Hai semua! Maaf kerana lambat Update, mungkin terlalu lambat...heheh...jadi saya sudah siapkan Chapter ketiga ini secepat yang saya boleh dan harap kamu sukakanya
Jangan lupa REVIEW dan beri idea untuk chapter akan datang...
~Feerdaus~
~Sebelum Ini Dalam Power Of Elements 2
~Di Hutan yang tersembunyi di Semenanjung Malaysia~
Kelihatan ada seorang budak lelaki yang kelihatan seumur dengan Boboiboy sedang melihat sebuah cermin yang mempunyai kuasa untuk berhubung dari dunia lain.
-"Tuanku, nampaknya Kai telah gagal selesaikan misinya untuk dapatkan batu itu"-Kata budak lelaki itu kepada seorang yang memakai Hood hitam yang menutupi mukanya. -"Tak boleh harap!...sia-sia sahaja Tuanku bagi dia kuasa Merah tu dekat dia"-Sambung budak itu
-"Tak apa...dia sudah berikan Kuasa Merah itu kepada seorang budak"-Balas orang yang memakai Hood hitam itu. -"Kau masih lagi ada Kuasa tu kan?"-Tanya lelaki itu.
Mata Budak lelaki itu bertukar menjadi warna Kelabu dan kemudian bertukar menjadi biasa semula.
-"Bagus, Aku serahkan Misi dia kepada kamu...sekarang, cari Batu itu...Kuasa itu akan membantu kau sekiranya Batu itu berada berdekatan."-Kata lelaki itu berHood itu sebelum hilang dari pandangan cermin itu.
Budak lelaki itu menyembunyikan cermin itu di dalam semak dan kemudian dia membentuk dirinya seperti asap yang berwarna Hitam dan terbang meninggalkan tempat itu dengan laju...
~POWER OF ELEMENTS 2~
-Secrets Of The Elemen Kingdom-
Chapter 3: New Enemy, New Problem
Setelah beberapa jam kemudian, Ying, Gopal dan Fang turut berada di rumah Tok Aba kerana mahu berjumpa dengan Lisa setelah Yaya memberitahu mereka yang Lisa berada di situ. Semasa Tok Aba dan ibu bapa angkat Lisa sedang berbual di ruang tamu...Boboiboy, Yaya, Gopal, Ying dan Fang berada di luar sambil berbual.
Lisa baru sahaja keluar berjalan menuju ke arah Boboiboy, tetapi dia terhenti seketika apabila dia melihat Boboiboy sedang berbual mesra bersama Yaya. Lisa menundukkan kepalanya dengan rasa kecewa kerana dia terfikir yang dia sudah terlewat untuk memiliki Boboiboy.
Eddy sedar dengan keadaan Lisa setelah dia tidak melihat senyuman dari muka Lisa. Selama dia berkawan rapat dengan Lisa, dia tidak pernah melihat Lisa menghilangkan senyumannya tanpa sebab.
Eddy berjalan menuju ke arah Lisa dan berbisik ke arahnya...
-"(Berbisik) Lisa, apa kata kalau kita ajak mereka semua pergi jalan-jalan di sekitar Pulau Rintis"- Bisik Eddy kepada Lisa
Lisa merasa itu cadangan yang baik. Kemudian dia pergi ke arah Boboiboy dan yang lain.
-"Korang, jom kita pergi makan angin sekitar Pulau Rintis"- Ajak Lisa
-"Bagus juga idea tu...kau pun dah lama tak datang sini kan"- Kata Gopal
Setelah mereka semua setuju, Lisa pergi meminta kebenaran ibu bapa angkatnya sebelum pergi mengikut Boboiboy dan yang lain. Manakala Boboiboy kembali ke biliknya untuk mengambil topi kegemarannya itu.
Mereka semua pergi bersiar-siar sekitar Bandar Raya Pulau Rintis dan sekitar kawasan luar bandar. Tetapi semasa mereka semua melintasi sebuah hutan simpan di bahagian yang jarang di Pulau Rintis, Boboiboy berasa seperti ada seseorang sedang memanggilnya.
Boboiboy cuba untuk tidak menghiraukan perkara itu...tetapi lama kelamaan sumpahan merah yang masih berada di dalam badan Boboiboy terus menguasai badannya. Mata Boboiboy berubah menjadi warna merah dan kemudian terus berlari memasuki ke dalam hutan tebal itu.
-"Eh, Boboiboy! Mana kau nak pergi tu?"- Kata Yaya setelah dia melihat Boboiboy berlari masuk ke dalam hutan.
Mereka berlima terus mengejar dari belakang Boboiboy. Mereka berlima terhenti apabila mereka melihat Boboiboy berdiri menuju ke arah sebuah Kuil lama yang sudah terbiar. Lisa berlari menuju ke arah Boboiboy untuk cuba menghentikannya daripada terus berjalan.
Setelah Lisa mahu cuba untuk menghentikan Boboiboy, dia melihat mata Boboiboy yang sudah menjadi merah. Lisa terkejut dan tidak menyangkakan yang sumpahan itu masih berada di dalam badan Boboiboy. Dia menggerakkan badan Boboiboy dan sekelip mata, mata merah Boboiboy mula hilang dan Boboiboy sedar semula
Secara tiba-tiba batu hijau yang berada di rantai Eddy bernyala kembali. Dengan segera Eddy memegang rantai itu supaya tidak diketahui oleh orang lain.
Dalam keadaan berbisik Lisa menanya sesuatu kepada Boboiboy
-"Sumpahan tu masih ada dalam badan kau?"- Tanya Lisa kepada Boboiboy
Boboiboy tidak dapat manjawab pertanyaan Lisa, cuma menundukkan kepalanya
-"Eh, Boboiboy...kenapa kau pergi ke sini?"- Tanya Fang
Boboiboy teragak-agak untuk menjawab pertanyaan Fang, dan dengn segera Lisa menukar topik lain untuk menjaga rahsia mereka berdua.
-"Tempat apa ni?"-
Mereka semua melihat sekeliling dan baru sedar yang mereka berada di tempat yang tidak pernah dikunjungi oleh mereka. Boboiboy melihat ada sebuah Kuil dihadapannya dan masuk ke dalam Kuil lama tersebut. Yang lain juga turut mengikut Boboiboy.
Boboiboy melihat sesuatu yang diukir di pintu gerbang kuil itu..
-Hanya Kawan-
-Boleh Masuk-
-"Kau rasa, apa maksudnya?"- Tanya Boboiboy
-"Senang je, kalau kita ni kawan mereka kita boleh masuk..."-Balas Lisa
Di Kuil tersebut diperbuat daripada batu telah lama dan pokok-pokok hampir menutupi Kuil tersebut. Mereka semua mengikut Boboiboy kecuali Eddy pergi ke bahagian lain dalam Kuil itu. Lisa melihat pada dinding tersebut terdapat ukiran logo-logo Elemen dan dia menghilangkan habuk pada logo tersebut untuk mendapat kepastian.
-"Ini, Kuil Elemen"- Kata Lisa kepada Boboiboy
-"Kuil Elemen?"-
-"Ini Kuil para-para penjurus yang lama...Sifu Ryan pernah tujukkan aku kuil elemen ni kat Sabah 6 tahun dulu, tapi tak sangka pula ada kat Pulau Rintis ni."-
Tiba-tiba Boboiboy sekali lagi berasa sesuatu yang mahu menariknya ke suatu tempat. Boboiboy pergi ke tempat tersebut dan melihat satu kotak yang diperbuat dari batu yang besar.
-"Wah, apa bende tu? Ada harta karun ke?"-Kata Gopal
Boboiboy membuka kotak itu dan secara tiba-tiba cahaya warna biru muda terpancar dari kotak itu dengan terang sehingga mereka semua terpaksa menutup mata mereka. Setelah cahaya itu sudah hilang, Boboiboy mengambil benda yang berada di dalam kotak itu.
-"Itu, batu Elemen Angin!"- Kata Lisa dengan perasaan teruja
-"Batu Angin tu apa?"- Tanya Ying
-"Batu Angin ni adalah antara lima batu elemen yang mempunyai kuasa yang sangat luar biasa...kesemua batu ini ada lima iaitu Angin, Api, Tanah, dan Air"-
-"Dan satu lagi?"-
-"Batu yang kelima tidak diketahui oleh sesiapa kerana sudah hilang pada hari pertama batu elemen ini dicipta."-
Boboiboy meletakkan batu itu ke dalam poketnya.
-"Korang, mari sini!"-Eddy memanggil mereka
Mereka semua pergi ke mengikut aah Eddy dan menemuinya di dalam satu bilik besar yang terdapat satu gerbang yang besar diperbuat daripada kristal dan batu.
-"Wah, apa benda ni?"- Tanya Yaya
Setelah Boboiboy mengelurkan semula batu itu dari poketnya, batu itu bernyala kembali.
-"Mungkin, kau patut letakkan batu angin dalam gerbang tu"- Kata Yaya kepada Boboiboy
Boboiboy mengangguk dan pergi ke gerbang itu dengan berhati-hati. Setelah Boboiboy menghalakan batu itu dihadapan gerbang itu, tiada apa-apa pun terjadi kepada gerbang itu.
-"Tak jadi apa-apa pun"- Kata Gopal
Boboiboy berfikir sebentar sebelum teringat tulisan yang diukir di pintu gerbang yang mereka gunakan untuk masuk ke dalam kuil itu.
-"Ianya sebuah Teka-Teki..."Hanya Kawan Boleh Masuk"?"- Kata Boboiboy kepada dirinya
Boboiboy menghalakan batu itu di hadapan gerbang itu dan menyebut...
-"Kawan"-
Secara tiba-tiba gerbang itu bernyala dan menjadi sebuah portal berwarna biru muda.
-"Wah, hebatlah kau Boboiboy"- Kata Ying
-"Dah, tunggu apa lagi...mari kita masuk"- Kata Lisa dengan teruja
-"Tunggu kejap, kita tak tahu lagi benda ni selamat atau tidak"- Kata Boboiboy
Tidak lama kemudian, seorang budak lelaki datang masuk ke dalam bilik itu.
-"Wah-wah...Nampaknya Hero kita dah jumpa portal ni"- Kata lelaki itu
Mereka semua berpaling ke belakang untuk melihat siapa yang bercakap
-"Zaki?!"- Jerit Lisa dan Eddy dengan serentak
-"Zaki? Siapa dia ni"- Tanya Boboiboy
-"Dia ni pembuli nombor satu kat sekolah kitorang..."- Balas Lisa
-"Macam mana kau tahu kitorang kat sini hah?!"- Kata Eddy
-"Aku ikori korang...aku tahu korang nak jumpa Boboiboy ni.."-Balas Zaki
-"Kau kenal aku?"-
-"Heh, siapa yang tak kenal...kau dah bunuh salah seorang orang suruhan tuan aku, jadi aku pula nak selesaikan misi dia"- Kata Zaki dengan kuat -"Lagi pun, aku nak berterima kasih kat kau Boboiboy"-
-"Huh, kenapa?"-
-"Sebab kau dah senangkan misi aku"- Kata Zaki
Dengan tiba-tiba mata Zaki berubah menjadi warna kelabu dan berubah menjadi bentuk asap hitam yang tebal dan menuju ke arah Boboiboy. Boboiboy sempat mengelak tetapi batu Angin itu sudah dirampas oleh Zaki.
-"Hei, Bagi balik!"-
"KERIS PETIR" Boboiboy membaling Keris Petir ke arah Zaki, tetapi dia dapat menepis serangan itu dan melantun ke arah Lisa.
-"Lisa! Hati-hati!"- Jerit Boboiboy
Lisa tidak dapat berbuat apa-apa hanya menutup matanya kerana keris petir itu bergerak ke arahnya dengan laju. Tidak lama kemudian, Lisa berasa pelik kerana serangan itu tidak kena pada badannya. Dia membuka matanya dan melihat satu tumbuhan besar sedang melindungi Lisa. Rupa-rupanya Eddy yang mengeluarkan tumbuhan itu untuk melindungi Lisa
-"Kau..kau ada kuasa?"- Kata Lisa
Eddy hanya tersenyum ke arahnya.
"BOBOIBOY HALILINTAR" Boboiboy bertukar menjadi Halilintar
Halilintar mengejar Zaki dari belakang dan juga menyerangnya dengan bertubi-tubi...tetapi tiada kesan baginya. Tidak lama selepas itu Zaki masuk ke dalam portal itu.
Boboiboy bertukar menjadi biasa semula dan berkumpul dengan rakan-rakannya.
-"Korang semua ok"- Tanya Boboiboy
Mereka semua mengangguk
-"Kenapa korang tak cakap yang dia tu ada kuasa?!"- Tanya Boboiboy
-"Kitorang pun baru tahu yang dia ada kuasa"- Jelas Lisa
-"Dah, kita kena kejar di...mungkin dia ada rancangan jahat"- Kata Fang
-"Betultu...Jom kita kejar dia"- Kata Yaya
Mereka semua berlari memasuki portal itu.
-" Eh, Tunggu dulu!"- Kata Boboiboy dengan risau tetapi tidak diendahkan oleh rakan-rakannya.
Boboiboy berfikir dahulu sebelum mengikut mereka semua.
TO BE CONTINUED
Akhirnya siap juga...susah juga nak buat chapter ni, inilah chapter terpanjang yang saya pernah buat...tapi tak apa, permintaan pembaca...harap kamu sukakannya..
Jangan lupa REVIEW dan beri cadangan untuk chapter akan datang..
~Feerdaus~
