Boboiboy berjalan di Taman Pulau Rintis sambil melihat orang awam melakukan bermacam-macam aktiviti di taman itu seperti taichi, joging dan sebagainya di waktu petang itu. Boboiboy duduk di salah satu bangku di taman itu di bawah pokok yang agak rendang. Topinya dilepaskan dan diletakkan di atas ribaannya. Boboiboy merasai angin sepoi-sepoi menyapa seluruh badannya, rambutnya yang hitam berkilat itu mengikuti alunan angin tersebut serta mata kanannya ditutup rapat. Hatinya berasa amat tenang sekali. Secara tiba-tiba kotak fikirannya terngiang-ngiang tentang perkara yang dia baru dapat tahu semasa pulang dari rumah agam milik Ying.
"Keratan surat khabar?" Boboiboy mengerutkan dahinya. Boboiboy menatap keratan surat khabar itu.
"Cuba engkau baca artikel tu.. Artikel tentang apa tu?" Arah Yaya.
Boboiboy membaca satu per satu abjad yang tertulis di atas keratan surat khabar itu. Serta merta matanya membulat.
"Ini.. Bukan ke artikel tentang kemalangan yang terjadi pada aku, ayah dan mak aku?!" Kata Boboiboy dalam hati.
Boboiboy pantas memandang ke arah Yaya. Yaya menggangguk tanda faham dengan tatapan dari Boboiboy tadi. Boboiboy serta merta kembali membaca artikel yang berada dalam genggamannya.
Kuala Lumpur, sebuah tragedi kemalangan berlaku di simpang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa,Kuala Lumpur (KLIA). Kejadian ini melibatkan sebuah kereta myvi dan sebuah lori kontena. Kejadian ini akibat daripada lori kontena yang membawa senjata api dari arah kiri, lori kontena tersebut hilang kawalan dan telah melanggar lampu merah dan melanggar kereta myvi yang dinaiki oleh sepasang suami isteri lalu terbalik dan mengalami letupan. Mangsa yang terlibat adalah sepasang suami isteri yang merupakan duta terkenal Malaysia serta Kaizo yang merupakan pemandu lori kontena turut mati dalam kemalangan tersebut. Hanya anak kepada sepasang suami isteri tersebut sahaja yang tercedera dan di bawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur.
"Jadi... Selama ni yang.." Kata Boboiboy tergagap-gagap.
Yaya hanya mampu mengganggukkan kepalanya.
"Hahahaha!"
Boboiboy terus membukakan matanya apabila dia terdengar suara tawa seseorang. Dia memandang kiri dan kanan."Adakah aku tersilap dengar tadi?" Fikirnya.
"Hahahaha!"
Suara tawa itu kedengaran lagi, Boboiboy terus bangun dan memakai topinya."Aku rasa ini bukan suara ketawa budak-budak.. Ini suara ketawa.. Lelaki.." Katanya dalam hati.
Boboiboy memandang kiri dan kanan, dia berjalan ke arah belakang pokok yang terletaknya berdekatan dengan bangku yang dia duduk. Boboiboy terhenti apabila dia terperasan Fang sedang duduk di bawah pokok tersebut sambil bercakap... Seorang diri... Remaja berambut violet itu tersenyum-senyum seperti mendengar seseorang sedang bercakap dengan dia...
"Abang ni kelakarlah!" Kata Fang sambil ketawa terbahak-bahak.
"Abang?!" Kata Boboiboy dalam hati.
Secara tiba-tiba Boboiboy merintih perlahan kerana mata kirinya terasa berdenyut-denyut. Dia membuka penutup matanya dan serta merta dia berundur ke belakang. Dia ternampak seorang pemuda berambut ungu, beriris merah serta sesetengah anggota badan pemuda itu mempunyai kesan retak dan badannya di kelilingi dengan pasir yang terapung-apung. Pemuda itu sebenarnya perasan dengan kehadiran Boboiboy. Pemuda itu tersenyum.
"Itu bukan ke... Kaizo?! Abang Fang dan Ying yang maut dalam terlibat kemalangan?!" Kata Boboiboy dalam hati. Badannya menggigil kuat.
Fang terdiam apabila melihat tingkah laku abangnya yang tiba-tiba tersenyum."Huh? Abang? Abang pandang siapa tu?" Fang terus menoleh ke belakang.
Fang menatap tepat ke arah Boboiboy, mulutnya sedikit ternganga. Keadaan menjadi agak tegang. Matanya tak lekang menatap mata kiri Boboiboy yang berwarna hijau berkilat itu. Boboiboy pula turut terkaku.
"The sixth sense eye..." Gumam Fang.
Boboiboy tersedar dari lamunannya dan terus memakai penutup mata dan cepat-cepat beredar dari situ tetapi tangannya di tarik oleh Fang. Dia terus menoleh ke belakang dan menatap wajah Fang yang tidak mempunyai perasaan itu.
"Tolong aku..." Ayat yang keluar dari mulut Fang mengejutkan Boboiboy.
"TOLONG AKU! TOLONGLAH! TOLONG AKU!" Fang menjerit dan dia menggoncang-goncangkan bahu Boboiboy. Suaranya semakin menjadi lebih keras.
"Su.. Suara dia... Tidak! Jangan kata yang dia dah kena... RASUK?!" Kata Boboiboy dalam hati.
Air mata mula membasahi pipi Fang. Fang perlahan-lahan menggelongsor ke bawah dan terduduk di atas tanah. Tangisannya semakin kedengaran, dia menangis semahu-mahunya. Boboiboy cepat-cepat membuka penutup matanya dan hasilnya.. Ya! Kaizo sudah tiada di sebelah Fang tetapi telah merasuk tubuh adiknya sendiri.
"TOLONG... AKU TAK TAHAN LAGI... LEPASKAN AKU DARI DUNIA INI!" Jerit Fang. Perangainya seperti orang hilang akal.
"TOLONG LEPASKAN AKU DARI SEKSAAN INI..." Ayat terakhir yang keluar dari mulut Fang sebelum dia tersembam di atas tanah.
Keadaan menjadi senyap semula. Boboiboy masih menguncikan mulutnya, mungkin masih terkejut dengan situasi yang terjadi di hadapan matanya sendiri. Boboiboy terkaku memandang ke arah tubuh Fang yang sudah pengsan di atas tanah. Boboiboy terkaku sekali lagi apabila sosok badan Kaizo berdiri di sebelah Fang. Kaizo berdiri membatu, tidak melakukan sebarang tindakan dan cuma menatap ke arah Boboiboy. Boboiboy kembali menatap ke arah Fang, dia perlahan-lahan menghampiri ke arah Fang dan kemudian, dia menatap wajah Kaizo yang masih setia berdiri di sebelah Fang. Senyuman manis menghiasi bibir Kaizo. Boboiboy kembali menatap ke arah Fang dan menggendong Fang di belakangnya.
"Aku patut bawa dia ke rumah aku.." Boboiboy mengambil kunci motor dari poket jaket Fang dan terus mengaktifkan motor berkuasa tinggi milik Fang. Deruman motor memecahkan kesunyian senja di taman itu.
Ochobot menatap ke arah jam dinding."Dah pukul 7:30 malam dah ni! Mana si budak Boboiboy sorang ni?!" Ochobot berjalan ke hulur ke hilir kerana hatinya berasa amat resah kerana Boboiboy masih tidak pulang lagi.
Tok! Tok! Tok! Kedengaran pintu diketuk dari luar, Ochobot bergegas ke arah pintu dan membukanya. Matanya membulat apabila melihat Boboiboy sedang memapah Fang yang masih tidak sedarkan diri.
"Boboiboy?! Apa yang terjadi ni?! Kenapa engkau bawa balik budak GILA ni?!" Kata Ochobot sambil menekankan ayat 'gila' di akhir ayatnya. Nampak sangat dia tak suka dengan kehadiran remaja berambut violet itu.
Boboiboy berdengus."Tak ada masa aku nak dengar engkau membebel.. Tolong aku ambilkan air dan tuala bersih.." Arah Boboiboy.
Ochobot mencebikkan bibirnya dan tanpa berkata apa-apa, Ochobot terus berjalan ke arah dapur sambil menghentakkan kakinya layak seperti anak-anak kecil. Boboiboy hanya mampu menggelengkan kepalanya dengan perangai keanak-anakkan Ochobot itu.
"Nah." Kata Ochobot sambil memberikan semangkuk berisi air serta tuala kepada Boboiboy dengan muka masam mencuka.
Setelah itu, remaja berambut blonde itu terus berjalan ke tingkat atas sambil menghentakkan kakinya sekali lagi. Boboiboy hanya mampu mengeluh. Boboiboy kembali memandang ke arah Fang yang masih tidak sedarkan diri di atas sofa. Perlahan-lahan tangannya meletakkan kain basah di atas dahi Fang. Sekali lagi dia mengeluh.
"Kenapalah engkau di beri ujian seteruk ini?" Kata Boboiboy seorang diri.
Tok!Tok!Tok! Pandangan Boboiboy teralih apabila pintu rumah Tok Aba di ketuk, Boboiboy bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah pintu.
"Siapa di luar sana?" Tanya Boboiboy.
"Tok Aba ni, tolong buka pintu ni." Sahut orang yang berada di luar.
Boboiboy terdiam."Bukan ke Tok Aba ada kursus di Kota Bharu? Macam mana dia boleh balik secepat ini?" Kata Boboiboy di dalam hati.
"Cepatlah buka.." Kata Tok Aba.
Boboiboy menelan air liurnya, dia menggelengkan kepalanya supaya perkara-perkara negatif yang berada dalam kepalanya hilang. Perlahan-lahan dia memulaskan tombol pintu.
"Fikir positif, Boboiboy. Fikir positif..." Kata Boboiboy seorang diri.
Boboiboy menarik pintu dan...
"Bwaaaaaaahhhh!" Muncul seseorang sambil menjerit.
"Mak! Negatif! Negatif! Fikir negatif, Boboiboy!" Jerit Boboiboy sekuat hati.
"Hahahahaha! Tau takut.. Hahahaha!" Kata orang yang telah mengejutkan Boboiboy.
"Tak baiklah engkau buat macam tu kat Boboiboy, Gopal." Kata seorang gadis.
"Gopal?" Boboiboy tersedar daripada ketakutannya.
Boboiboy memandang ke arah sosok yang berdiri di luar rumah Tok Aba. Terlihat Gopal, Yaya dan Ying berdiri sambil tersenyum.
"Kenapa korang datang ke sini?" Tanya Boboiboy.
"Lah, takkan Ochobot tak bagitau engkau yang dia ajak kami datang ke sini?" Tanya Yaya pula.
Boboiboy terdiam seketika dan setelah itu...
"OCHOBOT!" Jerit Boboiboy sekuat hati.
Sementara itu, di sebuah bilik..
"OCHOBOT!"
Ochobot ketawa terkekeh-kekeh sambil melukis sesuatu di atas kertas.
"Sori, Boboiboy. Aku terpaksa telefon diaorang supaya budak 'gila' tu cepat keluar dari rumah ni.." Kata Ochobot seorang diri.
TBC...
