Lanjut juga akhirnya...
Warning:
Shounen-ai, oc, 16yrsold! Haikal, elemental brothers
Fang, Khairul, 11yrsold!Shamsu
Rate:T
Dan
genre di chapter satu
=Fang's pov=
Sudah hampir tiga hari Haikal belum sedar dari demam panasnya, kini aku juga yang kena rawat dia...aku tak suka kalau ada yang nak menginap dekat rumah aku. Kenapa? Sebab nanti aku mesti kena tidur kat sofa kalau orang yang keras kepala tak nak duduk kat sofa. Haikal dikecualikan sebab dia demam panas. Shamsu juga sedikit menolong dengan mengirimkan ubat demam kepada aku.
=Fang's pov end=
Pada hari keempat, Haikal masih tidak sedarkan diri...Fang masih berusaha untuk menjaganya dan cepat sembuh supaya dia dapat basuh cadar tu dan tidur di atas katilnya yang empuk.
"Mnnnggh..." Haikal perlahan-lahan sedarkan diri..lalu membuka perlahan kelopak matanya yang silau dengan cahaya matahari
Fang nampak kejadian itu dan tengah berbincang plan untuk menyatukan Shamsu & Haikal. Dia tengah bincang plan dengan Gempa di telefon pintarnya.
"Oh...akhirnya kau bangun..." Fang mula menolong Haikal untuk berdiri,.berhati-hati supaya dia tak cederakan tangan Haikal
"A-aduh...s-sakit..mnngh!" Haikal mula meringis, sekarang Fang perlu belajar untuk lebih lemah lembut macam Gempa
Fang hanya menghela nafas "bagus kau dah bangun...tapi suhu kau baru turun sikit.." Fang mengambil termometer klinik dan masukkannya ke dalam mulut Haikal
Lima detik sudah berlalu Fang mengambil semula termometer klinik itu dan tengok ke arah nombor yang terpapar. Betapa terkejutnya ia! Baru 36°C turun! Ini boleh buat dia jadi gila kalau lebih lagi merawat Haikal. Lagi-lagi masa kena makan ubat...
Haikal menepuk tangan Fang "jangan risau...aku boleh rawat diri aku..." lalu dia turun dari katil dengan perlahan dan berusaha untuk berdiri & berjalan
"Tunggu, kalau kau nak balik rumah...biarkan aku hantar..." Fang menahan tangan Haikal
"Tak" singkat, padat & tak jelas perkataan Haikal
"Mana boleh! Kau tu demam lagi kan! Baru 3°C turun!" Fang protes
Haikal hanya mendengus, dengan segera dan sedaya upaya...dia berlari dengan kencang menuju ke rumahnya. Fang biarkan dia, sekarang dia malas nak kejar si Haikal tu...
"Huh...huh" Haikal menarik nafas kuat-kuat dan mencari kunci rumah yang berada di poketnya...
Jumpa kunci, dia terus membuka pintu dan menghempasnya lagi...dia mahu mandi air sejuk & buka air-cond yang dah lama dia tak pasang sebab tak balik rumah.
Nama Shamsu masih terlintas di kepala Haikal. Pelbagai pertanyaan di kepala macam; kau kat mana Sham? Kau benci aku dah ke Sham? Bila kau nak balik Sham? Macam itulah yang masih berada di benak fikiran Haikal.
Sudah dua minggu Shamsu belum balik, ia membuatkan lagi Haikal lebih risau.
"K-kenapa jadi macam ni? Hiks...aku tak boleh tenangkan diri!" Haikal kulur-kilir fikirkan sesuatu
Tok! Tok! Tok!
Seseorang mengetuk pintu, Haikal dengan segera membuka pintu itu. Betapa terkejutnya ia elemental brothers ada didepan pintunya! Duri & Solar juga ada!
"Apa yang korang nak?" Tanya Haikal dingin
"Kitorang nak bantu kau...masih ada masalah yang belum selesai" kata Gempa memasuki rumah Haikal dengan selamba
"Apa korang kisah? Masalah aku, urusan aku...biar aku tanggung! Shamsu hilang! Tangan aku patah! Baru korang nak tolong aku?!" Haikal menarik baju Gempa dengan kuat
"S-sabar Kal...kitorang nak tolong kau je..." Ais mula berkata-kata
"Apa yang kau nak tolong ha?! Aku cakap jangan sibuk dengan urusan aku! Urusan korang cuma nak tolong aku?!" Haikal membentak elemental brothers
"AKU DAH TAKDE MAK AYAH! SHAMSU HILANG! TANGAN AKU PATAH! AKU CUBA TENANG TAPI TAK DAPAT! APA YANG KAU NAK TOLONG HA?! APA!?" Haikal mula mengeluarkan air mata yang deras
"Haikal..." Duri cuma menenangkan Haikal tapi ditepis oleh Haikal
"Aku cuma nak bahagia...dengan keluarga aku buat kali terakhir...apa patut aku hidup lagi! Aku dah berseorangan! Aku ialah orang yang cinta diri sendiri! Aku dah tak kesah siapa mati! Jadi biar aku duduk rumah dengan tenang dan bunuh diri dengan perlahan!" Haikal mula menjerit dan mengejutkan semua elemental brothers
Haikal mengelap air matanya supaya .berhenti, tapi tiada kesan. Namun begitu...Haikal tiba-tiba pengsan dan membuatkan yang lain terkejut. Dengan sepantas kilat,Halilintar menyambut Haikal dengan pantas.
"Dia pengsan...biar aku hantar dia ke bilik dia...korang bincang rancangan B pulak" Halilintar menuju ke tangga dan naik ke tingkat dua.
Hari ini ialah hari paling bermasalah elemental brothers alami.
Shamsu sekarang tinggal di rumah elemnetal brothers, dia sedang tidur nyenyak dipeha Gempa. Gempa hanya mengelus kepalanya lembut...
"Tak sangka pada umur 11 tahunpun dia mengalami masalah conflict macam ni...kesian betul Sham...nasib baik Haikal pengsan jadi dapatlah dia tengok muka Haikal sekejap..." Gempa tidak berhenti mengusap rambut Shamsu yang lembut itu...
"Gempa...cuba kalau Haikal dapat tahu yang...kita culik Shamsu?" Tanya Taufan dan dibalas anggukan Blaze, Ais, Duri & Solar
Gempa hanya menaikkan bahunya, tiada idea
"Haikal bukan pengsan...dia cuma demam lagi, kali ni 39°C kita patut bawak dia pergi klinik atau hospital sekarang" kata Halilintar semasa mahu menuju ke arah kembarnya yang lain
"Apa kita patut buat? Mak cik Ayumi masih ada kerja dan balik esok! Kita mana ada kenderaan nak bawak pergi hospital mahupun klinik!" Bimbang kembar terakhir, Solar dan dibalas anggukan setuju oleh yang lain
"Kejap! Korang tahu tak yang Fang ada abang?" Tanya Gempa lalu tersenyum gembira
Semua mengelengkan kepalanya "aku tahu! Dia baru balik dari Jepun! Dia belajar kat sana, Fang cerita kat aku masa aku datang rumah dia, tak silap aku...nama dia Kaizo!" Jelas Gempa dengan panjang lebar...
Semua meangguk setuju sambil berkata "Terbaik!" Pada Gempa dan meangkatkan ibu jari mereka
×Haikal's pov×
Uggh...aku kat mana ni? Kenapa ada banyak bunga kat sekeliling aku ni? Sejuk gila bunga ni! Eh? Siapa tu? Siap ada sayap lagi! Bidadari ke? Eh...macam kenal je dua bidadari tu...Mak Ayah?!
"Hiks...mak...ayah..." aku memeluk kuat kedua-dua mak ayah aku
"Haikal, kami ada janji untuk kamu...tapi kamu perlu janji untuk tubaikan hajat ini dan berusaha kuat ni ya?" Ucap mak aku sambil tersenyum lembut dan mengusap kepalaku
"Saya akan tunaikan apapun!" Aku memeluk lebih erat mak ayahku...
"Jangan dekati kegelapan, tersenyum gembira, bahagia dengan kehidupan & jangan marah kepada orang yang tak bersalah..." ayahku menyambung perkataan mak lalu mengusap pipiku
"Masa kamu dah habis...tunaikan ya?" Mak ayah aku mula lenyap dengan perlahan
Di alam nyata, aku tiba-tiba angkat tangan ke atas sambik air mata mengalir dengan deras "mak...ayah...hiks...hiks..."
Aah...ianya dah malam, aku kat mana ni? Apa yang terjadi selepas aku bentak elemental brothers? Adakah aku...di hospital?
×Haikal's pov end×
Seseorang menyelinap dengan lincah di dalam hospital, ya, hospital ini gelap gelita...CCTV pun tak nampak kelibat pemuda itu walaupun ada night camera. Pemuda itu masuk kedalam bilk yang Haikal duduki...apa yang dia nak? Siapa dia?
Dengan perlahan pintu bilik Haikal dibuka, terlihat Haikal sedang tidur nynyak di atas katil hospital yang empuk ni...pemuda itu memdekati Haikal, tersenyum jahat dengan mata coklat yang bercahaya. Dengan perlahan dia meangkat badan Haikal dan melompat keluar ke jendela, jangan risau Haikal diletakkan di tingkat satu. Pemuda itu pula pandai lompat tinggi.
Pemuda itu sampai di sesuatu tempat, membaringkan Haikal di atas katil yang sedikit berhabuk. Tiba-tiba ada seorang lagi pemuda tapi sekita 18 mendekati mereka berdua. Siapakah mereka itu? Kenapa mereka menculik Haikal? Adakah mereka baik ataupun jahat?
-TBC-
Note: yeah! Lanjut juga akhirnya! Terima kasih kepada hidup yang penuh inspirasi mengerikan...Kitsu tetap berusaha bagi jawapan yang jelas siapa mereka berdua...maaflah kalau kali ni sedikit pendek...chapter ni genre: mystery sebab tu tukar-tukar — v —
Hints: satu OC (tengok kat bio Kitsu) dan satu lagi ada dalam BBB musim ke 3 episode 24 (bahagian ?)
