Because, Its You

Naruto sepenuhnya milik MK

Warning: Fanfic akan dicampurkan dengan sedikit genre Fantasy dan mungkin Romance (x pasti lagi)

.

.

Because, Its You
.

.

"Naruto, hantar ramen ni ke meja 5.", Naruto memalingkan wajahnya menghadap Teuchi, pemilik restoran Ichiraku ini. Setelah mendengar arahan, dia lalu mengambil ramen yang telah siap menuju ke arah meja 5.

"Silakan.", ucap Naruto dan pelanggan di meja hanya tersenyum setelah pesanan mereka sampai.

Naruto pun kembali semula ke dapur untuk mengambil beberapa makanan yang telah siap dimasak, walaupun restoran ini terkenal dengan ramen yang dibuat oleh Teuchi tapi masih ada yang pelanggan yang memesan makanan lain.

Naruto pun duduk di sebuah kerusi kosong yang tidak dihuni pelanggan untuk berehat sekejap.

" Naruto, Shina macam mana? Sihat?", suara Inuzuka Kiba bertanya mengalihkan perhatian Naruto untuk berehat.

"Sihat jer. Nasib ada Sakura, kalau tak aku sendiri pun tak tahulah macam mana nak kerja dengan jaga Shina sekali.", Kiba tersenyum mendengar penjelasan Naruto.

"Kau tak nak makan ke? Takkan tak penat kerja je?"

"Kau makanlah, aku tak ada mood.", tanpa menghiraukan Naruto, Kiba terus melahap ramen yang baru dimasaknya tadi.

Sreeekk

Diwaktu Kiba yang sedang makan dan Naruto yang berehat, terdengar bunyi kerusi yang ditarik oleh seorang wanita berumur 30-an.

" Boleh saya duduk.", Naruto tersenyum.

"Duduklah." Balas Naruto.

"Shina sihat?", wanita tadi bertanya kepada Naruto.

"Sihat. Kakashi-nii macam mana?", setelah menjawab naruto bertanya pula kepada wanita itu.

"Sihat macam biasa. Kamu tahu Otou-san dekat mana?"

"Jii-san ada dekat dapur.", jawab Naruto ramah.

Selepas mendengat jawapan dari Naruto, wanita itu terus menuju ke dapur untuk berjumpa dengan ayahnya.

"Ha~h, Ayame-nee makin lama makin cantik aku tengok."

Naruto mengalih pandangannya ke arah Kiba. "Apa yang mengarut ni, kena sampuk ke?", Kiba mencebik mendengar kata-kata Naruto.

"Aku cakap apa yang aku nampak, salah ke?", sambil makan ramen yang terhidang kiba merungut seorang diri.

"Suka hati kaulah."

.

.

.

Jam menunjukkan pukul 2:50 pagi, setelah meminta diri dan menunggu Teuchi mengunci restorannya, Naruto pun bertujuan untuk pulang dengan memakai hoodie dan topi hitam yang dipakainya semasa hendak pergi ke Ichiraku tadi.

Dia lalu berlari pantas menuju ke arah apartmentnya, tidak menghiraukan orang di sekeliling yang memandangnya pelik. Setelah dua puluh minit berlari tanpa henti, akhirnya dia sampai ke rumah Sakura untuk mengambil Shinachiku.

Ding Dong

Ding Dong

Ding Dong

Naruto sudah pun menekan loceng untuk kali ketiga tapi Sakura masih tidak kunjung tiba, hatinya mulai resah mengingatkan mereka bertiga.

"Mana Sakura ni?", ucap Naruto pelan.

Sebuah tangan tiba memegang bahu Naruto, disebabkan terkejut dia hampir jatuh akibat terlanggar tong sampah yang berhampiran.

" hihihi.", Sakura tidak dapat menahan tawanya apabila Naruto yang begitu terkejut.

"Sakura-san rupanya, mujur jantung saya tak terkeluar.", Naruto memegang dadanya tanda terkejut dengan tangan yang menyentuhnya tadi.

"Gomen gomen, tapi kenapa awak lambat sangat hari ni, biasanya pukul 2 pagi awak dah ambil Shina?"

"Tadi pelanggan ramai sangat, Pak cik Teuchi pun terpaksa tutup sampai pukul 3", Naruto menggeliat setelah dapat berdiri.

" Shina dengan Hanami mana?", melihat Sakura yang keseorangan membuatkan Naruto tertanya-tanya dimana kedua anak kecil itu.

"Ada kat dalam, saya pergi kedai runcit sekejap dia orang tengah tidur tak sampai hati pulak nak kejut.", Naruto bernafas lega setelah memgetahui keadaan anaknya.

Sakura mengambil kunci dari sakunya dan berhajat untuk membuka pintu rumah. " Masuklah dulu.", Naruto mengikuti dari belakang Sakura, agak comel ketika melihat Shinachiku dan Hanami yang sedang tidur.

Naruto lalu mengangkat Shinachiku dengan berhati-hati kerana tidak mahu anaknya terjaga.

"Sakura-san, arigatou.", Sakura hanya tersenyum.

.

.

.

[Another Place]

"Macam mana, dah dapat kesan mereka?", kedua-dua orang yang ditanya kelihatan susah untuk keluarkan suara mereka.

" Ma-maaf Tuan, kami dah cuba cari mereka dan masa rehat kami pun dah dikurangkan tapi mereka macam dah lenyap dari dunia.", melihat perubahan wajah tuannya, lelaki yang bercakap tadi mulai terlihat kalut.

"Ma-maksud say-saya, dah tak ada tanda-tanda keberadaan mereka se-selepas kejadian tu."

"Jadi, kamu datang sini buat apa KALAU TAK JUMPA LAGI !"

"Maaf Tuan, kami cuma nak minta kebenaran untuk gunakan perpustakaan milik tuan. Ada sesuatu yang kami nak pastikan sebelum teruskan pencarian mereka, Tuan jangan risau kami akan pastikan apa yang kami katakan tadi adalah salah.", wajah lelaki itu tertunduk, dia betul-betul ketakutan untuk melihat wajah tuannya.

"Baik, aku berikan kebenaran tapi aku nak kan mereka SECEPATNYA faham tak?!"

"Hai."

'Tak guna betul, kenapa susah sangat nak cari tikus-tikus ni.', lelaki itu mengahadap ke arah komputernya, menyambung semula permainan online nya yang sempat diganggu tadi.

"Uzumaki tak guna!"

TBC

Maaf kalau terlalu pendek dan banyak kesalahan tapi harap korang suka Ff ni, bye

#SelamatMenjalaniIbadahPuasa

Bagi yang mengejarkannya.