Warning!: Ooc melebih,Typo dimana-mana, BL, Sho-ai, FangBoy pairing, Fang Idol! Au, No superpowers, All Character in human ver, no alien and robot.

Kalau tak suka, jangan baca dan review dan tombol tersedia untuk anda semua. Kepada sesiapa yang baca ff yang author buat ni, author amat menghargainya.

Disclaimer: Boboiboy and all characters from Pulau Rintis adalah hak milik Animonsta Studio..

.

.

.

Dekat Tapi Jauh

.

.

Aku tak suka berpura

sekiranya mahu akan ku kejar

tetapi teragak juga

andai terjatuh air muka

xxxxxxxxxx

"Pfffttt... Bwahahahahahaha!" Suara tawa seseorang bergema di sebuah padang berdekatan dengan kawasan taman perumahan. Terlihat Fang sedang ketawa terbahak-bahak sampai berguling-guling di atas padang manakala Boboiboy mengembungkan pipinya.

"Pang! Kenapa engkau suruh Fang cium dahi aku?! Dan tolong berhenti ketawakan aku!" Boboiboy menumbuk-numbuk badan Fang dengan perasaan malu marah.

"Adeh.. Adeh.. Aku gurau je masa tu tapi aku tak tahu pula dia betul-betul cium dahi engkau! Pfftt.. Hahahaha!" Semakin kuat Fang ketawa kerana seronok dapat lihat ekspresi muka Boboiboy yang kemerahan macam tomato. Ia juga mengundangkan Boboiboy menumbuk-numbuk dia dengan lebih kuat.

"Engkau tahu tak, aku pasti akan dicincang hidup-hidup oleh fangirls Fantastic Shadow! Aku benci, aku benci!" Boboiboy terjerit-jerit mengalahkan perempuan.

"Adoi! Adoi! Cukup,cukup! Bahuku sakit! Sorilah, aku tak tahu yang dia betul-betul buat!" Fang cuba mengelak dari terkena pukulan Boboiboy menggunakan beg silangnya.

"Huh! Tahu pun sakit! Sekarang aku nak buat macam mana?! Pasti aku kena hadap tatapan maut dari pelajar perempuan yang menakutkan di sekolah sorang-sorang!" Kata Boboiboy sambil menyerabutkan rambutnya sehingga topinya terjatuh di atas tanah.

Fang terus mengambil topi Boboiboy dan meletakkan topi tersebut di atas kepala Boboiboy."Kalau macam tu.. Sebagai tanda maaf, aku akan lindungi engkau dan beritahu mereka yang aku sebenarnya yang suruh.. Ok?" Fang mengelus kepala Boboiboy.

"Ok.." Balas Boboiboy.

~Bad on you~! Bad on you~! Oh man, I love the song! Dasi chagawojin nunbit

Nalkaroun ni hyeokkeuti

Nal pagodeureo jebal meomchwojwo

Deoneun gyeondil su eopseo ~

Tiba-tiba telefon milik Fang berdering, Fang mengambil telefon bimbitnya yang berada dalam poket seluarnya dan menjawab panggilan tersebut.

"Yeoboseyo? Oh, abang! Ahah.. Ok, nanti Pang balik.." Setelah panggilan sudah putus, Fang terus menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket seluarnya.

"Sori, aku kena balik.. Jumpa esok!" Kata Fang dan terus berlari meninggalkan Boboiboy sehingga dia tak perasan yang ada sesuatu jatuh dari poket seluarnya.

Boboiboy terus mengambil barang Fang yang terjatuh. Mata Boboiboy membulat apabila barang yang terjatuh adalah keychain berbentuk harimau.

"Key.. Keychain ni... Macam keychain yang aku bagi kat Fang! Macam mana keychain ni boleh ada dekat dia pula?!" Kata Boboiboy dalam hati. Teka teki mula menyelubungi kotak fikiran dia.

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

Boboiboy merenung tepat ke arah keychain berbentuk harimau tersebut. Fikirannya masih buntu dengan apa yang terjadi.

Pelbagai soalan berlegar di kotak fikirannya."Siapa Pang tu sebenarnya? Takkan Fang suruh Pang simpan hadiah dia? Itu tak logik.. Takkan Fang tak suka hadiah yang aku bagi, sampai bagi kat kawan dia pula? Atau.."

Boboiboy tersedar sesuatu, dia terus bangun dari perbaringannya dan terus mengaktifkan komputer ribanya dan melayari blog tentang ahli-ahli Fantastic Shadow.

"Atau mereka dua berdua tu sebenarnya adik-beradik?! Mungkin sebab Fang dan Pang mempunyai muka yang sama, Pang terpaksa menutup mukanya supaya orang lain tak mengenalinya.. Tapi.. Kenapa Pang sahaja yang bersekolah di sini tapi bukan Fang sekali?! Arrghh! Peningnya!Aku kena siasat tentang hal ni.." Kata Boboiboy dalam hati. Hatinya mula berkobar-kobar.

Sementara itu di hotel, terlihat Fang menyelongkar beg silangnya dan bagasinya dengan muka risau. Habis berselerak bilik hotel akibat darinya. Kaizo yang baru masuk ke dalam bilik hotel, melopong.

"Fang! Apa yang engkau buat ni?! Habis bersepah bilik! Kemas!" Tegas Kaizo sambil melipat lengan bajunya.

"Abang! Keychain yang Boboiboy bagi hilang!" Fang masih meneruskan pencariannya.

"Jadi?" Kaizo mengerutkan dahinya.

"Jadi... Tolonglah Fang cari keychain tu!" Kata Fang dengan suara yang agak tinggi.

"Buat apa abang nak cari keychain tu? Engkau yang bagi hilang! Engkau carilah sendiri! Dan satu lagi, kemas!" Kaizo terus menghempaskan badannya di atas katil yang empuk dan melelapkan matanya.

"Abang ni, teruklah!" Fang baling bantal ke arah Kaizo sambil mencebikkan bibirnya.

"Ishh! Aku nak tidurlah! Dan lagi satu, apa yang special sangat dengan keychain tu?!" Kaizo mengerutkan dahinya.

"Mestilah special! Keychain tu yang paling Fang sayang!" Mengamuk Fang.

"Yang paling Fang sayang?! Maknanya fan yang bagi keychain kat engkau tu pun engkau sayang juga?!" Kaizo melopong.

"Nama pun fan, mestilah sayang!" Balas Fang tegas.

"Bukan itu maksud abang! Engkau jatuh cinta dengan Boboiboy tu ke?" Tanya Kaizo.

Tak pasal-pasal muka Fang menjadi merah dan dia mula menjadi gagap."Ma.. Mana ada Fa.. Fang jatuh cinta dengan di..dia.."

Kaizo mengeluh dan berjalan menghampiri adiknya. "Fang, kita sebagai idola tak boleh jatuh cinta. Kita semua kena sayang semua peminat kita. Lagipun engkau baru 16 tahun dan abang tak benarkan engkau bercinta dengan sesiapa pun.." Terang Kaizo.

"Ta... Tapi.." Fang mula nak menjawab.

"Tak ada tapi, tapi.. Abang takkan benarkan.. Sebagai sahabat, abang terima. Bercinta, tidak. Arasso?" Kata Kaizo sambil tersenyum tipis.

Fang terdiam seketika."Na.. Nae.." Balas Fang dengan suara kecewa.

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

Keesokan harinya, Boboiboy berdiri di luar sekolah dengan perasaan takut. Banyak kali dia berfikir sama ada mahu masuk atau tidak.

"Nak masuk ke tak? Nak masuk ke tak?" Kata Boboiboy dalam hati.

"Boboiboy!"

Boboiboy menoleh ke arah kiri, terlihat Fang berjalan sambil melambaikan tangannya ke arah Boboiboy.

"Kenapa engkau tak masuk sekolah lagi ni?" Fang mengerutkan dahinya.

"Aku takutlah nak masuk.." Balas Boboiboy sambil tersenyum paksa.

"Kalau macam tu, jomlah kita masuk sama-sama." Tawar Fang.

"O.. Ok.. Tapi sebelum itu.. Nah, engkau tercicirkan ni semalam.." Boboiboy memberi semula keychain yang Fang tercicirkan semalam.

Serta merta muka Fang berubah pucat. "Ma.. Mana engkau jumpa keychain ni?"

"Aku jumpa keychain ni terjatuh dari poket engkau semasa engkau balik semalam. Dan satu lagi, macam ma-!" Boboiboy mula hendak menanyakan soalan.

"Te.. Terima kasih.. Jomlah kita masuk.." Fang terus menarik tangan Boboiboy masuk ke kawasn sekolah.

"Oi! Aku belum habis cakaplah!" Meronta Boboiboy.

Setelah menjejakkan kaki di kawasan sekolah, ada aura yang sukar ditafsirkan menyelubungi kawasan sekolah. Ada mata-mata yang tajam bak mata burung helang menatap ke arah Boboiboy dan Fang. Pelajar perempuan asyik membuat isyarat mata yang menakutkan kepada Boboiboy. Fang yang menarik tangan Boboiboy hanya mampu buat-buat tidak tahu. Padahal dalam hatinya terasa serba salah menyelubunginya. Sebab dialah Boboiboy jadi mangsa.

"Jalanlah laju sikit..." Gertak Fang.

"Lajulah ni..." Balas Boboiboy.

Akhirnya Boboiboy dan Fang tiba di kelas mereka. Mereka berdua menghembus nafas lega tetapi perasaan lega tersebut tidak berpanjangan apabila hampir kesemua pelajar perempuan kelas tingkatan 4 Jujur berada di dalam kelas merenung tepat ke arah Boboiboy. Habis meremang bulu roma Boboiboy dibuatnya.

"Ka.. Kamu semua.. Janganlah renung Boboiboy macam tu.." Fang mula bersuara tetapi kesemua pelajar perempuan masih merenung ke arah Boboiboy.

"Se.. Sebenarnya saya yang suruh Fang cium dahi Boboiboy! Tapi itu gurauan je, saya ingat dia tak buat tetapi dia tak main-main rupanya! Saya sebagai kawan baik Fang memohon maaf atas apa yang berlaku. Tolonglah jangan marah dia." Fang membongkokkan badannya.

"Nanti sekejap, engkau cakap Fang kawan baik engkau?!" Ying bangun dari tempat duduknya.

"Iya.. Saya kawan baik dia." Kata Fang selamba. "Mudah betul mereka ni terpedaya.." Kata Fang dalam hati.

"Kyaaa! Hebatnya! Boleh tak saya minta nombor telefon Fang?!" Kata Ying teruja.

"Aku pun nak!" Yaya mencelah dan diikuti pelajar perempuan yang lain.

"Maaf, Fang tak suka beri nombor telefon sesuka hatinya. Dia tak suka diganggu." Jelas Fang yang mengundangkan kekecewaan di hati kesemua pelajar perempuan.

Boboiboy dan Fang terus berjalan mengambil tempat mereka. Mata pelajar perempuan masih tak lekang merenung ke arah Fang seperti mahu meraih simpati.

"Tch! Ok, ok.. Saya bagi.." Kata Fang dengan paksa rela.

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menyebut satu per satu nombor telefonnya. Terpancar wajah ceria di setiap wajah pelajar perempuan tingkatan 4 Jujur. Mereka semua menaip nombor telefon yang disebut oleh Fang di dalam telefon bimbit mereka dan juga Boboiboy yang sedang berdiam diri sebenarnya menulis nombor telefon Fang di atas sehelai kertas kecil secara senyap-senyap.

"Aku kena tahu identiti sebenar Fang.." Kata Boboiboy dalam hati.

Setelah selesai sesi memberi nombor telefon, kesemua pelajar perempuan kembali ke tempat duduk mereka dengan perasaan berbunga-bunga. Bukan nombor telefon Fang sahaja mereka dapat tetapi nombor telefon empat lagi ahli Fantastic Shadow mereka dapat.

"Pang!" Sapa Boboiboy.

"Hmm? Kenapa?" Fang memandang datar ke arah Boboiboy.

"Boleh tak aku nak nombor telefon engkau?" Pinta Boboiboy.

"Boleh." Balas Fang.

Fang mengeluarkan telefon bimbitnya dan menyebut satu per satu nombor telefonnya. Boboiboy yang menulis nombor telfon milik Pang(Fang)di atas kertas yang sama, terhenti.

"Kenapa nombor telefon Pang dan Fang sama?!" Kata Boboiboy dalam hati. Teka teki menyelubungi dirinya lagi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

Boboiboy berjalan pulang dari sekolah dan diikuti Ochobot yang berjalan seiringan dengannya. Tiba di hadapan sebuah kedai roti, secara tiba-tiba Ochobot berhenti.

"Kenapa ni, Ochobot?" Boboiboy kehairanan.

"Boboiboy, jom kita pergi ke kedai roti sekejap?" Pinta Ochobot.

"Kedai roti? Nak buat apa?" Boboiboy mengerutkan dahinya.

"Nak warnakan rambut." Balas Ochobot acuh tak acuh.

"Jangan main-mainlah.." Boboiboy memandang datar ke arah sepupunya yang mempunyai ketinggian yang hampir sama dengannya.

"Nama pun kedai roti... Mestilah aku nak beli roti.. Cerdik!" Perli Ochobot dan dia terus masuk ke dalam kedai roti.

Boboiboy mencebikkan bibirnya dan terus menyandarkan badannya pada dinding kedai. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan cuba mendail nombor telefon Pang(Fang). Dia meletakkan telefon di telinganya dan panggilan mula berhubung.

"Yeoboseyo?" Jawab seseorang di dalam corong telefon.

Boboiboy membulatkan matanya."Ini bukan ke suara Kaizo dari Fantastic Shadow?!" Kata Boboiboy dalam hati.

TBC...