"-Balas Boboiboy

-"Mimpi tentang apa?"-

-"Aku tak pasti...aku cuma ingat pada masa tu, aku nampak bangunan hancur dan terbakar dan seorang perempuan sedang menangis."-

-"Perempuan? Siapa perempuan tu?"-Tanya Ochobot

-"Entah, aku pun tak tahu siapa dia."-Balas Boboiboy

-"Mungkin Boboiboy Api buat hal lagi kot..."-

-"Tak mungkinlah...aku pasti aku dah boleh kawal kuasa api sepenuhnya.."-Galas Boboiboy

Selepas Boboiboy menghabiskan kata-katanya Tok Aba datang dan mengarah mereka..

-"Daripada korang bersembang, lebih baik korang tolong atok angkat kotak koko ni"-Kata Tok Aba

-"Hehehe...baik Tok Aba"-Balas Boboiboy sambil berjalan ke arah Tok Aba

Tidak lama selepas itu, angin bertiup kencang dan cahaya yang terang datang di depan kedai Tok Aba. Rupa-rupanya Sifu Ryan telah menggunakan kuasa teleportasi kilatnya untuk mencari Boboiboy.

-"Siapa kau? Kalau engkau datang sini nak buat hal...baik kau pergi"-Kata Boboiboy

-"Kamu ni mesti Boboiboy kan?"-

-"Em...ye? Macam mana kau tahu nama aku?"-Tanya Boboiboy dengan rasa keliru

-"Boboiboy, aku dah lama perhatikan kau. Dan kau adalah salah satu generasi terakhir kuasa elemen."-Kata Sifu Ryan

-"Generasi terakhir kuasa elemen? Apa maksud kau?"-Tanya Boboiboy

-"Sebenarnya, saya adalah juga memiliki kuasa elemen seperti kamu, tetapi saya mendapat kuasa ini berabad lalu daripada Sfera Kuasa Generasi ke-2"-

-"Generasi ke-2? Ini mesti Sfera kuasa yang kedua selepas KlamKabot"-Kata Ochobot

-"Jadi kenapa kamu datang ke sini?"-Tanya Boboiboy

-"Kami memerlukan pertolongan kamu...Kita tak boleh bercakap di sini...kita mesti pergi ke tempat saya"-Kata Sifu Ryan

-"Tunggu kejap...kau siapa nak ambil cucu aku hah?!"- Kata Tok Aba dengan rasa marah

-"Bolehlah Tok Aba...mungkin hal ni penting.."-Rayu Boboiboy

Tok Aba masih merasa curiga terhadap Sifu Ryan dan kemudian dia menanya sesuatu..

-"Kau kata kau ada kuasa macam Boboiboy...kenapa kau tak guna kuasa kau untuk selesaikan masalah kau sendiri?"-Tanya Tok Aba

-"Kuasa saya dah tak kuat...lagipun ini bukan masalah kecil...hanya Generasi Terakhir Kuasa Element sahaja yang boleh selesaikan masalah ini.."-Balas Sifu Ryan

-"Masalah? Masalah apa?"-Tanya Boboiboy

-"Sebenarnya saya dapat rasa sesuatu yang teruk bakal berlaku di masa hadapan...Dan segala kemusnahan bermula apabila bekas murid saya, Kai menggunakan kuasanya untuk kejahatan akan terlepas dari penjaranya.."-Balas Sifu Ryan

-"Hebat sangat ke kuasa dia?"-Tanya Ochobot

-"Dia mempunyai hampir kesemua kuasa elemen dan dia juga boleh mengambil kuasa atau tenaga kamu dengan mudah.."-Balas Sifu Ryan

-"Bunyinya agak serius...baiklah, Boboiboy...Atok benarkan kamu pergi sampai selesai misi kamu..."-

-"Yes! Terima kasih Tok Aba.."-Kata Boboiboy sambil berlari ke rumah untuk mengambil baju-bajunya untuk dipakai di sana nanti...Kemudian dia pergi ke arah Sifu Ryan.

-"Sekarang pegang tangan saya"-Kata Sifu Ryan

-"Kenapa? "-

-"Saya nak buat kuasa sikit"-Balas Sifu Ryan

Boboiboy mengangguk kepalanya dan memegang tangan Sifu Ryan...dalam sekelip mata Cahaya terang muncul dan kemudian Boboiboy dan Sifu Ryan hilang dari kedai Tok Aba...


Di Pusat Latihan Kuasa Elemen

Lisa yang sedang berlatih di tempat latihan terbuka terkejut melihat cahaya terang tiba-tiba muncul tidak jauh di hadapannya..

-"Eh, Sifu dah sampai.."-Kata Lisa

Lisa perasan yang tok gurunya tidak kesorangan...tidak lama kemudian Sifu Ryan memanggilnya

-"Lisa perkenalkan ini Boboiboy...Boboiboy perkenalkan ini murid saya Lisa"-Kata Sifu Ryan memperkenalkan mereka berdua

-"Hai Lisa, aku Boboiboy"-Kata Boboiboy

-"Heh, tak seperti yang saya jangkakan"-Kata Lisa yang masih belum mempercayai Boboiboy.

Kemudian Lisa berlalu pergi meninggalkan Sifu Ryan dan Boboiboy... Ini menyebabkan Boboiboy berasa sedih.

-"Tak apa Boboiboy, sikap dia memang macam tu"-Kata Sifu Ryan cuba untuk memujuk Boboiboy

Boboiboy hanya mampu tersenyum sahaja

-"Baiklah Boboiboy...latihan kamu bermula petang in, kat sini ok...sekarang kamu boleh berehat...bilik kamu berada di depan bilik Lisa"-Kata Sifu Ryan sambil berjalan meninggalkan Boboiboy.

Boboiboy mengangkat begnya dan berjalan masuk ke dalam pusat latihan tersebut...Dari jauh kelihatan Lisa sedang memerhatikan Boboiboy...

TO BE CONRINUED


Akhirnya siap jugak Chapter ni...hehehe maaf sebab lambat Update... Saya agak sibuk kebelakangan ni...So, teruskan REVIEW dan berikan cadangan yang lebih menarik untuk cerita ini...Jumpa Lagi di Chapter akan datang... :)