Warning yaa? teda tu -3-)9

Hai im back with chapter 3 hm….

Boboiboy © Animonsta

Hao, Eli and Fei OC© Widziila :3

Pembantu rumah OC © me

Silakan membaca ya….


Namun hanya seorang saja yang diam terpaku melihat Boboiboy dalam gaun itu..perlahan mukanya merona saat melihat malaikat manis itu.

Mula!

Elizabeth dan Fei terus-terusan memuji kecantikkan yang dimiliki Boboiboy. Boboiboy hanya mengucapkan terima kasih dan senyum malu-malu.

Hao dan Kaizo hanya melihat Eli dan Fei yang tidak ingat dunia jika ternampak sesuatu yang mengangumkan.

Kaizo memalingkan wajahnya pada Fang yang diam tak berkata. Dia mencari satu idea dimana dia ingin membalas semula perbuatan Fang di meja makan tadi. Namun dia gagal mendapat idea lantas bergerak perlahan-lahan kebelakang Fang dan …

" oh…BOBOIBOYYY!" Fang kegelian dan terkejut saat seseorang mencucuk pinggangnya. Dia memalingkan wajahnya ke belakang dan mendapati Kaizo sedang menahan ketawa.

Semua yang disitu memandang mereka dengan keluhan.

"oi Fang.. 为什么你看BOBOIBOY 想要吃她?" Ucap Kaizo dalam bahasa Chinese. Boboiboy yang terdengar bahasa cina itu lantas bingung akan ayat yang dilontarkan Kaizo.

"Emm..itu apa ma..maksudnya ya?" Kaizo memandang Boboiboy yang kebingungan. "OH... itu maksudnya..." Kaizo memandang Fang yang sedang menatap dia dengan geram. Sebelum Kaizo melanjutkan kata-katanya Fang sudah menutup dulu mulut abangnya dengan kuat kerana malu diperkatakan begitu. Fang tidak mau Boboiboy tau akan ayat yang dimaksudkan Kaizo.

" Ffff...Fang!" Namun apa dayanya? Kaizo lebih kuat daripada Fang. Kaizo menolak kuat Fang sehingga dia terjatuh dari sofa yang dia duduki tadi.

"Ughh.. Kaizooo sakitt tau !" Kaizo menafikannya terus memberitahu Boboiboy. " maksudku tadi ..." Fang bangun lalu mendekati abangnya tapi Kaizo menggunakan tapak tangannya untuk menahan kepala Fang. Fang meronta dengan kuat.

Eli dan Hao tersenyum melihat anak kedua mereka yang kelihatan gelisah. " Kak Boi.. maksud Bang Kaizo ialah Fang kenapa kau melihat Boboiboy seperti ingin memakannya?" jelas Fei dengan bangga.

Fang terus berhenti meronta setelah Fei menjelaskan kepada Boboiboy. Dia memandang Boboiboy yang diam. Semua disitu menatap Boboiboy yang tidak memberi respon. Namun tiba-tiba Boboiboy dapat menangkap maksud Fei langsung mengangkat wajahnya memandang semua orang. Terutamanya Fang. Boboiboy memandang Fang dengan malu-malu lalu memberikan senyuman teragak-agak.

Senyuman itu...sering sekali dia memberikan senyuman begitu. Kenapa senyuman dia membuat hatiku menjadi tidak keruan dan berdegup sepanjang masa? Malaikat manis nan imut lagi...

"er..Bo..Boboiboy aku..gurau je. Tak perlu ambil serius pon hehe." Sengih Fang menunujukkan gigi putihnya yang rapi sambil membetulkan kaca mata yang dia pakai.

Kaizo menepuk perlahan punggung Fang yang tidak berhenti sengih kepada Boboiboy.

"sudah la tu Pang. Tak perlu tunjuk gigi putih itu. Boboiboy tak minta kau tunjukkan pon" ujar Fei menatap tajam abangnya.

Fang merasa malu akan panggilan yang dilontarkan Fei. " hei..bukan kah kita sudah janji untuk tidak menyebut namaku (PANG)" Boboiboy tertawa kecil. Fang berasa ingin pengsan setelah mendengar tawa kecil Boboiboy yang merdu.

" hm...sudah la kalian...sekarang udah jam 10.00 malam. Semua harus tidur dan jangan ada yang berjaga terutama kau Fang!" tegur Hao.

FLASH BACK

Hao sering berasa haus pada waktu malam. Setiap malam dia akan turun ke dapur untuk mengambil air. Namun, sebelum Hao turun dia selalu melihat Fang cuba memasuki bilik Kaizo secara senyap dan menegurnya untuk pulang kebiliknya semula.

"Fang! Ape kau buat di depan bilik Kaizo?" Tegur Hao.

Fang terkejut kerana kelibat ayahnya secara tiba-tiba. "err.. tak de ape-ape la pa. Eumm selamat malam PA!" Fang berlari memasuki biliknya semula.

Hao hanya mengeleng kecil lalu meneruskan keinginannya.

FLASH END

" ap..apa? Fang selalu ke bilik ku?" Kaizo terkejut. Fang hanya diam tidak berani menatap wajah abangnya yang kelihatan seperti mau membunuh. " apa yang sering kau lakukan di depan bilikku?! Jawab." Fang yang diam tidak memberi respon mengundang kemarahan abangnya.

" Pang! Jawab" Fang terkejut kerana abangnya mula marah. Fang teragak-agak mau menjawab namun setelah melihat iris mata Kaizo yang tajam, dia tidak punya pilihan.

" se...se...sebernanya, ak...aku sering ke bilikmu sebab..." Semua yang disitu hanya menunggu jawapan dari Fang. Terutamnya Kaizo.

" sebab aku nak tidur dengan Kaizo...a...aku kadang mimpi buruk...waktu aku mimpi buruk Kaizo yang selalu menemani aku dan tidur bersama-sama." Jawab Fang.

Kaizo mula faham kerana memang kenyataannya seperti itu. Kaizo mengeluh kecil.

Eli memeluk kedua-dua anak lelakinya yang sering bergaduh. Namun AIR YANG DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS.

Kaizo menarik lengan Fang lalu memeluknya dengan erat sekali. Fang yang terkejut namun dia membalas pelukan abangnya. Wajahnya memandang dada Kaizo kerana ketinggiannya hanya disitu.

" sudahlah...hentikan drama ini..ayuh semua tidur." Nasihat Hao dan Eli.

Fei mengajak Boboiboy untuk ke kamarnya. Boboiboy hanya mengangguk dan mengucapkan selamat malam kepada Eli dan Hao serta Kaizo dan Fang. Mereka membalas dengan senyuman terutama Fang.

"okeyh kak Boi. Selamat malam ya? Hueee kakak sudah mau pulang besok." Boboiboy menatap wajah Fei yang kelihatan sedih. Boboiboy mengeluh kecil lalu mengusap lembut punggung Fei dan memeluknya.
" kau bisa jumpa aku di Kedai Atok ku waktu kau free."

Fei kembali ceria lalu mengucapkan terima kasih.

Tapi sedang mereka asyik berbual mereka tidak sedar bahawa ada seseorang yang berada di luar kamarnya mencuri dengar perbualan mereka. Siapa lagi kalau bukan FANG. Fang yang mula tertarik kepada Boboiboy kerana kelakuan sopannya dan kecantikan serta suaranya yang lembut dan wajah yang manis.

PAKK

Fang terkejut saat Kaizo menepuk pelan bahunya dan menarik lengan Fang untuk menjauhi kamar Fei.

"Ka...Kaizo..." Kaizo meletakkan jari telunjuknya kemulut Fang dan membawanya kebiliknya dan menguncinya. Fang merasa wajahnya seperti disimbah air panas hanya mampu diam.

"Fang"

"..."

"Pang?"

"eumm"

Kaizo mengeluh kecil lalu memeluk Fang. Fang hanya membiarkan tanagn Kaizo mengusap punggungnya.

"Fang...harini tidur sama ya?" Fang menatap wajah abangnya. Sungguh dia tidak percaya. Tak pekak kan aku ni. Ujar Fang dalam hati.


Eli dan Hao berbincang sesuatu tentang perkara yang berlaku tadi.

" yang~ sepertinya Fang suka Boboiboy?" Tanya Eli sambil mengelus lembut tangan sasa milik suaminya.

Hao berasa selesa akan sentuhan yang Eli berikan selalu kerana dia amat mencintai isterinya.

"hmm...kau yakin? Kita belum pasti namun Fang sudah 20 tahun tapi terlalu awal untuk menikah yang" Hao menjawab lembut pertayaan Eli.

"hm..apa kita buat sesuatu rancangan bersama Atok Boboiboy?" Cadangan itu langsung membuat Hao terkejut kerana Eli membuat keputusan dengan cepat.

"Eli...apa kata kita tidak bercakap pasal ini dahulu...kita harus melihat keadaan..jika mereka suka antara satu sama lain..nah terpulang la tapi biarkan mereka menikmati kehidupan sebagai seorang dewasa.

Eli terdiam seketika terus memberikan senyuman kepada suaminya dan mencium lembut pipi Hao. Hao hanya tersenyum langsung memeluk erat istrinya.

" I LOVE U ELIZABETH"

" I LOVE U TOO HAO"

Lalu mereka bergerak ke tilam untuk tidur bersama. Masing-masing mengucapkan selamat lalu memejamkan mata. Namun setelah Eli memejamkan mata Hao mengelus lembut wajah isterinya dan memberikan ciuman hangat di kening isterinya.

Eli merona saat suaminya memberikan ciuman hangat walaupun sudah bertahun mereka bersama. Masing-masing dibuai mimpi bersama.


"Kaizo? Benaran?" wajah Fang kelihatan bahagia walaupun terasa segan kerana dibenarkan tidur bersama.

"hm...tapi untuk kali ini saja" Fang memuncungkan mulutnya. Tapi dia bersyukur kerana sudah sekian lama dia tidak tidur bersama abangnya.

Ketika dia masih kecil mereka sering tidur bersama. Mereka tidur dalam keadaan memeluk.

" udah..mari tidur sama." Ajak Kaizo. Fang mengangguk laju dan bergerak ke tilam size king milik abangnya. Fang memandang setiap sudut kamar abangnya yang dicat warna biru kerana ia merupakan warna kesukaan Kaizo.

Tidak seperti Fang..biliknya yang setiap hari bersepah dibiarkan sahaja pembantu rumahnya mengemas walaupun sering ditegur keluarganya.

Fang dan Fei mempunyai raut wajah yang hampir sama selain gaya rambut mereka dan kaca mata. Mereka juga suka akan warna ungu tapi Fang lebih suka warna ungu gelap manakala Fei ungu cerah. Makanan kegemaran mereka juga sama iaitu donut lobak merah manakala Kaizo lebih menyukai sup lobak merah.

" Kaizo.."

"hmm...?"

"selamat malam"

"..."

"selamat malam Pang"

Fang hanya tersenyum walaupun geram. Lalu mereka memejamkan mata masing-masing. Sebelum mereka dibuai mimpi...

" Fang"

"gnnnmm?"

"tidurnya jangan seperti gila ya? Kalau seperti itu...aku tolak kau jatuh biar kau tidur di lantai." Ejekan Kaizo membuat Fang mencubit perlahan lengan sasa Kaizo. Kaizo hanya tertawa kecil dan mereka pun dibuai mimpi sehingga..

KROOOOK..KRUU..KROGHH...KRUU

Kaizo melihat wajah Fang yang disinari cahaya malam sambil berdengkur lembut lantas membuat Kaizo tersenyum dan memberikan ciuman hangat kepada Fang.

Fang yang tidak perasan akan tentang itu terus dibuai mimpi.


" Kak Boi jum tidur sama" Boboiboy hanya tersenyum lalu berbaring sama Fei.

" Fei udah ngantuk? Marila"
"gnnnh..ya..tapi ...kak esok kita bangun awal ya? Aku mau ajak kakak ke laman belakang."

Boboiboy terdiam lalu mengangguk membuat Fei memeluk Boboiboy dan memendamkan wajahnya ke dada Boboiboy.

Boboiboy terkejut namun dia hanya membiarkan sahaja langsung memberikan ciuman di dahi Fei seperti adik-beradik.

"Iyaa bisa aja." Jawab Boboiboy

Fei dan Boboiboy memejamkan mata dan mereka dibuai mimpi bersama. Boboiboy berasa hubungan dia bersama keluarga Lang rapat walaupun hanya 1 malam sahaja.

Semua keluarga Lang sudah tertidur dengan nyenyak. Namun hanya ada seorang sahaja yang belum tidur. Dia menjenguk setiap bilik untuk memastikan semuanya selesai. Dia tersenyum kecil melihat keluarga bahagia ini. Sebelum dia kebiliknya sendiri dia menyemburkan semburan vanilla bercampur coklat kedalam bilik itu setiap malam tanpa mereka sedari.

Dia pun pulang kebiliknya yang mewah seperti lain dan bersyukur kerana sudah berkhidmat selama 30 tahun di rumah besar ini dan menjaga anak-anak Hao dan Eli.

Dia lalu memejamkan mata dan dibuai mimpi.


TBC

Okeyhh..thnks for waiting guys 3 done for chapter 3.

Nah soalan dichapter 2 sudah terjawab disini. TTvTT)/

Ada soalan? Mesti adakan?

Kenapa Kaizo berbicara bahasa cina?

Siapakah " dia" ? kalian pasti tahu kan?

Semuanya akan terjawab di next chapter.

Apa nama pembantu rumah itu?

Guys i need your review..cuba kalian kasi cadangan untuk next chapter kerana saya belum terpikir lagi. Mau kasi preview tapi tiada idea :3 haha

SEE YOUR GUYS IN NEXT CHAPTER 3