Hai guys! It's January 1st of 2017! Wow, time really goes fast! Anyway, chapter two is up! Now for the review!

Floral Lavender,

You're a Bruneian too? Cool! Thanks for the review. Kalau mahu tahu kalimat siapa yang terakhir itu? Chapter ini akan menjawab soalan kau.

Sofy pinkie,

Thanks for the review. This is the chapter.

Toshiro-sama,

Hai you too. Thanks for liking this ff. Yeah, I do like paring Hali and Fan. Thank you once more for waiting this ff. Here's the next chapter.

Cute girls,

It's okay if kau tak faham. Taufan di rumah Yaya kerana keluarga Yaya ihklas menjaga Taufan. Hali pun tak dapat carikan pembantu kerana dia tak dapat bayar gaji. Semua harta dipegang oleh saudara maranya.

Note: Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Melayu Brunei (maybe)

Chapter 2

Chapter ini bermula di lapangan terbang. Salah satu penerbangan telah mendarat di Pulau Rintis. Seseorang lelaki yang terdiri dengan sut hitam dan berbaju kot coklat baru sahaja keluar dari kapal terbang itu.

Semasa dia keluar dari lapangan terbang, dia disambut oleh pekerja-pekerjanya. Tiba sebuah limousin di depan lapangan terbang. Lelaki itu pun masuk dan duduk dengan selesanya setelah pintu dibukakan oleh salah seorang dari pekerjanya.

"Apa status bisness kita masa ini, Manager Adu du?" Tanya lelaki itu kepada seseorang lagi lelaki yang bernama Adu du.

"Keuntungan kita semakin meningkat, tuan. Masalah yang hadapi sebulan lepas pun sudah kita baiki." Jawap soalannya.

"Bagaimana dengan projek terbaru yang akan diadakan pada 2030?"

"Pasal itu, tuan. Semua barang telah diuruskan, tetapi kita perlukan satu pekara sahaja lagi."

"Apakah itu?"

"Seorang yang sangat pintar."

"Hmm... Nanti saya akan fikirkan. Driver, pandu." Menyuruh lelaki itu kepada pemandu.

"Baik, tuan."

.

.

Chap 2, Brother's treasure

.

.

Balik kepada 2 adik-beradik itu. (Sehari selepas lelaki misteri datang)

"Baiklah. Mari lihat jika adik dapat berjalan sekarang?" Ujar si abang.

Hari itu adalah hari Ahad, masa untuk keluarga dan kawan menjauhi dari kerja dan sekolah. Waktu itu adalah pagi yang senyap dan si abang sedang duduk di tengah-tengah ruang tamu sambil melihat adiknya bermain seorang diri.

Si abang tengah memikir sesuatu. Jika Taufan dapat berdiri, ini bermakna dia boleh berjalan sekarang. Itulah si abang sedang fikirkan.

Tetapi bagaimana?

Tiba-tiba dia ada satu idea. Dia pergi ke dapur dan mengambil sekeping snek bayi. Dia pergi mencari batang plastik yang telah diikat dengan tali. Dia mengikat snek bayi itu dengan hujung tali itu dan dia telah bersedia untuk menguji adiknya.

"Baiklah. Mari lihat jika adik dapat berjalan sekarang. Marilah berdiri dan ambil snek bayi ini." Cakap Hali lembut kepada Taufan.

Tetapi bayi itu hanya memandang snek bayi itu dan abangnya.

"Marilah." Dia kata lagi.

Akhirnya, si adik bergerak juga dan berdiri. Sekarang batang plastik yang dipegang oleh Hali berada di atas Taufan, tetapi snek bayi yang diikat dengan tali itu, Taufan tidak dapat mencapainya.

Hali berundur dengan pelahan agar adiknya itu berjalan ke hadapan. Dari setapak, dari setapak Hali mengundur, Taufan juga dengan pelahan dia berjalan ke hadapan. Hali terkejut dan mula bangga lagi sekali. Akhirnya Taufan dapat berjalan.

"1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10." Hali mengkira langkah kaki Taufan sehingga 10, di mana Taufan berhenti dan jatuh.

Hali membuka ikatan tali dari snek bayi itu dan pergi menuju adiknya. Dia memberi snek bayi itu kepadanya. Taufan mengambilnya dan makan dengan muka yang sangat manis. Hali hanya melihat adiknya makan dan terus memeluknya. Sekali lagi, dia menangis kegembiraan. Dia tidak percaya apa yang dia telah lihat bahawa adiknya sekarang dapat berjalan, sungguh tubuh badannya masih kecil untuk berjalan.

.

.

.

.

Balik kepada lelaki yang memakai sut.

Limousin itu telah tiba ke sebuah rumah. Rumah itu sangat besar seperti untuk seorang raja atau ratu. Pagar rumah itu dibuka secara automatik, membiarkan limousin itu masuk dan meletakkan di hadapan rumah.

Seorang butler yang datang entah dari mana telah membuka pintu limousin. Kemudian lelaki itu keluar dan masuk ke dalam rumah di mana dua pembantu rumah yang sudah berdiri di pintu masuk utama telah membuka untuknya.

Semasa lelaki itu masuk, dia mendengar suara. Seorang wanita tiba berlari menujunya dan memeluk dia. Wanita itu mempunyai rambut hitam yang panjang dan kerinting yang menyentuh bahunya. Matanya berwarna coklat. Dia memakai blouse biru and sepasang seluar ketat hitam.

"Honey, you dah pulang." Kata si isteri dan mencium suaminya di pipi.

"Yup, I dah pulang, Sayang. You rindu ke?"

"How could I'm not."Si isteri pun melepaskan pelukkannya dari si suami dan dia mengarah seorang pembantu membuat teh untuk mereka.

Kedua pasang suami isteri itu pergi duduk di atas sofa di ruang tamu dan mula memesra-mesraan. Pembantu rumah itu pun tiba dan meletakkan dua cawan berisi teh di atas meja. Selepas pembantu itu pergi, pasangan itu pun mengambil cawan itu dan minum.

Semasa mereka minum, si suami berkata,

"Sayang. I ada masalah."

"Apa dia, Honey?" Tanya si isteri.

"Aku perlukan seorang yang bijak untuk projek I. Apa patut I buat?"

"Nampaknya kita ingin pekara yang sama."

"Maksud, sayang apa?"

"Well, I nak anak."

"Kita kan tahu yang kita tak dapat buat anak."

"Hon, jangan potong cakap I boleh tak? I nak anak angkat. But not just any child, an out standing child."

"Seperti anak yang bijak?"

"Tetap sekali. You nak seorang yang bijak dan I nak anak yang out standing. Apa kata kita cari lelaki itu dan jadi sebagai anak kita?"

"Oh wow! You really are my clever wife."

"Of course!"

"And I know just the one."

Tiba-tiba si suami menjerit kepada seseorang dan munculnya dua orang lelaki.

"Probe, Gaga Naz. Aku ada kerja untuk kamu. Aku nak kamu mencari seseorang. Informasi nanti aku berikan. Aku nak kamu mulakan sekarang." Kata si suami.

"Baik, tuan!" Mereka salut bos mereka dan pergi.

.

.

.

.

"Jadi bos mahu kita cari budak bayi ni? Tanya Probe kepada partnernya di sebelahnya.

Ketika itu, Probe dan Gaga Naz berada di jalan raya menuju ke alamat yang telah diberikan oleh bos mereka. Probe sedang memandu apabila dia bertanya soalan tersebut, manakala Gaga Naz sedang membaca informasi tentang bayi itu.

"Kenapa dia?" Probe tanya lagi.

"Dia kata bayi ini dikenali dengan kepintarannya sejak budak itu sejak mencecah umur satu tahun. Mungkin dia adalah orangnya untuk projek besar itu." Jawap soalan dia.

"Ohh... Tetapi apa pasal bos tidak bagi gambarnya?"

"Entahlah. Tak sampat cari gambarnya kud."

Akhirnya mereka sampai ke alamat itu. Tetapi mereka tidak meletakkan kereta di depan rumah itu, takut disyakki bahawa mereka tengah mengintip seseorang. Jadi, terpaksa mereka meletakkan kereta mereka sejauh tiga rumah dari rumah itu.

Semasa mereka menunggu jika ada orang keluar atau masuk dari rumah itu, mereka nampak seorang lelaki tengah berjalan. Lelaki itu memakai jaket berwana merah, hitam dan memakai topi hitam yang digayakan ke hadapan. Lelaki itu sedang mendukung seorang budak bayi lelaki. Mungkin lelaki itu adalah abang kepada bayi itu. Bayi itu mempunyai rambut berwarna hitam dan setompok rambut putih. Bayi itu memakai baju berwarna biru yang seiras dengan mata birunya.

"Apa kata dia?" Cadang Gaga Naz yang kini mereka melihat lelaki itu masuk ke dalam rumah dengan adik bayinya.

"Dia ke? Macam biasa je bayi itu." Probe tanya pula.

"Hmm... Kita perlu buktikan dulu jika dia yang kami cari-cari."

Keesokkannya, Probe dan Gaga Naz datang lagi. Tetapi, hari itu mereka akan mengintip adik-beradik itu dari tingkap rumah untuk membuktikan adakah bayi itu mereka tengah cari.

"Wah! Bayi itu dapat berjalan dengan cepatlah!" Jerit Probe.

"Shhh! Senyaplah nanti abangnya dengar! Tetapi dengan tubuh badan yang sangat kecil seperti baru berumur 9 bulan, bayi itu dapat berjalan. Hebat!" Bisik Gaga Naz.

"Nampaknya kami sudah jumpa dia." Bisik Gaga Naz lagi.

"Tetapi bagaimana kita akan buat abangnya itu jauh daripada bayi itu? Pasti abangnya tak akan lepaskan dia." Tanya Probe.

"Hmm..."

~TBC

Hey guys! Terima kasih kerana membaca chapter 2 of Brother's chapter. Insha Allah aku akan update ni secepat mungkin. Maaf jika ada confusing sikit dalam chap ni. Also, aku nak minta maaf jika chapter ni macam berburu-buru aku tulis, salah ejaan, tatabahasa salah dan bahasa tunggang terbalik.

P/S: Nama lelaki itu aku senghaja tak ku masukkan. You guys will know eventually.

Till the next chapter!

Hello 2017, Goodbye 2016! Thats is my title of this year! And welcome back to school! Although I'm not going to school on 3rd January. Lol.

Angin Taufan is out! Peace!

On the next chapter,

"Kenapa aku rasa ada orang cuba nak aku pisah dari kau?"