Apa khabar semua readers? Ini Halilintar. Author Angin Taufan ni nak aku replace dia untuk becakap ni. Harap korang tak kisah, betul? Lagipun dia berada di samping ku untuk tolong aku. Baiklah tanpa berlengah masa lagi. Pertama, aku nak berterima kasih kepada semua readers yang membaca sampai chapter 3. Ini chapter seterusnya. Kedua maaf kerana lama nak update. Author Angin Taufan sibuk update ff lain. Dan terakhir sekali aku akan balas review korang.
Untuk Bbb chan:
Aaaa... Hai Bbb chan. Macam mana ni? Angin Taufan tolong aku. (Author: Baik! Hai Bbb chan! Jangan sedih. Kenapa diorang nak ambil Fan? Maaf. Soalan mu akan terjawap di chapter 5. Sabar Bbb chan. Nanti soalan mu itu akan terjawap.) Jangan marah kan author ku ya. Heheheh *sweatdrop*
Untuk Cute girls:
Sabar Cute girls. Sebenarnya aku pun geram yang ada orang nak lukakan adik ku! *keluarkan pedang Halilintar* Btw ini chapter seterusnya.
Untuk Floral Lavender:
Hmm... Aku tak pasti. Tapi aku rasa author tak masukan boboiboy yang lain. Tidak tahu lah jika ada sequel dari ff ni. Itu author ku tak janji. Ini chapter selanjutnya.
Untuk Kifli X726:
Maaf kerana akhir update bagi pihak author ku. Yah~ author ku tak sedar yang hampir sepuluh hari dia tak sambung. Author ku dah minta maaf pasal lambat mereview dan dia dah membalas terima kasih kau.
Baiklah itu sahaja Hali nak cakap. Tapi sebelum itu nak minta perhatian,
Aku, adikku dan characters di dalam ff ni adalah kepunyaan Nizam Razak, pengarah Boboiboy dari Monsta.
Idea hanya author ku punya. Mungkin ada bahasa bercampur dengan Indon, Melayu dan Brunei. Author sudah sedaya upaya gunakan bahasa melayu dan buatkan agar semua pembaca faham.
Read, enjoy dan don't mind to review. Halilintar is out!
Chapter 4
Baiklah chapter 4 bermula di rumah bos Probe dan Gaga Naz,
Di salah satu sudut kawasan rumah, terletaknya sebuah bangunan yang telah menarik perhatian dari kawasan rumah besar itu. Bangunan itu berwarna hitam kelabur dan ia dipenuhi oleh ramai pengawal-pengawal dari luar dan dalam.
Di dalam bangunan terdapat banyak bilik makmal yang dipenuhi oleh para sainstist-sainstist yang sedang menguji kaji sesuatu. Bukan itu sahaja ada di dalam. Bangunan itu juga terdapat satu bilik pejabat yang khas untuk ketua mereka.
Di dalam bilik itu, mempunyai satu meja yang sangat besar yang dikelilingi oleh gambar lukisan yang mewah dan mahalnya. Ada seorang lelaki berpakaian sut tanpa tali leher tengah duduk di kerusi hitam besar dan kedua kakinya berada di atas meja. Matanya yang merah sedang membaca beberapa dokumen di tangannya.
Tiba-tiba dia terdengar pintu diketuk. Lelaki itu mengarah orang yang berada di sebelah untuk masuk tanpa mengalih matanya dari dokumen. Pintu itu pun buka dan munculnya si Probe dan Gaga Naz.
"Bagaimana Probe, Gaga Naz? Sudah kamu culik budak itu?" Tanya lelaki itu terus apabila setelah Probe menutup pintu itu dan masih tidak mengalih pandangannya.
"Be...belum." Jawap Gaga Naz gugup.
"Maa...af tuan tetapi, kami susah nak menghampiri budak tu. Abangnya itu sangat protective." Maaf Probe.
Bos mereka terus menghampas tangannya ke meja dengan keras, membuatkan Probe dan Gaga Naz terkejut ketakutan.
"Aku sudah bagi kamu 2 minggu untuk untuk menculik dia! Kamu belum dapat culik dia?!" Marah bos mereka lalu berdiri.
"Tapi tuan. Kita kan belum dapat gunakan budak itu untuk mengkaji sesuatu? Dia masih kecil." Cakap Probe seolah memberi alasan kepada bos mereka.
"Diam! Bukan untuk itu sahaja, bodoh! Setiausaha kamu nak aku samanya menjaga dia!" Marah bos lagi. Sebelum bos mereka berkata lagi, pintu satu-satunya di dalam itu telah diketuk lagi.
"Specking of that. Dia dah datang." Katanya si bos manakala pintu itu pun dibuka dan munculnya setiausaha mereka atau lebih dikatakan isteri si bos.
"Honey, sudah ke culik budak itu? Sudah 2 minggu I tunggu." Tanya si isteri yang terus duduk di meja besar.
"Belum sayang. Ni dua orang ini tak erti berkerja." Jawap si suami yang kini sudah tenang sedikit.
"Apa?!" Marah is isteri pula. Dia terus berdiri dari duduknya dan berjalan mendekati Probe dan Gaga Naz.
"Apa punya pekerja kamu ni! Nak aku ajar kau sesuatu?!" Sambung si isteri yang memegang baju kolar Gaga Naz.
"Maafkan kami Puan Kiki Ta!" Maaf Gaga Naz manakala Probe meyembunyikan dirinya dibelakang Gaga Naz.
"Sudahlah, sayang." Kata si suami yang meminta isterinya untuk berhenti.
"Tapi hon-"
"Sudah. Tidak ada gunanya nak dimarahi mereka lagi. Kita guna plan B."
"Plan B?" Tanya Probe yang sudah keluar dari belakang Gaga Naz.
"Ye, plan B. Kekerasan."
.
.
AnginTaufanGalaxy
Brother's teasure, chap 4
.
.
Balik kepada Hali dan Fan,
Hari itu adalah cuti awam dan Hali berada di rumah tengah mengawasi adiknya yang sedang menerokai rumah mereka dengan kedua kaki kecilnya itu. Disebabkan peristiwa yang telah mencederakan adiknya dia harus berwaspada ke mana adiknya pergi.
Akhirnya peneroka adiknya susah selesai. Mereka berdua sekarang di ruang tamu tengah berduduk santai di atas karpet merah dan biru. Tiba-tiba Hali menguap besar kerana dia tidak dapat tidur lena semalam. Hatinya merasa tidak enak. Dia tahu selagi diorang tidak dapat Taufan, sampai itu mereka akan mencari jalan untuk mengambilnya.
Hali tidak sanggup melihat adiknya kesakitan walaupun adiknya tidak tahu yang dia berada dalam bahaya. Dirinya rasa bersalah apabila melihat luka adiknya di pipi, seperti dia gagal menjadi seorang abang. Dia biarkan adiknya datang menghampirinya. Mereka membuat 'eye contact' dan Hali terus memeluknya. Hali tiba-tiba menangis. Dia tidak tahan semua ini.
"Aku tak nak ada orang nak ambil kau, adik. Aku sangat sayangkan kau." Kata Hali terdesak dan masih memeluk adiknya tetapi lebih erat.
"Aku tak akan biarkan orang ambil kau! Selagi aku masih hidup, mereka tak akan dapat kau!" Katanya lagi tetapi dengan nada suara yang marah. Taufan cuma merengek agar dapat dilepaskan.
.
.
.
.
Pagi itu menjadi petang dan rumah adik-beradik dipenuhi dengan tetamu iaitu Yaya, Ying, Fang dan Gopal. Mereka berempat datang untuk berlepak bersama Hali dan bermain sama Taufan. Ketika itu, Yaya dan Ying sedang bermain bersama Taufan, manakala Fang dan Gopal sedang berbincang tentang majlis sekolah yang akan bermula.
Setelah beberapa minit mereka berbuat demikian, Fang perasan yang Hali berkelakuan pelik dan selalu memperhatikan Taufan.
"Hali, apasal kau ni?" Tanya Fang.
"Yelah. Kau juga asyik lihat Taufan ja." Setuju Yaya.
"Maaf. Aku cuma sejak kebelakangan ini hatiku rasa risau." Maaf Hali.
"Risau? Risau apa?" Tanya Ying pula.
"Ada orang nak culik adikku." Balas Hali.
"Apa?! Siapa?!" Jerit semua orang kecuali Hali dan Taufan.
"Aku tak tahu siapa." Balas Hali lagi.
"Tapi macam mana kau tahu ada orang nak culik dia?" Tanya Gopal pula.
"Aku perasaan ada orang sedang mengintip kami. Mula-mula mungkin perasaanku. Tetapi setelah aku nampak luka di pipi Taufan, baru ku tahu." Jawap Hali lagi sambil menunjuk pipi adiknya. Kawan-kawannya manpu ber'oh' sahaja.
Sejam telah berlalu dan semua kawan-kawan Hali telah pulang. Sekarang waktu pukul 14:00, tiba masanya untuk mentidurkan adiknya. Hali terus menggendong Taufan dan pergi menuju bilik mereka. Semasa mereka di bilik, Hali tidak meletakkan Taufan ke katil bayi malah ke katilnya. Dia pun baringkan Taufan yang sudah mengantuk dan diikuti oleh badan Hali.
Dia pelahan menepuk perut adiknya agar dapat mentidurkannya dan sekali lagi dia telah menangis. Dengan pelahan dia memeluk adiknya yang telah tidur dan akhirnya Hali pun ikut tertidur kerana keletihan menangis.
.
.
.
.
Dua jam telah berlalu,
Keaadaan rumah kini sunyi sepi hanya bunyi yang halus datang dari bilik adik-beradik iaitu nafas mereka. Mereka adik-beradik masih berada dalam mimpi mereka masing-masing.
Tiba-tiba ada satu pergerakan di antara mereka, rupanya dari si abang. Dengan pelahan dia membuka matanya dan bangun. Dia terus mengosok matanya yang separuh sedar dan menguap kecil agar tidak membangunkan si adik sebelahnya. Dia mengusap kepala adiknya pelahan dan pada masa yang sama dia melihat waktu di jam tangannya. Waktu hampir mengecah pukul 16:15.
Dia bangkit dari katil dan terus menuju ke bilik mandi untuk mengambil wudhu. Selepas itu, dia melangkah balik ke biliknya dan memulakan sembahyang Asar. Apabila dia telah memberi salam, dia mengadah tangannya lalu berdoa,
'Ya Allah apakah semua ini?
Memang ada orang nak ambil adikku?
Aku tak nak dia menderita lagi
Sudah cukup dia kehilangan ibu bapanya
Aku tak nak dia kehilangan aku
Dia masih kecil, tidak tahu apa-apa
Ya Allah, Ya tuhanku
Berikanlah aku kekuatan
Agar aku akan dapat melindungi dia
Jika aku sudah gagal melindungi dia
Berikanlah aku pentunjuk
Untuk menyelamatkan dia pula
Tolonglah hambamu ini, Ya Allah
Amin.'
Dia menoleh kepada adiknya dan dengan tepat masanya, si kecil itu pun bangun. Hali menghampirinya dan menggendong. Semasa Hali membawa Taufan keluar dari bilik, handphone Hali mula berbunyi. Hali mengeluarkan handphonenya dan ternyata dia menerima mesej dari Fang.
(Hali. Boleh aku pinjam buku nota subjek Physic kamu. Aku amat perlukan sekarang. Tolong bawakan ke rumahku. ASAP.)-Fang.
Itulah isi mesej yang di terima.
Hali mula merasa risau kerana perasaannya tidak enak bila nak keluar hari ini. Dirinya tidak mengizinkan tetapi disebabkan temannya sangat memerlukan buku nota itu, dia tidak dapat buat apa-apa. Dia terus mengambil buku nota lalu memasukan ke dalam poket. Kemudian dia menggendong Taufan dan terus keluar rumah dan pergi.
'What will happen next?'
.
.
.
.
Cuaca petang ini agak mendinginkan. Angin bertiupan keras sampai membuat pokok-pokok bergoyang mengikut tipuan angin. Langit yang awalnya cerah kini di tutupi oleh awan-awan yang gelap. Nampaknya tidak lama lagi langit nak menitis air matanya.
Si sang adik-beradik berada dalam perjalanan ke rumah Fang dengan menggunakan jalan pintas iaitu di taman. Haki ingin pergi ke destinasinya secepat mungkin.
Di taman ketika itu, begitu senyap dan tidak ada seorang pun berkeliaran di kawasan itu. Tetapi Hali merasa seolah-olah ada orang tengah mengikuti mereka berdua. Hali mempercepatkan jalannya malah terhenti apabila dia nampak seseorang yang berbaju hitam di depan Hali.
Dia memperhatikan lelaki di depannya, sepertinya dia pernah melihatnya tetapi di mana?
"Apa khabar, Halilintar?" Tanya lelaki itu tiba-tiba, membuatkan Hali terkejut dari lamunannya.
"Siapa kau?! Apa kau nak?!" Jerit Hali marah.
"Nama aku ialah Bora Ra." Jawap soalan Hali santai.
"Bora Ra?"
"Ye, dan aku rasa kau memang tahu apa aku nak kan?"
"Taufan." Jawap Hali risau lalu pandang adiknya di lengannya.
"Tahu pun. Sekarang serahkan kepada ku." Mengarah si Bora Ra sambil menghulurkan tangan kanannya.
"Jangan harap!" Menolak Hali lalu memeluk Taufan dengan erat.
"Oh, Halilintar. Aku kasihan terhadap kau. Tak ada mak. Tak ada ayah. Sekarang nak jaga anak tu. Menyusahkan kau je, betul?"
"Kalau iya pun aku tak ada mak, ayah. Itu tak ada kena mengena kau nak ambil adikku! Dia adalah adikku dan tidak akan ada orang nak ambil dia!"
"Ohh. Degil. Nampaknya aku harus ambil secara paksa." Kata Bora Ra lalu memetik jarinya.
Hali memusing badannya ke belakang dan terkejut kerana munculnya lima orang berbadan besar di belakangnya. Dua orang daripada mereka ialah Probe dan Gaga Naz.
Hali terus berundur pelahan dengan muka yang serius, seperti dia tengah siap sedia untuk berlawan. Dia mendengar Bora Ra berkata lagi,
"Sekarang kau tak boleh buat apa-apa. Mulakan."
Lima orang itu pun mengelilingi Hali. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka terus mengerang iaitu Gaga Naz. Dia menghayunkan kakinya tetapi Hali memegang kakinya dan patahkannya dengan menggunakan satu tangan. Gaga Naz terus jatuh kesakitan.
Hali memusing kepalanya ke kanan dan nampak ada orang berlari menujunya cuba nak menumbuknya, tetapi Hali mengelak dengan menunduk kepalanya lalu mengangkat balik. Sekarang lengan orang itu betul-betul di depan Hali dan dengan cepatnya dia mematahkan lengan itu dengan menggunakan satu tangan lagi. Itu pun kerana tangannya yang lagi satu memegang Taufan.
Tiba-tiba dua orang datang secara serentak kepadanya dan Hali cuma menendang mereka jauh sampai orang dibelakangnya terikut jatuh juga.
Selepas itu Hali terus menoleh ke belakang apabila dia merasa ada seseorang iaitu Probe dibelakangnya. Dengan cepatnya Hali menarik lengan Probe dan memukulnya dengan sikunya. Probe pun jatuh pengsan di depannya.
Sekarang semua orang yang telah dilawan telah kalah. Hali menghadap balik kepada Bora Ra.
"Kau dah kalah, Bora Ra." Sahut Hali sambil menunjuk ke arahnya.
"Ye ke? Hehehe." Kata Bora Ra.
Tiba-tiba ada orang muncul dibelakangnya dan sebelum Hali dapat bertindak, orang itu memukul kepala Hali. Hali menjerit kesakitan dan terhempas ke tanah cement masih memegang adiknya. Kemudian, orang itu memijak kepalanya agar mukanya mencium lantai itu.
Bora Ra menghampiri Hali dan terus merampas Taufan darinya yang cuba sedaya upaya agar tidak melepaskan Taufan. Tetapi disebabkan dia sudah lemah dan kekuatan Bora Ra itu lebih kuat, dia tidak dapat menandinginya dan akhirnya terlepas juga Taufan dari tangannya.
Bora Ra bersenyum sinis lalu mengangkat Taufan yang kini sudah menangis ke langit dan berkata,
"Akhirnya aku dapat juga kau! Semua orang balik!"
Bora Ra pun pergi dari situ dengan Taufan digedongnya dan diikut oleh orang-orangnya. Hali yang masih dalam keadaan bebaring ke bawah telah menangis dan mengangkat tangannya lalu memanggil adiknya,
"Tau... Taufan! Hisk, hisk." Pandangannya semakin pudar dan semua menjadi gelap.
.
.
.
.
Di bilik pejabat Bora Ra,
Kini bilik itu dipenuhi oleh mereka iaitu, Bora Ra, isterinya, Probe, Gaga Naz dan Taufan. Taufan dikurung di dalam katil bayi dan dia masih dalam keadaan menangis. Si isteri iaitu Kiki Ta tengah mencubit pipi Taufan dengan sungguh teruja.
"Ooo... Honey. I sangat suka dia! Comel sungguh!" Ceria Kiki Ta dan dia mencubit lagi pipi Taufan. Kemudian dia berlari kepada suaminya yang berdiri jauh darinya sambil mengucap terima kasih lalu memeluknya dan mencium pipinya.
"Sama-sama. I tahu you mesti suka kat dia." Kata Bora Ra dan membalas pelukan isterinya.
"Apa kita nak buat jika budak laki itu datang dan nak ambil balik bayi ni?" Tanya Probe tiba-tiba.
"Hpm! Biar dia datang. Tentu dia seorang sahaja akan datang. Nanti kita bunuh sahaja dia di depan adiknya sendiri. Hahahahaha!" Jawap Bora Ra kejam.
~TBC
Annyeo, semua. Ini Halilintar lagi. *mata berkaca air* Maaf... maafkan aku semua *menangis* Hisk, hisk. Aku gagal nak selamatkan Taufan. Maafkan aku! *bow* *mengelap air mata* Also maaf permintaan kamu semua pasal jangan dipisahkan Taufan. Maaf.
Sampai itu sahaja aku nak katakan. Hisk, hisk. Authorku juga nak minta maaf jika jalan perlawanannya tidak terasa hebatnya dan alunannya cepat. Also authorku nak tanya. Kamu nak sequel ff ni tak? Author ada sudah ideanya tapi sedikit.
Terima kasih sekali lagi kerana suka ff ni. Bye.
P/S: Good News for the readers who are waiting for Ku rela dibenci. Insha Allah it will be update every soon.
P/S: Jangan lupa nak review. Jika kamu tak kisah.
Sekian,
Boboiboy Halilintar.
