BAB TIGA:
Setelah hampir 3 minggu belayar, akhirnya kapal yang membawa hamba-hamba yang baru bagi istana Korea sampai di Pelabuhan Incheon. Pelabuhan utama Korea itu sentiasa sibuk dengan kapal-kapal dagang dari seluruh pelusuk dunia. Ketibaan kapal tersebut ditunggu oleh penghulu istana yang menguruskan kemasukan hamba-hamba di istana, Jo In Sung bersama dengan Han Hyo Joo.
Luhan melihat dari tingkap kapal akan kawasan pelabuhan Icheon itu, hatinya berasa sayu kerana dia tidak akan kembali semula ke kampung halamannya yang kini telah hancur. Kyungsoo yang berada disebelahnya hanya mampu memeluk teman rapatnya sambil memberi kata-kata semangat kepada dirinya dan Luhan. 30 orang wanita dan 25 lelaki yang bakal dijadikan hamba itu akan dibawa terus ke istana untuk pemeriksaan bagi menentukan sama ada mereka layak berkhidmat di istana atau tidak. Sekiranya didapati tidak layak, maka mereka akan dijual kepada bangsawan diluar istana.
"Dengar semua, aku tahu kamu semua sedih kerana diambil secara paksa dari kampung halaman masing-masing namun, aku harus memberitahu kamu semua bahawa apabila kamu masuk sahaja ke istana, identiti kamu yang dahulu harus dibuang jauh-jauh. Kamu semua adalah hamba kepada istana. Istana akan menjadi rumah dan identiti kamu yang baru. Aku menginginkan anda ingat pesananku baik-baik." Kata-kata Jo In Sung itu membuat semua calon-calon hamba tersebut terdiam. Luhan yang mendengar kata-kata itu hanya mampu menghembus nafasnya perlahan.
"Selamat tinggal duniaku..." Bisik Luhan.
Di Istana Besar (Dalam Kamar Maharani)
Maharani Oh Tai Hee kelihatan sedang menunggu seseorang. Itu terpancar dari wajahnya yang menunjukkan ekspresi tidak sabar. Tidak lama kemudian masuk seorang dayang wanita. Dayang itu membawa seorang wanita cantik yang berusia 20 tahun. Dari pakaiannya yang cantik, dapat dipastikan bahawa dia bukan dari kalangan rakyat biasa.
"Selamat datang ke istana wahai menantuku, Ha Ji Won, apakah kau berasa penat sepanjang perjalanan dari Kilchu ke sini." Tanya Maharani. Ha Ji Won dengan tersenyum membalas kata-kata mertuanya itu: "Wahai bondaku, aku tidak begitu penat malahan aku berasa gembira dapat kembali ke sini. Aku juga gembira dapat bersua muka dengan bonda lagi.
Maharani begitu gembira kerana sudah lama dia tidak berbual dengan satu-satunya menantu yang dia ada. "Dimana cucuku, Soo Hyun, panggil dia kemari." tanya Maharani lagi. "Soo Hyun masih lagi tidur bonda, dia kepenatan kerana seharian bertanya bila dia akan bertemu Tuanku dan bonda." balas Ji Won. Tai Hee hanya tersenyum mendengar gelagat cucunya itu.
Ji Won merupakan isteri atau Ratu kepada Maharaja Sehun. Dia merupakan anak kepada Raja Hoeryong yang dikahwinkan atas dasar kestabilan negara. Mereka telah bersama selama 3 tahun. Putera tunggal Sehun, Oh Soo Hyun lahir setahun selepas mereka berhubungan. Ji Won mempunyai rambut panjang berwarna coklat gelap. Iris matanya berwarna amber dan mempunyai badan yang langsing. Seorang yang mahir melukis dan bermain musik. Ji Won juga mempunyai kepintaran menari. Namun, tidak semua tahu bahawa hubungan Sehun dan dirinya tidak harmonis walaupun dikurniakan putera.
Balai Penghadapan, Istana Besar.
"Duli Maha Mulia Maharaja Sehun masuk ke balai penghadapan." Pengumuman itu membuatkan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang sedang berbual langsung berdiri tegak. Tidak lama kemudian Sehun masuk ke balai penghadapan dengan wajahnya yang datar seperti biasa diikuti oleh pembantu rapatnya, Jongin. Hari ini merupakan mesyuarat kerajaan yang Sehun hadiri buat pertama kali sebagai Maharaja. Seluruh pegawai menundukkan kepala saat Sehun melewati mereka. Sehun kemudiaanya duduk diatas takhta lalu mengangkat tangan kanannya. Pegawai-pegawai yang menundukkan kepala serentak menegakkan kepala mereka semula.
"Bendahari kerajaaan, bagaimana keadaan kewangan ekonomi negara sepanjang pentadbiran ayahanda beta yang lepas sehingga hari ini." Tanya Sehun. Hyun Bin, selaku pemegang jawatan bendahari menjawab: "Ampun Tuanku, dengan rahmat Tuhan dan kecekapan pentadbiran almarhum ayahanda Tuanku, simpanan tunai adalah sebanyak 1.5 bilion Won, manakala perbelanjaan negara pula sebanyak 500 juta Won."
Sehun yang mendengar laporan tersebut sedikit tenang namun riak wajah itu bertukar menjadi datar semula. "Bagus, dengan adanya kewangan yang kukuh, tidak ada masalah untuk kita meluaskan wilayah kekuasaan kita. Beta bercadang ingin meluaskan kekuasaan kerajaan kita melepasi perbatasan Manchuria. Kawasan pulau-pulau yang belum kita kuasai di sekitar selatan Korea juga akan kita taklukan."
Wawasan yang diutarakan oleh Sehun mendapat kata-kata yang positif dari pegawai-pegawai yang ada disitu. "Ampun Tuanku, dengan kewibawaan Tuanku dan izin dari Tuhan, Korea akan menjadi kuasa besar di dunia." Perdana Menteri Woo Bin memberi pujian kepada Sehun. Sehun meneruskan ucapannya: "Namun begitu, semasa dalam perjalanan dari Kilchu ke sini, beta mendapat aduan bahawa pedagang dari kawasan Najin mendakwa mereka dipaksa membayar cukai bagi pakaian yang mereka hasilkan. Mereka juga diugut jika tidak membayar cukai itu dengan segera, kediaman dan tanah mereka akan dirampas. Bukankah beta sudah memberi amaran agar tidak menganiaya rakyat marhaen." Suara Sehun yang mulai keras itu menyebabkan pegawai-pegawai tersebut merinding ketakutan.
"Setelah siasatan yang beta lakukan, aduan mereka terbukti benar dan dalang kejadian itu. Menteri Pertahanan, Soong Jong Ki, kamu adalah adalah dalang tersebut. Jadi, beta telah putuskan untuk memberi keadilan kepada mereka." Jong Ki yang mendengar titah tersebut menjadi pucat dan tubuhnya berasa menggeletar seperti mengalami demam.
"Beta memutuskan agar kamu dihukum bunuh atas tuduhan memeras rakyat demi kepentingan sendiri. Segala harta yang kamu ambil secara paksa daripada mereka, akan dikembalikan semula pada yang berhak, hukuman akan dilaksanakan pada esok petang." Sehun bangkit dari takhta lalu terus keluar dari balai penghadapan diikuti dengan Jongin. Serentak dengan itu, dua orang pengawal menangkap Joong Ki dan membawanya terus ke penjara. Mereka yang tinggal didalam balai itu semuanya terperanjat dengan keputusan Sehun yang begitu drastik. Sehun membuktikan kapasiti yang sungguh berkarisma sebagai pemimpin negara.
