I'm sorry I was late to post it! I'm glad there is a reviews for my 1ST MALAY FANFICTION! So, I hope I can get supports from y'all to keep on this story! Wish Me Luck! (^O^)3
BERLARI DI DALAM MIMPI!
WaSeMaKi
"Eh?!"
"Kau kenal dia?"
"Biar betul?!"
Seperti biasa, Oga tidak mempedulikan kata-kata orang di sekelilingnya dan terus memandang tepat ke arah Hilda yang masih lagi berdiri di sisi En. Saotome. Tetapi Hilda kelihatan seperti bingung dengan situasi tersebut dan bertanya,
"Em... Do I know you? I don't understand what you're saying...''
Terkejut beruk Oga dibuatnya bila Hilda tanya macam itu. 'Apa masalah dengan dia ni? Takkanlah... dia pun sama macam orang lain?!' Fikir Oga. Semua pelajar dalam kelas tersebut gelakkan dia seusai sahaja Hilda cakap macam itu dan membuatkan Oga lebih bengang. Ini mesti mimpi, MIMPI! Tiba-tiba, Oga terus hentakkan kepala ke atas meja dan terus pengsan. Semua orang geli hati melihat perilaku Oga yang pelik itu. Lagipun pandangan mata mereka, Oga sentiasa PELIK.
Melihat sahaja kelas yang hiruk piruk itu, Hilda mengeluh perlahan dan menghentikan suasana yang bising itu dengan meneruskan kata-katanya,
"I'm Hildegarde from England, just called me Hilda. I'm transferred here because my parent changes their business works here. So, treats me well and one more thing..." Hilda berjalan ke arah meja Oga lalu memegang muka Oga yang masih pengsan itu dan berkata,
"Saya cuma nak bergurau sahaja dengan dia tapi tak sangka dia boleh jadi macam ini. Entah apa-apalah Oga ni..." Semua yang ada dalam kelas itu terkejut dan menjerit apabila melihat orang asing yang berada di depan mata mereka petah bercakap dalam bahasa ibunda negara ini. Tiba-tiba Setiausaha Kelab Majalah Sekolah; Chiaki Tanimura meluru masuk ke dalam kelas tersebut dan menyuruh ahli-ahli kelab yang lain untuk menguruskan background stage dan menolak kerusi dan meja ke tepi. Yang tinggal hanyalah Oga yang masih pengsan dan Hilda yang sedang duduk di sisi Oga dengan background stage berbunga sakura serta banner yang tertulis, 'Spring of Love performing, Beauty & Freak'!
"Haih... Dah mula dah..." Furuichi berfikir seperti itu.
Chiaki pun menemuramah Hilda,
"Okeylah Cik Hildegarde. Saya ingin mengetahui, apa hubungan awak dengan si lelaki GATAL ni? Cuba ceritakan sedikit..." dan kata-katanya itu dipotong oleh Hilda,
"Um... Wait a minute. Before I answering your question, emm... apa kata awak perkenalkan diri dulu. Selepas tu baru boleh tanya. Macam mana?"
Chiaki pun bangkit dari tempat duduknya dan berkata dengan megahnya, "Saya dengan bangganya memperkenalkan diri saya sendiri! Nama saya Chiaki Tanimura, Tingkatan 1 Kelas 3, Setiausaha Kelab Majalah Sekolah. Boleh panggil saya dengan nickname saya, 'Wartawan Sensasi Masa Kini'! Sayalah yang mencari, menggeledah dan membongkarkan gosip-gosip atau berita-berita terhangat yang berlaku di sekolah ini!"
"Tapi, awak tak rasa ke yang awak ni menyibuk hal orang lain? Furthermore, your nickname is too long to say it. Can you short your nickname?"
"Itulah profesion kerja saya dan saya tak boleh nak lepaskan peluang begitu sahaja. Cik Hildegarde, kalau susah sangat nak sebut nickname saya, panggil je saya WaSeMaKi, ok?" Dia berkata demikian sambil menunjukkan 'W'merujuk kepada 3 fingers pose (Jari telunjuk, jari hantu dan jari manis) sebagai tagline-nya. Semasa sesi temuramah itu berjalan dengan 'lancar', tiba-tiba Oga terjaga dari pengsannya,
"Apa fasal tiba-tiba memekak ni? Aduh! Makin bertambah sakit kepala aku dibuatnya."
"Yeah! At last! Dia dah bangun! Hey! Camera man! Shoot at him!" Chiaki memberi arahan dan jurukamera dari Kelab Majalah Sekolah terus menerima arahan yang diberi dengan menumpukan lensa kamera ke arah Oga dan Hilda. Lalu, Chiaki mengalihkan perhatiannya ke arah Oga,
"Macam mana kau boleh kenal dengan Si Cantik Jelita ni? Sedangkan kau dan dia tak sepadan... Eh? Tunggu sekejap. Oh... Wow! Sejak bila kau tukar imej ni?! Kau dah makin handsome-lah! Kau dah tak pakai cermin mata macam Nobita dalam anime Doraemon (Bayangkan kalau Oga pakai cermin mata bulat macam Nobita.) dan kau ada..." Chiaki pun mula meraba-raba perut Oga...
"Oi, sial! Apa kau buat ni, hah?!" Walaupun Oga menegah namun Chiaki tetap meneruskan perbuatannya dan membuka butang uniform Oga.
"Wow! Six packs, doh!" Chiaki rasa sungguh teruja dengan bentuk badan Oga yang well-builded itu. Ini yang membuatkan semua orang terkejut melihat badan Oga tu. Macam mana seorang yang berperangai entah apa-apa tu boleh ada six packs? Masa tu memang bising gilalah kelas tu sampailah Furuichi mencelah,
"Kalian mungkin tak tahu tapi selalunya kalau di rumah, selain daripada baca buku 'merepek' tu, dia juga ada buat senaman seperti angkat berat or something like that. Oh, lupa pula! Yang benda alah angkat berat tu pun ada juga di rumahnya (Kalau tak percaya, pergilah tengok di rumah Oga). Tapi... Selalunya dia takkan tunjuk badan tough dia tu depan orang ramai..."
Kenyataan Furuichi itu telah menarik minat Chiaki dan menyuruh camera man berpusing ke arah Furuichi untuk diwawancarakan pula. (Kasihan camera man. Asyik kena perintah dengan Chiaki jer. Upahnya pun 100 Yen jer sejam.(Eh? macam mahal je...) Haih... Sedihnya...). Chiaki mengacu mikrofon tu ke mulut Furuichi dan bertanya,
"Kenapa pula dia cakap begitu?"
"... Oi Oga! Cakaplah!"
"Hei... Apa pula aku?! Dia tanya kau, kaulah yang jawab!" Pada masa yang sama, Oga berfikir, 'Tolonglah jangan tanya aku! Aku tak faham walau sedikit pun apa yang dia tengah cakap sekarang ni! Aku memang TAK PERNAH cakap macam tu pada dia!'
"Hah~ Empunya badan pun dah bagi kebenaran so, please... Kami, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tinggi Ishiyama memerlukan pertolongan kau untuk memberikan maklumat dalam berita terhangat ni, Furuichi..." Chiaki merayu sambil berlinangan air matanya dan menyebabkan Furuichi terdesak untuk memberitahu perkara tersebut.
"Yalah. Yalah! Aku cakap!"
"Yay~ Arigatou gozaimasu, Furuichi-kun~ "
"Ya, ya... apa-apa jelah... Okey... sebab kenapa dia tak nak tunjukkan badan tough dia tu depan orang ramai ialah..." Semua orang sedang menumpukan sepenuh perhatian kepada Furuichi sehinggalah...
"... Sebab..."
"Sebab apa?!" Chiaki hampir menjerit kerana ingin mengetahui maklumat yang akan diberitahu oleh Furuichi.
"... Dia kata dia akan tunjukkan badan tu semua bila dia dapat jumpa orang yang dia sayang... Eh? Takkanlah orang tu..." Furuichi terus memandang Hilda yang ketika itu sedang berborak dengan Oga dalam intonasi yang rendah. Pergerakkan Furuichi itu diikuti oleh semua pelajar yang ada dalam kelas itu. Sekali lagi... Chiaki mengangkat tangan dan menyambar kedua-dua bahu Oga dan Hilda!
"Boleh tak beritahu kami apa yang kalian bisikkan sebentar tadi?"
Oga dan Hilda berpandangan sesama sendiri dan Hilda menyiku lengan Oga.
"Er... kitorang cakap pasal masa kitorang mula-mula kenal dulu... itu jelah..."
"Ya ke? Ni mesti romantik, kan? Beritahulah kami~"
"Eh? Kaukan wartawan? So, pandai-pandailah cari sendiri!"
Chiaki terus mengembungkan pipinya seperti Shin Chan yang tengah geram! Sebelum sempat dia meneruskan interview-nya, Hilda terus menarik tangan Oga dan berkata kepada Chiaki,
"Maaflah tapi... we have to go, TATSUMI..." Walaupun pada ketika itu Hilda tersenyum, namun nadanya kedengaran serius dan menyebabkan Oga yakin ada sesuatu yang ingin dikatakan berkenaan dengan perkara-perkara aneh yang berlaku hari ini. DIA PASTI ADA JAWAPANNYA! Oga mengangguk lalu mereka mengambil langkah seribu untuk melarikan diri daripada WaSeMaKi. Tetapi, Chiaki sangat pantas mengejar mereka dan ini menyebabkan mereka lari tak cukup tanah sampailah ke tempat larangan iaitu; di bumbung sekolah.
10 minit kemudian...
"Mana perginya mereka ni? Camera man Himekawa, kau cari kat sana, aku cari kat situ! Cari sampai jumpa!"
"Okay, Lady." Himekawa, sebagai pembantu peribadi Chiaki berusaha mencari Oga dan Hilda di merata tempat. Tetapi, mereka tidak perasan yang sebenarnya Oga dan Hilda sudah berada di atas bumbung sekolah.
Selepas memastikan Chiaki tidak menjejaki mereka, Oga duduk berhadapan dengan Hilda dan bertanyakan perubahan yang berlaku di dunia ini. Mulanya Hilda tidak mahu membuka mulut. Tetapi akhirnya, dia pun bersuara;
"Tuan Muda sedang bermain satu permainan dari Neraka..."
Any reviews? Badass comments are allowed!
