Tsubasa Fara

Ep 2: Kembara bermula

(2nd installment untuk story nie,apakah keputusan Fara ?Tunggu)

Fara masih lagi kebingungan,tugasan yang baru diterima membuat hatinya resah gelisah,apakah benar itu yang ditakdirkan untuknya

"Aku tengok ,kau nampak down aje kebelakangan nie,kau okey ke?" Sanju bertanya

"Tak ada apa-apa lah Sanju" Fara tersenyum

"Fara,dengar sini,aku kenal kau bukan sebulan dua tapi dah bertahun dan aku tahu kau ada masalah,come on story lah"

Fara terdiam,bagaimana hendak dimulakan bicara agar ia tidak nampak sumbang dan boleh diterima akal

"Kalau kau dipanggil bagi menyelamatkan dunia apa yang kau akan buat?"

"Pada aku,dipanggil menyelamatkan dunia adalah satu tanggungjawab dan juga satu penghormatan tinggi,kalau akulah,aku akan pergi"

"Maksud kau?"

"Maksud aku,kalau dunia di ambang kehancuran dan perlukan suatu keajaiban bagi memulihkanya aku akan sahut panggilan itu,tapi itu tak mungkinlah" Sanju bangun lalu dia menepuk bahu Fara "Come on kau kena on air kejap lagi"

"Tapi itulah yang terjadi ,dan kau tak akan faham Sanju" Fara berbisik dalam hatinya…..

(2 hari kemudian……..)

Ketika Fara sedang sibuk melakukan persiapan sebelum on air tiba- tiba dia terdengar bisikan Yuuko

"Tiba masanya berikan jawapan" Fara menghela nafas,dia tahu saat ini pasti tiba

"Saya dah dapat jawapanya,saya akan bantu mereka" Serentak itu dia disedut kembali ke kedai antik Yuuko

"Kamu memang berhati waja dan kecekalan itulah yang buat kamu pulih dengan cepat dari kemalangan yang pernah kamu alami dulu" Yuuko tersenyum Fara kehairanan bagaimana Yuuko tahu mengenai kemalangan yang pernah dialaminya

"Bagaimana awak tahu tentang kemalangan tu?" Fara bertambah pelik

"Saya memerhatikan kamu sejak dahulu lagi,dan saya tahu segalanya tentang kamu,tapi saya tak punya banyak masa untuk perlu cepat"

"Huh?"

"Saya hadiahkan kamu Gaia's, pemanah silang ajaib bagi membantu kamu dalam pengembaraan kamu ini,juga pakaian baru kamu"

"Saya rasa ini dah cukup" Fara tersenyum

"Seorang pahlawan takan nak ke medan perang dengan blaus dan jeans sahaja" lantas Yuuko menukarkan pakaian Fara kepada pakaian pahlawan "Sekarang bantulah mereka di do kyro!"

Satu portal dimensi menyedut Fara menuju ke destinasi di mana kembaranya bakal bermula,apabila dia tersedar Fara mendapati dirinya berada di tempat yang begitu asing buat dirinya

"Kenapa aku yang dipilih,apa sebenarnya ada pada aku hingga takdir aku ditentukan begini" Fara merenung Gaias yang diberi Yuuko,namun tiba-tiba…..

"Jadi perempuan tua tu hantar kau untuk bantu kami ya" seorang ninja yang bengis merenung Fara

"Kuro,janganlah berkasar dengan dia" satu suara lembut menyapa,Fara terkasima

"Hurmm…." Sang ninja cuma menghela nafas

"Maafkan saya atas kelakuan kasar dia tadi,adakah awak yang dihantar Yuuko bagi membantu kami

"Ya,memang dia yang menghantar saya,dan nama saya Fauzana" Fara senyum

"Saya Sakura,ini Fye, Syaoran dan ninja tadi tu adalah……."

"Keropok" Fye membalas

"Beritahu nama saya betul-betul la" Ninja tadi mencekak baju Fye

"Nama dia Kurogane" Syaoran yang membisu dari tadi akhirnya bersuara

"Awak semua ni baik la"

"Fauzana,awak dari mana sebenarnya?" Sakura bertanya

"Saya dari sebuah tempat bernama Ledang,dimana penduduknya bercucuk tanam"

"Ledang,saya masih ingat lagi negara itu,di situlah ada jiwa yang terkorban kerana membantu kami

"Maaf,saya tak tahu"

"Tak mengapalah"Fye senyum

"Kawan-kawan ,nampaknya kita ada tetamu tak diundang"Kurogane menghunus pedangnya "Fauzana ,lindungi Sakura"

"Tapi"……..

"Kamu masih mentah lagi dalam pertarungan,tak guna berlawan"

"Itu bukan cara saya" Fauzana membidas,Sakura terkejut kata-kata itu sama seperti yang pernah diungkap Shana(sila baca Tsubasarean Fire )

"Kamu ni……….."

"Saya adalah pahlawan dan itu takdir saya"

Whats gonna happens next,ikuti episode 3 nanti ya

(Sedutan episode 3)

"Kau ingat aku akan mengalah macamtu aje!" Fauzana menghunus Gaia's lalu dia memanah kesemua musuh dihadapanya,dan tidak sampai 5 minit semua musuh berjaya ditumbangkan

"Kau akan terima balasan " Chika membalas

"Bring it on" Fauzana mencabar dengan penuh keazaman

"Kau akan menyesal berdepan dengan Chika yang hebat" Belum pun Chika habis berkata-kata,panah Gaia's telah menembusinya

(Huhu tunggu lagi daa)