Pairing : Namjin
Lenght : Short
Rate : T
Warning : BL, bxb, Yaoi, Boys Love, Typo
Title : I'm Your Princess
Announcement : Saya pernah mengupload fanfic pendek ini di Instagram tetapi dalam Bahasa Inggeris. Yang ini saya translate dalam Bahasa Malaysia.
.
.
.
Namjoon dan Seokjin pergi honeymoon untuk menyambut anniversary mereka yang pertama. Seokjin merasa sangat gembira kerana akhirnya ia dan Namjoon dapat berduaan kali ini. Ini kerana selama mereka menikah setahun ini, Namjoon sibuk dengan pekerjaannya.
Tapi kali ini Seokjin dapat berduaan dengan Namjoon tanpa ada gangguan panggilan daripada ketua Namjoon yang selalu menyuruh Namjoon ke pejabat kerana ada tugas penting yang harus Namjoon siapkan.
Mereka berdua honeymoon di Mexico. Pagi itu, Seokjin bangun dalam keadaan yang tidak memakai apa-apa kerana semalam, mereka benar-benar bercinta dengan manisnya. Bagi Seokjin, ia benar-benar telah lama tidak merasakan manisnya saat bercinta dengan suami kesayangannya.
Seokjin merasakan ia baru saja bernikah dan semalam adalah malam pertamanya. Seokjin bangun dan terus menuju ke kamar mandi untuk membersihkan tubuhnya yang boleh dikatakan kotor dengan cairan ia dan Namjoon yang telah mengering.
Di kamar mandi, Seokjin membersihkan tubuhnya sehinggalah ia merasakan seseorang memeluk pinggangnya.
" Morning princess." Sapa Namjoon.
" Morning my prince." Jawab Seokjin. Namjoon mandi sekali dengan Seokjin. Sesekali mereka berdua bergurau dan gelak ketawa bersama. Benar-benar seperti pasangan yang baru sahaja bernikah.
Selepas bersiap, mereka berdua menuju ke ruang makan di hotel tersebut dan mengambil makanan yang mereka inginkan. Seperti biasa, pinggan Seokjin penuh dengan makanan. Namjoon hanya melihat seokjin makan dengan semangatnya dan Namjoon hanya tersenyum melihat princess di hadapannya itu.
Acara makan mereka sesekali dibisingkan dengan hilai tawa bahagia Seokjin. Kadang-kadang Namjoon menanggapi tawa Seokjin.
" Kamu bahagia, princess?"
" Hmm, aku benar-benar bahagia, Namjoon. Terima kasih."
" Tidak ada apa-apa. Aku senang kalau kamu bahagia."
" Lepas ini, kita mahu ke mana?"
" Kita pergi ke sini." Ujar Namjoon sambil menunjukkan tempat yang akan mereka pergi di atas kertas yang merupakan peta di kawasan tersebut.
" Aku ikut ke mana saja kamu mahu pergi, my prince."
Mereka tersenyum manis menatap wajah masing-masing dan kebahagiaan terpancar daripada wajah mereka.
Selepas menghabiskan makanan dan minuman mereka, mereka memulakan perjalanan mereka. Sampailah di tempat yang dikatakan Namjoon, mereka berhenti untuk melihat permandangan di hadapan mereka. Benar-benar cantik. Ada piramid dan patung dari zaman dulu yang telah dibina begitu besarnya. Mereka berdua mengagumi keindahan di hadapan mata mereka.
" Cuba tengok. Ada statue Cleopatra di sana." Ujar seorang pelancong yang berbangsa Korea kepada temannya. Mereka semua berada di belakang Seokjin dan Namjoon.
Seokjin yang merasakan dirinya adalah seorang princess yang cantik dan merasakan mereka bercakap tentangnya, terus memalingkan wajah kepalanya ke belakang dan bertanya, " Kamu bercakap mengenai aku?"
Pelancong yang menanyakan soalan tadi terkejut kerana rasanya patung tidak dapat bercakap dan satu lagi, apabila ia melihat Seokjin, ia terkejut Seokjin benar-benar cantik untuk seorang lelaki. Temannya yang lain juga terkejut dan akhirnya mereka semua pergi daripada pasangan itu.
Namjoon hanya tersenyum melihat kejadian itu.
" Mereka bercakap perihal statue Cleopatra, princess. Bukan kamu yang mereka maksudkan." Terang Namjoon. Seokjin hanya mengerjapkan matanya berkali-kali dan berkata " Aku fikir mereka bercakap mengenai aku."
Apabila mendengarkan ucapan Seokjin, Namjoon tidak habis fikir bagaimana ia boleh jatuh cinta pada lelaki yang selalu merasakan dirinya adalah seorang princess.
Namjoon kemudiannya menuju ke arah Seokjin dan memeluk erat pinggang Seokjin. Seokjin kemudian membalas dengan memeluk pinggang Namjoon tidak kalah eratnya dan Seokjin meletakkan kepalanya di atas bahu Namjoon.
" Aku benar-benar merasa bahagia Namjoon."
" Aku juga. Aku sudah memikirkannya. Aku minta maaf jika selama ini aku kurang memerhatikan kamu. Aku sibuk dengan urusan kerjaku. Tapi kamu tidak pernah mengeluh. Kamu tetap memperlakukanku dengan baik. Aku terlalu bertuah mendapatkan kamu."
" Kamu adalah suami aku. Aku akan melayanimu sebagai isteri. Sesuai dengan janji kita semasa di altar saat kita bernikah."
" Kamu memang seorang isteri yang baik. Aku memang benar-benar bertuah mendapatkan kamu. Terima kasih princess. Aku berjanji akan mengutamakanmu daripada kerjaku selepas kita pulang honeymoon nanti. "
" Welcomes my prince."
Mereka berdua kemudian menemukan bibir mereka dan menyalurkan perasaan bahagia dan cinta yang mereka rasai dalam ciuman itu.
.
.
.
END
Saya menutup muka semasa menaip di mana mereka sudah melakukan itu walaupun aku tidak menulis secara details rate M nya itu. Tapi tetap membuatku segan.
