Misi 1: Geng Cakar

Di sebuah gudang yang ditinggalkan...

Kotak hitam memenuhi dalaman binaan itu. Seorang lelaki berbandana mengeluarkan sesuatu daripada sebuah kotak. "Yang ini datang terus dari Jepun, yang terbaik antara semua," dia menunjukkan satu alat berupa tali pinggang kepada wanita di hadapannya. Tertulis di atasnya 'N2'.

"Macam mana aku nak pastikan kau tak tipu aku?" Wanita tersebut memegang sebuah bag bimbit berisi wang kertas.

"Tiada masalah," Lelaki itu kemudian memanggil seorang lelaki lain. Lelaki yang dipanggil tersebut membawakan seekor kera dalam sangkar. Dipasangkan kepadanya alat itu selepas dikeluarkan dari sangkarnya. Gudang itu pun digegarkan oleh satu jeritan pemecah gegendang telinga. Seketika kemudian, ia menjadi sepi semula, kera itu beku tidak bergerak. Dengan menggunakan pengawal jarak jauh sahaja boleh ia menggerakkan badan.

"Puas?"

Wanita itu senyum sinis.

Cyberaya, bandar genius dan teknologi. Sejauh mata memandang, bangunan pencakar langit menghiasi ladang sains tersebut. Setiap tempat dipenuhi oleh robot pelbagai jenis, tidak mengira robot pembantu, pengasuh, atau peneman, semuanya untuk memenuhi kehendak tuan mereka. Ketinggian dalam kemahiran dan intelek telah mencepatkan proses perkembangan dari sudut kemajuan bandar itu sendiri. Semua ini menjadi mungkin atas kesungguhan tiga peneraju utama Cyberaya.

Doktor Tong, saintis bioteknologi dan penghuni Menara Alpha. Beliau, seperti gelarannya, bekerja dalam bidang menaiktaraf kesihatan manusia dan berusaha keras memastikan para pekerjanya di bawah kondisi yang baik.

Doktor Mala pula seorang yang berbakat dalam kejuruteraan tenaga dan sumbangannya telah banyak membantu pembangunan bandar. Beliau menjadi kepala utama di Menara Beta.

Akhir sekali, Doktor Ghazali. Kebolehan nombornya ditambah lagi dengan teknologi komputer moden membolehkannya meningkatkan kawalan kesalamatan yang longgar. Menara Gamma ialah tempat beliau mengemaskini kod keselamatannya.

Kebetulan pula, anak kepada salah seorang daripada mereka sedang berada di dalam kelas, mengulangkaji tentang tokoh-tokoh Cyberaya. Buku tersusun kemas di atas meja, dia dengan fokus melihat ke papan putih melalui kaca mata miliknya. Dari jarak jauh, orang tidak mengenalinya. Berdiri di sebelahnya pula, mereka mengenalinya sebagai Ali, anak lelaki tunggal Doktor Ghazali. Dia berada di baris terbelakang dalam kelas.

"Secara ringkasnya, kita tak akan berada di tahap ini tanpa mereka," seorang guru lelaki berkata setelah memadam skrin tersebut. "Baiklah! Setakat ini sahaja hari ini." Semua pelajar mengucapkan terima kasih dan guru itu pun keluar.

Ali sedang mengemas barang-barangnya apabila Viktor menegurnya. "Hei, Ali! Kau nak tak main Detektif Jebat kat rumah aku? Aku perlukan bantuan kalahkan bos level ni." dia senyum sahaja mengeluarkan setiap perkataan.

"Tak apalah," Ali menggeleng kepala, memandang rakan karibnya. "Aku ada hal sikit..." katanya sebelum mengemas semula buku dan kotak pensilnya. Viktor seperti risau mendengar jawapan Ali dan bertindak untuk berdiri dihadapan mejanya. Mata Ali direnungnya tajam.

"Kau sakit ke, Ali? Berapa kali aku ajak, kau bagi jawapan yang sama." Dia perlahan menghampirkan mulutnya ke telinga rakannya sambil melihat sekeliling seakan-akan ada orang yang mencuri dengar. "Alicia ada buat apa-apa ke, ha?" dibisiknya perlahan.

Ali hanya membuat bunyi, secara senyap mengatakan tuduhan Viktor tidak benar. "Ke situ pulak kau. Aku memang ada hal lah. Sorry eh." katanya, separuh menutup mata dan memusingkan sedikit kepalanya. Dia lalu berdiri dari kerusinya untuk beredar. Viktor tidak berkedip mata melihat budak lelaki itu pergi meninggalkan kelas menuju ke mana-mana tempat yang dia ingin pergi.

Pagar sekolah merasa tapak kaki seseorang melepasinya.

Ali bukanlah seorang budak yang hebat. Dia memiliki kulit putih, rambut hitam, dan mata perang di sebalik kaca mata bulatnya, sama sahaja seperti kanak-kanak lain seusianya. Dia juga mendapat markah yang rendah dalam ujian bulan sebelumnya. Bagaimanapun, semua orang ada keistimewaan dan kebolehan tersendiri.

Berbalik kepada cerita, protagonis kita sedang menunggang skuternya ke arah sebuah bangunan. 'Rumah Kawan Anda' merupakan apa yang terpampang jelas pada dinding kaca premis haiwan peliharaan ini. Dengan jelas boleh diteka tempat ini bukan untuk orang yang berpenyakit seperti sakit jantung atau darah tinggi, jika bunyi kekecohan di dalam menandakan apa-apa. Kedengaran jeritan seseorang di antara lautan bunyian pekikan haiwan seperti kucing, burung, dan mungkin juga tikus.

Ali sudah beberapa kali masuk ke dalam, maka dia tidak terkejut apabila menyaksikan sekumpulan mamalia mengejar seorang pekerja tidak dikenali sebaik sahaja pintu dialihkan ke tepi. Pintu berjenis sliding tersebut befungsi secara automatik dan akan tertutup dengan sendirinya setelah pelanggan atau pekerja melepasi garis pengesannya. Banyak haiwan yang ada di sini. Ada yang di dalam sangkar dan juga sebaliknya. Dinding dalamannya dihiasi dengan corak pelbagai warna dan gambar pokok menampakkan ia seperti di hutan. Dia ke sini bukan untuk membeli haiwan peliharaan baharu, tetapi untuk mendapatkan barang kepunyaan, lebih tepatnya hadiah, haiwan peliharaannya yang sekarang. Dia cuma perlu melangkah ke kaunter.

"Akak! Dah siap ke belum?" Dia memanggil seorang gadis berbangsa Cina yang memakai apron berwarna merah jambu dengan rambut bertocang. Senyuman terukir di bibirnya melihat si kaca mata yang tidak sabar-sabar menunggu pesanannya.

"Kamu datang tepat pada masanya! Ini dia," gadis itu menghulurkan sebentuk tag nama seperti muka kucing. Ia bukan tag nama biasa kerana, pertama, ia agak tebal dan diperbuat daripada campuran logam ringan, dan kedua, ia dilengkapi sistem pengesan jika pemakainya hilang. Tag ini akan disambung secara atas talian menggunakan telefon bimbit atau peranti canggih lain. Untuk mengetahui jika ia aktif, terdapat bahagian lutsinar di tengah yang akan menyala jika ditekan.

"Cun!" Ali cepat-cepat mengambilnya dan hendak beralih tetapi dihentikan oleh kakak itu. "Kenapa?" Pertanyaan dia melebarkan lagi senyuman gadis itu.

"Hari ini ulang tahun ketiga Rumah Kawan Anda! Kamu antara pelanggan bertuah hari ni. Oleh itu, kamu boleh pilih hadiah apa pun yang kamu mahu," Ada terlekat pada meja kaunter poster dengan maklumat sepertimana pekerja itu sebutkan. Ali berdiri terlalu dekat dengannya, sebab itu dia baru perasan akannya. "Jadi. Pilihlah!" Ali membaca tablet yang disuakan kepadanya. Banyak hadiah yang telah disenaraikan, dan semuanya kelihatan menarik. Dua daripadanya mendapat perhatiannya.

Robo-tikus ialah satu set komponen yang perlu dipasang untuk membina robot berupa tikus. Ia boleh melakukan pelbagai aksi seperti yang sebenar. Sesuai untuk kucing, kata hatinya. Ia juga dalam pelbagai warna.

Reroda pula ialah sebuah tayar mini yang mempunyai kamera. Ia akan mengikut segala objek yang paling berhampiran dengannya ataupun yang telah disetkan. Seperti tag nama tadi, ia menggunakan hubugan atas talian.

Dia hampir-hampir menekan 'Ya' pada pilihan pertamanya apabila pekerja yang masih lagi dikejar melanggarnya. Dia tertekan pada Reroda. "Azman!" teriak gadis Cina itu kepada rakan sekerjanya.

Semua diam. "Aa... tanda tangan dan tulis alamat rumah kat sini," sengih gadis itu, menghulurkan sehelai kertas.

Lelaki bernama Azman itu menolong Ali bangkit semula lalu meminta maaf kemudian berlari ke bilik staf sebelum dia boleh dikerumuni lagi oleh haiwan-haiwan tadi. Mereka kini sedang dipimpin oleh pekerja lain yang lebih berpengalaman untuk makan tengah hari mereka. Ali hanya memperbetulkan sedikit pakaian sekolahnya. "Ini..." dia menerima kertas tersebut lalu menandatanganinya. "Maaf, ya. Itu Azman. Masih baru lagi."

"Tak apa." budak itu sudah terbiasa dengan kemalangan sebegitu.

"Barang kamu akan tiba di rumah kamu dalam dua minggu. Nanti datanglah lagi, ya."

"Kalau ada masa." jawab Ali sambil membalas wajah mesra yang diberikan kepadanya. Melihat huru-hara yang terjadi dalam beberapa minit sahaja, dia mungkin akan menangguhkan kedatangannya bagi tempoh yang lebih lama.

)IRIS(

Comot si kucing bermata dwi-warna berjalan dengan gembira memakai tag nama baharunya. Dia sudah ada satu sebenarnya, tetapi budak lelaki kesayangannya ingin sangat dia memilikinya. Ia kini sedang bersandar pada bulu putih bawah sedikit dari lehernya dan terikat pada satu kolar kelabu.

Dia suka bersiar-siar menikmati pemandangan sehingga merisaukan tuannya. Selalunya, waktu petang dia akan pulang ke rumah. Sedar tak sedar, dia sudaj bermeter-meter jauhnya dari tempat tinggalnya. Di penghujung jalan ada satu ekor tikus. Comot terfikir untuk membalas kebaikan tuannya dan memutuskan untuk membawa pulang tikus tersebut sebagai hadiah. Dengan pantas, tikus itu diterkam kukunya lalu digigit ekor makhluk kecil itu di antara giginya. Dia perlu memastikan hadiah pemiliknya dalam keadaan yang baik.

Semasa dia berpusing untuk berpatah balik, suara meminta pertolongan memasuki telinga berbucu kucing itu. Seekor kucing lain sedang dipegang kuat oleh seseorang. Kucing tersebut diletakkan dalam sebuah sangkar dan secara kasar dimasukkan ke dalam sebuah lori. Comot mendesis, dilepaskannya tikus yang mencuba melarikan diri. Lelaki itu terlalu besar dan kuat bagi saiznya. Tidak berfikir panjang, dia menyelinap ke dalam lori tanpa dilihat. Alangkah terkejutnya dia apabila bukan kucing tadi sahaja yang dilihatnya, malahan banyak lagi. Laluan masuknya ditutup sebelum dia sempat keluar dan lori itu pun bergerak.

Ali!

)IRIS(

Ali menggenapkan langkah kesepuluhnya untuk melaporkan diri di bilik misi, digema tapak kakinya lantai logam penghias laluan itu. Dia kini berada di MATA, satu agensi rahsia yang mengberi ahlinya pelbagai jenis tugasan dengan tujuan mempertahan, menjaga, serta membaikkan Bandar Cyberaya.

Seperti saya katakan, semua orang memiliki keistimewaan tersendiri, termasuk Ali. Dia merupakan antara ejen harapan MATA. Tetapi itu bukan apa yang sedang bermain di fikirannya sekarang. Dia baru sahaja selesai menyaksikan episod 'Seguni Mawar Merah' apabila perasaan tidak menyenangkan memasuki hatinya. Perkara pertama yang dilakukannya ialah memeriksa lokasi kucingnya di telefon pintarnya. Mengikut signal yang diterima telefonnya, Comot berada jauh, melebihi jarak yang sepatutnya dia boleh lalui. Sedang dia cuba memikirkan apa yang patut dia lakukan, panggilan daripada MATA membunyikan nada dering telefonnya.

Dia terpaksa menangguhkan monolog dalamannya sementara kerana pintu bilik misi memberi kebenaran untuk dia masuk. Seorang budak perempuan sebayanya sudah pun menunggu. Manakala, di skrin besar bertentangan dengan laluan masuk terlihat wajah seorang lelaki bermisai kerinting.

"Ejen Ali, Ejen Alicia," General Rama bersuara. Ada sebuah meja di tengah bilik tersebut. Ia memancarkan hologram sebuah bangunan. "Misi kali ini memerlukan kamu untuk menyelinap masuk ke sebuah gudang lama di hujung daerah ini. Kami menerima laporan terdapat kes kehilangan haiwan peliharaan serta binatang buas di sekitar sana. Kelmarin, Zoo Cyberaya telah diceroboh dan beberapa haiwan telah diculik, termasuk ejen kita, Belang." keluar imej seekor harimau.

"Saya percaya kamu tahu apa yang kamu perlu lakukan,"

"Kumpul maklumat sebanyak mungkin tentang kejadian ni dan kalau boleh selamatkan Ejen Belang." Alicia dengan yakin menjawab.

"Tepat sekali," Beliau ternampak budak lelaki di sebelah Alicia langsung tidak memberi perhatian. "Sesuatu mengganggu kamu, Ejen Ali?" Dia tersedar.

"Tak! Tak ada apa General. Saya bersedia untuk misi."

Beliau mengangguk. "Ingat kata-kata saya. Masalah kamu tidak boleh mengakibatkan kegagalan misi. Jika terjadi juga, saya tidak akan ragu-ragu memberi 'pelepasan khas' buat kamu. Faham?"

"Ya, General." Walaupun nada yang diberinya yakin, Ali sama sekali tidak.

"Bagus. Bertindak segera." dan skrin bertukar gelap.

Perjalanan ke lokasi tugasan mereka di dalam kenderaan untuk misi terasa seperti sangat lama dibandingkan dengan masa sebenar yang berlalu. Sekurang-kurangnya Ali berasa begitu. Ketidakselesaan rakan sekelasnya mendapat perhatian Alicia.

"Kenapa dengan Kau, Ali? Bergaduh dengan Viktor?" Pertanyaan entah dari mana tersebut agak sedikit memeranjatkan budak itu. "Habis tu?"

Mengeluh, Ali mengeluarkan telefon bimbitnya. "Ni," dia menunjukkan peta kedudukan peliharaannya. Tempat dia berada sama dengan lokasi misi mereka. "Aku risau lah,"

Alicia melihat telefon itu sekali lagi sebelum mengeluarkan suaranya semula. "Kau tak payah risau," dia menenangkan rakannya. "Lebih baik kau fokus pada misi. General dah bagi amaran jelas dekat kau. Kalau kau buat hal, aku tak sanggup nak dipairkan dengan budak-budak mentah lain tu." dia hendak menjerit membayangkan itu sahaja. Ali ketawa kecil, teringat tentang ejen muda lain yang diambil MATA. Tidak satu pun dapat membuat kerja dengan baik tanpa bimbingan.

"Kita akan tiba dalam tujuh minit. Sila bersiap sedia." kata robot pemandu kenderaan. Kedua-dua budak lelaki dan perempuan mengangguk.

)IRIS(

Fikir, Comot! Fikir! Jerit kucing itu dalam mindanya. Dia terperangkap di satu tempat yang dia tidak pasti di mana. Ke mana pun dia pergi, dia tetap tidak dapat mencari jalan keluar. Tambahan lagi, haiwan lain di sini tidak menyenangkan. Bukan kerana dia tidak suka pada mereka, tetapi disebabkan cara mereka bergerak, bertindak, dan semua perkara yang mereka lakukan. Benda pertama yang dia dapati ialah setiap daripada mereka memakai satu tali pinggang seekor. Ia sepertinya sedang mengawal minda mereka.

Untuk memastikan dirinya jauh daripada semua makhluk tidak berkemahuan di sekelilingnya itu, dia memilih untuk duduk di atas salah satu besi yang menampung berat bumbung bangunan ini. Setakat ini, tiada lagi yang datang menemaninya di ketinggian itu.

"Macam mana ni?" keluh Comot. Dia perlu memikirkan segera cara untuk keluar dari sini. Sebenarnya, gudang ini dilengkapi sistem pengudaraan. Si kucing itu sudah pun mencuba untuk membuka satu laluan udara, tetapi terkunci dengan skru. Selain daripada itu, tiada jalan lain lagi yang dia tahu.

Bunyi benda berat menghentam tanah membuat kucing betina itu memutarkan telinga ke arah sumbernya. "Maaf!" jerit satu suara dari luar, masuk melalui ruang kecil antara pintu. Pintu... Dia terlalu panik hingga tidak nampak laluan untuk dia keluar.

Sesenyap yang mungkin, dia turun dan merangkak melepasi haiwan-haiwan di bawah kawalan minda itu, kemudian memecut keluar melalui pintu. Ada satu butang hitam yang mesti ditekan untuk membukanya. Ia cukup rendah untuk dicapainya.

Setelah bebas, dia dihampakan buat kali kedua. Dinding konkrit menyapa kedatangannya, pemilik suara tadi langsung tidak kelihatan. Pada waktu sebegini dia mengharapkan deria baunya pulih lebih cepat. Dihentaknya kuat dinding tersebut. "Kenapalah saya degil sangat? Kalau saya duduk je kat rumah tadi, me- oh, ada lubang lah," ngomelannya terhenti semasa dia keluar menggunakan laluan itu. "Bebas akhirnya!"

Kini hutan melitupi penglihatannya, bangunan di belakangnya. Matahari masih cerah. "Baiklah. Sekarang, saya kena..." suaranya menjadi perlahan melihatkan ada yang menemaninya di luar ini. Seekor ajing menghembuskan nafas, mengenainya.

Comot menundukkan kepala.

)IRIS(

Tugasan mengumpulkan maklumat di markas penjenayah tidaklah sesusah yang dijangka. Ali dan Alicia menguruskan misi dengan mudah, hampir tidak menggunakan sut ejen mereka langsung. Maklumat yang mereka peroleh setakat ini tidak banyak, tetapi cukup untuk dibuat andaian. Seperti yang General nyatakan, kumpulan tidak dikenali ini merupakan dalang penculikan Ejen Belang kerana terdapat satu kesan cakar harimau di lantai. Bagaimanapun, motif mereka masih di sebalik kabus tebal. Kabus tersebut menipis sedikit setelah Alicia memaklumkan bahawa kes seperti ini juga telah berlaku di negara lain. Semuanya sama -haiwan yang hilang akan muncul semula tetapi sebagai tentera seakan-akan robot. Mereka hanya akan bertindak mengikut arahan. Mangsa pertama kejadian ini ialah Jepun. Ada satu perkara kecil yang masih membingungkan mereka. Mereka masih boleh lagi mengesan kedudukan alat pengesan, atau tag nama, ejen haiwan mereka. Agak pelik bagi penjenayah tidak mematikannya. Sama ada mereka tidak ditangkap atau terlepas, atau ini satu perangkap. Alicia risau jika ia adalah sangkaan terakhir, berbeza dengan Ali yang lega mengetahui kucing peliharaannya selamat.

"Kau nak ke mana, Ali?" Pertanyaan Alicia tidak terbalas kerana budak itu sudah berlalu pergi.

Gudang ini luas, fikir Ali. Dia baru sahaja melepasi bilik janakuasa binaan ini. Ia aktif. Yang peliknya, tiada seorang pun di sini, walaupun untuk memerhati penceroboh. Ini mungkin akan menyukarkan kerja ini sedikit.

Ali menggeleng kepalanya, amaran pihak atasan dilupakan. Dia sedang mencari kucingnya. Dengan petunjuk aplikasi telefon pintarnya, dia berjaya menjejaki tag nama peliharaannya di bahagian luar gudang. Tetapi, itu sahaja yang dijumpainya.

Kesan cakar pada kolar mendapat perhatian jari ibunya. "Comot..."

Kembali pada Alicia, sesuatu luar jangkaan terjadi. Dinding sekeliling mula bergerak. Didedahkan kepadanya satu bilik penuh dengan haiwan, diculik dan dibawa ke sini. Mereka berada dalam barisan seperti askar, langsung tidak bergerak kecuali untuk yang perlu. Dia berjalan lebih dalam. "Sedia semua?" Alicia berselindung di belakang sebuah tiang, kesejukan besinya sedikit pun tidak menggangunya.

Seorang wanita, memakai serba hitam, berdiri di hadapan mereka semua, di sebelahnya seekor harimau yang berdiri keras bagai patung mekanikal. Alicia pernah melihatnya sebelum ini, di bilik maklumat MATA. Dia ialah pemburu haram yang terlepas tiga tahun lalu semasa penangkapan, Kelabu. Alicia bersyukur wanita itu tidak perasan dia ada di sini.

"Bandar Cyberaya akan berada di bawah cengkaman aku," ketawa wanita itu. "Sekarang, mereka akan tahu kehebatan aku!" Alicia mengambil lastiknya dan menujukannya ke arahnya. Sasarannya terlepas kerana ciutan seekor burung di belakangnya.

"Tengoklah tu," dia dilihat. "Nampaknya ada seorang yang nak ikut sekali."

Alicia melangkah berani. "Apa rancangan kau sebenarnya? Serah diri sekarang atau aku-"

"Atau apa?" gelaknya. "Pengawal-pengawal aku dah kepung kau. Tak da tempat nak lari."

Ejen Neuro muda itu hanya berdiam, hujung pemegang lastiknya berkelip. Dia perlu melengahkan masa sehingga pasangan misinya tiba.

)IRIS(

Comot menunjukkan perasaan tidak selesa bersama dengan teman barunya. Badannya pula terasa ringan tanpa kolar dan tag di lehernya. Ingatannya diimbas semula sedang dia berjalan.

"Itu saya punyalah!" jerit Comot pada seekor anjing jantan berbulu putih. Dengan kasarnya, dia mencakar pada perhiasan Comot, menyebabkan ia tertanggal. Anjing tersebut langsung tidak menghiraukannya. Sebaliknya, dia beralih dan ekornya seakan-akan menyuruhnnya mengikut dari belakang.

"Maaf, tapi alat tu cuma akan dedahkan lokasi kau. Aku Seven." Dia memperkenalkan dirinya. Suara lembut-tegasnya sedikit pun tidak menenangkan kemarahan Comot. Jika dia mampu, hendak sahaja dia memperkenalkan anjing itu pada kuku yang disimpannya sejak lahir. Seven seperti hendak mengatakan sesuatu apabila mereka berdua beku pada masa yang sama. Ada benda bergerak, telinga mereka menangkap. Buat seketika, Comot merasakan dirinya terapung. Sekelip mata, haiwan lain datang... dalam rupa seekor tupai. Kerana sebab tidak diketahui, mereka sedang memijak bumbung zink gudang dengan si kucing tertanya-tanya apa yang telah berlaku. Dia kemudian menyedari yang kepala anjing itu di atas kepalanya, termasuk seluruh badannya. Boleh terasa kepanasan yang datang dari perut haiwan yang lebih besar daripadanya itu. Comot tidak ragu-ragu mencakar, merebahkan Seven. Jelas terlihat kesannya pada pipi kirinya.

"Kenapa dengan kau?" Seven bangun, menyapu bahagian yang sakit pada mukanya.

"Siapa awak?" jawab Comot dengan soalan, kukunya diletakkan di hadapan sebagai pertahanan. Dia terlihat penyahrenjatan, alat untuk menghalang renjatan elektrik, yang tidak sepatutnya ada pada anjing tersebut. Ia dilengkapi dengan senjata.

Anjing itu mengeluh. "Baiklah..." dan dengan itu, masa bercerita bermula. Itu pun setelah beberapa kali perkataan maaf diucap keluar daripada muncung Seven. Agak mengejutkan juga. Seven ialah seekor Ejen seperti Comot. Tetapi kucing itu tidak memberitahu kaitannya dengan MATA, membuatnya lebih yakin dengan keputusannya apabila diberitahu dia dari Australia. Ada agensi rahsia lain di sana. Dia kemudian mengkhabarkan tugasnya untuk mengikuti seorang penjenayah, dipercayai penculik setiap haiwan di sini. Kini, mereka sedang menuju ke tempat semua haiwan berkumpul -lebih tepat lagi Seven sedang menuju ke sana- Comot mengikuti dari belakang, walaupun pada mulanya dihalang anjing itu.

"Kau tentu yang pertama aku jumpa yang tak takut langsung dengan semua ni." Pujiannya bagai angin yang berlalu buat Comot.

"Australia..." fikirannya tertumpu pada perkara lebih penting.

Kalau ejen dari jauh boleh datang, kemungkinan MATA menghantar ejennya juga adalah pasti. "Kalau macam tu," Ali mesti ada kat sini...

)IRIS(

"Comot..."

Ali menggenggam erat tag nama itu, matanya tertutup. Apabila ia terbuka, hanya api semangat kelihatan. Ia tidak bertahan lama kerana dipadamkan oleh seekor tupai. "Kau buat apa kat sini. Baik kau pergi sekarang." dia mengangkat tupai itu ke tempat lain. Ia pun pergi. Ali kemudian mengeluarkan yoyonya, sebelum berpusing dan mengenakan yoyo itu pada seekor kera yang sedang cuba menyerang hendap. Ada beberapa ekor lagi bersamanya.

"Serang dia!" Ali boleh mendengar suara mengarah yang datang tidak jauh darinya. Ia milik seorang lelaki, bersembunyi pada batang sebuah pokok. Dia menjerit kepada satu alat di tangannya, berkemungkinan pengawal semua haiwan ini.

Ali menaikkan bibirnya ke kanan. Dia akan selasai dalam tiga minit, hitungnya. Seperti yang diagak, kesemua kera tumpas dalam masa seratus lapan puluh saat, enam puluh setiap seekor. Seekor tersandar pada dinding akibat hentaman yoyonya, seekor kakinya tergantung pada tali di atas pokok, perangkap. Yang satu lagi tertiarap atas tanah, berlakon pengsan. Jika dilihat dekat, ada kemik pada tali pinggangnya. Ali meneka itu ialah sebab ia tidak mengikut arahan.

Memandangkan hanya lelaki seorang itu sahaja yang tinggal, budak itu memusing-musingkan mainannya, secara mengejek menyuruh dia datang ke mari. Lelaki itu pun, tangan bergetar, berjalan ke hadapan. Pada awalnya, dia seperti hendak melarikan diri. Selepas itu, dia terus memecut, penumbuk tersedia. Ali dengan senangnya mengelak dan dia terjatuh.

Sebatang pokok rendang menjadi tempat dia berehat, dikuncinya dengan tali kuat. "Duduk sini diam-diam." kata Ali dan dia berlari menuju ke kawannya setelah menerima pesanan kecemasan dalam bentuk kelipan yoyo.

Ali terperanjat apabila memasuki ruang kali terakhir dia bersama Alicia. Haiwan, binatang, robot, dia tidak pasti, tetapi itulah apa yang sedang dilihat kedua-dua matanya. Barisan demi barisan -mamalia, reptilia, burung- dibentuk oleh haiwan pelbagai kelas. Dipakai mereka perisai canggih diimport dari negara luar. Di satu sudut, dia berasa gerun dengan askar bersenjata itu. Di sudut lain, terasa kagum dia melihat spesis yang belum boleh dilihatnya sebelum ini secara berhadapan. Bagaimanapun, dia tertarik keluar dari fikirannya. Suka atau tidak, misi diutamakan(selepas Comot sudah pastinya).

"Ali!" Salah satu daripada peluru lastik Alicia meletup beberapa meter daripadanya. Dia menghembus udara kelegaan kerana sempat menunduk. Beberapa tentera haiwan jatuh terkejut kemudian bangkit semula.

"Aku tahu ketua diorang," Alicia membantu rakannya bangun, bekas koyak di lengan sutnya. "Nama dia Kelabu. Polis gagal jejaki dia sejak dia hilang tiga tahun lepas." Dia menendang seekor burung hantu dengan pergerakan silat yang dipelajarinya daripada bapanya.

"Mana penjenayah lain? Tak ada pun aku tengok," Ali menepis satu pancaran laser menggunakan sarung tangan ejennya, tidak menghiraukan nafas laju Alicia. "Au! Panas,"

Mereka berdua melompat daripada dicakari kuku beberapa ekor anjing dan jatuh ke atas badan mereka. Ternampak peluang, mereka berdua mengarah ke pintu keluar belakang. "Cuma ada lima orang je kat sini yang kawal haiwan-haiwan tu. Tiga aku dah kalahkan. Satu lari. Tinggal Kelabu dengan sorang tu sekarang ni." Ali dengan jelas boleh melihat alat pengawal di tangan gadis itu, mungkin dirampasnya.

Ali menghalang pengejar mereka daripada keluar dengan memusnahkan papan kekunci elektronik di dinding setelah mematikannya. Dia tidak pasti kenapa dia berbuat demikian walaupun mengetahui mereka tidak berpengetahuan seperti manusia. Terasa hentaman badan mereka pada pintu besi di belakangnya.

"Aku dah uruskan sorang tadi,"

"Jadi Kelabu jelah yang kita kena kisahkan," Alicia mengeluarkan bunyi tidak selesa sejurus hentaman kedua. "Aku rasa kita patut hubungi HQ-" satu lagi hentaman menjatuhkan mereka.

"Aku setuju!"

Ali mengelap peluh di dahinya. Dia dan Alicia hanya memerhatikan bahan logam yang tidak mungkin akan terbuka itu. Squad khas MATA akan tiba sebentar lagi.

Suasana menjadi sepi tanpa bunyi atau perlanggaran lain dari dalam.

"Aku ada jumpa dia," Alicia menggantikannya dengan ketegangan. "Ejen Belang ada sekali." Ali sepertinya lebih menyukai kesepian tadi. Tangannya memegang sesuatu.

"Aku kata jangan risau, kan? Dia tu ejen. Bukan anak kucing."

"Yalah, yalah." dia menyeluk ia semula ke dalam poketnya. Perasaan tidak enaknya kembali, sejurus mendengar ngiauan yang tidak syak lagi pemiliknya. "Comot!" Dia mengetuk-ngetuk pintu tersebut mengharapkan ia terbuka.

"Takkan tak boleh buat apa-apa?"

"Masuk ikut depan!" Ali pun mengikuti cadangan rakan perempuannya. Tiupan angin menghembusi alunan lagu yang makin menegangkan suasana.

)IRIS(

Seven bukan seseorang yang boleh menghabiskan masa lima minit berjalan tanpa berkata-kata. Ada sahaja yang ingin diucapkannya. Seserius mana pun dia semasa mereka bertemu, Comot pasti ianya untuk berhati-hati. Sebab itulah dia melipat telinganya ke bawah agar tidak mendengar suara yang terlalu pantas untuk ditangkapnya.

"Awak memang tak bosan, kan?"

"Sikit." jawabnya selamba

Kucing itu mengeluh. Tiada apa yang boleh dia buat untuk menghentikan mulut kenalannya. Akhirnya, dia pun terikut sekali. "Senyap!" Seven tiba-tiba berhenti, diikuti Comot.

"Tunggu. Apa?"

"Diam! Aku cakap betul ni!"

Mereka berdua diselindungi oleh beberapa buah kotak, menghalang sesiapa pun daripada ternampak mereka. Dua pasang kaki gergasi melintas, berganti jalur antara dua warna. "Itu Belang,"

"Kau kenal dia?" Comot tidak mengucapkan apa-apa. Dia sebaliknya mendepankan sedikit kepalanya.

"Kenapa dia -Apa kena pulak awak ni?" dia melihat Seven berbaring seakan-akan sedang berehat. Dia kemudian bangkit semula. Responnya, jikalau ia boleh dinamakan itu, agak tidak dijangka.

Dia merenung Comot dalam. "Kau sembunyi sini. Jangan buat bising." pesan anjing itu kepadanya sebelum pergi meninggalkan Comot bersendirian kehairanan. Sesuatu bersinar menyentuh kaki kucing itu. Ia merupakan satu silinder kecil diperbuat daripada logam. Sekali pandang, ia nampak seperti skru.

Comot menggelengkan kepalanya terhadap Seven yang tiada lagi di situ. "Saya pun ejen lah," kucing itu bertukar halimunan. Walaupun tiada siapa yang melihat, jelas terbayang yang dia juga sudah pergi.

)IRIS(

Seven perlahan-lahan mengikuti harimau yang, sama seperti yang lain, berada di bawah kawalan minda. Setiap langkah yang diikuti ada bersama keraguan. Keberaniannya sekarang ini hanya disebabkan oleh gumpalan gas yang terlekat pada dirinya. Ia mampu membuatkan sesiapa sahaja di dalamnya hilang dari jejakan deria bau, terutamanya haiwan dengan kebolehan menghidu yang tajam. Dia telah melepaskannya semasa bersama dengan Comot tadi. Tidak mengetahui sebabnya mengapa, dia berasa pasti kucing itu telah mengabaikan kata-katanya dan merayau ke tempat lain.

"Sini pun kau," dia terdengar seseorang, Kelabu, menghampirinya, atau lebih tepat lagi Belang. Dia ditemani aura yang menyatakannya sebagai bukan seseorang yang biasa. Di tangannya adalah mesin tidak dikenalpasti. Berada berhampiran dengan orang yang mungkin berbahaya ialah perkara biasa bagi Seven; itu tugasnya. Sekarang ini, dia perlu menunggu harimau itu beredar sebelum menyerang. "Mari. Aku ada hadiah nak bagi."

Wanita itu memakaikan Belang alat itu, diletakkan hanya sedikit di hadapan N2, tali pinggang pengawal. "Sedia, kucingku. Esok, Cyberaya akan kenal siapa aku."

Selain agar tidak dilihat mereka, dia juga perlu berhati-hati supaya tidak bersentuhan dengan haiwan-haiwam lain di sini. Mereka semestinya telah diarahkan berkumpul. Tiba-tiba, pintu dia memasuk tadi terbuka. Kelabu tidak sedar kerana ia terlalu perlahan, dan yang lain semuanya tidak mengendahkannya. Salah satu kekurangan menggunakan gas penghalang deria bau ialah dia juga tidak boleh menghidu, oleh itu dia tidak dapat mengenalpasti siapa pembukanya.

"Sedia semua?" Suara yang terhasil selepas ayat tersebut diucapkan adalah tidak disangka olehnya. Puluhan jeritan bunyi haiwan membanjiri bilik itu. Di samping semua itu, hentakan tapak kaki juga didengarinya. Dia melihat ke belakang.

"Bandar Cyberaya akan berada di bawah cengkaman aku," Seorang budak perempuan, tidak syak lagi terlatih, menghalakan sebatang lastik ke arah wanita itu. Seven tidak berganjak, hanya merenung. Dia sepertinya di pihaknya, walaupun mungkin sementara. "Sekarang, mereka akan tahu kehebatan aku!"

Tiba-tiba, seekor helang menciut, menyebabkan dis terlepas sasaran dan mendedahkannya. Apa-apa sahaja yang berlaku setelah itu akhirnya membawa kepada pertarungan seorang melawan puluhan, tangan menentang cakar. Mereka akhirnya berpindah dari sini ke tempat lain, memberinya peluang untuk mendekati harimau yang bernama Belang itu.

Kelabu dan Belang hanya melihat pertarungan itu tanpa melakukan apa-apa. Dengan perlahan, Seven merangkak ke bawah kucing besar itu. Dia menggunapakai kukunya sebaik yang boleh untuk menanggalkan tali pinggang di, sudah tentunya, pinggangnya. Kegagalan dialaminya , ditambah dengan dinampak oleh kedua-dua mereka.

"Baham dia!"

Seven merespon dengan menanduk kepala Belang sebelum dia boleh mengikut arahan tuannya. Dicuba cakarnya anjing tersebut tetapi tidak mengena. "Shoot." Satu perkataan itu sahaja dan dia menjadi buta seketika. Apabila penglihatannya kembali, dia terkejut dengan lubang berasap yang berada tepat di belakangnya, beberapa inci dari ekor. Tembakan itu datang dari alat yang dipakaikan Kelabu tadi.

"Seven, tolong!" Seekor kucing berwarna... besi karat memanggilnya. Matanya pula ialah dua warna yang sangat dia kenali. Comot mencangkuk dirinya pada badan harimau itu, terhuyung-hayang dibawanya.

"Hati-hati!"

Anjing itu melihat sekeliling mencari sesuatu yang boleh membantu kawan kucingnya melepaskan diri. Itu! Gudang ini dipenuhi kotak dan sesetengahnya disusun bertingkat-tingkat. Satu 'menara' berada hampir dengan kedua-dua ahli keluarga jauh itu. Ada satu juga di tepi Kelabu. Mengikut pengiraannya, ia akan jatuh jika terjadi perkara yang sama pada yang dekat dengan Comot. Tidak melengahkan masa, dirobohkannya binaan daripada kertas bersalut plastik itu menimpai Belang. Comot sempat berlari ke sisi Seven. Sejurus itu, Kelabu juga jatuh kerana tidak menjangkainya, alat pengawal di pergelangan tangannya tertanggal.

"Ada be-" walau apa pun yang ingin disampaikan yang ingin disampaikan Comot, ia tidak kesampaian kerana Seven telah menggigit tengkuk lehernya dan menggondolnya pergi dari situ.

"Jenis kau ni memang degil, kan?" cungapnya.

"Jalan keluar situ!" Comot menunjukkannya pintu masuk. Masalahnya sekarang ialah ia diawasi oleh beberapa ekor pengawal. Dan bukan itu sahaja, malah semua pengawal itu terus meluru ke arah mereka.

"Kita ikut yang lagi satu!" Rancangan Seven hari ini boleh dikatan semuanya tidak menjadi. Pintu belakang juga, nampaknya lah, dijaga mereka -jika itulah apa yang sedang mereka lakukan.

Comot dan Seven masing-masing pelik dengan perlakuan haiwan-haiwan lain. Mereka menjerit, memekik, serta menyalak, dan mengetuk dan menghentam, juga menghentak pintu besi itu. Ia bukanlah perkara yang baik buat kawanan dua berkumpulan itu. Pengawal-pengawal yang mengejar mereka tadi turut mengikut serta, menyebabkan Comot dan Seven terhimpit di antara mereka.

)IRIS(

Perkara pertama yang bertembung dengan Ali setelah dia memasuki gudang ialah gigi taring Belang. "Tarik alat tu!" Alicia melompat melepasi Ali ke belakang harimau itu, mengepungnya. Budak lelaki itu terpaksa sekali lagi untuk mementingkan tugasan.

"Hiyah!" Dia menujukan yoyonya kepada tali pinggang Belang. Disertai peluru magnet Alicia, dia terbaring di atas lantai tidak mampu berganjak.

Sesuatu mencapai lubang telinga mereka. "Miau!" Bagi Ali, panggilan yang begitu lantang itu menghidupkan badannya seperti enjin. Secara automatik dia berlari ke arah punca suara itu tanpa memikirkan apa-apa. Tiada rancangan, hanya kucingnya. Alicia bernasib baik kerana, mungkin kerana kekurangan tenaga, Belang hilang kesedaran dan berehat dalam alam khayalannya sendiri. Dia lalu menanggalkan alat pengawal yang dipakaikan kepadanya, dan meriam laser yang rosak sedikit. "Kau bertuah hari ni, Ali." bisiknya.

)IRIS(

Comot terbenam dalam laut haiwan, nafasnya sesak. Setiap saat badannya berasa bagai dia sudah tidak memilikinya lagi. Itulah yang dirasainya sebelum dia ditarik keluar oleh sesuatu yang dia tidak dapat mengenalpasti apa kerana terlalu penat. Apabila dia membuka matanya, dia dikejutkan dengan pandangan tajam seekor monyet. Di tangannya, jelas kelihatan tali pinggang yang sudah banyak kali dilihatnya sehingga, kalau dia mampu, boleh dia lukiskannya di atas kertas. Kesakitan yang disebabkan cengkaman monyet itu menghalangnya daripada bergerak. Dia tidak pasti sama ada dia hanya membayangkannya atau tidak, tetapi suara Ali sedang berulang-ulang memanggilnya.

"Comot!"

Dia terpelanting ke lantai. Sedaya upaya, dia mengekalkan matanya terbuka. Kini, dalam cengkaman monyet itu, tidak lain dan tidak bukan, ialah Seven, anjing yang baru dikenalinya selama dua jam. Berjalan kepadanya, Kelabu memegang alat pengawal dekat pada mulutnya.

"Pakaikan dia." arahnya melalui alat itu.

Seven meronta-ronta supaya dapat melepaskan dirinya, kakinya sehingga bengkok menolak monyet itu. "Lepaskan!"

Comot melihat dengan ketakutan kawannya dipaksa memakai besi berkilat dan bersinar pengambil kebebasan itu. Dia perlu melakukan sesuatu... Dia mesti... "Miau!" Dia menerpa lalu mencakar muka wanita kejam itu. Untuk kali yang ke berapa hari itu, seseorang jatuh ke lantai.

"Tak guna kau! Ajar dia!" dia menghembus dan menarik nafas dengan laju. "K-kenapa? Serang dia!" Sepertinya, alat pengawalnya sudah tidak boleh digunakan lagi dan monyet itu berlari jauh daripadanya.

"Comot!" Kucing itu merasakan kepanasan dipeluk oleh budak kesayangannya. "Kau okay?" Nada berlembutnya hilang sama sekali apabila dia beralih kepada Kelabu.

"Jaga kau," Ali meletakkan Comot dengan berhati-hati. Yoyonya diputarkan. Alicia juga telah tiba.

"Aku dah tanggalkan semua tali pinggang tu. Tak sangka, senang je nak ganggu signal." Gadis itu ketawa. Benar seperti yang dikatakannya, semua haiwan sudah bebas daripada N2 yang menyeksa mereka. Mereka saling membantu satu sama lain untuk menanggalkannya. Di tangan Alicia, satu pengawal yang dirampasnya tadi terikat kemas.

"Apa kau dah buat? Jagalah. Aku ak-"

"Buat apa? Kau dah kena kepung dah pun."

Anjing, kucing, burung, monyet, semuanya, seekor demi seekor, berkumpul di sekeliling mereka. Setiap satu daripada mereka memberi ugutan cara tersendiri kepada Kelabu. Comot hanya duduk di sebelah Ali sambil melihat. Ali dan Alicia juga memberi pandangan yang mengancam.

Dalam keadaan yang sebegini, tiada sesiapa yang dapat menjangka Kelabu akan ketawa seperti orang yang tidak waras. "Kau dah lupa satu." Dia kemudian melutut separas badan Seven yang berada di kakinya. Semasa kedua-dua ejen tiba sebentar tadi, tali pinggang itu sudah pun terlekat padanya. Menekan beberapa butang, kod, Kelabu membisik pada alat itu.

Ali memerhatikan setiap gerak-gerinya.

Wanita itu bangun, lalu menjerit. "Ambik kucing tu!" Seven lantas berdiri dan menuju ke arah Comot. Ia tidaklah mengejutkan jika dia terus menyerang kucing itu. Ia memang mengejutkan apabila dia berhenti di hadapannya dan berpusing. Satu salakan dan gudang itu bergegar.

Dalam beberapa saat sahaja, wanita itu ditimpa berat haiwan-haiwan yang telah diculiknya. "Tolong!"

Ali menyambung pelukannya semula. "Comot..." bisiknya. "Comot?" Kucingnya tiba-tiba keluar daripada lengannya dan pergi ke tempat lain. Sebenarnya ada perkara yang perlu dia uruskan.

Kucing betina itu sempat mengejar Seven yang separuh jalan dari pintu. "Ini awak punya." Agak sukar untuk Comot menyebutnya kerana sedang menggigit silinder yang dijumpainya. Dia menghulurkan silinder tersebut.

"Ini..."

"Kaki awak longgar, kan?" Seven mengangkat kaki kiri hadapannya. Dengan sopan dia menggigit silinder itu dan menyandarkannya pada buku lalinya. Bunyi mesin terhasil apabila silinder itu memasukinya seperti skru.

Dia menguji kakinya dengan memusingkannya sedikit. "Terima kasih."

"Hm."

"Kau MATA, betul tak?" Mereka bertentang bebola mata. Comot membalasnya dengan satu kerdipan yang perlahan, kepalanya senget. Dibalasnya pula dengan senyuman daripada Seven. Semasa dia berjalan ke luar, dia memandang ke belakang. "Hati-hati. Mereka akan datang." dan anjing itu hilang.

"Comot! Mana kau?"

)IRIS(

"Ejen Ali, Ejen Alicia. Kamu telah menjayakan misi dengan baik, termasuk menyelamatkan ejen kita," General bersuara di skrin. "Walaupun tanpa pengetahuan tentang kumpulan ini, strategi dan kebolehan melaksanakannya telah memberikan MATA maklumat yang dicari-cari kita selama ini."

Ali dan Alicia berdiri dengan tangan mereka dibelakang, mendengar teliti.

"Geng Cakar ialah satu kumpulan yang merbahaya. Tetapi, setelah mengkaji data yang terkumpul, kami mendapati ada sesuatu yang lebih patut dirisaukan," wajah seorang lelaki terpancar. "Setakat ini, apa yang kami tahu tentangnya ialah namanya, Ban. Sudah beberapa tahun dia menghilangkan diri. Baru-baru ini, kami mendapat laporan dia dilihat di Malaysia. Jika kamu terserempak dengan dia, segera laporkan."

"Baik, General!"

"Kamu boleh pulang."

Apabila bilik itu sudah sepi tanpa sesiapa di dalamnya, bilik lain bergema dengan suara. "Jadi?"

Doktor Tan dan Nora menanti balasan daripada General Rama. Matanya memandang ke skrin di hadapannya. Jawapan itu diberikan beliau setelah satu tarikan nafas yang dalam.

"Dia sudah bersedia."