Wah~ Banyaknya dare2 yang bagus2 gile~ Baiklah! Maaf kerana membiarkan anda menunggu terlalu lama! Mari~~~~ mulakan!
Boboiboy © Animonsta Studios.
Don't like, don't read it please. Ada shounen-ai di tahap masih boleh diterima.
"Apa maksud semua ni!?" jerit Fang. Dia tak mungkin mampu berbilik sama cr-rival! RIVAL DIA! Tak mungkin! Tidak boleh!
"Bersabarlah Fang. Kitakan dua-dua lelaki jadi takde masalah kan? Katil pun cukup besar untuk letak pendinding bantal. Perlu cari bantal sahaja, rileks." Kata Boboiboy sambil menepuk bahu Fang dengan lembut.
Fang hanya menjeling Boboiboy sebelum menghembuskan nafas panjang. Apa yang Boboiboy cakapkan pun betul. Mereka boleh bina penghadang bantal dan masih tidur dengan selesa kerana ruang yang cukup besar di atas katil itu.
"Dah, dah. Jom kita cuba cari yang lain-lain. Dan mungkin kita boleh cari beberapa makanan untuk makan. Aku agak lapar juga sekarang ni." Sebaik sahaja Boboiboy bercakap ayat itu,terdengar satu bunyi perut berbunyi kelaparan daripada perut Fang. Kedua-dua diam sebentar sebelum Boboiboy cepat-cepat tutup mulutnya dengan tangan. Gelakan masih boleh didengari daripada budak lelaki bertopi oren itu. Muka Fang hanya mampu memerah sebelum mengambil bantal dan memukul Boboiboy sekuat mungkin. Boboiboy hanya gelak lebih kuat apabila tangannya diguna untuk menahan diri daripada pukulan Fang, gelak ketawa tidak ditahan lagi.
Fang terus berdiri dan pergi ke arah pintu yang tertutup dengan muka kemerahannya manakala Boboiboy cepat-cepat berdiri dan mengikut Fang sambil mengeluarkan beberapa gelakan kecil.
"Fang! Tunggu aku!"
"Tak nak! Pergilah kau!"
"Sorry Fang. Tapi tadi sebenarnya memang agak kelakar." Kata Boboiboy yang terus berjalan di belakang Fang.
Fang hanya menghela nafas dan membuka pintu tertutup itu. Yang kelihatan hanya sebuah laluan lurus ke satu pintu laluan terbuka. Fang dan Boboiboy terus jalan ke arah pintu laluan tersebut dan terkaku.
Terdapat sebuah meja makan panjang yang didekorasi dengan gaya antik seperti di zaman Eropah terdahulu dengan lilin di tengah-tengah walaupun ada lampu. Kerusi-kerusi bergaya Eropah juga tersusun rapi di sekeliling meja tersebut. Terdapat juga pelbagai jenis makanan-makanan tersedia di atas meja, termasuklah…
"Donat lobak merah!" Fang terus duduk di salah satu kerusi dan mengambil salah satu donat tersedia. Boboiboy hanya senyum dan duduk di sebelah Fang. Pelbagai aneka makanan boleh dipilih daripada makanan sarapan bertema 1 Malaysia ini namun Boboiboy hanya memakan nasi lemak dengan beberapa kuih karipap yang tersedia.
Beberapa minit kemudian, kedengaran beberapa bunyi tapak kaki daripada dua laluan terbuka berbeza dari arah berlainan yang dimasuki oleh Boboiboy dan Fang. Muncul pula tiga kawan mereka yang lain dan musuh mereka, Adudu dan Probe.
"Boboiboy!" jerit Ying dan Yaya.
"Makanan!" jerit Gopal. (Aduhai budak ni.)
"Apa semua ni? Semua makanan ni… makanan ni… Nampak SEDAP!" Adudu dan Probe juga berebut-rebut untuk memakan makanan yang tersedia atas meja tu.
"Boboiboy dan Fang dah lama sampai ke?" Tanya Yaya.
"Dah. Kitaorang duduk bilik yang sama. Macam mana korang?" Tanya Boboiboy sambil memakan karipap yang diambil.
"Um… rasanya saya dan Ying satu bilik dan Gopal pula satu bilik single dekat sebelah pintu kitaorang. Adudu dan Probe pun macam duduk sebilik juga." Kata Yaya sambil memakan beberapa kuih-muih yang tersedia.
"Oh. Baguslah tu. Maksudnya kita tak terpisahlah saat ni. Agaknya, bila acara tu akan bermula?" sebaik aje Boboiboy bertanya, terdapat sebuah skrin computer muncul dari atas dengan tulisan di skrin.
'Bersiap sedialah semua. Acara akan bermula dalam 30 minit lagi. Sila makan dan minum secepat mungkin sebelum anda disedut kedalam lubang. Tercekik pula! Kesian kang, LOL~'. Semua hanya mampu membuat 'anime fall' daripada tulisan tersebut.
"Terbaik" kata Boboiboy dengan 'thumbs up'.
"Dah semua. Cepat makan sebelum kita dipanggil." Semua pun sambung makan makanan yang sedap itu.
Selepas 30 minit…
"Ladies and gentlemen, saya bangga untuk mempersembahkan sebuah acara bertajuk~ 'NO TRUTH, JUST DARE'! Acara ini seperti yang dicakap sebelum ni akan menyuruh para-para ahli Boboiboy untuk melakukan dare yang diberi oleh anda pembaca! Terima kasih kepada pembaca-pembaca yang telah memberi banyak dare-dare yang bagus-bagus gile ni! Tanpa melengahkan masa lagi, kita mempersembahkan ahli-ahli Boboiboy!"
Lubang-lubang muncul dari atas dan jatuhnya ahli kumpulan Boboiboy dengan cool sekali. Kecuali Gopal. (Kesian anak muda ni.)
"Memperkenalkan. BOBOIBOY, FANG, YAYA, YING dan GOPAL! Serta ahli kumpulan jahat GERORO!"
"Eh! Bukanlah! Ia Jero Jero!" kata Probe.
"Kita teruskan dengan acara pertama dengan dare pertama kita dari DELIA ANGELA!" kata Rob sambil tak menghiraukan Probe.
"Kesian kita, encik Boss. Dipanggil dengan nama salah. Macam mana nak popular ni. Huu~" kata Probe.
"Sabar jelah Probe. Mungkin nanti dia cakap nama dengan betul." Kata Boboiboy.
"Dare pertama kita adalah:
1. Untuk Halilintar, please kamu sehari saja bersikap imut dan juga tersenyum manis dan rayu Taufan sebaik-baiknya.
2. Air, aku mau kamu melakukan Genderbender menjadi cewe. Supaya Api dag-dig-dug
Itu sahaje! Dan untuk pengetahuan anda semua, imut maksudnya comel manakala cewe maksudnya wanita dalam Bahasa Indonesia. Jadi Boboiboy, sila berpecah lima!" kata Rob.
Boboiboy hanya mampu mengeluar air peluh. 'Halilintar pasti tidak akan suka ni.'
"Boboiboy pecah tiga!" Keluar Boboiboy Halilintar, Taufan dan Gempa.
"Eh, kenapa tidak berpecah lima?" Tanya Yaya.
"Itu sebab Api dan Air masih berada di tahap satu. Kalau berpecah lima, pasti yang lain akan menjadi macam tu juga."
"Oh… Maksudnya Api dan Air semua dare kena buat yang terakhirlah." Kata Yaya.
"Nampaknya macam tu. Takpe. Kita buat semua dare yang ada kaitan dengan tiga Boboiboy sekarang." Kata Rob.
"Aish, kenapa aku yang kena buat benda macam ni?" kata Halilintar.
"Buat je~ kalau tak buat, kena hukuman nanti." Kata Taufan.
"Eh? Apa hukuman yang dikenakan nanti?" Tanya Gopal.
"Bagus kamu bertanya, hukuman setiap dare adalah~" sebuah pintu berwarna putih muncul di tengah-tengah stage.
"Adalah memasuki bilik 'FEAR~~'! Bilik ni akan keluarkan ketakutan anda menjadi nyata! Seperti… belon!" Rob memetik jari sebelum membuka pintu. Ketiga-tiga Boboiboy cepat menjauhi diri selepas melihat banyak belon di dalam bilik tersebut.
"Wooah! Dan takde bilik pun kat belakang pintu tu!" kata Ying.
"Memang. Kita mengunakan kuasa teleportasi pada pintu ni, jadi dia akan membuka kepada bilik 'Fear~~' secara khususnya. Jadi, Halilintar akan melakukannya?" kata Rob degan muka emoticon yang sinis.
"Haish, terpaksa." Halilintar menghela nafas yang panjang sebelum bergegar satu badan dia.
"Halilintar?" Tanya Gempa.
Halilintar pusing perlahan-lahan dengan senyuman manis dengan mata comel.
"Apa dia, Gempa~?" kata Halilintar dengan suara lembut.
Sebaik sahaje Halilintar cakap macam tu, semua rakan-rakan Boboiboy gelak dengan kuat kecuali Boboiboy sendiri. Namun, Taufan gelak sekali.
"Terbaik dare ni! Okay, Halilintar kena rayu, so~ Halilintar kena puji aku bahawa aku cool!" kata Taufan.
Gempa dan Fang boleh nampak tanda kemarahan atas Halilintar, namun halilintar terus berperangai imut.
"Tolonglah Taufan~ Janganlah bagi aku puji, yeah?" sambil dengan muka 'imut' dia, Halilintar mengunci dia dalam headlock.
"Saya betul harap-harap Taufan Tarik balik kata-kata dia~ Sebab sayakan kena jadi IMUT. UNTUK SEHARI." Setiap perkataan diikuti dengan penyekatan headlock dikenakan semakin ketat namun Halilintar masih mengenakan muka 'imut' dia.
"BAIKLAH! BAIKLAH! SAYA TARIK BALIK! SAKIT~ Bagitahu saya lebih hebat dan berkuasa daripada ka-URGH" pernafasan Taufan mula tersekat apabila Halilintar mula memperkuatkan headlocknya. Aura hitam mula mengeluar dengan lebih gelap daripada Halilintar, menyebabkan semua rakan Boboiboy berdiri belakang Gempa, yang hanya melihat keadaan dengan tenang dan kerutan dahi.
"Taufan, sudahlah tu. Fikir betul-betul sebelum kamu dibunuh oleh diri sendiri." kata Gempa.
Taufan, dengan muka kebiruan, melihat muka Gempa sebelum memandang Halilintar. Dia tepuk salah satu lengan yang mencekiknya dengan lembut. Halilintar melonggarkan headlocknya, tetapi tidak melepaskan Taufan.
"Baiklah, Hali. Just merayu tentang makanan atau apa. Nanti saya cuba buat atau beli untuk kamu nanti. Ok?" kata Taufan dengan senyuman nakal dan salah satu tanganny memberi 'peace' sign.
Halilintar memandangnya dengan penuh kecuringan , tanpa mengubah ekspresi muka imutnya.
Halilintar lepaskan Taufan dan berdiri di depannya. Lega dilepaskan daripada seksaan tersebut, Taufan juga memperbetulkan posisinya dan melihat dengan mata yang ingin tahu. Halilintar menarik nafas dan memandangnya dengan mata tajam tetapi dibelakangnya, ahli kumpulan Boboiboy boleh melihat seekor raksasa kilat dengan senyuman sinis.
"Taufan~ Saya me-" Halilintar menelan air liur sebelum menyambung, "m-merayu pada kamu agar jangan. meminta. aku. merayu. LAGI." katanya, menyelesaikan kata-kata terakhirnya sambil menggertakkan gigi.
Taufan yang memang sudah ketakutan ketika itu hanya menganggukkan kepalanya, menjerit; "SAYA MENERIME RAYUANMU!" dan terus berlari ke belakng rakan-rakannya. Halilintar senyum dengan penuh kepuasan tanpa mengubah muka imutnya.
Keadaan mula tenang dan ROB mengambil peluang untuk lanjutkan dare.
"Baiklah~ Kita teruskan dengan dare kedua~ dari RAMPAGING SNOW~ yang menyuruh semua karakter bermain pemanggil hantu seperti Ouija. Tetapi disebabkan kita takde barang-barang tersebut buat masa ni, itu akan dimainkan kemudian. Seterusnya, dare dari FangLove. Dia meminta beberapa dare seperti~;
-Fang harus mengambil tongkat sihir dari komik Penyihir Chacha, buku ke-11, story 70. Ucapkan mantranya 'Perurun Perurun Beruruchika'. Lihat reaksi BoboiBoy dkk.
-BoboiBoy harus meluk Fang
-Ying juga harus meluk Yaya
-Yaya, silahkan makan biskuit buatanmu sendiri
-BoboiBoy dkk, maukah kalian membaca ff-ku yang berjudul 'Fang Twin'?
-Halilintar, Taufan, Gempa, Api, Air, Solar, dan Thorn (klu ada), letupkan 100 balon dihadapan mereka masing2"
Semua kelihatan pelik.
"Tongkat sihir dari Penyihir Chacha? Apa benda tu?" kata Fang.
"Takpelah, kita buat yang lain dulu." Kata Boboiboy Gempa.
"Mari sini Yaya~" Kata Ying.
"Haha~ Baik." Kata Yaya.
"Pelukan Y & Y!" kata Ying dan Yaya sambil ketawa. Semua hanya bertitik peluh di dahi mereka.
"Dahlah Fang. Mari sini peluk cepat. Lagi cepat lagi bagus." Kata Boboiboy Gempa.
"Kenapa kita kena buat pulak! Saya tak nak!" kata Fang.
"Terserahlah, saya yang kena buat." Secepat mungkin, Boboiboy cepat-cepat memeluk Fang yang semakin kemerahan.
"Woi! Lepaskan aku!" kata Fang yang sedang struggle untuk keluar.
"Tak boleh~ Tunggu dulu~ " kata Boboiboy Gempa.
"Bahagiannya mereka~ Kita tak nak peluk?" Tanya Taufan ke Halilintar.
Tangan Halilintar terus mempergerakkan headlock yang diguna tadi dengan senyuman 'imutnya' dan aura raksasanya.
"Nevermind!" kata Taufan dengan muka pucat.
"Baiklah. Seterusnya, dare untuk Yaya. Disebabkan untuk keselamatan ahli passengers lain dalam kapal ni, kita hanya mampu memasukkan satu." Kata Rob sambil memegang satu pinggan yang mempunyai satu biskut Yaya.
"Deng, kenapa bawak satu je?" Tanya Gopal.
"Kandungan toksik yang tinggi. Kita teruskan! Sila makan Miss Yaya."
"Oh. Baiklah."
Semua melihat Yaya ketika dia mengambil biskut tu. "Aku makan dulu." Biskut menghampiri mulut Yaya dan semua terikut sekali dengan bunyi aaa…
TIBA-TIBA!
Kita rehat sebentar bersama Kit Kat. Ada banyak dare dan memang saya nak menulis semuanya jadi bersabarlah pada mereka yang membuat dare yeah?
Tangan besar berwarna unggu merampas biskut itu dari tangan Yaya.
"Uish! Ni biskut yang bertoksik tu kan? Bagi aku makan!" alien 'Lahap' berkata sambil memakan biskut itu. Sebaik sahaja dia makan, dia melepaskan laser kecil ke udara dengan sekejap sahaja. Sikit biskut, sikit toksik. Dengan senyum yang lebar, Dia sendawa dengankuat sambil menghembuskan asap keluar dari dalam mulutnya.
"EH!? Lahap!? Apa kau buat kat sini!?" kata Boboiboy Gempa.
"Deng! Kenapa kau makan biskut tu! Kita akhirnya boleh suruh Yaya rasa biskut tu tapi kau pergi makan pulak!" kata Gopal.
"Biarlah! Biskut ni hanya dapat makan satu je sebelum ni! Jadi makanlah lagi! Mana biskut lain?" Tanya Lahap pada Yaya.
"Umm… Takde. Rob kata tidak boleh bawa masuk biskut tu banyak-banyak." Kata Yaya.
"Ala… Baru nak makan lagi." Kata Lahap.
"Jap… Jika kau kat sini, mana Kaizo?" Tanya Boboiboy Gempa.
Semua melihat sekeliling mencari kelibat kapten tersebut. Tetiba, Fang merasa seseorang memegang bahu dia. Fang berpusing.
"Abang?" kata Fang.
"Apa khabar? Pang." Kata Kaizo dibelakangnya. Semua ahli kumpulan Boboiboy jatuh ke dalam mod berlawan kecuali Fang.
"Apa kau buat kat sini?" Tanya Boboiboy Gempa dengan muka serious. Halilintar juga menjatuhkan act 'imut' dia untuk mengeluarkan pedang halilintar.
"Saya memanggil dia." Semua orang berpusing memandang ROB.
"Apa? Kenapa kamu panggil Kapten Kaizo ni, deng?" Tanya Gopal yang dalam ketakutan.
"Oh, itu sebab terdapat beberapa dare untuk Kapten Kaizo sekali." Kata Rob dengan suara gembira.
Semua melihat Rob sebelum membuat 'Anime fall' kecuali Lahap dan Kapten Kaizo.
"Aduh… Kenapa tidak bagitahu kami awal-awal?" kata Boboiboy Gempa.
Kapten Kaizo ketawa kecil melihat rakan-rakan Pang.
"Kapten?" Kaizo berpusing ke arah Fang yang kelihatan nervous. Kaizo hanya senyum kecil sebelum mengosok kepala Fang dengan lembut. Pipi Fang menjadi merah namun dia senyum dan berdiri tegak sebelah abangnya. Boboiboy Gempa melihata itu hanya senyum gembira melihat Fang gembira.
"Baiklah. Dare seterusnya?"
.
.
.
Akhirnya~ Kaizo datang~ Tunggulah semua untuk chapter seterusnya~
