Warning!: Ooc melebih,Typo dimana-mana, BL, Sho-ai, FangBoy pairing, Fang Idol! Au, No superpowers, All Character in human ver, no alien and robot.
Disclaimer: Boboiboy from Animonsta Studio..
xxxxxxxxxx
Boboiboy terkaku merenung ke arah Fang yang sedang duduk di hadapannya. Sekali sekala senyuman manis menghiasi bibir Fang manakala pelajar-pelajar yang pada mulanya ramai mengerumuni booth kelab muzik dan tarian mula berkurangan.
"Ma.. Ma..Ma.." Kata Boboiboy gagap.
"Macam mana aku boleh ada kat sini?? Aku belajar kat sinilah.." Kata Fang selamba.
"E.. EEHHHH?!!!" Jerit Boboiboy.
Akibat daripada jeritan Boboiboy itu, kesemua pelajar di situ memandang ke arahnya.
"E.. Engkau belajar kat sini?? Tapi kenapa engkau jaga booth ni??" Tanya Boboiboy.
"Apa yang engkau merepek ni, Boboiboy?? Aku memang kena jaga booth ni la.." Kata Fang.
"Tapi bukan ke engkau sama umur dengan aku dan semua pelajar baru di sini?? Engkau kan patut mengikuti orientasi ni??" Tanya Boboiboy.
"Haih.. Apa lah yang engkau merepek ni.. Engkau sekarang ni dah masuk orientasi untuk pelajar panggilan kedua sahaja.. Lagipun beberapa orang pelajar baru yang satu kelas dengan engkau tu sebenarnya sesetengah daripadanya bukan sama umur dengan engkau pun... Aku ni dah masuk dua tahun belajar di sini..." Terang Fang.
"Ehh?!! Apa??!! Engkau dah dua tahun belajar di sini?!!" Kata Boboiboy, terkejut.
"Ya! Universiti di sini mempunyai prosedur pendaftaran untuk pelbagai umur selepas sekolah menengah.. Macam aku ni, aku masa umur 18 dah daftar masuk ke sini dan classmate aku semuanya sekarang ni ada yang berumur 20 tahun ke atas termasuklah Adudu dan Probe." Terang Fang.
"Ehhh?!! Patutlah si Zumin tu masuk orientasi ni.. Hmm..." Gumam Boboiboy.
"Apa?!! Engkau kata Jumin?!! Park Jumin tu?!! Macam mana engkau boleh kenal si tak guna bertopeng hitam tu?!!" Jerit Fang.
"Eh.. Pa.. Pasal tu..." Kata Boboiboy.
"Ianya Park Zumin!! Budak berambut landak!!"
Fang dan Boboiboy terus menoleh ke arah orang yang berdiri beberapa inci dari booth kelab muzik dan tarian. Zumin berjalan ke arah booth tersebut sambil menatap tajam ke arah Boboiboy.
"Park Jumin!! Tak guna!! Engkau pergi ke mana, huh?!! Dan berhenti panggil aku si berambut landak!!" Jerit Fang.
"Berapa kali aku cakap.. Ianya Park Zumin bukannya Jumin!! Z. U. M. I. N!! ZZZUmin!!!" Kata Zumin sambil menyepak muka Fang.
Fang tersembam di atas tanah akibat daripada impak sepakan kaki Zumin. Boboiboy yang melihat adegan tersebut hanya mampu terkaku.
"Engkau pula??" Kata Zumin sambil menatap tajam ke arah Boboiboy.
Boboiboy menggelengkan kepalanya dan seluruh badannya menggigil habis. Zumin yang melihat Boboiboy ketakutan hanya mampu menyeringai di sebalik topengnya. Zumin berjalan ke arah Boboiboy manakala Boboiboy berundur ke belakang. Seringaian bertambah lebar menghiasi bibir Zumin.
"Haha.. Ternyata engkau masih lemah macam dulu.. Such a babycry like always.." Kata Zumin mengejek.
Zumin berjalansemakin hampir dengan Boboiboy dan kedua-dua tangannya memegang kuat bahu Boboiboy. Bibirnya dihampirkan ke telinga Boboiboy.
"Ternyata engkau masih ingatkan aku lagi. Sudah 9 tahun lebih kita berpisah selepas kejadian tu kan, Boboiboy?? Rindu aku tak??" Bisik Zumin.
Boboiboy terdiam, tidak tahu hendak mengatakan apa-apa lagi.
"Hoi, Jumin!! Jangan engkau dekati diri engkau dengan Boboiboy!!" Jerit Fang.
"Ops! Sori, Fang.. Oh ya! Kenapa engkau cari aku ni??" Tanya Zumin.
"Kenapa engkau cakap?!! Kenapa?!! Tak guna betullah engkau ni... Engkau tau tak dah seminggu engkau ponteng praktis?!!" Jerit Fang.
"Haha!! Sori, Fang.. Hari tu aku balik ke Malaysia sebab tu ponteng praktis.." Kata Zumin selamba.
"APA?!! Engkau balik Malaysia tanpa kebenaran manager dan kami semua?!! Are you out of your mind?!! Engkau memang nak kena dengan manager ke apa, Jumin?!!" Kata Fang.
"It's Zumin, pabo!" Kata Zumin
"Adakah aku yang pabo atau engkau yang pabo sekarang ni?!! Otak byuntae!!" Kata Fang.
"Engkau pun sama!! Rambut landak!!" Kata Zumin.
"Err... Korang?? Mianhae.. Semua orang sekarang ni pandang korang semua..." Kata gadis yang berada di booth sebelah.
Fang dan Zumin memandang sekeliling, ternyata kesemua pelajar menatap tajam ke arah mereka semua dengan aura yang menyeramkan. Fang dan Zumin memandang ke arah lain seperti tiada apa-apa yang terjadi.
"Dah lah, aku nak pergi ke tempat lain.. Chal isseo.." Kata Zumin sambil berjalan meninggalkan Fang.
"Si tak guna ni..." Kata Fang sambil mengertakkan giginya.
"F.. Fang??" Tanya Boboiboy.
"Ah! Mi.. Mianhae, Boboiboy.. A.. Aku meminggirkan engkau.." Kata Fang serba salah.
"Sebenarnya Zumin tu apa dengan engkau??" Tanya Boboiboy.
"Sebenarnya... Err.." Kata Fang ragu-ragu.
"Sebenarnya apa, Fang??" Tanya Boboiboy.
"Sebenarnya dia adalah ahli baru Fantastic Shadow..." Balas Fang sambil ketawa paksa.
Suasana menjadi senyap sunyi, mata Boboiboy terkebil-kebil dan...
"EEEHHHHHHHH???!!!"
xxxxxxxxxxxxxxxxxx
"Urrghh!! Hari ini hari paling teruk yang pernah aku alami..." Kata Boboiboy dengan wajah yang agak tidak bermaya.
Cattus dan Bellbot yang berada di sebelah Dan hadapan Boboiboy hanya mampu bersweatdrop. Sekarang ini mereka semua berada di kafeteria untuk mengisi perut mereka sebelum menyambung sesi orientasi mereka semua.
"Apa yang sebenarnya terjadi??" Tanya Cattus.
"Aku tak tahu pula yang Fantastic Shadow ada hal baru.." Kata Boboiboy.
"Laa.. Pasal tu rupanya.. Ingat apalah tadi.." Kata Cattus selamba.
"Tapi masalahnya Park Zumin tu ahli barunya.. Park Zuminnnn..." Kata Boboiboy.
Cattus dan Bellbot kembali bersweatdrop.
"Hei! Hei, Cattus!! Engkau masuk kelab apa??" Tanya Bellbot.
"Aku masuk kelab memasak dan kelab memanah.. Engkau pula??" Kata Cattus.
"Aku pula kelab muzik dan tarian serta kelab taekwando.." Balas Bellbot.
"Eh?! Engkau pun masuk kelab muzik dan tarian juga?? Boboiboy pun masuk kelab tu.." Kata Cattus.
"Ye ke?? Tapi aku masuk kelab muzik dan tarian wanita.." Kata Bellbot.
Secara tiba-tiba perkara itu menarik perhatian Boboiboy.
"Eh?? Kenapa boleh ada satu kelab yang sama tetapi mempunyai perbezaan dan aku tak perasan pun booth kelab tu??" Tanya Boboiboy.
"Entahlah.. Dan ya, kelab tu agak terpencil jadi agak sukar untuk dilihat.." Kata Ochobot.
"Ada sebab kelab muzik dan tarian ada dua.."
Kata sosok misteri tersebut menarik perhatian mereka bertiga, mereka bertiga perlahan-lahan menoleh ke arah sosok itu. Terlihat Fang sedang berdiri sambil menatap ke arah Bellbot seakan-akan ingin melahap seluruh badan Bellbot. Mereka bertiga menjerit ketakutan sambil berpelukan.
"F... Fang.. Ke.. Kenapa engkau pandang Be..Bellbot macam tu??" Tanya Boboiboy.
Sekali sekala Boboiboy menelan air liurnya kerana takut melihat tatapan maut Fang.
"Engkau sudah diterima masuk ke dalam kelab itu??" Tanya Fang dingin.
"Be.. Belum.. Ma.. Masih dalam proses.." Balas Bellbot.
"Ok.. Baiklah kalau macam tu.." Kata Fang kembali reda.
Boboiboy, Cattus dan Bellbot menghembus nafas lega kerana Fang kembali reda.
"Sebenarnya.. Kenapa kelab tu ada dua, Fang??" Tanya Boboiboy.
"Sebenarnya kelab muzik dan tarian lelaki dan wanita bermusuhan.." Kata Fang.
"Bermusuhan?? Maksud engkau??" Tanya Cattus pula.
"Kelab muzik dan tarian lelaki dan wanita sudah bermusuhan sejak azali lagi.. Kelab inilah antara kelab top 1 dan 2 yang paling kuat yang pernah ada di universiti ini.. Kelab di universiti ini adalah bawah naungan Shadow Entertainment dan Galaxy Entertainment.. Kesemua idol dari dua syarikat ini yang terdahulu pernah belajar di sini dan menyertai kelab ini.. Dan juga kami selalu bertarung untuk mendapat kedudukan pertama dalam setiap acara nyanyian.." Terang Fang.
"Nanti kejap, bukan ke Shadow Entertainment tu nama syarikat naungan grup korang, Fantastic Shadow?? Dan Galaxy Entertainment adalah syarikat naungan grup baru, Star Girls??" Tanya Boboiboy.
"Star Girls?! Aku suka Star Girls, diaorang comel, badan diaorang pun cantik dan hebat juga.. Walaupun diaorang grup baru tapi mereka he.." Kata Cattus tetapi kata-kata tersebut terhenti apabila...
Zass!! Sebilah pisau melintas laju di antara Boboiboy dan Cattus. Boboiboy dan Cattus menoleh ke belakang dan terlihat pisau tersebut tertacap di dinding kafeteria. Boboiboy dan Cattus menoleh ke hadapan semula dan menelan air liur. Ternyata Fang menatap maut ke arah Cattus dengan aura menakutkan menyelubungi badannya.
"Engkau jangan cakap pasal grup SG tu kat depan aku, faham??" Tanya Fang dingin.
Cattus mengganggukkan kepalanya tanda faham dengan apa yang dikatakan oleh Fang.
"Wah,wah... Kenapa marah sangat ni, Fang??"
Teguran dari seseorang menyebabkan Boboiboy, Cattus, Fang dan Bellbot serentak memandang ke arah seorang gadis yang sedang bercekak pinggang. Gadis tersebut memakai baju berwarna biru dan kuning serta memakai cekak rambut dan berambut hitam paras dada. Boboiboy melopong habis.
"Yi... Ying?!! Engkau pun ada di sini?!!" Jerit Boboiboy.
"Annyeong, Boboiboy. Dah lama kita tak berjumpa." Kata Ying sambil menyeringai.
TBC...
