Maaf kerana lambat tulis chapter baru. Saya busy dengan peperiksaan dan jualan kuih-muih pada bulan puasa kali ini. Inilah chapter terbaru. Agak rush so maaf kalau tak se best yang anda sangka.

Boboiboy © Animonsta Studios.

Don't like, don't read it please. Ada shounen-ai di tahap masih boleh diterima.


Dalam episod sebelum ini,

"Uish! Ni biskut yang bertoksik tu kan? Bagi aku makan!"

"EH!? Lahap!? Apa kau buat kat sini!?"

"Jap… Jika kau kat sini, mana Kaizo?"

"Abang?"


"Baiklah. Dare sebelumnya masih belum tamat lagi jadi mari kita teruskan. Encik Pang, kita telah sediakan tongkat tersebut. Sila lakukan aksi berikut." Sebuah tongkat sakti (plastik) ada di tangan Rob sementara sebuah aksi anime bermain di skrin mukanya.

Semua ahli Boboiboy melihat aksi anime tersebut sebelum ketawa terbahak-bahak sampai air mata mengalir keluar, kecuali Ying dan Yaya.

"Wah~, comelnya watak karakter ni!" kata Yaya, dengan matanya terbeliak, bintang kecil sekeliling matanya.

"Yaloh! Rasa macam nak peluk je dia ni!" kata Ying, senyuman dibibir dan kedua-dua tangannya di dada.

Kedua-dua budak perempuan tersebut kelihatan dalam lamunan manakala budak lelaki yang harus melakukan aksi tersebut kelihatan pucat seperti mayat.

"Dah Fang! Buat jelah deng!" kata Gopal dengan sedikit ketawa dan senyuman nakal.

"Kau pandai cakap je! Kaulah buat! Malulah!" jerit Fang. Semua ketawa reda dan kedengaran ketawa geli kecil dari arah pemberontak hebat dalam angkasa juga.

"Kapten?" tanya Fang. Dia melihat abangnya dengan muka yang pucat dan takut. Bukan takut akan abangnya, tetapi takut dengan...

"Buat jelah Pang. Mungkin kali ini saya dapat tahu sedikit tentang budaya di atas bumi yang kau duduk ni." kata Kaizo.

…Yep. Fang takut dengan yang itu. Sebab perintah seorang kapten tidak boleh ditolak.

Dia melihat kedua-dua belah, abangnya yang hanya senyum kecil tetapi pandangan tajam, dan komputer Rob, yang walaupun tidak menakutkan, sebuah pintu putih di belakang robot tersebut yang akan mengeluarkan hukuman yang mampu membuat dia menangis. Dan ITU tidak cool. Fang hanya mampu menghembus nafas dengan pasrah.

"Baiklah. Saya akan lakukan aksi yang... memalukan itu." Fang mengambil tongkat itu dan bersiap sedia. Fang memusing tongkat itu dan menyebut...

"Perurun... Perurun BERURUCHIKA~" Fang melakukan aksi dengan muka paling 'imut' pada ketika itu tanpa merasa ingin muntah. Setiap pergerakannya mengikut aksi watak anime yang telah ditunjukkan dengan sempurna, ialah, sikap perfectionist-nya.

Semuanya terdiam sebelum semua jatuh ketawa, termasuk Kaizo yang hanya ketawa kecil. Semakin lama gelak ketawa diteruskan, semakin besar pangkah kemarahan di kepala Fang.

"ISH! BERAPA LAMA KORANG MAHU KETAWA!? BAIKLAH! KAMU MAHU MAGIS! SAYA BAGI KAMU MAGIS! PERURUN PERURUN BERURUCHIKA HARIMAU BAYANG!" Aksi ditiru berulang semula dengan tambahan bentuk tangan untuk mengeluarkan harimau bayang dan senyuman jahat.

Dengan sekelip mata, semua ketawa berhenti menjadi jeritan apabila semua cuba mengelak cakaran maut harimau bayang. Yang hanya mampu kekal tenang masa itu hanya Kapten Kaizo, Halilintar dan Rob. Akhirnya semua kena cakaran dan hanya mampu duduk dengan penuh kesakitan dengan kotak first aid yang diberi oleh Rob.

Kapten Kaizo hanya mengelak semua serangan harimau bayang manakala Halilintar yang memusnahkan bayang tersebut. Fang hanya berdiri dengan ekspresi puas hati di mukanya. Dia dapat balas dendam.

"Sambung dare seterusnya." kata Fang kepada Rob.

"Baiklah. Dare seterusnya adalah BoboiBoy dan kawan-kawan, maukah kalian membaca ff-ku yang berjudul 'Fang Twin'? Dan Halilintar, Taufan, Gempa, Api, Air, Solar, dan Thorn (klu ada), letupkan 100 balon dihadapan mereka masing2. Itulah dare yang tingal daripada FangLove. Yang pertama bagaimana?"

"Um... Yang pertama tu macam tentang Fang je jadi saya macam tak nak baca je." kata Taufan.

"APA KAU CAKAP!?" jerit Fang kat Taufan. Gempa cuba redakan Fang.

"Maksud Taufan, kalau buku tu hanya tajuk nama seorang je dan kisah pasal seorang je, sanggup ke kau baca?" Tanya Gempa.

"Maaf menganggu tetapi saya cadangkan hanya Encik Pang yang baca fanfic tersebut. Saya telah menscan fanfic ini dan telah berbincang dengan pihak atasan. Kemungkinan ada komplikasi akan berlaku dan hanya berserah sahaja pada Encik Pang kalau nak bagi lain-lain baca." kata ROB.

Semua ahli kumpulan Boboiboy melihat antara satu sama lain dan bersetuju untuk membaca sama-sama terus. Boboiboy cantum semula dan semua ahli kumpulan Boboiboy berkumpul di depan skrin muka Rob kecuali penjahat dan pemberontak angkasa.

Beberapa saat kemudian... . . .

Semua dalam keadaan hening. Cerita dibaca memang menyentuh hati. Cerita yang menceritakan pengorbanan seorang anak untuk ibu-bapanya dan kesedihan meninggalkan rakan-rakannya. Memang cerita yang bagus. Ada lawak yang bagus dan happy-atau-mungkin-sedikit-happy ending pada akhir cerita, tetapi...

Semua ahli Boboiboy memandang Fang yang muka kemerahan. Dia hanya menunduk kepalanya tanpa memikir apa-apa. Takpe lagi kalau ada cerita tentang crush but still... KENAPA DIA HARUS MENJADI PEREMPUAN!

"Fang, engkau tak apa-" kata Boboiboy.

"FANG, CEPAT BUKA BAJU KAU! KITA HARUS BUKTIKAN KAU BUKAN SAMA DALAM CERITA TU!" Kata Gopal sambil menarik baju Fang. Fang hanya memegang bajunya itu dengan lebih ketat.

"WOI! AKU MEMANG TAK SAMA DENGAN WATAK DALAM CERITA ITU! SATU! AKU ALIEN! BUKAN MANUSIA! DUA! AKU MANA ADA IBU-BAPA DI BUMI DAN KETIGA! AKU! BUKAN! PEREMPUAN!" jerit Fang dengan sekuat hati.

Dengan penuh kemarahan, dia keluarkan koala bayang yang menyerang Gopal dengan kuatnya. Gopal hanya mampu menjerit dan cuba untuk membaling koala itu jauh-jauh.

"ISH, Gopal ni. Mana boleh buat macam tu! Walaupun dalaman dia lelaki dia tetap perempuan tau!" jerit Yaya kat Gopal.

"Ya-loh! MAna boleh suka-suka tengok badan orang! Miang ke!?" jerit Ying.

"Umm... Korang..." kata Boboiboy yang nampak muka Fang hanya bertambah lebih kemerahan tetapi kali ini, dia tahu ia kerana kemarahan, bukan kerana rasa malu.

"Uish! Mana saya tahu! Mungkin dia cross-dresser kot? Kena tahu, kita kan dan lama jadi kawan" kata Gopal.

"Korang!" Boboiboy cuba memanggil tetapi usaha dia tidak berhasil. Yaya, Ying dan Gopal masih bercakap tanpa mengambil kisah amarah yang akan menimpa mereka.

"Namun, kau tidak boleh buat begitu Gopal! Mana kamu boleh buat begitu atas badan seorang perempuan! Malahan, lelaki juga kalau tidak dapat kebenaran mereka!" kata Yaya.

"Eleh! Kau pun nak tahukan? Entah-entah Fang itu sebenarnya- EH?" Gopal, Yaya dan Ying baru perasan akan aura hitam yang keluar secara berlebihan dari Fang.

Kaizo sudah berjalan lebih jauh untuk mengelak daripada terkena serangan manakala Lahap mengikutinya. Penjahat Giro-Giro cuma duduk dalam ketakutan melihat aura yang keluar dari Fang. Fang dengan muka yang hanya ada senyuman kelihatan lebih menakutkan dari sebelum ini. Dia mengeluarkan tangannya dan mula membuat bentuk.

"Jejari Bayang" Dari tempat dimana bayang Fang kelihatan, jari-jemari bayang mula keluar dan menyerang Gopal, Yaya dan Ying. Mereka mula menjerit. Yaya dan Ying dapat mempertahankan diri daripada bayang-bayang tersebut manakala Gopal tidak bernasib baik. Libasan antara libasan bagaikan tiada henti, Boboiboy yang berada di belakang Fang memegang bahu Fang dengan lagi satu tangan memegang tangan yang mengawal bayang.

"Fang, bersabarlah. Walaupun mereka membuat begitu, mereka cuma bergurau je. Dah berapa tahun dah kita berkenalan? Aku tahu diri kamu. Jadi tiada orang akan menganggu kau, selagi aku ada, okay?." Boboiboy menarik badan Fang dekat dengan badannya dalam one-armed hug. Fang memberi pandangan tajam ke arah Boboiboy sebelum menghela nafas panjang dan membatal serangannya.

"...okay..." Fang hanya bersandar ke arah Boboiboy yang rela menampung berat Fang. Kaizo yang melihat mereka dari belakang hanya memandang mereka dengan tatapan tajam, terutama pada Boboiboy.

Dengan hum yang pendek, dia terus berjalan ke depan. "Kapten?" tanya Lahap. Ketibaan Kaizo membuat Boboiboy dan Fang membuka pelukan mereka dan melihat kapten tersebut.

"Saya rasa cerita daripada dare telah menyebabkan anda ragu-ragu tentang... jantina Pang?" Fang hanya menunduk kepala tanda malu manakala Boboiboy menyambut tangan Fang dan memicit dengan perlahan.

"Saya bukan seseorang yang boleh anda percayai, tetapi sebagai abang kepada Pang, saya tahu jantina adik saya sendiri jadi jangan salah sangka. Walaupun menjadi seorang wanita tidak salah, jantina adik saya telah ditetapkan sejak dia lahir, jadi jangan mempersoalkan perkara ini lagi." Kaizo hanya menatap tajam ke arah Yaya dan Ying (dalam keadaan baik dengan sedikit goresan sahaja) serta Gopal (Banyak cakaran. Kesian anak murid Cikgu Papa ni).

Mereka hanya mengangguk kepala dan meminta maaf pada Fang. Fang hanya menghela nafas lagi sekali dan melambai tangannya sekali. Boboiboy hanya senyum kepadanya dan mengeluarkan stail tangannya.

"Terbaik!" kata Boboiboy dengan signature 'thumbs up'nya.

"Okay! Dare terakhir untuk Boboiboy. Ini kelihatan untuk semua jadi cuba berpecah pada lima?" tanya Rob. Boboiboy hanya menjadi pucat mengingati dare terakhir. Dia tarik nafas dan berpecah kepada tiga, Tanah, Air dan Api.

"Alamak~ kenapa keluarkan kita berdua pulak!" jerit si Boboiboy Api.

"Ah ah. Kenapa tak yang lain je? Merekakan dah tahap dua?" kata Si Boboiboy Air.

"Saya rasa antara kita semua, kita je ada peluang untuk menahan ini lebih bagus dari Taufan dan Halilintar. Dan saya juga tak nak menjadi orang yang kena kawal Halilintar bila dia mengamuk nanti. Takut musnah pulak kapal ni." kata Tanah dengan muka pasrah. Boboiboy Api dan Air cuma mampu menghela nafas panjang.

"Kalau menolak hukuman sama juga. Saya tak mahu kedua-dua, mak!" kata Boboiboy Api.

"Bersabarlah Api. Kamu boleh serang belon tu kalau ketakutan, cuma jangan serang aku dan Tanah, yeah?" kata Air.

"Anda semua sudah bersedia?" Rob membuka sebuah pintu yang menunjukkan bilik kosong.

"Boboiboy..." kata Yaya yang berasa risau, juga Fang, Ying dan Gopal.

"Encik Boss, kita macam takde screen time je." kata Probe.

"Diamlah. Asalkan ada persembahan hebat di depan kita ni, siapa kisah? Penderitaan Boboiboy! Muhahaha! MUHAHAHA- HAAAAAAAH!" jerit Adudu kesakitan apabila api dibaling ke arahnya dan membakar buntutnya. Api hanya meniup jari gaya pistolnya dan memegang tangan Air dan Tanah.

"Danhlah! Jom kita masuk!Kita habiskan ini secepat mungkin! JOM! JOM!" Boboiboy Api menarik Tanah dan Air ke dalam bilik dan Rob menutup pintu itu. . . .

Beberapa minit berlalu sebelum terdengar jeritan di belakang pintu. Jeritan terus didengari malah pintu juga diketuk berkali-kali tetapi telah dikunci. Api dan air (element, bukan orangnya) ada juga sesekali terkeluar dari celah-celah pintu namun tiada yang berhenti. Di skrin Rob menunjukkan beberapa nombor yang mewakili nombor belon yang telah hancur.

Apabila nombor telah sampai ke kosong, semuanya diam. Semua terlalu takut hendak gerak kecuali Kaizo dan Lahap yang hanya melihat tanpa perasaan. Fang mengambil langkah. Dia melihat Rob yang hanya memaparkan nombor kosong di mukanya lalu memegang tombol pintu dan pusing. Dengan pantasnya, Boboiboy seorang sahaja jatuh daripada bilik tersebut dan dapat ditangkap oleh Fang sebelum terkena lantai. Semua berkumpul sekeliling Boboiboy dan Fang, yang cuba untuk membangunkan Boboiboy dan terpaksa membiarkan budak lelaki tersebut membantalkan kepalanya atas peha Fang.

"Boboiboy?" Fang melihat bagaimana mata Boboiboy membuka secara perlahan-lahan. Gopal berdiri di belakang Fang membuat Fang rasa sempit dan tertekan, namun dia cuba memikir benda lebih penting.

"Boboiboy, bangunlah!" kata Yaya.

"Yaloh! Kau tak ape-ape Boboiboy?"kata Ying.

"Fang?" Boboiboy berbisik ketika dia bertentang mata dengan Fang. Fang hanya memandang balik walaupun terasa rona merah mula menaik di pipinya.

"Ye?" Fang mendekatkan telinganya ke arah mulut Boboiboy untuk mendengar bisikannya.

"Mata kau macam bintang." Kedengaran perkataan itu keluar dari mulut Boboiboy, Fang terus mengangkat badan Boboiboy dan baling dia ke arah Gopal, yang terkejut dan tak mampu membuat apa-apa, menyebabkan kedua-dua budak lelaki bernasib malang terpelanting jauh-jauh dari budak lelaki berkaca mata itu.

Fang masih mempunyai muka yang merah cuba menahan rasa malunya dan gembira dari meletus. Di belakangnya, Kaizo hanya memandang Boboiboy dengan diam tetapi dengan tatapan lebih tajam dari sebelum ini.

"Fang! Kenapa baling Boboiboy ni! Kesian dia!" kata Yaya yang cuba bantu Boboiboy berdiri semula.

"Yaloh! Dia cakap apa sehingga kau baling dia macam tu!?" kata Ying yang sedang membantu Gopal. Nampaknya mereka berdua tidak mendengar apa yang baru sahaja Boboiboy katakan dan Fang TIDAK AKAN mengulang balik apa Boboiboy cakap tadi jadi dia diam sahaja.

Boboiboy dan Gopal kelihatan pening dengan bintang berpusing sekeliling kepala mereka. Yaya dan Ying hanya mampu meleapskan nafas panjang sebelum Yaya berkata pada Rob," Dare seterusnya?"

ROB melihat mereka semua dengan muka kod yang senyum sebelum memaparkan dare seterusnya.

"Dare seterusnya adalah dare daripada Yaruki! Dia dare untuk semua Boboiboy elemental harus memeluk Fang, terutama Gempa dan Fang. Selepas itu, dia mengdare untuk Kaizo dan Fang berpelukan selepas itu ala adik-beradik." Boboiboy dan Fang terus kemerahan muka manakala Kaizo hanya mengangkat satu kening atas permintaan pelik itu.

Rob ingin bersambung tetapi dia berhenti seketika dan muka skrin Rob menunjukkan muka ROB bertukar jadi bentuk surat. Beberapa minit kemudian, Rob pulih dengan senyuman besar.

"Encik Boboiboy!Saya baru sahaja menerima arahan daripada pihak atasan. Kita mampu replicate kuasa Ochobot pada kadar yang agak rendah tetapi mencukupi untuk anda berpecah lima. Kemungkinan ada sedikit perubahan dan kuasa ini hanya untuk sementara. Silakan ambik kuasa ini dan berpecah lima." kata Rob.

"WAH! Betul ke! Baguslah Deng!" kata Gopal.

"Ya-loh! Sementara pun kau masih boleh berpecah lima lagi."Kata Ying.

"Tetapi, macam mana pulak pihak atasan Rob boleh replikasi kuasa Ochobot? Kamu culik dia ke!?" kata Yaya dengan serious. Semua memandang Rob dengan muka agak berwaspada. Rob hanya memberi muka komputer yang hampir sama dengan ekspresi pelik.

"Kamu semua tidak perasan lagi ke? Ochobot dan Tok Aba juga ada di belakang stage tu. Tu..." Rob menunjuk di belakang stage dan semua terkejut melihat banyak camera dan cameramen di belakang stage. Tapi apa yang lagi mengejutkan adalah Tok Aba dan Ochobot menjual hot chocolate di tengah-tengah belakang stage dengan kedai Tok Aba. Semua budak-budak jatuh anime fall.

"Atuk... Apa Tok Aba buat kat sini?" tanya Boboiboy.

"Hehehe~ Business~ Mereka memberi peluang untuk membuka kedai Tok Aba dan cucunya semasa mereka memberitahu tentang 'show' ni." kata Tok Aba sambil memberi salah satu cameramen 'manusia?' satu cawan special hot chocolate.

"Eh? Bila Tok Aba?" tanya Boboiboy.

"Hmm..."

Flash~back~ . . .

"Mana Boboiboy, Tok Aba?" tanya Ochobot yang keluar dari bilik Boboiboy.

"Mmm... Tadi ada kecemasan. Kata ada masalah di padang tanah terbiar tu. Boboiboy tak nak bangunkan Ochobot kerana semalamkan Ochobot bekerja keras~" kata Tok Aba yang sedang bersiap sedia untuk memulakan perniagaannya pada hari yang baru.

"Oh. Ye ke? Hehe. Takpe Tok. Saya dah okay dah. Boleh tolong Tok Aba lagi hari ni!" cakap Ochobot. Tiba-tiba, terdengar satu ketukan pintu di ruang tamu. Tok Aba pun pergi ke pintu dan membuka.

"Assalamualaikum." satu suara lelaki kedengaran.

"Waalaikumussalam." ucap Tok Aba selepas membuka pintu rumahnya.

"Maaf menganggu tetapi syarikat saya ingin memberi peluang baru buat sementara buat Tok Aba." kata seorang lelaki yang muka ditutup dalam bayang.

"Siapa...?" kata Tok Aba.

End Flashback~

"Begitulah sebenarnya. Atok tak kisah sangat. Perjanjian dia pun bersih dan Atok dapat menjalankan bisnes hot chocolate di tempat lain. Selain itu mendapat pengalaman juga. Nasib baik si Ochobot ubah Tok Aba punya kedai ini supaya mudah bergerak. Senang nak bawak masuk ke dalam kapal ni." kata Tok Aba sambil mengosok kepala Ochobot.

"Hehe~ Berusaha Boboiboy!" kata Ochobot sambil membuat secawan hot chocolate.

"Haha~ Terbaik~" kata Boboiboy.

"Anda dah bersedia Boboiboy?" kata Rob sambil memegang sebuah bola bersinar sekecil guli. Boboiboy pun mengangguk kepalanya dan menunjukkan jamnya. Rob meletak bola tersebut dengan perlahan atas jam Boboiboy dan sebaik sahaja bola tersebut menyentuh jam tangan Boboiboy, ia terus diserap ke dalam jam Boboiboy dan bersinar hingga menyilaukan mata semua.

"BOBOIBOY PECAH LIMA!" Dalam sekelip mata, muncul lima Boboiboy. Halilintar, Taufan, Gempa dan... Blaze dan Ice.

"WOw! Semua tahap dua! Hebatnya!" jerit Gopal. Semua memandang Boboiboys? Dengan ekspresi berlainan. Ada yang gembira dan ada yang muka impress.

"Wow! Tengok kita Ice! Kita ada kat tahap 2!" kata Blaze sambil bermain beberapa bola-bola api.

"Ye, Blaze. Tapi buat sementara je. Saya rasa macam akan ada kesan teruk untuk kita selepas ini." kata Ice.

"Kemungkinan ya. Kuasa ini boleh dibandingkan dengan kopi. Ia memberi anda kuasa tambahan tetapi ia juga akan memberi kesan negatif kepada badan seperti mual, pening, sakit kepala dan mungkin paling teruk, migraine. Tapi takpa. Kita telah menyediakan ubat painkillers di bilik anda, Encik Boboiboy. Anda hanya perlu makan sebelum tidur sahaja dan ia akan menghilangkan rasa sakit anda." Kata Rob.

Boboiboy Gempa hanya menghela nafas panjang. Taufan dan Blaze macam tidak mengambil kisah manakala Ice dan Halilintar membuat muka acuh tidak acuh mendengar percakapan Rob. Gempa dah mula menyesal sikit. Kesakitan bukan benda yang Boboiboy suka walaupun selalu terkena.

Gempa merasa seseorang sedang memegang tangannya dan memicit sedikit. Gempa pusing dan terkejut melihat Fang yang sedang kemerahan di muka tetapi dengan mata ikhlas.

"Takpe. Nanti, saya tolong awak, ye Boboiboy?" kata Fang. Sebaik sahaja dia berkata begitu, muka Fang menambah lagi merah. Gempa hanya mampu senyum. Dia terus memeluk Fang dengan perlahan untuk tidak mengejutkannya.

"Terima kasih Fang." Muka Fang hanya bertambah merah tetapi dia tidak menolak pelukan dari Gempa. Suasana sekitar mereka agak aman dengan muka kedua-dua budak lelaki kemerahan. Tetiba sahaja, mereka diganggu dengan pelukan dari dua arah daripada Blaze dan Taufan.

"Tak aci~ Gempa je dapat peluk Fang!" kata Taufan dari belah Gempa.

"Yelah! Bukan kita kena selesaikan dare pertama! Cepat-cepat! Nak buat banyak dare lagi!" kata Blaze, yang memeluk sebelah Fang.

"Apa? Lepaskan akulah!" Fang cuba lepaskan diri tetapi dipeluk kuat oleh Blaze dan Taufan. Gempa hanya mampu terus memeluk sebab tangan Taufan menindih tangan dia, membuat tangan dia tidak dapat melepaskan pelukan dia dengan Fang. (Walaupun sebenarnya dia suka memeluk Fang. Hehe~)

"Cepatlah korang! Kita selesaikan cepat!" kata Blaze pada Halilintar dan Ice. Halilintar hanya melepaskan nafas panjang manakala Ice tersenyum kecil. Mereka berdua pun pergi ke arah pelukan berkumpulan tu.

"Saya memeluk di belakang. Kamu peluk kat depan." kata Halilintar pada Ice.

"Baiklah~" kata Ice. Dia terus memeluk Fang (serta Gempa, Blaze dan Taufan) dan sandar sahaja pada mereka.

"Woi! Ice! Berdirilah diri sendiri!" kata Taufan. Ice hanya senyum dan menguap sebelum tertidur sebentar. Semua hanya sweatdrop pada aksi dia. Halintar hanya mampu menggelengkan kepalanya dan memeluk.

5 minit kemudian dengan keadaan yang agak diam kerana semua memandang mereka (kecuali gelak tawa Taufan dan Blaze, Fang yang hanya suruh mereka melepaskan dia walaupun dalam suara yang semakin kecil dan Gempa yang cuba membangunkan Ice), Halilintar melepaskan pelukannya menyebabkan yang lain juga melepaskan pelukan mereka.

"Akhirnya boleh bernafas!" kata Fang sambil tercungap-cungap mengambil udara dengan Gempa mengosok belakangnya dengan perlahan.

"Bersabarlah Fang." kata Gempa. Sebelum boleh bercakap apa-apa, ada tangan menarik lengan Fang dan memusing badan dia ke arah Boboiboys. Kaizo peluk Fang dari belakang dengan kepalanya bersandar atas kepala Fang. Fang hanya pandang Kaizo dengan muka tanda soal.

"Dare kedua Pang. Dan saya tidak kisah sangat. Kita jarang dapat melakukan benda seperti ini." kata Kaizo. Fang hanya senyum dan bersandar atas Kaizo. Kaizo pun memandang Boboiboys dan memberi senyuman 'jahat?'.

Entah kenapa, ini membuat semua Boboiboys menjadi marah. Halilintar mula mengeluarkan pedang Halilintar manakala tangan Blaze mula mengeluarkan api. Yang tidak mengeluarkan senjata hanyalah Gempa, Ice dan Taufan, tetapi semua mula rasa sejuk kerana angin dari entah mana mula meniup dengan kuat dalam bilik tersebut dengan sedikit salji. Gempa hanya memandang dengan muka blank tetapi dengan pandangan tajam.

Senyuman Kaizo hanya bertambah keras. Bagaikan ada kilat di pandangan mereka, semua hanya mampu memandang antara Kaizo dan Boboiboys dengan pelik.

"Eh. Kenapa ni?" tanya Fang. Bagaikan boleh merasai atmosfera di sekeliling menjadi gelap.

"Tiada apa, Pang" kata Kaizo. Dia mengosok kepala Fang dengan perlahan dan kucup kepalanya sebelum melepaskan pelukan dia. Bagaikan satu penamparan ke muka, semua pandangan Boboiboys menjadi lebih tajam dan muka mereka semua, kecuali Gempa dan Ice yang hanya mengerut kening, bertukar jadi marah.

Salji dengan angin di dalam bilik tersebut bertukar jadi ribut salji dengan petir. Semua mula mencari tempat berteduh kecuali Kaizo, Fang dan Boboiboys. Kedua-dua pihak seperti ingin bersiap sedia untuk berlawan, dengan aura yang dikeluarkan dari dua pihak bagaikan haiwan buas yang kelaparan. Untuk darah.

Fang, yang macam baru sedar akan perlawanan yang akan berlaku, cepat-cepat berdiri di depan Gempa dan memegang kedua-dua bahunya. Seperti suis, semua aura daripada Boboiboys hilang apabila mereka memandang Fang. Fang memandang setiap satu dengan mata serious dan akhirnya memandang Gempa.

"Bersabarlah, Boboiboy. Kenapa kamu semua marah?" Fang hanya menanya dengan mukanya yang betul-betul dalam kekeliruan. Gempa yang melihat muka (comel) Fang hanya melepaskan nafas panjang dan lambaikan tangannya sekali. Boboiboy yang lain terus membatalkan ribut dan senjata mereka. Fang senyum bila melihat semua tenang dan ini menyebabkan Gempa senyum dan memeluk dia. Fang hanya terdiam dengan muka kekeliruan lagi sekali dan muka merah.

Semua dapat melihat mata Gempa (kecuali Fang) yang tidak tersorok dari bahu Fang memandang Kaizo dengan tajam. Kaizo hanya senyum sinis sebelum Lahap datang, menyebabkan mukanya jadi neutral.

Gempa melepaskan pelukannya dan memegang tangan Fang. Dia memandang Rob, yang duduk di bawah khemah (mana dia dapat tu) dengan yang lain. Tanpa endahkan muka merah Fang, dia terus menanya Rob.

"Dare seterusnya?"


To be continue~