Sebaiknya korang baca fic pertama saya 'Stolen Kiss' terlebih dahulu jika belum membacanya. Hanya sekadar saranan untuk mendapatkan feel sebelum membaca chapter ini huehehe~


Boboiboy berasa terkejut dengan tindakan Fang yang mengheret dia ke dalam semak dengan kuasa bayangnya secara tiba-tiba membuatkannya hampir menjerit.

"Hei Apa yang kau buat ni Fang?! Lepaskan aku!" teriak Boboiboy meronta-ronta dari cengkaman jari bayang Fang.

"Hish diam la sikit! Dah kau tu yang terhegeh-hegeh cari tempat menyorok! duduk diam dengan aku kat sini je lah!" Balas si berambut ungu gelap setengah marah lalu meleraikan kuasa bayangnya.

Si pemakai topi jingga dinosaur terus diam terpaku mendengar kata-kata Fang yang jelas tersirat si pengguna kuasa bayang ini selalu memberi perhatian dan mengambil berat tentangnya. Anak mata coklatnya terus menatap wajah anak muda di sebelahnya yang cukup rapat kedudukan dengannya disebabkan ruangan persembunyian di dalam semak yang agak terhad.

'Dia lakukannya lagi..' bisik hati Boboiboy.

Lantas membuatkannya teringat akan perbualannya dengan Fang pada tempoh hari dan mimpi yang seolah-olah benar terjadi pada hari itu.

Mimpi seseorang yang diam-diam mencuri ciuman pertamanya.

Pipi Boboiboy langsung kemerah-merahan bila mengingat pada mimpi itu. Tambah lagi pula bila menyedari wajahnya agak hampir dengan wajah anak muda di sebelahnya yang sedang memerhati laluan Taman di hadapan semak, hatinya tiba-tiba pula berdebar-debar.

.

.

Sementara itu si anak gadis bertudung merah jambu sedang berjalan-jalan dengan riang membawa beberapa bungkusan yang berisi biskut hasil buatannya di tangannya. Anak gadis yang bernama Yaya ini sedang menuju ke satu-satunya kedai kokotiam yang wujud di Pulau Rintis yang sedang dijaga oleh robot bebola kuning Ochobot.

"Hai Ochobot! Boboiboy mana?" sapa Yaya dengan ceria. Dia yakin biskut yang baru dibakarnya dapat menaikkan semangat Boboiboy.

"Oh Yaya! em.. er tak tau la dia pergi mana. Tadi dia pergi tergesa-gesa. Agaknya ada orang minta tolong kot tadi.." jawab Ochobot berbohong dengan gugup. Dalam hatinya(?) berdoa semoga Boboiboy dan yang lain tidak ditemui Yaya.

"Hm.. ye ke~ peliknya. tadi terjumpa Ying pun tak sempat bagi dia rasa biskut yang baru saya buat dia terus pergi jugak." ujar Yaya kecewa. Dia terduduk sebentar sambil berharap Boboiboy akan datang semula nanti.

.

.

.

Pada masa yang sama di tempat lain pula..

"er.. Fang?"

"Apa dia?"

"Apa yang kita berdua buat menyorok dalam semak ni?"

Fang membulatkan matanya yang disebalik kaca mata menoleh ke arah anak muda yang satu lagi seakan tak percaya dengan apa yang baru didengarnya sebentar tadi.

"Kau ni biar betul?! baru je Ying bagitau pasal Yaya buatkan biskut untuk kau..!" jawab Fang separuh menjerit. namun masih menahan suara supaya tidak terlalu kuat.

"Oh ye lah.. sori. aku.. lupa." ujar Boboiboy sambil menggaru pipi yang tidak gatal.

"Kenapa dengan kau ni? makin menjadi-jadi penyakit pelupa kau.." Tanya Fang dengan nada yang jelas menunjukkan perasaan bimbang dengan keadaan Boboiboy.

"Entah la.. agaknya sebab aku kerap gunakan Kuasa pecahan 3 aku kebelakangan ni kot.." Peluh mengalir di dahi Boboiboy. Bersembunyi di dalam semak bersama rakan seusianya yang satu ini menambahkan suhu panas di ruang yang agak sempit. Fang terdiam sebentar sebelum bertanya lagi.

"..ni pasal Persaingan kau dengan Boboibot tu ke?"

"em." jawab Boboiboy singkat sambil mengangguk kepala. Dia berasa tidak yakin dapat memenangi Pertandingan Populariti Perwira Pulau Rintis itu namun masih berharap akan kemungkinan untuk menang. Fang hanya mampu menghela nafas.

"Hei Boboiboy. dengar sini." ujar Fang sambil melingkarkan tangan kanannya di balik kedua bahu Boboiboy.

"Tak kisah la kalau kau tak menang Pertandingan tu sekalipun, aku nak kau tahu yang aku tetap sokong kau. Bagi aku kau la Wira sebenar di Pulau Rintis ni."

Kata-kata Fang terus membuatkan Boboiboy berasa terharu. Ingin saja dia memeluk si empat mata itu pada masa itu juga sekuat hati namun masih menahan diri kerana takut malu.

"Kalau ada sesiapa yang buat kau rasa tak puas hati ke bagitau je kat aku, biar aku kerjakan orang tu cukup-cukup." beritahu Fang dengan mengepalkan tangan untuk menunjukkan kesungguhan niatnya. Boboiboy hanya ketawa kecil di dalam hati. 'Fang. masih lagi dengan sikap panas barannya.' bisik Boboiboy dalam hati.

"Ish kau ni! tak payah la sampai macam tu sekali! aku tak macam kau, nak selesaikan masalah suka gunakan kekerasan.!" protes Boboiboy mengerutkan dahi dan melepaskan diri dari tangan si berambut ungu gelap. Fang sama sekali tidak menyukai niat baiknya ditolak mentah-mentah oleh Boboiboy.

"Hish kau ni kan Boboiboy.! Kau ni lembut hati sangat. Sebab tu orang selalu ambik kesempatan atas niat baik kau! kau tau tak? aku sakit hati bila tengok kau asyik senyum dan terima je permintaan orang walaupun atas kerja remeh! benda tu sepatutnya atas tanggungjawab diorang, bukannya kerja kau!" urat kemarahan jelas terpampang di dahi Fang.

"Biarlah. dah aku ada kemampuan nak tolong diorang. jadi apa salahnya." Fang hanya mampu menepuk dahi melihat kedegilan Boboiboy.

'Kau ni Boboiboy memang keras kepala! kalau bukan aje pasal aku sayang kat kau nak aje aku cekik-cekik kau!' seranah Fang dalam hati. Tangan kirinya mengacak-ngacak rambut akibat fikiran yang berserabut atas kedegilan Boboiboy.

"Aku hargai niat baik kau tu Fang tapi aku tak suka cara k.!?" Boboiboy belum sempat menghabiskan bicaranya kerana mulutnya telah ditekup oleh tangan si pengguna kuasa bayang.

"Shii~ diam sikit. aku ada dengar suara Yaya tadi." Bisik Fang dengan suara perlahan di telinga Boboiboy. Si pemakai topi jingga dinosaur mengangguk pelan tanda faham. Seperti yang dikatakan Fang, kedengaran suara Yaya bersenandung dengan senang hati menyebabkan Fang tanpa sedar bertindak seperti seorang pelindung dengan merapatkan tubuhnya dengan Boboiboy. Tangan kanannya memeluk di balik kedua bahu Boboiboy dan menekan pusat kepala anak muda yang bertubuh lebih kecil daripadanya menundukkan kepala bersama-sama agar tak mudah kelihatan.

Si pengguna kuasa elemen berasa kekok dengan situasi yang sedang dialami. Pipinya semakin memerah dan hatinya bertambah berdebar-debar. Tangan Fang yang melekat di bibir miliknya membuatkan fikirannya lagi bercelaru. Entah kenapa dia berasa seperti kupu-kupu sedang berterbangan di dalam perutnya. Dia tidak dapat memahami kenapa dengan tiba-tiba dia berasa segan dan teruja bersama dengan Fang pada waktu ini. Mungkin juga kerana perasaan gembira merasakan dirinya dilindungi dan diberi perhatian oleh insan yang selalu dikagumi selama ini. Itu yang Boboiboy fikir dalam hati.

Keduanya terus mematungkan diri di balik semak menunggu Yaya beredar lebih jauh. Mereka hampir melepaskan nafas lega melihat Yaya semakin jauh namun tiba-tiba..

HAA~CHOOH!

Sama sekali bukan sekadar di tahap volume bersinnya anak kucing.

Fang dan Boboiboy masing-masing membulatkan mata saling memandang. Fang menjarakkan kedua tangannya dari Boboiboy.

'Tak guna! Apasal kau tiba-tiba bersin Boboiboy!?'

'Aku bukan sengaja lah! Lagipun sarung tangan kau yang berdebu tu yang buat aku bersin!'

'Jadi ni salah aku!?'

Ajaibnya mereka hanya berbalas pertengkaran dengan bertukar pandangan mata. Dan tiba-tiba mereka terasa ada seseorang berdiri di belakang mereka. Perlahan keduanya mendongak ke arah insan tersebut.

"Boboiboy! Fang! apa yang korang buat duduk dalam semak tu?"

Keberadaan mereka sudah diketahui si anak gadis bertudung merah jambu itu. Dengan erti kata lainnya,

Kantoi.

.

.

.

===Bersambung...===

Adakala saya terlupa yang Boboiboy dan Fang masih lagi di usia 11 tahun di dalam fic ini kerana saya selalu membayangkan mereka bertubuh seperti anak di awal remaja lingkungan 14 atau 15 tahun. *slapself*

Maaf chapternya pendek saja dan saya tidak dapat update lebih cepat kerana saya hanyalah penulis amatur OTL