Kita bertemu lagi di chapter 2!
Maaf kalau ada salah silap di dalam chapter ini.
Terima kasih kerana sudi memberi review! Author akan cuba yang terbaik untuk mengeluarkan Thorn dan Solar
Tapi bukan dalam chapter nie lah :P
Selamat membaca dan enjoy!
Bayangan Jahat!
Chapter 2
Hari Isnin sudah tiba, jam loceng Boboiboy sudah berdering beberapa kali tetapi Boboiboy masih juga belum terjaga. Tok Aba menyuruh Ochobot kejutkan Boboiboy bangun dan bersiap-siap untuk pergi ke sekolah. Ochobot tahu kalau dia menyumbat biskut-biskut Yaya atau benda-benda pelik ke dalam mulut Boboiboy, tentu dia akan kena marah. Jadi Ochobot membuat keputusan untuk simbah sahaja air sejuk supaya Boboiboy bangun. Ochobot pergi ke bilik air dan mengambil baldi yang berisikan air sejuk. Ochobot mengangkat baldi tersebut dan lalu simbah ke arah Boboiboy.
"BANGUN BANGUN!" jerit Ochobot sehingga terjaga Boboiboy yang sedang basah kuyup. "Bangun pun kau. Atok suruh kau siap-siap pergi ke sekolah"
"Nak kejutkan aku pun tak perlulah simbah aku dengan air sejuk" Lalu Boboiboy mengejar Ochobot sampai sehingga membuatkan bilik Boboiboy bersepah. "Isk korang nie, pagi-pagi lagi dah buat bising. Boboiboy, kenapa kau basah kuyup?" Tok Aba yang berada di pintu bilik terkejut mereka berdua bergaduh-gaduhan di awal-awal pagi
"Ochobot nie tok Aba, simbah orang dengan air sejuk pula"
"Kenapa? kau nak aku simbah air panas ke? esok aku simbah dengan air panas pula" kata Ochobot yang hanya bergurau sahaja. "Apa kau cakap Ochobot. Mari sini kau!" Boboiboy membaling bantalnya, lalu terkena Ochobot. Mereka bersambung gaduh lagi.
"Budak-budak nie, kalau dah habis bergaduh. Jangan lupa pergi mandi, atok nak pergi siapkan sarapan pagi" Tok Aba redha sahaja dengan perangai mereka. Boboiboy dan Ochobot sudah seperti adik-beradik sendiri, jadi mereka ada juga bergaduh, selalunya di waktu pagi ketika hendak kejutkan Boboiboy.
10 minit kemudian, Boboiboy sudah bersiap untuk sarapan pagi. Ketika Boboiboy sedang menurun ke ruang tamu, dia ternampak ada seseorang sedang duduk di meja makan rumahnya. "Eh, siapa pula tue?" Boboiboy terus berlari kebawah dan terkejut melihat Gopal sedang makan nasi lemak di dalam rumahnya.
"Aik, bukan kau selalu ada dekat kedai tok Aba ke pagi-pagi begini?"
"Hmmm... semalam abang si Fang tue datang rumah aku. Dia cakap" Gopal cuba memimik suara Kapten Kaizo "Kamu esok Gopal, jangan pergi ke sekolah berseorangan. Jangan lupa lindungi kawan-kawan kamu dan jam kuasa kamu juga" kata Gopal.
"Oh begitu, tapi semalam takde pun serangan terbaru dari alien misteri kita tue"
"Ada ke takde, korang kena berhati-hati. Apa yang dikatakan oleh Kapten Kaizo tue memang betul. Kita sendiri juga tak tahu musuh kita sorokkan diri dekat mana" Kata Ochobot yang sedang turun.
"Eh kejap... kenapa beg sekolah kau ada lastik, pistol air, kayu baseball? Mana boleh bawak barang-barang mainan nie pergi ke sekolah"
"Dey, itu semua untuk pertahankan dirilah daripada benda tue. Mana tahu kuasa kita tak boleh kalahkan benda tue, kita gunakan alat-alat mainan kita!" kata Gopal. Boboiboy dan Ochobot menepuk dahi. "Jadi, kau nak kena denda dengan Yaya lah yea" Boboiboy berikan senyuman sinis dekat Gopal
"Tak nak, tak nak" terus Gopal keluarkan lastik, pistol air dan kayu baseball dari beg sekolahnya. Boboiboy tergelak sahaja. "Hehe.. tau takut. Dah, jom lah pergi sekolah. Atok! Boboiboy makan nasi lemak nie dekat sekolah yea" Tok Aba keluar dari dapur dan memberikan botol air kepadanya.
"Jalan elok-elok, jangan nakal-nakal dekat sekolah" Boboiboy memberi salam kepada atoknya. Gopal pula membuka pintu rumah dan terkejut melihat Yaya dan Ying ada di depan pintu rumah Boboiboy.
"ALAMAK HANTU!" menjerit Gopal. "Wei, apa lu ingat kita orang nie hantu ka" marah Ying kepada Gopal. Gopal tergelak sengih
"Dah tue, apasal korang buat dekat pintu tue. Lain kali ketuklah pintu, tak payah lah duduk dekat pintu macam bodyguard pula"
"Isk, Kau nie Gopal. Kita orang baru sahaja nak ketuk pintu rumah Boboiboy, pas tue salahkan kita orang pula. Selamat kita orang tak ketuk kepala kau tue Gopal" kata Yaya dengan mukanya yang tegas.
"Dah tue, apa korang buat dekat sini? Nak denda aku lah tue sebab bawak barang mainan pergi sekolah"
"OH, KAU BAWAK BARANG MAINAN YEA GOPAL!" Yaya dengan gembiranya, mengeluarkan buku denda dia. "Dey, kita orang bukan dekat sekolah lah. Lagipun aku dah simpan mainan-mainan tue dekat rumah boboiboy. Hah! jawap soalan aku tadi, apasal korang ada dekat sini?"
"Aiyoo.. semalam Kaizo bagitahu jangan bagi kita orang pergi sekolah sorang-sorang maaa" kata Ying "Lu pun ada dekat sini sebab benda yang samakan"
"Mestilah, aku perlu melindungi Boboiboy daripada alien jahat macam Adudu tue" kata Gopal sambil menunjukkan kekuatannya. "Yolah tue, kuat konon. Tapi pasal makan, kau yang no 1 kan" marah Ying
"Tadi Boboiboy dan Ochobot bergaduh. Sekarang korang pula yang bergaduh. Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang nie" kata Tok Aba. "Selamatlah Fang takde dekat sini, kalau tidak Boboiboy dan Fang bergaduh tak ingat dunia. Ingat atok tak tahu pasal korang berdua suka sangat bergaduh. Atok ada spylah" sambung Tok Aba
"Ala atok, spy tue mestilah Ochobotkan" kata Boboiboy sambil teringatkan tentang dia dan Fang yang suka bergaduh. Tak kisahlah dekat mana pun, mesti ada pergaduhan kecil ke besar ke tapi mereka tetap sahabat sejati.
"Pergi sekolah elok-elok. Jumpa lagi nanti" Tok Aba berdiri dekat pintu dan melambai-lambai kepada mereka.
Mereka berlima melambai-lambai... eh berlima? "Wei Ochobot, apasal kau ikut kita orang pergi sekolah lak" Boboiboy berasa pelik pula
"Hehehe.. aku ingatkan aku pergi sekolah juga.. lupa pula.." terus Ochobot masuk balik ke dalam rumah. Mereka berlima melambai-lambai... eh, siapa pula sorang lagi. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying memandang ke arah kanan dan nampak Fang pula yang muncul.
"Dey, dari mana kau muncul?" tanya Gopal
"Aku muncul lepas korang habis gaduhlah. Aku datang sini sebab abang aku tue, pagi-pagi lagi nak suruh aku buat latihan tempur dia tue. Jadi aku larilah ke sini. Dah lah semalam satu malam aku kena kemaskan balik satu rumah sebab latihan tempur dia tue" Berapi api Fang bila teringat balik keadaan rumah malam semalam. Fang terpaksa kemaskan rumah sampai pukul 2 pagi, lepas tue, baru dia dapat tidur.
"Kau tue kan Fang, macam suri rumah. Asyik-asyik nak kemas, asyik-asyik nak kemas. Kalau kau tue perempuan, mesti ramai lelaki nak masuk meminang dengan kau. Untunglah siapa lelaki yang bertuah tue tapi yang tak bertuahnya, kau tue cepat sangat nak marah orang. Lepas tue, mesti kena belasah dengan harimau bayang kau tue" Boboiboy, Yaya dan Ying berhenti berjalan sambil menunjukkan muka ketakutan kerana Fang sedang mengeluarkan aura aura kegelapannya.
"HARIMAU BAYANG!" Fang menyuruh harimau bayangnya menyerang Gopal. Gopal terus memecut dan lari ke sekolah sambil dikejar oleh harimau bayang. Fang biarkan sahaja.
"Yaya, kenapa kau bawak sampai 4 bakul nie?" Boboiboy baru sahaja perasan Yaya sedang memegang 4 bakul yang penuh dengan biskutnya. Yaya nak jual dekat sekolah ke? fikir Boboiboy. Alamak, biskut Yaya. Habislah kalau kita kena denda kalau tak beli biskut dia, fikir pula Fang
"Oh, biskut-biskut nie Lahap yang mintak. Semalam dia datang rumah aku, dia cakap dia nak bagi dekat keluarga dia, sepupu dia, atok dia, nenek dia... " panjang sangat senarai order Lahap sampai Boboiboy menepuk dahinya. Fang dan Ying berasa lega kerana biskut tersebut tidak dijual dekat kantin sekolah, kalau tidak, habis semua pelajar-pelajar Sekolah Rendah Pulau Rintis kena beli biskut tersebut. Sambil sedang mereka gelak ketawa bersama, mereka tidak sedar bahawa ada sesuatu sedang mengekori mereka dari belakang. Dia menunggu sahaja peluang untuk menyerang mereka.
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
"Selamat pagi cikgu, KEBENARAN"
"Selamat pagi murid-murid. Duduk semua, cikgu nak bagi kamu satu soalan yang sangat mudah lagi dipermudahkan. Sesiapa yang mendapat jawap soalan matematik ini, cikgu ada kejutan khas yang tidak dapat menjawap soalan tersebut" Lalu Cikgu Papa Zola menulis satu soalan matematik yang amat susah sekali. Yaya dan Ying terkial-kial mengira dan mencari jawapan soalan matematik tersebut. Gopal mengigit pensil kerana tidak tahu jalan kerja matematik itu. Boboiboy pening melihat soalan matematik dan terpaksa membaca lagi sekali soalan tersebut. Pelajar lain juga terburu-buru mencari jawapan matematik. Fang yang baru sahaja hendak mengangkat tangan, cikgu Papa Zola sudah muncul di mejanya
"Kamu Fang. Bagi orang lain yang menjawap pula, cikgu tahu kamu nie teramat bijak dalam matematik walaupun ada juga ujian matematik yang kamu gagal tetapi JANGAN LAH KAMU NAK MENBOROS SEMUA JAWAPAN MATEMATIK, BAGILAH PELUANG UNTUK KAWAN-KAWAN KAMU UNTUK MENJAWAP PULA!"
"Tapi Cikgu..."
"Tiada tapi tapi... didalam soalan matematik tiada tapi tapi, semuanya hanyalah soalan kebenaran" kata cikgu Papa Zola
"Tapi cikgu bagi soalan matematik tambahan tingkatan 5, macam mana dia orang semua nak jawap soalan tue" kata Fang sambil menunjuk papan putih. Terkejut Cikgu Papa Zola dan lalu memadam soalan matematik sambil tersengih. Pelajar-pelajar 5 Jujur membuat muka berapi api dekat Cikgu Papa Zola. "Ala, cikgu silap teknikal aje. Cikgu bagi soalan tahap senang pula yea" gelak Cikgu Papa Zola sorang-sorang. Lalu cikgu Papa Zola menulis soalan matematik yang begitu mudah sehingga semua pelajar dapat menjawapnya dengan betul.
"Wei Fang" bisik Boboiboy kepada Fang. "Kenapa Lahap ada dekat padang sekolah. Ada sesuatu ke?" Lahap yang sedang berdiri tegak seperti patung, memerhatikan sahaja bangunan Sekolah Rendah Pulau Rintis. Dia dengan muka yang ganas sampai murid-murid lain takut untuk mendekati padang sekolah tetapi ada juga ingat Lahap tue maskot sekolah terutama sekali Cikgu Papa Zola. Siap berselfie sekali.
"Abang aku suruh dia jadi bodyguard, takut nanti kita kena serang. Jadi dia hantar Lahap ke sini, dia pula dengan latihan tempur dia lagi" kata Fang dengan nada yang malas. Tak habis-habis dengan latihan tempur si Kaizo tue. Fang makin lama makin malas nak jalani latihan tempur dengan abangnya. Fang selalu melarikan diri ke rumah Boboiboy tak pun ke kedai Tok Aba sebab dia sendiri tak sanggup menghadapi abangnya yang sudah terlampau kuat dan mahir dalam bab perang.
"Ala, kalau kita kena serang pun, kita boleh aje..."
"APA YANG KAMU SEDANG BERBISIK NIE!" Cikgu Papa Zola muncul semula dan memandang ke arah Boboiboy dan Fang dengan penuh kecurigaan. "Takde apa-apa lah cikgu, Boboiboy nie tanya soalan matematik aje" kata Fang
"Soalan matematik? Soalan darjah 3 pun kamu tak dapat nak jawap ke Boboiboy?" Boboiboy memandang ke arah papan putih, terkejut beruk dia melihat soalan yang begitu senang sekali. Memang betul apa yang dikatakan Cikgu Papa Zola, soalan matematik darjah 3. Fang tergelak besar sorang-sorang dekat belakang dan tiba-tiba sahaja dia terjatuh ke belakang kerana ada serangan di luar sekolah.
"Eh, siapa yang serang sekolah nie" Cikgu Papa Zola melihat luar tingkap dan nampak ada sesuatu yang sungguh menakutkan. Gopal berdiri sebelah cikgu Papa Zola "Wei Fang, apasal kembar kau hitam legam?" Terdapat bayang-bayang Fang menyerang Lahap dengan begitu dasyat sekali menyebabkan Lahap jatuh pengsan. Rupanya seperti Fang cuma dalam bentuk bayang tetapi matanya berwarna merah seperti hantu.
"Itu bukan kembar aku lah" marah Fang.
"Habis tue, itu hantu kau lah yea" sebelum sempat Fang memarahi Gopal, bayang-bayang Fang menyerang kelas 5 Jujur. "TUSUKAN BAYANG!" bayang itu mempunyai suara yang agak menggerunkan seperti suara hantu.
"KOKUN BAYANG!" Fang yang sebenar melindungi mereka semua dengan kuasanya tetapi kuasa bayang yang jahat itu mempunyai kuasa yang tersangat kuat, tusukan bayangnya dapat menembusi kokun bayang Fang. Tusukan bayang itu hampir terkena Fang. Yaya dan Ying menyelamatkan pelajar-pelajar lain dan cikgu Papa Zola dan membawa mereka ke tempat yang selamat.
"Kuatnya hantu kau Fang" kata Gopal sambil melihat Fang sedang mempertahankan kokun bayangnya. "Jangan banyak cakap, pergi serang dia... arghhhh!" Fang terkena serangan tolakan bayang dari bayang jahat itu dan kokun bayang Fang hilang. Fang terjatuh sehingga menyebabkan kerusi dan meja terhempap ke atasnya.
"FANGGG!" Boboiboy melompat keluar dari tingkap dan menukar kepada Boboiboy Taufan. "BERANI KAU! AMBIK NIE! BEBOLA TAUFAN!" tetapi bayang Fang yang jahat bertukar menjadi bayang Boboiboy Taufan yang jahat. "Kau ingat aku tak boleh meniru kuasa kau juga. Tapi aku lebih hebat daripada kau" gelak Boboiboy Taufan yang jahat itu. "PUSARAN TAUFAN!" puting beliung yang begitu kuat, membuatkan Boboiboy Taufan dan bebola taufannya tersedut ke dalam tapi Boboiboy Taufan diselamatkan oleh Fang dengan pengikat bayangnya. Fang menarik Boboiboy Taufan masuk ke dalam kelas semula.
"Boboiboy, macam mana kita nak kalahkan Boboiboy hantu tue" Kata Gopal yang sedang dalam ketakutan. Dia tidak boleh terbayangkan kalau bayang jahat itu menukar menjadi bayang Gopal yang jahat.
"Aku tak pasti Gopal, tapi kita jangan berhenti menyerang benda tue dan mempertahankan sekolah kita" Boboiboy Taufan bertukar menjadi Boboiboy Gempa. Dia terjun ke bawah dan mengeluarkan golum tanah. Fang juga mengikut Boboiboy Gempa dan terjun ke bawah. "Mari kita serang dia sama-sama" kata Boboiboy Gempa
Gopal pula, dia takut untuk terjun ke bawah tetapi dia kena kuatkan semangat untuk berjuang bersama dengan Boboiboy dan Fang. Jadi Gopal terjun ke bawah dengan perasaan ketakutan.
"SERANGAN TUMBUKAN GOLUM!
"SERANGAN TUMBUKAN TANAH!" Boboiboy Taufan yang jahat menjadi Boboiboy Gempa yang jahat. Tetapi serangan dari Boboiboy Gempa yang jahat dapat mengalahkan Golum tanah.
"TUMBUKAN PADU!"
"SERIBU TENDANGAN LAJU!" Yaya dan Ying muncul untuk menyerang Boboiboy Gempa yang jahat. Nampaknya bayang-bayang Boboiboy Gempa tidak boleh berpecah kepada dua untuk membentukkan dirinya kepada Yaya dan Ying. Bayang jahat itu menghilangkan diri dan lalu Yaya dan Ying jatuh ke tanah. "Mana benda itu pergi" kata Ying sambil melihat persekitaran. Mereka bersiap sedia jikalau ada serangan lagi. "Aku rasa benda tue dah larikan diri" kata Gopal dengan yakin tetapi dia silap. Lubang hitam terbentuk di tengah-tengah padang sekolah dan ingin menyedut mereka masuk ke dalam lubang itu. Yaya terbang ke atas, Ying dengan larian lajunya dan memeluk pokok sekuat hati. Gopal naik ke atas Hoverboard Boboiboy taufan bersama dengan Boboiboy Taufan. Fang bertukar menjadi separa garuda bayang dan terbang ke langit.
Seperti ada magnetic yang tersangat kuat dan Ying tidak dapat menahan dirinya, lalu dia melayang ke arah lubang hitam itu. Yaya terbang begitu pantas sekali pergi menyelamatkan kawan baiknya. Ying memegang kuat tangan Yaya dan Yaya terpaksa meletakkan Ying di atas bumbung sekolah. Tiba-tiba tangan bayang yang begitu besar sekali muncul.
"LARI YAYA!" jerit Boboiboy Taufan.
"TANGAN BAYANG!" Fang mengeluarkan kuasa tangan bayangnya untuk menghalang tangan bayang yang jahat itu daripada menarik Yaya ke dalam lubang hitam. Tangan bayang yang jahat beralih arah dan menyerang tangan bayang Fang dan juga Fang.
"KOKUN BAYANG!" tetapi seperti tadi, tangan bayang tersebut dapat menembusi kokun bayang Fang dan menarik kaki Fang.
"Kita kena tolong Fang" Gopal memegang erat Boboiboy Taufan kerana dia sedang mengawal hoverboardnya yang sedang terbang begitu laju untuk menyelamatkan Fang yang sedikit lagi masuk ke dalam lubang tersebut. Boboiboy Taufan sempat pegang tangan Fang dan menarik Fang dengan begitu kuat sekali tetapi disebabkan daya penarikan yang begitu kuat, Boboiboy Taufan sendiri tidak dapat menarik Fang semula. "Jangan lepaskan tangan aku, Fang"
"Yaya, pergi selamatkan dia orang. Aku cuba pelahankan masa" kata Ying yang menjadi bimbang jika lubang hitam dapat menarik mereka masuk. Yaya terbang ke arah mereka dan Ying cuba pelahankan masa tetapi tangan bayang jahat itu begitu cepat dan lalu menolak Ying jatuh dari bumbung sekolah
"YING!" Yaya beralih terbang ke arah Ying yang hampir jatuh ke tanah tetapi kakinya tiba-tiba dipegang oleh tangan bayang jahat. Dia menarik Yaya ke dalam lubang hitam dan lalu Yaya hilang. Fang pula tidak dapat memegang tangan Boboiboy Taufan lebih lama lagi, lalu terlepas. Fang juga ditarik masuk ke dalam lubang hitam tersebut dan lalu lubang hitam itu hilang bersama Fang. Gopal dan Boboiboy Taufan tidak percaya apa yang telah berlaku, dua daripada kawan baik mereka telah ditangkap.
Ying terselamat dari jatuh ke tanah, dia sempat diselamatkan oleh Lahap yang telah sedar dari pengsan. Dia juga sempat melihat Yaya dan Fang tarik masuk ke dalam lubang hitam. Pelajar-pelajar lain juga yang berada di dalam kawasan sekolah turut menyaksikan apa yang telah berlaku terhadap kawan sekolah mereka. Ada yang menangis, ada yang ketakutan.
"FANGGG! YAYA!" Boboiboy Taufan menjerit nama mereka.
To be continued...
Jangan marah sebab Fang dan Yaya kena tangkap :P
Tunggu ajelah chapter yang seterusnya! Mungkin lama, mungkin cepat
Tunggu ajelah yea...
