Hello!!

Terima kasih kerana memberi review !! Fiona happy sangat!

Ohh dan Bella, Lynna, Lily, Rizu adalah milik LynzKZ 100%

Kalau ada salah dalam chapter.. Fiona minta maaf ~

Kring!!!!

Bunyi lonceng yang ditunggu-tunggu oleh semua murid di sekolah telah berbunyi. Berpusu-pusu pelajar kelas 1Amber keluar dari kelas untuk pulang ke rumah. Boboiboy dan rakan-rakannya perlahan-lahan menyusun buku-buku mereka kerana mereka malas bersesak-sesak keluar jadi mereka tunggu keadaan reda baru keluar.

"Dey Boboiboy, aku pun nak tengok kejutan kau boleh?" Gopal berjalan menuju ke arah meja Boboiboy. Dia juga tertanya-tanya tentang kejuta yang Tok Aba nak berikan kepada Boboiboy padahal dalam hati dia berharap sangat yang kejutan tersebut adalah rotan. Mesti lawak nanti hehehe detik hati Gopal.

"Ha ah. Aku dengan Ying pun nak tahu juga" Yaya berkata sambil tersenyum. Ying yang berdiri di sebelah Yaya tersenyum. "Boleh. Korang datanglah." Boboiboy berkata. "Jomlah jalan"

Mereka semua berjalan keluar dari kelas. Fang dan Bella mengikuti dari belakang.

Semasa dalam perjalanan ke kedai Tok Aba, mereka berbincang tentang kejutan yang di maksudkan oleh Tok Aba. Mungkinkah hadiah birthday? Tak. Birthday aku lama lagi fikir Boboiboy. Tidak lama selepas itu mereka pun sampai di kedai Tok Aba.

"Bbb chan!!!" Lily yang sedang duduk menunggu Boboiboy pulang dari sekolah berlari dan memeluk Boboiboy. "Bbb chan apa kahbar? Lily rindu bbb chan~~~" Lily berkata sambil mencubit pipi Boboiboy.

"Kau buat apa dekat sini?" Fang bertanya.

"Ehh landak laaaaaa!! haii landak!! makin lama makin menjadi landak kau yea. Oh itik mana? hmm mesti tengah dating dengan puteri angsa kan?" Lily berkata sambil mencubit pipi Boboiboy.

"APA?! NAK KENA KAU NI!!!!" Belum sempat Fang menyerangi balas Tok Aba mencelah. Ishh apasal ada je yang nak kacau aku ni kalau aku nak serang balik fikir Fang dengan agak geram.

"Jangan bergaduh depan kedai atok. Nanti tak pasal-pasal pelanggan atok." Tok Aba berkata sambil meyusun pinggan yang baru sahaja di cuci.

"Atok, apa kejutan yang atok yang nak bagi tu?" Boboiboy berkata. Lily sudah puas mencubit pipi Boboiboy. Aduhh kenapalah pipi aku ni tembam fikir Boboiboy.

Tok Aba hanya tersenyum dan berkata "sabarlah. Kejap lagi sampailah kejutan tu."

"Kalau macam tu... mesti kejutan ni orang kan? Atok?" Bella berkata.

"Entah-entah atok maksudkan orang yang menghantar kejutan tu. betul tak atok?" kali ni Fang pula yang meneka. Tetapi Tok Aba hanya tersenyum sambil membuat kerjanya.

"Atok! special hot chocolate satu! dengan pancake sekali ye??" Gopal berkata sambil memegang perutnya yang lapar.

"Ye la Gopal" Tok Aba berkata.

1Jam berlalu dan mereka masih menunggu kejutan yang dimaksudkan oleh Tok Aba. Bella sudah balik kerana kebosanan menunggu. Aduhh lamanya fikir Boboiboy.

"Tok Aba lama lagi ke?" Boboiboy sudah penat menunggu.

"Kejap lagi" Tok Aba yang sedang mengemas kedainya menjawab.

"Boboiboy aku balik dululah. Nanti aku datang balik. Mesti abang aku tengah tunggu dekat rumah." Fang berkata dan berlalu pergi. Fang yang sedang berjalan terlihat abangnya dan Lynna yang sedang berjalan dengan seorang gadis misteri. Fang berjalan ke arah abangnya.

"Hai abang!!" Fang memeluk Kaizo.

"Kau ni dah kenapa depan orang pun nak bermanja!!" terus telinga Fang kena piat oleh abangnya.

"Aduh ABANG!!! Sakitlah!! ish!!" Fang bermasam muka dengan abangnya.

"Sudahlah tu Kaizo." Lynna berkata "Fang dari mana ni?" Lynna bertanya dengan lembut.

"Haii kak Lynna. Fang baru balik dari kedai Tok Aba. Akak dengan abang nak pergi mana?"

"Akak dengan abang kamu baru nak ke kedai Tok Aba hantar akak ni" Lynna berkata sambil menunjuk ke arah seorang gadis yang berdiri di sebelahnya. "Dia tak tahu jalan nak ke kedai Tok Aba" Lynna berkata lagi.

"Ohhh tapi siapa dia ni akak?" Fang berkata dan melihat ke arah gadis tersebut. Gadis tersebut mempunyai rambut yang panjang hingga ke paras pinggang dan dia mempunyai warna mata yang berbeza dari mana-mana orang yang pernah Fang jumpa iaitu warna keemasan. Cantiknya mata dia. Boleh kaya ni kalau jual fikir Fang.

Kaizo yang berada di hadapan Fang mengetuk kepalan Fang. "Kau jangan jadi tak sopan nak tenung orang macam tu"

"Mana ada adik jadi kurang sopanlah abang. Tapi siapa dia ni? Adik tak pernah pun nampak kat kawasan ni."

"Nama dia Fiona. Dia nak ke kedai Tok Aba tapi tak tahu jalan. Sebab tu abang dengan Lynna tunjuk jalan." jelas Kaizo. Fang cuma membalas ohh.

"Jomlah!" Lynna berkata. Mereka pun menyambung perjalanan ke kedai Tok Aba.

Sesampainya mereka di kedai Tok Aba, Fiona terus menyelinap di belakang Boboiboy yang sedang leka minum hot chocolatenya. Fiona memberi isyarat agar mereka senyap.

Fiona menutup kedua-dua mata Boboiboy dari belakang. "Boo~"

"Eh siapa ni?" Boboiboy cuba membuka tangan tersebut tetapi di halang.

"Boboi kena teka" Fang menahan dirinya dari tergelak mendengar nama comel Boboiboy. Boboiboy meletakkan tangannya di dagu untuk berfikir. Kenapa suara ni macam pernah dengar? fikir Boboiboy. Boboiboy mengambil masa beberapa minit untuk menyedari siapa yang menutup matanya.

Semua yang berada di kedai Tok Aba berfikir benda yang sama.. Apa hubungan Boboiboy dengan Fiona?

"Akak!" Boboiboy membuka tangan Fiona yang menutupi matanya lalu menoleh kebelakang. "Akak!" Boboiboy terus memeluk Fiona dan menangis dalam pelukan tersebut. "Kenapa akak tinggalkan adik? akak tak sayang adik ke? kenapa akak dah lama tak balik?"

"Maafkan akak. Tapi akak betul-betul terpaksa tinggalkan adik. Sebab akak akan membahayakan nyawa adik kalau akak tak pergi. Bukan sebab akak tak sayang adik." Fiona meleraikan pelukan mereka lalu tersenyum. "Dah besar panjang adik akak sorang ni"

Chapter 2 done~

Thank you for reading! Even though my writing skill is still noob but i'll improve it! I promise!!

Review Reply

Author LynzKZ: Sorry tau lupa bagi credit kat author dekat chapter pertama! And yes! Fiona masih baru lagi dalam menulis ni hehe

Lizzyely: Haii ely! Terima kasih~

Kaizo: Yupp. Fiona ambik dari Fanfic Aku Abang, Kau Adik. Fiona minat dengan perwatakan and watak diorang sebab tu letak dalam fanfic ni. Tapi jgn risau.. Fiona dah minta kebenaran dari Author LynzKZ dan dia dah approve hehe terima kasih!

AN: waaa thank you sebab sudi baca hehe Fiona janji yang Fiona akan berusaha lagi !