Hello Kawan-Kawan, nampaknya chapter 2 dikeluarkan dengan begitu cepat sekali.. hahaha! harap kamu semua enjoy dengan chapter 2 ini.

Selamat membaca dan sekali lagi, maaf kalau ada yang tersilap

Mari kita Siasat!

Chapter 2

Keesokannya, awal pagi lagi Boboiboy sudah sampai lagi ke sekolah. Di tangan kanannya terdapat sebuah beg plastik yang berisikan donut lobak merah. Dia sudah berjanji dengan Fang semalam yang dia akan membeli donut tersebut khas untuk Fang.

"Selamat Pagi Boboiboy" Yaya dan Ying yang sudah sampai ke sekolah lebih awal lagi daripada Boboiboy, kelihatan sedang sibuk mengemas kelas 5 Jujur dan manakala Gopal pula terburu-buru menyiapkan kerja sekolah yang cikgu berikan semalam. "Mana Fang nie, aku dari tadi lagi menunggu dia sampai. Dia takde dengan kau ke Boboiboy?" Gopal mengaru-garu kepalanya kerana tidak tahu jalan kerja matematik tersebut. Dia langsung tidak faham, selalunya dia akan meminta tolong dari sesiapa pun tapi bila dah di ajar pun, Gopal masih lagi tidak faham. "Aku nak mintak tolong dari dia ajarkan soalan nombor 5 nie, susahlah"

"Tuelah, semalam kau yang tak nak kita orang tolong ajarkan" marah Yaya kepada Gopal.

"Macam mana aku nak belajar dari kau. Asalkan aku salah sedikit sahaja, mesti kena marah dengan kau. Kalau dengan Ying pula, dia tue cakap laju sahaja. Satu benda pun aku tak paham. Kalau dengan Fang, dia marah sikit terus aku faham.. hehe"

"Aik, macam tue pula. Bukan ke marah Yaya dan Fang sama sahaja"

"Tak sama pun Boboiboy. Fang tue kalau marah orang, asyik nak belasah orang sahaja. Tak pasal-pasal harimau bayang dia pergi keluarkan, macam semalam. Dengan Yaya pula mesti kena ceramah. Entah berapa jam akan kena ceramah dengan dia tue. Tak pun kena denda tulis nama dekat buku dia tue" kata Gopal sambil menghentam sahaja jawapan matematik tersebut. Yaya dengan muka yang sudah kemerah-merahan, rasa ingin sahaja mencekik-cekik Gopal. Boboiboy dengan pantasnya pergi tenangkan Yaya.

"Jangan macam tue, bawak bertenang. Lagipun kau kan suka belajar bersendirian dan tak biasa ajar orang lain"

"Selamatlah kau kali ini Gopal, kalau tak, aku denda kau kutip sampah satu sekolah" Kata Yaya dan terus duduk di tempat asalnya iaitu meja hadapan Boboiboy. Gadis bertudung pink itu melihat jam di dinding, lagi 5 minit loceng sekolah akan berbunyi. Fang masih lagi tidak muncul. Boboiboy menjadi risau. "Mana Fang? Bukan ke dia selalunya orang pertama yang akan sampai ke sekolah?" Boboiboy tiba-tiba merasakan sesuatu yang buruk terjadi dekat Fang tapi itu cuma perasaan sahaja. Harap-harap ia tidak akan menjadi kenyataan.

"Tak kan disebabkan tak dapat donut, terus tak datang sekolah. Pelik betul kawan-kawan aku semua nie, sorang suka cakap laju sangat tapi selamatlah kita orang semua paham. Tiap-tiap hari makan chocolate dan gula-gula ke apa. Sorang lagi suka sangat lupa, sampai lupakan nama kawan sendiri. Sorang lagi suka sangat denda orang, sampai mak cik kantin pun dia nak denda juga. Lepas nie, siapa pula dia nak denda, kucing? ayam? kambing? yang terakhir lak, suka sangat dengan donut lobak merah dia tue, 2 hari tak dapat, terus tak datang sekolah. Deman Donut Lobak Merah lah tue" kata Gopal yang masih lagi menghentam jawapan Matematik. Dia tidak sedar bahawa Boboiboy, Yaya dan Ying sedang berapi-api dengan dia tetapi dia orang tenangkan diri dan teruskan dengan perbualan mereka.

"Tak mungkinlah, dia sihat ke tak sihat ke, mesti datang juga ke sekolah" semua setuju dengan kata-kata Yaya. Lagipun sepanjang persahabatan dia orang, mereka tak pernah sekali pun nampak Fang tidak sihat. Deman ke, selesema ke, batuk ke, semua tidak pernah kena.

"Hmmm... Kalau macam tue, kita kena pergi melawat dia selepas tamat sekolah nanti" Boboiboy terus duduk di tempatnya dan menoleh kebelakang untuk melihat meja kosong Fang. Selalunya pagi-pagi lagi si Fang sudah mengacau dia tetapi hari ini rasa macam tidak lengkap pula. Hati Boboiboy berasa tidak senang hati, dia dapatkan rasakan Fang bukannya tidak sihat tetapi kejadian buruk melanda diri Fang. Dia ingin sahaja berlari keluar dari kelas dan terus pergi ke rumah Fang untuk melihat keadaan Fang. Oh ya, terfikir Boboiboy, dia terlupa yang dia boleh menghubungi Fang dengan menggunakan jam kuasanya.

Loceng sekolah telah pun berbunyi dan Cikgu Papa Zola datang tepat pada waktunya. Boboiboy tidak sempat menghubungi Fang. "Bangun!" Yaya adalah ketua darjah kelas 5 Jujur, manakala penolong ketua darjah ialah Gopal, yang tidak boleh diharapkan langsung.

"Selamat Pagi Cikgu, KEBENARAN!" ucap Yaya dengan ceria sekali. Pelajar-pelajar lain pun turut serta. "Selamat pagi murid-murid. Duduk semua, cikgu ada sesuatu yang menarik nak bagi dekat kamu semua" Masing-masing sungguh teruja mendengar kata-kata cikgu mereka dan tidak sabar untuk menerima kejutan itu.

"Cikgu nak bagi kita orang hadiah kan kan kan" kata Gopal dengan penuh harapan. "Tak pun cikgu nak bagi kita orang keluar berehat lebih awal!" sebenarnya Gopal tengah lapar, dia belum lagi makan sarapan pagi.

"Banyak cantik! Kamu ingat cikgu nak bagi kamu pergi keluar berehat ke hah! Cikgu nak bagi korang hadiah ujian untuk kamu semua! menarik tak? menarik kan kan kan kan" Cikgu Papa Zola memberikan senyuman yang begitu indah sekali kepada pelajar-pelajarnya. Manakala pelajar-pelajarnya membuat muka takut kerana setiap kali cikgu Papa Zola bagi ujian, makin susah pula soalannya tetapi hanya 3 orang sahaja yang dapat menjawap dengan sempurna sekali iaitu Yaya, Ying dan Fang.

"Haiya, Cikgu nie. Asyik ujian sahaja. Bukan minggu lepas kita baru buat ujian ka" kata Ying. Cikgu Papa Zola terus memandang tepat ke arah Ying dan membuatkan Ying rasa tak senang duduk. "Mestilah kena ada ujian tiap-tiap minggu. Kalau tak, macam mana kamu nak jadi pandai. Nak kamu gagal dalam peperiksaan akhir tahun nanti ke?"

"hehe.. tak nak cikgu. Cikgu nak bagi ujian setiap hari pun takpe"

"Ha! bagus kalau macam tue" Cikgu Papa Zola dengan senyapnya membahagi-bahagikan kertas ujian kepada anak-anak muridnya. Dia berhenti di meja kosong Fang dan mendapati Fang tiada di situ.

"Eh, mana kawan baik kamu si Fang?" Cikgu Papa Zola bertanya kepada Boboiboy.

"Dia tak datang sekolah hari ini cikgu"

"Apa! Kenapa pula dia tak datang sekolah. Cikgu baru sahaja nak berbincang tentang kertas peperiksaan yang cikgu bagi hari tue" Yaya dan Ying terdengar kata-kata Cikgu Papa tadi, mereka terus terasa tidak adil. "Cikgu! kenapa Fang seorang sahaja yang dapat buat peperiksaan tue?" tanya Yaya dan Ying serentak.

"Kamu berdua tidak perlu tahu kerana ini urusan cikgu dengan Fang sahaja. Ala, nanti kamu akan tahu juga. Dah, dah dah! Jawap soalan ujian kamu sebelum cikgu bagi rotan keinsafan!" Dengan segera mereka semua terus menjawap soalan ujian yang cikgu Papa bagi tadi.

aaaaaaaaaaaaaaaaaaa

"Mesti aku dapat markah terendah lagi, takpun kosong terus. Susah sangatlah soalan matematik tadi" kata Gopal dengan muka yang murung. Sesi waktu persekolahan sudah tamat, Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying terus bergerak ke rumah Fang.

"Tuelah kau Gopal, tahu main sahaja. Tak pernah nak ulang kaji" kata Yaya "Cubalah rajin-rajinkan diri tue ulang kaji mata pelajaran, dah lah tahun depan kita orang semua nak UPSR dah. Macam mana nak masuk kelas pertama nie kalau asyik gagal sahaja. Asyik main game game game game sahaja. Boboiboy pun sama, bagi si Gopal lagi semangat main game. Kalau main game sekejap 30 minit ke 1 jam takpe. Ini berjam-jam mainnya"

"Dah dah, kau simpan sahaja ceramah kau tue Yaya. Nanti-nanti aku insaflah" Yaya memandang kearah Gopal dengan muka yang garang, terus Gopal ketawa kecil dan tidak rasa senang pula melihat muka Yaya yang garang itu. Takut nanti Yaya bertukar menjadi harimau, selamatlah Yaya tue bukan Fang. Kalau tak, tentu Gopal dah lama kena belasah.

"Korang semua ok ke ikut aku pergi ke rumah Fang?" tanya Boboiboy. Sebenarnya sepanjang persekolahan tadi, perasaan risau tentang Fang membuak buak di hati Boboiboy. Jawap ujian matematik pun dia rasa tidak begitu semangat. Mungkin dia akan dapat markah yang teruk lagi, fikir Boboiboy.

"Mestilah ok. Kami nak juga tengok keadaan dia hari ini. Fang kan kawan kita orang juga, bukannya kawan kau sorang sahaja Boboiboy" kata Yaya. "Dah, jom kita pergi ke rumah Fang!"

5 minit kemudian, mereka sudah berada di hadapan rumah terbiar. Gopal masih lagi rasa ketakutan walaupun dia tahu itu rumah hantu Fang. Yaya dan Ying tidak pernah menjejaki lagi ke rumah Fang walaupun mereka tahu di mana Fang tinggal. Mereka rasakan sungguh seram sejuk melihat rumah terbiar itu. "Betul ke nie rumah Fang?" tanya Ying

"Mestilah betul, Fang tue kan hantu. Jadi inilah rumah hantu dia" Gopal menolak pagar rumah tersebut pelahan-lahan dan mereka semua masuk ke halaman rumah yang penuh dengan dahan-dahan pokok dan daun-daun kering. Di tengah-tengah halaman tersebut terdapat sebiji donut yang telah dimakan separuh dan sebuah kotak kecik yang telah dibuka.

"Itu bukan ke donut lobak merah kesayangan si Fang tue tapi kenapa separuh sahaja?" Gopal, Yaya dan Ying berdiri belakang Boboiboy sambil memeriksa donut tersebut. Pemikiran mereka memikirkan benda yang sama iaitu Fang tidak pernah membazirkan donut kegemarannya itu, apatah lagi membuang makanan yang tidak habis dimakan merata-rata tempat.

"Apa yang terjadi nie?" Boboiboy cuba mencari petunjuk yang lain sekeliling rumah tetapi gagal. Ying mengangkat kotak kecil itu dan memeriksa jikalau ada tertulis apa-apa tetapi malangnya tiada. Boboiboy cuba mengambil donut separuh makan itu tetapi dihalang oleh Gopal. Gopal mencapai tangan Boboiboy dan lalu berkata "Jangan usik donut tue, entah-entah kau pun hilang macam Fang juga"

"Mana ada. Aku tak kan hilanglah. Kalau aku hilang pun, mesti aku dapat bertemu dengan Fang kan kan kan" Tetapi logic Gopal itu memang tak boleh pakai.

"Kalau kau hilang, macam mana nak cari kau nanti. Kau guna ranting kayu nie untuk mengangkat donut tue" Gopal memberi ranting itu kepada Boboiboy. Boboiboy paksakan diri mengambil ranting itu untuk menghiburkan hati kawan. "Hah! aku dah angkat donut nie, mana beg plastik" Gopal membuka beg sekolah Boboiboy dan mengeluarkan beg plastik yang ada donut lobak merah. Donut tue dia makan, manakala beg plastik tue dia bagi dekat Boboiboy. Donut itu selamat di simpan dalam beg sekolah Boboiboy.

"Sekarang macam mana?" tanya Yaya. Boboiboy rasa dia perlu masuk ke dalam rumah Fang, kena siasat juga. "Baiklah, Yaya dan Ying pergi cari petunjuk yang lain dekat sekitar sini. Aku dan Gopal akan mencari di dalam rumah Fang"

"Baik!" kata Yaya dan Ying. Mereka terus pergi ke rumah sebelah untuk mencari petunjuk baru. Boboiboy dan Gopal pelahan-lahan membuka pintu rumah Fang dan masuk ke dalam rumah secara senyap. Rumah Fang masih lagi seperti dulu tetapi sedikit kemas.

"Kau pergi tengok bahagian bawah, aku pulak dekat bahagian atas"

"Aku tak nak pergi sorang-sorang, kita pergi siasat sama-samalah Boboiboy" merayu Gopal yang dalam ketakutan. "Mana ada hantu, yang hantunya ialah si Fang tue. Sekarang Fang takde kan, so hantu pun takde lah" kata Boboiboy

"Ala Boboiboy" Boboiboy terpaksa mengalah, dia pun pergi siasat dekat bilik bahagian bawah dahulu bersama-sama Gopal. Dari satu ke bilik ke satu bilik, Boboiboy asyik memanggil nama Fang. "Wei, daripada kau panggil Fang Fang Fang Fang, apa kata kau panggil Pang pula. Boleh aku lempang kau"

"Selamatlah kau Gopal, nasib baik aku bukan Fang. Kalau tak, dah lama aku ikut cara si Fang tue"

"Ala, aku bergurau aje Boboiboy" ketawa kecil Gopal. Setelah selesai siasat di bahagian bilik bawah, mereka terus ke bahagian atas. Boboiboy membuka pintu bilik pertama "Eh, ini bilik tidur Fang"

"Mana-mana, aku nak tengok" Gopal menolak Boboiboy masuk ke dalam bilik Fang. Terdapat sebuah rak buku yang penuh dengan buku-buku, katil Fang, sebuah meja untuk Fang membuat kerja dan juga sebuah komputer di tepi katilnya. Di tepi meja Fang, tersandar sebuah beg baju dan bola keranjang. "Banyaknya buku dia. Kamus english, kamus cina, kamus india, kamus jepun... berapa banyak kamus lah dia ada. Aik, buku Matematik tambahan pun ada, dasyat betul. Matematik tahap sekolah menengah nie" Gopal melihat semua buku-buku Fang.

"Tak sangka kawan aku nie suka membaca rupanya" Boboiboy menuju ke meja Fang dan terdapat beberapa buku latihan sekolah tapi paling banyak sekali, buku latihan Matematik. "Gila Matematik rupanya si Fang nie, patutlah pandai semacam dia nie tapi macam mana boleh dapat no.3"

Boboiboy ternampak beberapa keping gambar berapa di tepi buku latihan Matematik, dia mengambilnya dan tersenyum. Dia melihat kenangan-kenangan mereka semua bersama semasa hari kantin sekolah, hari pesta kitar semula, pergi berkhemah di Pulau Terapung dan beberapa lagi kenangan yang ada. "Jangan risau Fang, kami akan mencari kau sampai dapat"

"Ada jumpa apa-apa tak" Ying muncul di pintu bilik. Dia kelelihatan amat penat sekali kerana menggunakan kuasanya. "Tak, kita orang tak jumpa apa-apa pun. Baju sekolah dan beg sekolah dia pun takde dekat sini. Maknanya Fang kena culik semenjak semalam lagi atau pagi tadi"

"Jadi macam mana sekarang. Report dekat polis?" kata Gopal

"Tak perlu. Aku rasa ini bukan kes culik yang biasa. Aku dapat rasakan ada orang jahat luar biasa yang culik Fang" Boboiboy meletak semula kepingan gambar tadi di tempat asalnya. "Jom kita ke kedai Tok Aba, aku perlukan Ochobot untuk memeriksa donut tadi" Jadi mereka berempat segera ke kedai Tok Aba untuk mendapatkan bantuan daripada Ochobot

Jangan risau, aku pasti akan selamatkan kau Fang, kata Boboiboy dihatinya.

To be continued...

P/S:- Maaf tiada Fang dalam chapter ini tapi jangan bimbang, dia akan muncul di chapter seterusnya!