Warning!: Ooc melebih,Typo dimana-mana, BL, Sho-ai, FangBoy pairing, Fang Idol! Au, No superpowers, All Character in human ver, no alien and robot.
Kalau tak suka, jangan baca dan review dan tombol tersedia untuk anda semua. Kepada sesiapa yang baca ff yang author buat ni, author amat menghargainya.
Disclaimer: Boboiboy and all characters from Pulau Rintis adalah hak milik Animonsta Studio..
.
.
.
Dekat Tapi Jauh
.
.
Tak pernah ku merasa
tak tentu arah batin ku menyiksa
sejak ketemu dirimu
degup jantungku makin laju
xxxxxxxxxx
"Apa?! Macam mana engkau tahu yang Fantastic Shadow akan adakan fan meeting kat sini?!" Mata Boboiboy membulat memandang ke arah sepupu perempuannya, Ochobot.
"Biasalah.. Akukan peminat setia Fantastic Shadow, mestilah kena tahu bila dan di mana fan meeting mereka diadakan.." Kata Ochobot acuh tidak acuh sambil mengunyah roti krim yang dibeli oleh Boboiboy tadi.
"Huh.. Aku pun nak pergi! Tapi aku tak suka dikelilingi oleh orang ramai, lagi-lagi dikerumuni dengan fangirls Fantastic Shadow!" Boboiboy buat riak wajah kecewa.
"Apalah engkau ni... Harap je fanboy Fantastic Shadow tapi fobia dikerumuni oleh orang ramai. Haih.. Lagipun aku udah belikan engkau tiket ke fan meeting tu.. Kalau engkau tak nak ikut, tak apa. Aku boleh ajak orang lain.." Ugut Ochobot.
Serta merta Boboiboy terkejut dengan ugutan dari Ochobot." Apa?! Engkau beli tiket tu?! Wei! Aku nak pergi! Tapi..." Kata-kata Boboiboy terjeda.
"Tak ada tapi,tapi! Kalau engkau nak jumpa dengan Fantastic Shadow, engkau kena hilangkan perasaan fobia engkau tu atau engkau sendiri yang akan rugi.." Kata Ochobot dan gadis itu terus berjalan meninggalkan Boboiboy yang masih kaku di ruang makan.
xxxxxxxxxxxxxxxxx"Annyeong!" Sapa Ying.
"Anyyeong, Ying!" Balas Yaya.
"Engkau dah sedia untuk esok?!" Kata Ying sambil melompat kecil.
"Sudah tentu aku dah sedia! Akhirnya dapat juga jumpa dengan idola idaman kita semua secara live!" Kata Yaya pula.
"Kyaaaaa!" Tak pasal-pasal mereka berdua menjerit histeria sehingga mengundangkan perhatian satu kelas.
Boboiboy yang melihat tingkah laku kedua-dua gadis itu hanya mampu menggelengkan kepalanya. Secara tiba-tiba guru kelas untuk sesi pertama muncul serta seorang remaja lelaki berkaca mata serta bertopeng dan berambut spike ungu membuntuti guru tersebut.
Serta merta Yaya terus berdiri." Bangun! Selamat pagi, cikgu!"
"Selamat pagi, cikgu!" Ucap satu kelas serentak.
"Selamat pagi, semua.. Sila duduk.." Kata guru tersebut sambil membuat isyarat supaya anak muridnya duduk.
"Baiklah! Sebelum kita mulakan pembelajaran kita, cikgu nak memperkenalkan pelajar baru dari Korea." Guru tersebut tersenyum ke arah pelajar baru tersebut.
"Annyeong Haseyo! Nama saya Pang, saya dari Seoul, Korea Selatan dan saya cuma pelajar sementara di sini. Selamat berkenalan!" Kata pelajar tersebut sambil membongkokkan badannya.
Flashback On...Setelah sampai di hotel, Fang terus menutup pintu bilik dengan kuat sehingga menyebabkan ahli kumpulannya kecut perut. Fang terus menghempaskan badannya di atas katil manakala ahli kumpulannya memandang ke arahnya dengan muka ... Fang? Engkau ok ke ni?" Tegur Kaizo.
Tiada respon. Fang terus berdiam diri, mukanya ditutup dengan bantal. Keempat-empat ahli kumpulan K-Pop tersebut memandang antara satu sama lain.
"Fang, abang nak bagitahu sesuatu ni.." Kata Kaizo.
Serta merta bantal dialihkan dari mukanya." Apa dia?" Balas Fang ragu-ragu.
"Cik K ada telefon abang tadi yang dia cakap yang engkau kena bersekolah di sini sehingga hujung bulan ni.." Kata-kata dari Kaizo menyebabkan Fang bangun dari perbaringannya.
"Apa?! Sekolah?! Tapi kenapa?!" Kata Fang. Nadanya agak ditinggikan sedikit.
"Sebab engkau masih 16 tahun, jadi Cik K suruh engkau belajar di sini dan mulai esok engkau akan bersekolah." Jelas Kaizo ringkas.
"Tak nak! Aku tak nak pergi sekolah! Lagipun kita duduk di Malaysia sampai hujung bulan je! Buat apa nak bersekolah!" Menjerit Fang.
"Fang... Ini arahan dari Cik K, engkau kena ikut arahan." Kata Kaizo tegas.
"Tapi aku tak ada bawa uniform sekolah.." Kata Fang.
"Itu engkau jangan risau, abang ada bawa. Dan engkau kena guna nama samaran engkau apabila berada di sekolah. Arasso?" Kata Kaizo.
"Nae.." Balas Fang. Dia terus menyembamkan kepalanya di atas bantal.
Flashback Off...
"Wah! Fasihnya dia berbahasa Malaysia!" Kata salah seorang pelajar perempuan. Kagum.
Setelah dia mendonggakkan kepalanya, matanya terus tertumpu ke arah Boboiboy yang berada di tempat duduk belakang yang juga sedang merenung ke arahnya.
"Ok! Ada sesiapa nak tanyakan soalan untuk Pang?" Tawar guru kelas.
Tanpa berfikir panjang, Suzy terus mengangkat tangannya. Guru kelas terus memberi isyarat kepada Suzy untuk menanyakan soalan kepada Fang.
"Err.. Kenapa engkau pakai topeng? Kenapa engkau tak tunjuk muka engkau?" Kata Suzy ragu-ragu.
"Oh! Sebab saya selsema sekarang ni, sebab tulah saya pakai topeng." Balas Fang. Suzy hanya mampu ber'oh' dan terus duduk tetapi secara realitinya, dia tak selsema cuma nak sorokkan wajahnya daripada dikenali oleh peminatnya di sekolah.
"Lagi?" Tawar guru kelas.
"Pang! Engkau cakap engkau dari Korea,kan?" Tanya Ying.
"Yup! Kenapa?" Kata Fang ragu-ragu.
"Jadi, di Korea kan banyak idol K-pop. Jadi soalanku ialah engkau suka band group yang mana di Korea?" Tanya Ying teruja.
"Oh! Saya suka Super Junior, BTS, Exo, SNSD, AoA dan banyak lagilah!" Balas Fang. Senyuman menghiasi bibirnya yang berada di sebalik topengnya.
"Engkau suka Fantastic Shadow tak?" Tanya Yaya pula.
"Fantastic Shadow.. Hmm.. Saya minat jugalah.." Balas Fang acuh tidak acuh.
"Ok, cukup tu. Pang, sila duduk di sebelah Boboiboy.." Kata Guru kelas sambil menundingkan jarinya ke arah tempat duduk kosong di sebelah Boboiboy. Tanpa membantah Fang terus mengambil tempatnya di sebelah Boboiboy.
"Hai!" Sapa Fang.
"Hai.." Balas Boboiboy acuh tidak acuh.
"Bukan ke engkau adalah orang yang aku langgar semalam? Apapun selamat berkenalan, aku Pang! Dan maaf, sebab terlanggar engkau semalam.." Kata Fang ramah sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Boboiboy.
"Aku, Boboiboy.. Tak apa.." Kata Boboiboy sambil berjabat tangan dengan Fang. Senyuman menghiasi bibirnya sehingga menyebabkan muka Fang menjadi kemerahan.
Fang terus melepaskan tangannya dari Boboiboy dan terus menumpukan perhatiannya pada pembelajaran tetapi sebenarnya secara senyap-senyap dia memandang ke arah wajah Boboiboy.
xxxxxxxxxxxxxxxxxKringg! Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba untuk pelajar tahap 2 iaitu tingkatan 4,5 dan 6. Semua pelajar berpusu-pusu membeli makanan di kafeteria sekolah. Fang yang membawa bekalan sendiri terkial-kial mencari tempat duduk. Secara tiba-tiba dia terperasan Boboiboy berjalan melintasinya sambil membawa bekalan makanan.
Fang terus menyapa Boboiboy." Boboiboy!"
"Hmm? Oh, Pang! Kenapa?" Balas Boboiboy.
"Boleh tak aku makan dengan engkau? Lagipun aku tak ada kawan untuk makan bersama selain engkau.." Jelas Fang.
Boboiboy hanya tersenyum dan menggangguk. Boboiboy terus mengorak langkahnya dan diikuti oleh Fang dari arah belakang. Setelah sampai di tempat yang ditetapkan, Boboiboy dan Fang terus duduk di bawah pokok yang berada di tepi padang sekolah.
Boboiboy terus membuka penutup bekalannya, hari ini makanan waktu rehat dia adalah nasi goreng buatan Ochobot. Semasa Boboiboy baru nak menyuapkan nasi ke dalam mulutnya, matanya tertumpu ke arah Fang yang tiba-tiba mengangkat hoodie jaketnya serta mengantikan cermin matanya kepada cermin mata hitam untuk menutup seluruh mukanya.
"Kenapa engkau pakai hoodie dan cermin mata hitam?" Boboiboy mengerutkan dahinya.
"Aku tak nak engkau dan orang lain tahu muka sebenar aku.." Balas Fang sambil mengunyah kimchi.
Boboiboy hanya terdiam seribu bahasa dan sambung menjamah nasi goreng. Sekali sekala matanya curi-curi melihat wajah Fang tetapi tidak berjaya. Keadaan di situ sangat sunyi, tiada pelajar yang lalu lalang cuma hanya suara kicauan burung sahaja kedengaran.
"Tenangnya tempat ni. Patutlah engkau pilih duduk di sini." Kata Fang sambil mengalihkan hoodie dari kepalanya.
"Yup! Tempat nilah tempat kegemaran aku.. Sambil-sambil tu kalau aku bosan, aku dengar lagu dari kumpulan kegemaran aku.." Terang Boboiboy.
Secara tiba-tiba Fang melontarkan soalan kepada Boboiboy."Lagu dari kumpulan kegemaran engkau? Siapa?"
"Fantastic Shadow." Balas Boboiboy dengan senyuman.
Setelah terdengar nama kumpulannya disebut oleh Boboiboy, banyak soalan mula terlintas di fikiran Fang." Engkau suka Fantastic Shadow rupanya! Fanboy lah ni?!" Tanya Fang.
"Betul tu.. Tapi aku rahsiakan perkara ni dari semua orang kecuali sepupu aku, Ochobot dan engkau. Jadi tolong jangan beritahu orang lain. Arasso?" Kata Boboiboy.
"Nae.. Tapi kenapa engkau nak berahsia?" Fang mengerutkan dahinya.
"Aku malu... Sebab aku ada fobia apabila dikerumuni orang ramai. Jadi apabila ada isu fan meeting atau comeback tentang Fantastic Shadow, aku lebih suka berdiam diri. Kalau aku buka isu pasal Fantastic Shadow, pelajar perempuan suka mendengar tentang isu ni dan aku tak suka dikerumuni oleh orang ramai. Ia amat merimaskan.." Jelas Boboiboy.
"Ooo.. Oh ya! Cakap pasal fan meeting, engkau pergi tak esok?" Tanya Fang lagi.
"Mungkin.." Balas Boboiboy ragu-ragu.
"Dan satu lagi, dalam kelima-lima ahli kumpulan Fantastic Shadow, siapa yang paling engkau suka?" Tanya Fang.
"Yang paling aku suka? Aku suka leader mereka iaitu Kaizo. Vocalist utama, Adudu dan juga ahli baru mereka, Fang.." Balas Boboiboy sambil mendongakkan kepalanya untuk berfikir.
Hatinya mula berbunga-bunga apabila namanya di sebut oleh Boboiboy."Jadi antara tiga tu, siapa yang akan jadi bias pertama,kedua dan ketiga engkau?" Tanya Fang.
"Entahlah.. Aku pun tak tahu.. Tapi aku rasa bias pertama aku, Kaizo. Kedua, Fang dan ketiga, Adudu." Balas Boboiboy.
Bagai ditikam sembilu, Fang terkaku apabila bias pertama Boboiboy adalah abangnya, Kaizo dan dia bias yang kedua.
"Aku? Bias kedua?!" Kata Fang dalam hati.
"Dan satu lagi, engkau ada teman wanita?" Tanya Fang selamba.
"Apa punya soalan ni?! Akukan anti-sosial, mestilah tak ada teman wanita.. Kawan pun tak ada, cuma engkau je yang sanggup kawan dengan aku.. Apatah lagi teman wanita.. Oh ya! Engkau tanya soalan macam-macam kat aku ni, aku pun nak tanya soalan kat engkau." Boboiboy tersengih-sengih.
"Hah! Tanyalah.." Balas Fang.
Mulalah sesi soal jawab antara Boboiboy dan Fang sehingga loceng tamat waktu rehat berbunyi.
xxxxxxxxxxxxxxxxx
Kakinya mula mengorak langkah melepasi kawasan sekolah, terlihat seorang pemuda india sedang berdiri ditembok pagar. Sepertinya dia menunggu seseorang.
"Boboiboy!" Kata pemuda india tersebut.
"Senior Gopal, kenapa senior tak balik lagi ni?" Kata Boboiboy sambil mengerutkan dahinya.
"Nah, ini ada buku sebagai hadiah dari kakakku sebab engkau tolong kakakku dua hari lepas. Engkau ambillah." Kata pemuda india itu. Boboiboy terus mengambil buku tersebut dari tangan Gopal.
"Buku? Buku apa ni?" Boboiboy mengerutkan dahinya sambil menyelak muka surat utama buku tersebut.
"Buku album Fantastic Shadow. Senior tahu yang engkau sebenarnya fanboy Fantastic Shadow." Gopal tersenyum manakala Boboiboy terkejut.
"Ma.. Macam mana se..senior tahu yang saya suka Fantastic Shadow?" Boboiboy mula gagap.
"Senior pernah stalk iPod kamu dan senior tengok banyak betul lagu dari Fantastic Shadow. Lagipun kakak senior bekerja di studio Fantastic Shadow di Korea. Jadi dia bagilah buku ni kepada senior untuk beri kepada kamu sebagai balasan." Terang Gopal.
Boboiboy terus berdiam diri, Gopal terus beranjak dari tempatnya berdiri untuk pulang. Boboiboy menyimpan buku yang diberi oleh seniornya dan berjalan pulang ke rumah. Secara tiba-tiba dia terserampak dengan Fang yang berjalan di hadapannya.
"Pang!" Sapa Boboiboy.
Fang terkejut seketika dan terus menoleh ke belakang. Boboiboy berlari ke arahnya sambil tersenyum.
"Bila masa engkau keluar? Aku tak nampak pun?" Kata Boboiboy.
"Tadi.. Masa engkau tengah bersembang dengan senior engkau.." Balas Fang dengan muka datar.
"Oh! Engkau tinggal kat mana?" Tanya Boboiboy.
"Aku tinggal kat hotel kat sana.." Fang menundingkan jarinya ke arah hotel yang bercat putih hitam yang tidak jauh dari kawasan itu.
"Wow! Engkau tinggal di hotel sampai hujung bulan ni?! Kayanya engkau! Siapa yang bayar pembayaran hotel tu?" Boboiboy rasa tidak percaya.
"Oh! Pembayaran hotel tu manager aku yang bayar.." Terang Fang.
"Manager?" Boboiboy mengerutkan dahinya.
"Ehh?! Bukan-bukan! Bukan manager tetapi pakcik aku, pakcik aku yang bayar semua pembayaran hotel ni.." Kata Fang sambil ketawa paksa. Boboiboy ber'oh'
"Oklah, aku balik dulu! Jumpa esok!" Kata Boboiboy dan dia terus berlari meninggalkan Fang.
"Haih.. Nasib baik tak terkantoi.. Bodoh engkau, Fang!" Kata Fang perlahan sambil memaki hamun dirinya.
xxxxxxxxxxxxxxxxx
"Aku dah pu-! Ehh?!" Boboiboy terkaku di hadapan pintu rumah kerana terkejut apabila melihat keadaan rumahnya yang bersepah.
"Selamat pulang, Boboiboy! Maaf, rumah agak bersepah.. Hehehe.." Ochobot buat muka tidak bersalah seperti tiada apa-apa yang terjadi. Boboiboy mengeluh.
"Tok Aba di mana?" Tanya Boboiboy sambil membantu Ochobot membersihkan rumah.
"Tok Aba pergi ke rumah pakcik Kumar." Balas Ochobot.
"Untuk apa?" Boboiboy mengerutkan dahinya.
"Entahlah.." Ochobot menjongketkan bahunya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxHari yang dinanti-nanti sudah tiba, kain rentang di gantung di pintu gerbang stadium, bendara dan belon menghiasi di setiap sudut stadium, meja yang menempatkan lima buah kerusi diletakkan di atas pentas, peminat tak kira jantina dan umur mula memenuhi kawasan stadium mini.
Boboiboy yang tercegat di hadapan pintu gerbang melirik ke arah jam tangannya. Sepertinya dia menunggu seseorang.
"Boboiboy!"
Boboiboy terus menoleh ke arah orang yang menyapanya. Ternyata Ochobot dengan hanya memakai singlet hitam kuning serta berseluar jeans pendek paras paha dan menjinjing beg tangan mini berlari ke arah Boboiboy.
"Maaf.. Aku tersilap pakai lipgloss tadi.." Kata Ochobot. Nafasnya tercungap-cungap kerana terpaksa berlari dari rumah yang agak jauh beberapa meter dari stadium mini.
"Apa-apa jelah.. Jom kita masuk.." Kata Boboiboy acuh tidak acuh sambil berjalan masuk ke dalam stadium mini. Malas nak layan sepupunya yang suka melaram tak ingat dunia tu.
Akibat dari populasi peminat yang semakin ramai menyebabkan Boboiboy berasa tidak selesa. Secara tiba-tiba bahunya dicuit seseorang. Boboiboy menoleh ke belakang ternyata Yaya dan Ying berada di belakangnya.
"Hai, Boboiboy!" Sapa Yaya ramah.
"H.. Hai.." Balas Boboiboy gagap.
"Aku ingat engkau tak datang.. Engkau pun minat Fantastic Shadow ke?" Tanya Ying.
"Ta.. Taklah.. A.. Aku cuma teman sepupu aku je.." Boboiboy berbohong. Ochobot hanya mampu mendeathglare sepupu bertopi jingganya itu.
"Wahh! Comelnya sepupu engkau Boboiboy!" Kata Yaya dan Ying serentak.
"Apa khabar?! Nama saya Ochobot, baru pindah dari England.." Ochobot berjabat tangan dengan Yaya dan Ying.
Puff! Suatu bunyi mengalih perhatian mereka semua. Asap-asap menyelubungi pentas dan peminat semakin bersorak kuat. Di sebalik samar-samar asap tersebut, terlihat lima jejaka berdiri di atas pentas.
"Annyeong Haseyo, Pulau Rintis!" Kata salah satu dari mereka semua. Peminat semakin kuat menjerit.
"Fantastic Shadow! Fantastic Shadow!" Sorak peminat kecuali Boboiboy.
"Annyeong, Kaizo imnida! Leader Of Fantastic in the house, yo! Apa khabar semua peminat Fantastic Shadow?!" Tanya Kaizo sambil menghalakan mikrofon ke arah peminatnya.
"Baik!" Balas kesemua peminat serentak.
"Kaizo oppa hensem! Saranghaeyo!" Menjerit salah seorang peminat.
"Marry me, Kaizo oppa!" Menjerit seorang lagi peminat.
"Ok! Sebelum kita meneruskan fan meeting kita semua, oppa nak intro ahli-ali yang lain. Adudu!" Kata Kaizo highnote. (Perghh! Boleh pecah gegedang telinga aku..)
"Annyeong, Adudu di sini! Terima kasih sebab datang ke fan meeting ni! Peminat oppa sila angkat tangan!" Kata Adudu. Kesemua peminat Adudu menjerit histeria memanggil namanya sambil mengangkat tangan mereka di awang-awangan.
"Ok, Probe!" Kata Kaizo.
"Annyeong! Probe imnida! Member ketiga FS! Siapa rindu oppa?! Angkat tangan sikit!" Kata Probe sambil tersenyum manis.
"Probe oppa! Saranghaeyo!" Menjerit salah satu peminat.
"Probe oppa cute!" Menjerit seorang lagi peminat. (Author*mengelap cermin mata* adakah aku salah tengok atau power cermin mata aku yang tak betul?*Ditendang Probe*)
"Lahap!" Kata Kaizo.
"Annyeong! Lahap imnida! The King of Rapper!" Kata Lahap sambil tersenyum.
"Oppa! Saranghaeyo!" Menjerit beberapa orang gadis.
"Dan paling last, ahli paling muda dan baru dalam kumpulan ni! Kami memperkenalkan, Fang!" Kata Kaizo teruja.
"Anneyeong! Fang imnida! Selamat berkenalan! Terima kasih sebab datang ke fan meeting of Fantastic Shadow! Wow! Saya tak sangka yang ramai juga peminat dekat sini!" Kata Fang teruja.
"Suara dia macam aku pernah dengarlah.." Bisik Yaya pada Ying.
"Yelah.." Balas Ying.
"Apapun sebenarnya kami dah lama tak jejakkan Malaysia dan kami berasa amat bernasib baik sebab dapat jejakkan kaki di Malaysia. Betapa rindu rasanya dekat sini. Ok! Sekarang mari kita mulakan sesi pertama kita iaitu game!" Kata Kaizo teruja.
Pelbagai permainan dilakukan, jeritan histeria dari peminat meriuhkan suasana, pelbagai ekspresi wajah dapat dilihat apabila sesetengah peminat dapat bermain dengan idola kegemaran mereka. Ada yang menutup muka mereka kerana malu, ada yang buat selamba rak dia je, ada yang berselfie bersama-sama. Setelah berjam bermain, kelima-lima idolaitu mengambil tempat.
"Ok, sekarang mari kita mulakan sesi temu ramah.. Cewahh! Oppa gurau je.. Sesi berkenalan mesra. Sila berbaris untuk bercakap dan mengambil tanda tangan dari kami!" Kata Kaizo yang mengundangkan gelak tawa.
Tanpa berlengah, kesemua peminat berbaris panjang di tepi pentas. Satu per satu peminat naik ke atas pentas sambil beramah mesra dengan idola kegemaran mereka.
Setelah berjam-jam diambil, akhirnya giliran Boboiboy untuk beramah mesra dengan idol kegemarannya secara dekat. Boboiboy berjalan perlahan-lahan dan hatinya terasa amat gemuruh. Fang yang berada di tempat duduk yang kelima tersenyum-senyum seorang diri.
"Hai! Wow! Fanboy pertama naik ke atas pentas! Nama kamu?" Kata Kaizo.
"Ha.. Hai.. Nama saya Bo.. Boboiboy.. Nah, sa..saya ada hadiah untuk oppa.." Balas Boboiboy gagap. Hatinya betul-betul terasa amat gembira sangat dan matanya seperti mahu pitam.
Dari jauh, terlihat Yaya dan Ying mula berpeluk tubuh." Aik?! Hadiah?! Aku rasa dia ni fanboy Fantastic Shadow.. Teman Ochobot konon..." Kata Yaya perlahan. Ying hanya mampu mengiyakan pernyataan gadis berhijab itu.
Kaizo terus menerima hadiah daripada Boboiboy." Terima kasih! Kamu comel apabila malu.. Hehehe.." Kata Kaizo sambil tersengih-sengih. Muka Boboiboy semakin merah apabila dikata sedemikian.
Dia terus berjalan dengan laju ke idola yang lain dan mengambil tanda tangan mereka serta berselfie bersama-sama sehinggalah ke ahli kelima, Boboiboy terhenti.
"Hai! Kamu Boboiboy, kan?" Habis terkejut Boboiboy apabila Fang berkata sedemikian.
"Ma.. Macam mana awak kenal saya?!" Boboiboy nekup mulutnya tak percaya.
"Ada kawan baik saya bagitahu pasal awak kat saya.." Balas Fang sambil menandatangani album milik Boboiboy.
"Oh ya! Sa.. Saya ada hadiah untuk awak.." Boboiboy terus mengeluarkan sesuatu dari poket jaketnya. Boboiboy menghulurkan keychain berbentuk harimau kepada Fang.
"Untuk saya?! Thanks! Buat sendiri ke!" Fang mengambil keychain tersebut dengan teruja.
"Welcome.. Ya, saya buat sendiri.." Kata Boboiboy sambil mengambil album yang dipenuhi dengan tanda tangan ahli Fantastic Shadow dan mula beranjak pergi.
"Boboiboy, nanti sekejap!" Fang berdiri dan menyebabkan Boboiboy berhenti melangkah dan menoleh ke arahnya.
Fang berjalan menghampiri Boboiboy dan berdiri tepat di hadapan Boboiboy. Mata Fang merenung tepat ke arah mata Boboiboy manakala Boboiboy pula, mukanya sudah merona merah. Fang menyelak rambut yang menghalang dahi Boboiboy dan-
Cup!
Satu ciuman dari Fang hinggap ke dahi Boboiboy sehingga mengundangkan jeritan histeria dari peminat terutama sekali peminat wanita. Keempat-empat ahli Fantastic Shadow pula terkaku dengan perbuatan Fang. Habis terngaga mulut mereka berempat.(Author: Dan juga habis saham kehenseman mereka sebagai idola..*dibelasah oleh FS*)
Ochobot yang berada dibelakang Boboiboy dan Fang terkaku dan terus pengsan buat seketika. Ying dan Yaya yang berada dibarisan ketiga dan keempat menggigit-gigit buku yang dipegang mereka.
"Sepatutnya aku yang layak dapat ciuman tu!" Kata Ying dan Yaya dalam hati. Terang-terangan yang mereka tu cemburu.
"Ini pesanan dari kawan baik saya." Kata Fang selamba sambil mengernyitkan matanya ke arah Boboiboy.
Jejaka berambut spike itu terus berjalan mengambil tempat duduknya dan meraut wajah tidak bersalah seperti tiada apa-apa yang terjadi. Suasana menjadi senyap seketika dan aura membunuh menyelubungi kawasan stadium. Ahli Fantastic Shadow kecuali Fang menelan air liur kerana terasa aura merbahaya muncul yang disebabkan oleh ahli paling muda mereka. Boboiboy yang dah kemerahan seperti tomato, terus menarik tangan sepupunya keluar dari stadium.
"Oi! Oi! Kalau tarik tangan aku pun, janganlah kuat sangat!" Meronta-ronta Ochobot apabila Boboiboy menarik tangannya terlalu kuat.
Boboiboy tidak memdengar rontaan sepupu perempuannya itu malah menarik tangan gadis itu lebih kuat malah fikirannya menjadi berserabut dan mukanya masih kemerahan akibat dari kejadian tadi.
"Apa yang terjadi tadi?! Idola kegemaran aku cium dahiku sebab kawan baik dia pesan?! Siapa kawan baik dia? Takkanlah.. Pang! Ya, aku mesti jumpa dia esok.. Mesti!" Kata Boboiboy dalam hati.
TBC...
