My disclaimer in chapter 1 (bab 1) applies here too.
.bab 2.
.
.
England
Sudah seminggu berlalu sejak Yayu tiba di Whammy House. Dan dalam tempoh itu, pelbagai topik sains, formula matematik serta teori fizik terpaksa diharung dan diredah.
Rasa nak lemas…
Melihat budak-budak lain di dalam setiap kelas yang dihadiri, Yayu pada mulanya agak kekok. Kemasukan ke Whammy House tidak mempunyai had minimum terhadap usia, kerana faktor yang paling diambil kira adalah IQ. Disebabkan itu, ada hari di mana Yayu duduk di sebelah kanak-kanak kecil. Berumur lima atau enam tahun, kanak-kanak itu semua cukup fokus mendengar kuliah yang disampaikan oleh profesor mereka, bahkan selamba mengangkat tangan untuk menyoal dan menjawab soalan.
Scary!
Namun apabila kelas berakhir di waktu petang, apabila dia melihat kumpulan kanak-kanak semuda itu terlompat-lompat bermain hop-scotch di tepi padang, Yayu tersenyum dan teringat semula, bahawa kanak-kanak itu semua memang masih kecil. Sesudah penat menyelesaikan masalah kira-kira dan memegang tabung uji di dalam makmal, mereka seronok bermain anak patung, berlari-lari dalam ketawa, menembak pistol air ke arah satu-sama lain.
Dan dalam tempoh seminggu itu, Yayu menjadi stalker terhadap beberapa orang budak lelaki. Dia memerhatikan mereka yang nampak sebaya dengan abangnya, dan membanding-bezakan mereka dengan satu-sama lain. Memorinya yang berbaki mengenai abangnya terlalu samar dan kabur, dan setiap kali Yayu cuba untuk mengingat, kepalanya berdenyut sakit. Namun dia tahu abangnya berambut coklat sama seperti bapa mereka, serta memiliki sepasang mata biru yang diwarisi dari ibu mereka. Dan dari situ, Yayu telah mengenalpasti tiga belas orang budak lelaki di Whammy House yang berkongsi ciri-ciri tersebut.
Harap-harap, bijik mata aku ni tak obvious sangat lah skodeng diorang.
Hari ini, Yayu telah terlajak bangun. Lintang-pukang dan huru-hara, dia mencampak selimut dan bantal Pooh kuning miliknya ke lantai. Tergesa-gesa mengejar waktu dan kelas. Dilihatnya, katil Miaa masih sama tidak bersentuh, dan disebabkan Yayu telah berjaga hampir sepanjang malam untuk menyiapkan assignment Profesor Andrews, dia tahu dan yakin, bahawa Miaa memang langsung tidak pulang ke bilik malam tadi.
Dah ada boyfriend kot?
Kelas pertama untuk pagi ini baru saja tamat. Ruang koridor dipenuhi dengan suara-suara mereka yang kini bergerak untuk ke destinasi masing-masing. Yayu menggosok mata yang terasa kelat, menuju ke tandas.
Blok yang menempatkan bilik-bilik budak perempuan diasingkan dari blok yang menempatkan bilik-bilik budak lelaki, namun tandas di sepanjang koridor di bangunan yang menempatkan kelas-kelas mereka, dewan-dewan kuliah, makmal-makmal dan perpustakaan, adalah tandas yang dikongsi, sama-sama diguna oleh budak lelaki dan budak perempuan.
Yayu melangkah masuk, menonong ke sinki untuk membasuh muka. Dia yang tunduk menggosok mata, nyaris melanggar seseorang yang berada di depan.
"Oops," mangsa yang hampir dilanggar itu memegang lengan Yayu sebelum mereka berlaga dengan satu-sama lain. Yayu mendongak. Rachel tersenyum ke arahnya. "Belum bangun lagi ke ni?"
Yayu menarik sengih kecil.
"Sorry, Akak."
"Tak apa." walaupun sedang tersenyum, entah kenapa gadis itu kelihatan agak pelik di mata Yayu. Terganggu. Resah?
Yayu membuka paip di sinki dan menakung air dengan kedua tangan. Air disimbah ke muka dan digosok beberapa kali. Kedua belah pipinya ditepuk-tepuk sedikit. Basah dan dingin. Lega… Dia mengeluarkan sapu tangan dan dilap ke wajah. Rantai pemberian ibu dan bapanya tidak pernah ditanggalkan, namun Yayu sengaja menyimpan loket berbentuk peluru kepunyaannya di sebalik baju. Melihat ia masih tersembunyi, dia mengambil lipstick ungu dan bedak kompak dari dalam beg.
Sambil menekap-nekap span bedak ke muka dan memandang pantulan imej dirinya di dalam cermin di depan, Yayu turut mencuri-curi pandang ke sebelah. Memerhatikan Rachel, gadis senior yang telah menjadi tour guide kepadanya dan budak-budak baru yang lain sejurus mereka tiba di Whammy House pada minggu lepas.
Tinggi Rachel adalah biasa bagi kebanyakan budak perempuan, tinggi Yayu barulah termasuk di dalam kategori mereka yang agak… Pendek. Bentuk tubuh Rachel pula boleh dikatakan menarik, kurus namun tidak kering seperti papan.
Ada curves dekat tempat-tempat yang sepatutnya, saiz pun OK. Yayu melakukan aktiviti skodeng sekali lagi.
Rambut Rachel pula panjang, berwarna coklat dan lurus, mungkin di paras pinggang namun setakat ini Yayu belum pernah melihat gadis itu dengan rambut dilepas begitu saja. Rachel mengikat rambutnya simple, bertocang kuda.
Yayu ada mendengar terutama dari budak-budak senior yang penuh semangat membekalkan gosip terhadap mereka budak-budak baru, bahawa Rachel adalah teman wanita kepada genius komputer terhebat di Whammy House, Matt. Dan Yayu masih ingat, membaca fail yang diberikan kepada mereka sejurus tiba di Whammy House minggu lepas, Matt merupakan salah seorang yang berada di dalam senarai top 5. Teman lelaki Rachel itu berada di tempat ke-3, salah seorang yang dianggap paling berpotensi tinggi untuk menggantikan L suatu hari nanti.
Dan berdasarkan info Miaa, budak lelaki itu sekarang berada di Jepun bersama Alyssa, seorang lagi senior mereka, kerana menguruskan kes.
Kini melihat ekspresi di wajah Rachel, fikiran Yayu makin ligat berputar. Gadis itu sedang merenung skrin telefon bimbit. Nampak depressed pun ada. Bergaduh dengan Matt ke? Yayu membetul-betulkan sedikit rambutnya, kemudian bedak kompak disimpan semula ke poket tepi di dalam beg. Belum sempat dia mencalit lipstick ke bibir, Rachel tiba-tiba meluru ke belakang dan melanggar bahunya. Telefon bimbit di tangan gadis itu terlepas, dan pecah berderai sejurus ia menghempas lantai, namun Rachel tidak berhenti untuk mengutip. Pintu salah sebuah kubikel berdentum apabila ditolaknya kasar, dan serta-merta Rachel tertunduk di depan mangkuk tandas.
Terkejut, Yayu terdiam.
Bunyi muntah kedengaran berulang dari kubikel tersebut. Rachel duduk mencangkung, menggenggam bucu mangkuk tandas sambil mengosongkan segala isi perut yang ada.
Muntah…?
Melihat situasi itu, perlahan-lahan, kening Yayu terangkat.
Oh.
Mujur juga, hanya mereka berdua saja yang berada di dalam tandas ketika itu.
Ini tak ada kena-mengena dengan aku. Tapi… Yayu berjalan ke kubikel tersebut. Dia tunduk di sebelah Rachel, menggosok-gosok perlahan belakang gadis itu sehinggalah muntahnya kian surut, dan akhirnya berhenti. Yayu menghulur sepaket tisu.
"Terima kasih," ucap Rachel tanpa memandang Yayu. Bibirnya dikesat dengan sehelai tisu dan dia bangun. Melihat wajah Rachel yang kini agak pucat, Yayu berlegar di belakang, kalau-kalau gadis itu rebah atau pitam. Rachel membuka paip sinki, membasuh mulut sebelum memercik sedikit air ke muka. Kemudian dia mengutip bahagian-bahagian telefon bimbitnya dari lantai tandas, dan berpaling memandang Yayu dengan senyum yang lebih normal. "Terima kasih, Yayu." gadis itu kemamkan bibir. Nampak sedikit bimbang.
Patut ke aku bagi tahu dia, yang dia tak perlu risau?
"Saya takkan beritahu sesiapa." mulut Yayu terlebih dahulu bersuara, walaupun dia belum lagi membuat keputusan. Dia mengangkat bahu.
Rachel masih tersenyum, namun kini dahinya berkerut sedikit.
"Ini bukan masalah untuk stay dalam Whammy House." jelasnya perlahan. "Whammy House takkan buang saya atau suruh saya berhenti. Nasib baik jugak lah." katanya dalam ketawa kecil. Kemudian dia menarik nafas, dalam, merenung bahagian-bahagian telefon bimbit yang sudah lerai di tangan. "Saya belum pasti nak buat apa."
"Okey." pendek Yayu menjawab. Habis tu? Dia tidak tahu-menahu sama ada "kesalahan" seperti yang dilakukan Rachel adalah kesalahan yang boleh menyebabkan seseorang dibuang atau dipaksa untuk berhenti dari Whammy House, namun dia tidak terkejut dengan kata-kata Rachel bahawa ianya bukanlah begitu. "Mm. Akak risau dengan reaksi boyfriend Akak ke?" Yayu sedikit terjebak. Curious.
Namun dia tidak sempat menerima jawapan. Seorang budak lelaki berjalan masuk ke dalam tandas. Dengan headphone di kepala, budak lelaki itu menuju terus ke sinki dan menolak diri sendiri untuk naik duduk di situ. Dengan kaki berjuntaian santai, budak lelaki itu menarik keluar sebatang rokok dari poket jaket.
"Satu bangunan ni no-smoking area, Jason." Rachel menegur.
"Semalam Roger rampas dua karton bekalan saya. Saya dah nak mati ni." budak lelaki itu meminta belas-kasihan.
Rachel menggeleng sedikit. Memandangkan kini mereka tidak lagi bersendirian, dia sekadar bertukar senyuman lagi dengan Yayu. Soalan Yayu dibiar tidak berjawab. Rachel beredar meninggalkan tandas.
Yayu mengambil tempat semula di depan cermin. Menyambung kerja untuk mencalit lipstick ungu ke bibir.
Dalam fail tulis, Abang Matt tujuh belas tahun. Umur Kak Rachel berapa? Yayu memikir. Mudanya untuk jadi parents… Orang kata sebelum couple dengan Kak Rachel, Abang Matt tu playboy sapu semua jenis perempuan. Sekarang orang kata dia sweet gila. Tapi Kak Rachel macam risau. Kalau dah Kak Rachel risau, agaknya Abang Matt tu jenis lelaki yang masih tak cukup komited lagi lah. Kalau setakat couple aje, lain. Kalau ada baby ni pulak, boleh terikat seumur hidup… Abang Matt dah ready ke? Kalau benda ni jadi pada aku—
Lamunan Yayu terhenti. Ketika itu, matanya terpandang pregnancy test stick yang berada di tengah-tengah barisan sinki di antara dirinya dengan Jason.
Budak lelaki itu tersengguk-sengguk, mendengar lagu dengan mata dipejam penuh khusyuk. Rokok di bibirnya sudah dinyalakan untuk diri yang konon hampir mati.
Alamak aih… Macam mana boleh tertinggal pulak? Secepat lipas kudung, Yayu menyambar pregnancy test stick tersebut, digenggam di tangan kiri.
Selesai mencalit lipstick di bibir, Yayu berpaling untuk ke pintu.
Dan ketika itulah, dia merempuh George yang entah macam mana berdiri betul-betul di depan.
Oh mak! Yayu terundur ke belakang, mukanya tersembam ke dada budak lelaki itu. Lengannya ditarik George ketika dia hampir terjatuh. Namun sejurus dia mendongak, kepalanya menghentak pula dagu George.
Mereka memandang satu-sama lain, dahi sama berkerut.
"Berdarah!" Yayu menuding. George meraba jari ke bibir. Pecah sedikit akibat dihentak kepala Yayu. "Er. Sorry. Tapi awak yang berdiri depan saya!"
George mengangkat bahu.
Heiii. Macam-macam! Yayu tunduk menyelongkar beg. Mencari plaster kecil.
Pregnancy test stick di dalam genggaman tangan kirinya terlepas, dan jatuh. Betul-betul di atas lantai di antara kakinya dan George.
Sekali lagi, mereka sama-sama merenung bodoh. Kemudian George mengangkat kepala dan merenung Yayu. Dua kali bodoh.
Habis merokok, Jason melompat turun dari sinki.
Ah! Yayu panik. Nanti mamat tu pulak nampak!
Sekelip mata, George memijak kaki kanannya ke atas pregnancy test stick tersebut. Menyembunyikan alat berkenaan di bawah kasut sukan jenama Nike yang dipakainya.
Tanpa menyedari apa-apa, Jason berlalu melintasi mereka. Berjoget-joget, tangan memegang headphone yang terlekap kemas di kepala.
Sebaik budak lelaki itu melangkah ke luar dan hilang di balik pintu tandas, George mengesat tangan ke dahi dengan muka penuh drama. Konon lega.
"Mana ada berpeluh pun." Yayu menuduh. Budak lelaki itu tunduk, mengalih kasut dan mengutip pregnancy test stick tersebut. Dia memandang Yayu dan alat itu, silih berganti. Keputusan yang tertera: positif. "Bukan saya punya." Yayu menjelaskan. Apabila masih ditenung musykil oleh George, dia menjerit, "Memang bukan saya punya lah!"
George berundur ke belakang, menyumbat jari telunjuk ke telinga kanan sambil menutup sebelah mata. Dia menarik keluar telefon bimbit dan menaip.
Skrin kemudian ditayang kepada Yayu:
"Saya rasa dalam seminggu ni dah jelas. Saya ni bisu, tapi tak pekak. Tak payah lah jerit-jerit."
Yayu mencebik. Sejak kali pertama bertemu budak lelaki itu di perpustakaan minggu lepas, dia menyakitkan hati.
"George? Dah siap ke?" suara Erin kedengaran. Dia menjenguk dari pintu. "Hai Yayu!" gadis itu ceria melambai-lambai. Dia melangkah masuk apabila Yayu mempamer senyum sebagai balasan.
Minggu lepas di perpustakaan, George telah menolong Yayu untuk mendapatkan sebuah buku yang mati-mati gagal dicapainya dari rak paling atas, dan budak perempuan yang kemudian dilihat Yayu memeluk mesra lengan budak lelaki itu, adalah Erin, gadis senior yang telah menunjukkan Miaa bilik yang dikongsinya bersama Yayu. Pasangan "George dan Erin" ini serasa Yayu, ibarat langit dengan bumi. Namun mungkin bak kata orang: opposites attract? Erin happy-go-lucky dan selalu dilihat melompat ke sana-ke mari, banyak berceloteh, sementara George pula "cool" dan tampak lebih tenang, matang. Setiap kali Yayu melihat George beraksi di padang, dengan budak lelaki mahupun budak perempuan semua bersorak menyeru namanya, Yayu hampir lupa, bahawa budak lelaki itu sebenarnya tidak boleh bercakap.
George menonong ke salah sebuah kubikel untuk melunaskan hajat. Pregnancy test stick milik Rachel yang masih berada di tangan, Yayu perasan telah disumbat George ke dalam poket seluarnya agar tidak dilihat oleh Erin.
"Saya dengar, Akak bertolak ke Jepun tengahari esok?" Yayu berbasa-basi. Jam di tangan dikerling. Lima belas minit lagi sebelum kuliah Profesor Mary Ann bermula.
"A'ah." Erin menyengih. Kemudian, dengan suara yang sengaja dikuatkan, dia memberi pesan kepada Yayu, "Sementara Akak selesaikan kes dekat Jepun, Yayu tolong jagakan Abang George untuk Akak ya? Tak tahu lah kenapa, tapi dia tu boleh tahan famous, ramai peminat. Entah apa agaknya yang budak-budak perempuan tu semua nampak dekat dia… Yayu nak upah dari Jepun, Akak belikan."
Yayu ketawa.
Menayang muka poyo, George menapak keluar dari kubikel dan membasuh tangan di sinki.
"Eh? Bibir awak kenapa?" Erin mengerut dahi, menilik kesan darah di mulut George.
Hmm. Aku lah tu. Buat kerosakan dekat boyfriend orang.
"Kepala saya terhentak dagu dia tadi." Yayu membuat pengakuan bersalah.
Kerut di dahi Erin terus hilang. Gadis itu ketawa. Yayu dan Erin sama-sama termasuk di dalam kategori pendek, namun ajaibnya, Erin lebih rendah berbanding Yayu dan kini, melihat Erin terjengket-jengket untuk mencuit luka di bibir George, memang jelas ketinggian Erin dan George cukup berbeza. Budak lelaki itu merenjis air ke arah Erin. Erin menjerit, bahu budak lelaki itu dipukul. Sambil tersenyum George tunduk, mengelap cermat pipi teman wanitanya yang basah.
Melihat kemesraan di antara pasangan itu, Yayu tersenyum kecil. Pahit. Masih terdengar jelas kata-kata Henry ketika perbualan terakhir mereka seminggu yang lalu:
"Buat lah ikut suka hati kau. Kalau dah kau nak pergi, kau tetap akan pergi tak kira apa aku cakap. Dari dulu pun, memang kau selalu anggap aku ni macam kuli."
Henry tidak menghantar dirinya ke lapangan terbang, walaupun hingga saat terakhir, sungguh Yayu berharap untuk melihat kelibat teman lelakinya itu datang melambai dari tempat duduk di tepi tingkap. Hatinya sakit, perit. Akhirnya flight yang dinaiki meluncur ke udara, namun bayang Henry langsung tidak kelihatan. Sebarang mesej mahupun panggilan, hingga kini seminggu sudah berlalu, langsung tidak berjawab.
Susah sangat ke dia nak faham, benda ni penting pada aku?
x
xXx
x
Mello langsung tidak merasa bersalah. Dia menjeling sedikit apabila Cally mencubit lengan kirinya dan memukul bahunya dengan geram.
Mereka baru saja dihalau dari klinik Whammy House.
Near kini sedang dirawat, kerana luka dan lebam pada bahagian abdomen dan buku lali yang terseliuh.
"Saya tak boleh imagine, macam mana awak dengan Near nak selesaikan kes ni sama-sama kalau awak langsung tak boleh nak tahan diri daripada cuba bunuh dia." Cally masih belum habis membebel.
"Biri-biri tu merapu." Mello mempertahankan diri. "Aku tak tahu dia salah makan pudding ke apa, tapi dia bercakap banyak betul tadi. Tangan aku pun terus gatal."
"Awak tolak Near dari atas tangga!"
"Tak tolak pun, jentik je."
"Puan Heather cakap, nasib baik tulang rusuk Near tak patah!"
"Bukan salah aku lutut biri-biri tu dibuat dari jelly, lembik sangat. Baru cuit sikit dah tergolek."
"Mihael!" Cally melaung.
Mello mengerut dahi. Setiap kali gadis itu memanggil dirinya dengan nama sebenar, dia merasa sedikit bersalah. Seperti kanak-kanak kecil yang ditangkap mencuri biskut.
"Habis tu, kau nak aku buat apa? Mintak maaf dekat biri-biri tu?"
"Ya. Mintak maaf dengan Near."
"Tunggu aku mati."
Belakang Mello ditolak dengan geram, Cally menghela nafas, mengeluh. Seolah penat menghadapi kanak-kanak yang tidak reti bahasa.
What then? Mello merangkul pinggang Cally dengan sebelah tangan, tetapi gadis itu menolak dirinya ke tepi. Marah.
Fine.
Mereka kini berjalan menuju ke bilik yang selalu menjadi kediaman L setiap kali detektif itu pulang ke Whammy House.
Panggil aku ni macam tahu-tahu je. Mello mengeluarkan sekeping coklat bar.
Tiba di pintu, Cally mengetuk beberapa kali. Suara L kedengaran dari dalam, menjemput mereka masuk. Gadis itu memulas tombol dan melangkah masuk diekori Mello di belakang.
Dan mereka terdiam. Merenung.
Mello sedar apabila Cally di sebelahnya memandang seolah meminta kepastian, namun dia tidak menoleh ke arah gadis itu, matanya tetap tertumpu ke depan mereka.
Aihara Miaa sedang duduk di atas sofa, kedua belah kaki dilunjurkan santai. Budak perempuan itu sedang duduk bersandar, selesa, selamba, ke paha kanan L.
Detektif nombor satu dunia itu tidak memberi sebarang komen, apatah lagi penjelasan.
"Mixed-blood ni girlfriend awak?" Mello menyoal tanpa bertapis-tapis.
"Ya." – "Bukan." L dan Miaa menjawab serentak.
Cally mengangkat kening. L memandang Miaa.
"Awak bukan girlfriend saya?" soalnya dengan muka yang agak terkejut.
"Bukan. Saya tunang awak." Miaa tunduk ke meja di depan mereka, menculik piring kecil berisi sepotong kek kepunyaan L.
"Sebelum ni, saya tak bagi awak datang ke Whammy House dan awak ugut saya untuk mohon masuk ke jabatan FBI. Sekarang, saya dah bagi awak sertai Whammy House, dan awak upgrade diri sendiri daripada girlfriend, kepada tunang saya?" L bertanya.
"Pertama," Miaa mengangkat jari telunjuk. "Awak sendiri tahu yang awak tak perlu risau dengan ugutan saya, dan saya langsung tak risau dengan keizinan awak. Sebab dengan kerajinan saya, saya memang layak untuk masuk Whammy House. Kedua," dia mengangkat jari tengah. "Awak memang hak milik saya." dia mendongak ke arah L dan menjelir lidah. "Mm! Sedapnya…" chocolate mousse di dalam piring kecil di tangannya hilang ke dalam mulut, sedikit demi sedikit.
Darah Mello terasa mendidih.
"Awak ni mental ke?" laungnya kepada L. "Mixed-blood ni boleh jadi anak awak! Berapa beza umur korang? Dua puluh tahun?"
Dahi berkerut, Miaa mencebik. Seolah sengaja mencabar Mello, budak perempuan itu mengengsot lebih rapat ke sisi L, menempel.
Macam chewing gum terlekat bawah tapak kasut. Mello mengecilkan biji mata.
"L sekarang ni tiga puluh dua, saya lima belas. Jadi, jarak umur antara kami tujuh belas tahun." lantang Miaa bersuara. "Memang lah jauh sikit, saya pun rasa dia tu tua untuk saya. Tapi, dia kurus-kering dan putih melepak. Nampak macam baru dua puluh lima tahun aje." Miaa tersenyum ceria.
L merenung siling. Mungkin memikirkan, sama ada Miaa sedang memuji atau bukan.
Skru dalam kepala budak ni longgar ke apa?
"Mello," Cally menahan sebelum Mello sempat menghambur pelbagai istilah yang berwarna-warni. "Kenapa awak panggil kami, L?" gadis itu mengalih topik.
Detektif itu diam, tekun memerhatikan kek kepunyaannya yang sudah diculik Miaa, kini sedang berselera dilahap oleh budak perempuan itu. Bagai membuat penggambaran iklan, Miaa pejamkan mata sewaktu mengunyah, lengkap dengan adegan menjilat salutan coklat di jari-jemari. Budak perempuan itu ketawa melihat renungan L.
For God's sake. Mello melekap tangan ke muka, menghela nafas.
Mungkin di fikiran Miaa, dia sedang membuli L menggunakan sepotong kek. Namun di fikiran Mello, terang lagi bersuluh L adalah seorang lelaki. Skirt biru paras lutut yang dipakai Miaa, sudah tersingkap sedikit ke atas kerana budak perempuan itu tidak reti duduk diam di sofa, menampakkan pahanya yang putih tanpa cela. Melihat krim yang tercalit di bibir Miaa, renungan L nampak jauh sekali dari memikirkan kek. Budak perempuan itu jelas tidak tahu, sebenarnya bukan kek yang sedang menggoda L ketika ini.
Cally berdehem kecil.
"Enough." Mello merampas piring dan garfu di tangan Miaa.
L mengelip mata.
"Matt beritahu saya, yang minggu lepas Chris ada contact dia mengenai Miaa." katanya. "Ada sebuah private hospital di Kyoto yang menampung tempat penyelidikan untuk kebolehan psikik, dan menyediakan latihan untuk mereka yang mempunyai kebolehan psikik. Sebelum Miaa undur diri dan masuk ke Whammy House, dia salah seorang dari mereka dan menurut Matt, sekarang Chris bekerja di situ."
Sekelip mata, garfu dan piring di tangan Mello terasa direntap, dari pegangannya. Kedua-dua garfu dan piring itu berlegar perlahan di udara, tanpa terhempas ke lantai, seolah-olah tidak terikat oleh medan graviti.
"Telekinesis." Cally menghulur tangan, menyentuh garfu yang terapung betul-betul di depan mata mereka itu.
Mello memandang Miaa. Budak perempuan itu menjelir lidah.
"Kes yang Roger serahkan pada saya, Erin dan Near, kes tu berkaitan beberapa jenis dadah baru. Katanya dadah-dadah tu aktifkan bahagian otak yang mungkin terlibat dengan kebolehan psikik."
"Ada sikit macam filem Lucy." Miaa menyelit.
"Macam filem Lucy." Mello mengangguk. "Lepas tu?"
"Lepas tu," L menyahut. "Mungkin awak dan Cally patut tahu, yang Chris masih mempunyai seorang ayah. Bukan semua budak-budak Whammy's anak yatim-piatu."
"Kami dah tahu."
"Oh?" L menayang muka blank. Mello menahan sabar. "Jadi mungkin, awak dan Cally patut tahu siapa ayah Chris."
"Well. Awak baru aje terkejutkan kami, ada seorang girlfriend yang umur dia boleh jadi anak perempuan awak. Mungkin sekarang, awak nak beritahu kami yang Chris tu anak lelaki awak?"
"Ya. Chris anak lelaki saya."
"Awak betul-betul nak mati?" Mello menggertak.
"Maaf, saya bergurau. Awak patut sejukkan sikit darah panas awak tu, Mello." L masih mempamer muka kosong. Miaa dan Cally ketawa. Aku dah lama tahu aku akan jadi pembunuh satu hari nanti, tapi takkan lah secepat ni… Mello mencampak diri ke sofa bertentangan. Surrender. Cally masih tersenyum, dan turut duduk di sebelahnya. "Tiga tahun lepas, Chris masuk ke Whammy House untuk lari dari ayah dia." kata L.
"Peduli apa. Budak tak guna tu memang suka lari. Dari semuanya."
"Ayah Chris merupakan pemilik kepada private hospital di Kyoto yang membiayai projek psikik Miaa. Dan itu bukan satu-satu hospital atau aset, yang ayah Chris miliki." L mencapai garfu dan piring yang masih terapung di udara, dipegang menggunakan hanya jari telunjuk dan ibu jari. "Ayah Chris berminat dengan hal-hal macam ni sebab dia sendiri mempunyai kebolehan psikik."
"Orangnya menakutkan." Miaa menyampuk. "Tak pelik langsung pun, Chris lari dari ayah yang macam tu."
"Ayah dia psikik?" Mello mengerut dahi. "Dia pun?"
L menggeleng.
"Setahu saya tidak."
"Alright, then. Saya akan cuba lupakan buat masa ni yang saya langsung dah tak peduli pasal dia, saya cuma nak belasah dia sampai mati." Mello memberi peluang. "Jadi dia masuk ke Whammy House, untuk lari dari ayah dia yang psikik mungkin half-mutant macam X-Men. Habis, kenapa dia lari dari Whammy House setahun lepas, dan sekarang sedia berkhidmat di bawah ayah dia pulak?"
Miaa mengangkat tangan.
"Kami psikik, lebih hebat dari X-Men."
"Awak tahu Chris ada adik perempuan?"
"Saya ada dengar. Ibu dia dan adik perempuan dia mati dalam kemalangan."
"Itu berita lama." L kelihatan bersinar-sinar apabila pintu bilik tiba-tiba terbuka dari luar, dan Encik Quillsh Whammy berjalan masuk sambil menolak troli yang berisikan sebiji kek coklat. Pengasas Whammy House itu menyentuh kepala Miaa dan Cally. Kedua-dua mereka tersenyum, sama bersinar-sinar. "Malam dia keluar dari Whammy House, setahun yang lepas, dia beritahu awak dia perlu berjumpa ayah dia. Betul?" L bertanya.
Mello tidak menjawab.
Setiap kali mengingat semula, marah yang disimpan Mello sekian lama, terasa menggelegak. Dia menggetap gigi.
Kerana mempercayai Chris, bodoh-bodoh dia telah menghulurkan bantuan. Sepuluh tahun berada di Whammy House, dia faham adakalanya seseorang tidak cukup berani mahupun kuat untuk memberikan penjelasan apatah lagi berkongsi kisah peribadi yang mungkin tidak ingin diungkit lagi atau diingat semula. Disebabkan itu, dia tidak bertanya kenapa sebenarnya Chris nampak cukup terganggu dan tertekan, pada malam tersebut. Dia tidak bertanya, kenapa sebenarnya Chris tidak mahu memohon kebenaran untuk keluar selama yang diperlukan, sedangkan budak-budak Whammy's diberikan hak untuk berbuat begitu dan Whammy House cukup jarang menolak.
Ketika itu Mello sekadar percaya, bahawa Chris mempunyai alasan sendiri. Jadi bersama-sama Matt, pada malam tersebut dia telah memutuskan bekalan elektrik dan mengganggu medan magnet di seluruh kawasan persendirian milik Whammy House, selama tiga jam.
Di keheningan malam, Chris telah keluar dengan membawa diri saja. Sehelai-sepinggang.
Rupa-rupanya dia langsung tak berniat untuk datang balik. Mello menggenggam penumbuk. Tangannya disentuh Cally.
"Saya tak peduli apa dia nak buat." Mello memandang L. "Setahun lepas, dia pilih untuk keluar dari Whammy House. Seorang diri. Jadi sekarang, dia tak ada kena-mengena dengan saya selain dari aspek profesional. Berdasarkan apa yang awak dah cakap, mungkin kami akan bertembung. Tapi saya akan handle macam biasa, awak tak payah risau."
Kek coklat yang telah dihantar Encik Quillsh Whammy tadi sudah siap dipotong-potong oleh Miaa, dan diletakkan ke dalam empat biji piring. Budak perempuan itu menghulur dua kepada Cally, kemudian meletakkan piring dan sepotong besar kek tersebut di hadapan L.
"Semalam Matt ketawakan saya dan kata saya ni penyibuk." detektif itu memberitahu. "Matt cakap, jelas sangat saya hantar awak untuk kes ni dengan harapan awak boleh bawak Chris balik. Sebab kita sama-sama tahu, awak masih ambil-berat pasal Chris tapi cuma berdegil sebab awak paling benci ditipu."
"Near pun menyibuk cakap benda yang sama tadi, sebab tu saya tolak dia dari atas tangga." Mello turut memberitahu, selamba. Dia bangun dari sofa. "Apa-apa lagi yang saya perlu tahu tentang kes ni, tolong letak dalam fail macam biasa. Hal tak berkaitan pasal budak tak guna tu, saya tak berminat." dia berpaling ke pintu.
"Mello," Cally memanggil.
"Kalau saya kata, Chris cuba hentikan ayah dia daripada buat sesuatu yang bahaya terhadap ramai orang?" L mengusul. "Kalau saya kata, Chris bencikan ayah dia sebab dia jugak ditipu, dan dia mungkin bahayakan diri sendiri dan perlukan bantuan?"
"Saya tak peduli." Mello menghambur. "Chris boleh pergi mati. Sebab dia tak percayakan kawan-kawan dia untuk mintak bantuan tu setahun yang lepas, maksudnya dia memang dah bersedia untuk tanggung semuanya seorang diri." Mello melangkah keluar, dan menghempas pintu di belakangnya.
Jadi dia rasa benda ni terlalu bahaya, sebab tu dia tak beritahu aku? Tak beritahu Matt? Tinggalkan Lana. Dia ingat dia tu siapa? Dan L nak aku tolong dia. Sure. Aku takkan biar sesiapa cederakan dia.
Aku sendiri akan ajar si bodoh tu cukup-cukup.
x
xXx
x
Home sweet home, England.
Alyssa mendongak ke langit dan mendepang kedua tangan. Ahhh! Whammy House…! Merenung malam yang penuh dengan bintang-bintang di atas sana, senyum di bibirnya kian mekar, ditarik seluas-luas yang boleh, hingga ke telinga.
Disebabkan Near, Mello dan Erin bakal berangkat ke Jepun pada tengahari esok, Encik Quillsh Whammy telah mengatur supaya Alyssa dan Matt dijemput pulang ke England, untuk "melepaskan rindu" katanya, dan akan bertolak semula ke Jepun bersama-sama Near, Mello dan Erin pada esok tengahari. Mereka turut membawa pulang Eric, kanak-kanak yang kini berada di bawah jagaan Matt di atas permintaan L.
Sekarang, berdiri di laman belakang Whammy House, di bawah langit malam, Alyssa menanggalkan kedua-dua belah kasut. Jari-jari kakinya digerak-gerak di atas rumput, digenggam dan dilepas beberapa kali. Lembut. Wee! Alyssa berpusing-pusing.
Cahaya lampu tiba-tiba menyuluh terang ke seluruh laman, terhala dari belakang dan menyakitkan mata. Alyssa menoleh. Volvo silver kepunyaan Matt, baru dipandu masuk melepasi pagar Whammy House. Ia diparkir berhampiran pili air bangunan utama Whammy House. Sekejap tadi, sebaik flight yang dinaiki mereka mendarat di Lapangan Terbang Heathrow, Alyssa telah dihantar pulang terlebih dahulu oleh pemandu yang datang menjemput, Encik Oliver, sementara Matt telah mengambil keretanya di parking lot dan membawa Eric lesap, entah ke mana.
Pintu kereta dibuka dan Matt melangkah keluar. Eric melompat turun dari tempat duduk sebelah. Kanak-kanak itu mendongak ke atas, merenung tingkap-tingkap tinggi di bangunan yang berdiri megah di hadapan mereka. Matt tersengih kecil memandang Alyssa, sebatang rokok terselit di bibirnya. Dan saat itu, jantung Alyssa bagaikan terhenti sekejap.
Budak-budak perempuan ramai melabel Matt sebagai salah seorang budak lelaki paling "hot" di Whammy House, dan serasa Alyssa, mereka memang tidak salah mahupun kurang dalam cita rasa. Benar, Matt tidak berlesung pipit seperti Chris yang digelar Prince Charming, dan tidak seputih Near sehingga dipanggil Snow Prince, atau "biri-biri" oleh Mello… Tetapi, sengihan kecil dan gaya jalan Matt saja cukup untuk membuat kebanyakan perempuan terkedu memerhati. Boyish charm, bak kata orang. Ditambah dengan reputasi "bekas playboy" yang dimiliki oleh budak lelaki itu, mereka mula-mula mendengar dia memperkenalkan Rachel sebagai "girlfriend" kepada L, sekaligus menjadikan Rachel gadis pertama yang mendapat gelaran tersebut daripada mulut Matt sendiri. Persis model di helaian-helaian majalah fesyen, budak lelaki itu juga terkenal sebagai "orang kanan" Mello, yakni "partner-in-crime" dalam merangka pelbagai konspirasi serta komplot, tidak putus-putus menaikkan darah tinggi pengurus Whammy House, Encik Roger.
Dan mungkin, sampai ke hujung nyawa sekalipun ia akan kekal menjadi rahsia. Bahawa sebenarnya, Alyssa sudah lama dan terlebih dahulu menyimpan perasaan terhadap budak lelaki itu. Sebelum Rachel sendiri masuk ke Whammy House, dan ketika Matt masih lagi leka mempermainkan hati gadis-gadis Whammy's yang lain.
Tapi, memang ramai pun budak perempuan suka dekat dia. Crush biasa aje. Alyssa menarik nafas, dan melepas dari mulut. Sekarang ni, dia tu boyfriend kawan baik aku. Wake up, Lys.
"Holla." Matt mengangkat tangan ketika melintas di sebelah Alyssa. Plastik yang tergantung di pergelangan tangannya, mempamer logo Sushi King.
"Untuk Mello?" Alyssa menduga. Kerana setahunya, Rachel tidak menggemari sushi.
"Rachel." Matt sendiri kedengaran musykil dengan muka ditayang hairan. "Saya pun tak sure sejak bila, dia ber-sushi-sushi." dia tunduk mengangkat Eric dan menghayun kanak-kanak itu ke belakang, diletak di atas bahu. "Let's go, buddy."
"Matt?" Alyssa memanggil. Budak lelaki itu menoleh semula.
Di telinga Alyssa, terdengar kembali kata-kata Eishi:
"Matt, kan? Hidup dia dah tak lama. Tahun ni, dia akan mati."
Alyssa membatalkan niat. Benar, sudah beberapa kali dia melihat "ramalan" Eishi menjadi kenyataan, jadi memang terdapat sebab untuk bimbang terhadap kata-kata budak lelaki itu. Namun masanya bukanlah sekarang. Dia tidak mahu merosakkan pertemuan Matt dan Rachel untuk malam ini.
"Saya cuma nak tanya," Alyssa mengukir senyum. "Tak belikan sushi untuk saya ke?"
"Oh." Matt ketawa. "Next one?" budak lelaki itu memohon maaf.
Alyssa mengangkat kedua ibu jari.
Pintu belakang bangunan utama Whammy House ditolak oleh Matt, dan dia melangkah masuk bersama-sama Eric yang terpacak elok di bahunya. Angin malam menyapa lembut pipi Alyssa dan berlalu menyentuh anak-anak rambut di dahinya. Dia tunduk, memandang kakinya yang tidak berkasut, tenggelam memikir.
Sudah sebulan lebih berlalu, sejak dia dan Matt mula-mula dihantar ke Jepun untuk menguruskan kes yang telah diambil mereka. Dan sepanjang tempoh itu, Alyssa "bekerja" sebagai seorang guru baru di sebuah akademi persendirian di Tokyo, di mana pelajar-pelajar yang menjadi anak-anak muridnya tidak lain tidak bukan, adalah mereka yang sebaya dengan usianya sendiri. Tujuh belas tahun. Seperti biasa untuk tugas-tugas penyamaran, Whammy House telah mencipta rekod palsu untuk dirinya bagi kes tersebut, dan hanya perihal "genius matematik" saja butiran benar yang terselit di dalam rekod berkenaan. Dan mengikut aturan Whammy House juga, Matt dimasukkan ke dalam kelas yang diajar Alyssa, menggunakan identiti palsu sebagai pelajar pertukaran dari Amerika.
Dalam sibuk menyesuaikan diri dengan tugas mengajar, Alyssa sedikit-sebanyak pening, terpaksa memikirkan dua-tiga pelajar yang tercicir dan bermasalah. Ketika itu dia terfikir, agaknya begini jugalah yang dialami pengurus Whammy House, Encik Roger, sewaktu berhadapan dengan kes-kes disiplin budak-budak Whammy's. Mello, Matt dan Chris terutamanya, ketiga-tiga budak lelaki itu mempunyai kes disiplin yang tinggi menggunung. Namun mujur, dalam masa yang sama, budaya Jepun cukup menarik untuk diterokai. Chopstick, kimono, anime… Alyssa turun-naik di beberapa stesen kereta api bawah tanah Tokyo, setiap kali mempunyai waktu lapang. Adakalanya, Matt turut mengajak apabila dia dan Eric bersiar-siar, tetapi Alyssa sering menolak. Dia risau andai perasaannya terhadap budak lelaki itu bertambah kuat, jika lebih banyak menghabiskan masa bersama. Lebih baik mencegah dari mengubati.
Suka dekat boyfriend kawan baik sendiri… Alyssa mengeluh, terasa bersalah setiap kali mengenangkan Rachel. Namun tentulah, dia tidak berani memberitahu Rachel bahawa teman lelakinya itu terlalu menarik untuk dipandang, diperhatikan. Alyssa sekadar ketawa dan bergurau, memberi laporan tentang kesetiaan tidak berbelah bagi Matt, setiap kali dia menghubungi Rachel. Dan benar, budak lelaki itu fokus bekerja dan menguruskan Eric, adakala kelihatan penat, kerap kali terlepas waktu makan dan tidur. Usikan gadis-gadis Jepun disambut Matt dengan sopan, bekal yang diberikan mereka kepadanya juga dimakan, andai tidak mempunyai pilihan lain kerana ingin menjaga hati, namun itu saja. Senyum di wajah Matt cuma terlihat setiap kali dia membaca mesej dari Rachel, atau membuat panggilan terhadap gadis itu.
Bzzt. Bzzt… Telefon bimbit Alyssa bergetar di dalam poket. Ditarik keluar, dia membelek skrin. Mesej daripada Eishi sekadar mempamer sebaris ayat pendek, seperti selalu:
"Saya nak wake up story saya."
Alyssa menaip balasan:
"Dah habis stok. Lagipun, kan saya kata saya balik kampung minggu ni? Tunggu saya baca buku cerita dulu. Balik sana nanti, saya beritahu awak."
Tidak sampai dua minit, telefon bimbitnya bergetar lagi.
"No. Cikgu sendiri janji, kalau saya tak ponteng kelas lagi, Cikgu akan beritahu saya sebuah cerita setiap pagi dan malam."
"Awak bukan budak-budak, Eishi." dahi Alyssa berkerut.
Dua minit berlalu. Lima minit. Mesej yang dihantar, tidak berbalas.
Alyssa menggeleng. Suka hati dia—
Baru saja tangannya mencari nombor telefon Eishi, namun belum sempat didail, skrin telefon bimbitnya berkelip-kelip. Nama "Mizushima Eishi" naik dan terpampang elok.
"Hello?" Alyssa menyambut.
"Wake up story. Anything. Kepala saya sakit." suara Eishi terdengar di hujung talian.
Dengan telefon dipegang ke telinga, Alyssa mengeluh dan turun mencangkung. Berteman kerlip-kerlip bintang di langit, akhirnya dia duduk bersimpuh di atas rumput. Disapa angin malam. Masih tidak berkasut.
Cerita yang diberitahu kepada Eishi:
Tahun lepas, pada satu malam, Whammy House telah dilanda banjir besar apabila pili-pili kecemasan di siling-siling semuanya habis dibuka oleh Mello, Matt dan Chris, dan dibiar memancurkan air sehingga menenggelamkan lantai. Pengurus Whammy House, Encik Roger, mengamuk. Tetapi mereka yang lain menari dan berenang, bahkan ada yang mencampak pelampung merata-rata, berwarna-warni. Dan pada malam berkenaan, Chris telah membawa masuk sebuah bot yang entah diseludup dari mana, dan mendayung ke sana-ke mari sambil membawa beberapa penumpang termasuk Lana, Alyssa, dan Erin.
Pada Alyssa, agak mengejutkan Mello masih berada di Whammy House hari ini dan tidak keluar mencari Chris. Serasanya, semua orang tahu, Lana dan Mello merupakan orang yang paling terkesan dengan pemergian mengejut Chris.
"Whammy House tu tempat apa? Siapa Mello, Matt dan Chris? Siapa Lana?" Eishi menyoal di corong telefon.
"Awak tak ingat?" Alyssa menyoal, perlahan, berhati-hati, namun dia tahu dia masih belum melampaui batas. "Betul ke, awak langsung tak ingat? Sikit pun tak?"
Diam. Tiada balasan di hujung talian.
"Saya patut ingat ke?" akhirnya, Eishi bertanya.
Kali itu, Alyssa pula yang diam.
Beberapa tahun dahulu, Mizushima Eishi merupakan calon kedua yang dikatakan mempunyai potensi paling tinggi untuk menggantikan L suatu hari nanti. Sebelum Near, sebelum Matt, bahkan sebelum Mello yang sudah berada di Whammy House jauh lebih lama berbanding kebanyakan dari mereka.
Mizushima Eishi merupakan nombor 2 di dalam senarai, ketika itu.
Nama sebenar: Beyond Birthday. Mereka tidak pasti sama ada kebolehan yang dimiliki budak lelaki itu termasuk di dalam kategori "psikik" ataupun tidak, namun budak lelaki itu disyaki mempunyai sepasang mata yang mampu "melihat kematian" sesiapa saja, cukup asalkan dia boleh melihat orang yang berdiri di hadapannya. Tarikh, masa, dan cara. Dengan teliti, Eishi boleh menjelaskan bagaimana seseorang itu bakal disambut maut.
Mungkin L sebenarnya sudah pun dapat mengagak, bagaimana budak lelaki itu boleh hilang dari Whammy House selama bertahun-tahun, dan tidak lama sebelum ini dijejak berada di Jepun, di bawah seliaan organisasi milik ayah Chris, memegang nama lain serta memori yang tidak lengkap mengenai diri sendiri: amnesiac with a false name. Namun seperti biasa, L tidak pernah membekalkan lebih dari sekadar yang perlu untuk memulakan tugas. Kes tersebut sudah pun diserahkan kepada Alyssa dan Matt, untuk dirungkai dan dibongkar.
Mizushima Eishi; Beyond Birthday, kami ditugaskan untuk bawa awak balik.
.bab 2.
.
.
NOTA PENULIS: Tak banyak, cuma yep, this second time around saya pos dua bab sekaligus. Dan terima kasih pada Ken Mikasa-san yang membaca dan tinggalkan review. A pleasant surprise (:
