Fire'N'Ice Cafe-0830Hrs

Kedengaran suasana di ruangan dapur Fire 'N' Ice cafe sungguh sibuk dengan petugas di bahagian dapur sibuk menyiapkan pesanan pelanggan,kelihatan Hana yang agak menyinga kerana seorang pekerja baru masih belum sampai

"Kalau hari pertama dah lewat macam ni macam mana nak jadi seorang kitchen crew terbaik!" Hana lepaskan kemarahan pada stafnya

"Sabar han,relaks kau sebenarnya bukan marah pasal staf lain lambat tapi ada hal lain yang ganggu fikiran kau kan?" seorang lelaki bermata coklat menenangkan Hana

"Kepala aku penuh persoalan Rash,akak aku sanggup simpan rahsia dari aku selama ini,dia langgar sumpah kami" Hana mengeluh

Rash atau nama sebenarnya Firash Arshad hanya tergeleng lalu melutu kepala Hana

"Yang kau risau sangat apasal,chillax la ngek" Firash ketawa lalu dia lihat batu permata di leher Hana bersinar

"Eh daimondarer?" Hana terkejut

Serentak itu seorang gadis bertudung krim,berkulit kuning langsat dan bermata hijau kecoklatan masuk ke kafe itu

'Ayu' Hana melangkah menuju gadis itu "Kamu lambat,dan peraturan pertama kafe ini harus menepati masa,oleh sebab kamu dah langgar peraturan penting kafe,maka kamu akan didenda mencuci kafe selepas ia ditutup!"

"Tapi saya baru je mula hari ni tak boleh bagi kelonggaran ke?" Gadis itu cuba mempertahankan dirinya

"Siapa nama kamu rookie?" Hana penuh tubuh

"Sa...saya Ayu cik"

"Dengar sini ya Ayu,saya seorang yang tak suka orang tak hargai masa kerana masa yang berlalu tak mungkin tertebus" Hana renung mata Ayu dalam-dalam

"Gulp" Ayu menelan liur yang terasa kesat

"You got 5 minute to start or you can get out of this cafe and never come back" Hana berlalu

"Uish kau kasar sangat Han? Kau nak dia stay atau pergi" Firash bagaikan tak percaya

"Dia akan stay percayalah kata aku" Hana tersenyum

"Kadang aku tak faham cara kau berfikir Han tapi ini semua demi tunaikan janji bukan?"

"Hmmm..." Hana hanya melihat Ayu mulai bekerja