"Saya pula ingin mencubanya" Kata Shikamaru dengan nada malasnya sambil bangun lalu menuju ke arah bola kristal.

Jemari Shikamaru berhenti dari menekan keyboard komputer sebaik mendengar bunyi jam di dinding berdentung sebanyak sepuluh kali. Shikmamaru terus menutup komputernya setelah itu mencapai kotak rokok dan lighter yang terletak bersebelahan keyboard lalu terus keluar dari dalam pejabatnya.

Shikamaru tidak terus pergi sebaliknya dia pergi ke pejabat hokage. Dia mahu menjenguk ketuanya sebentar sebelum dia pulang. Bila dia masuk ke dalam pejabat dia melihat seorang pemuda sibuk meneliti laporan di tangannya. Di atas mejanya penuh dengan timbunan laporan yang tingginya hampir mencapai siling. Begitu juga diatas lantai. Separuh daripada pejabatnya dipenuhi dengan skrol dan kertas laporan.

"Itachi?" Panggil Sasuke tidak berkelip. Pemuda yang duduk diatas kerusi hokage itu memang tidak ubah seperti abangnya. Bezanya adalah pemuda itu tiada garisan di bawah matanya.

Bila mengingatkan yang abangnya sudah tiada lagi pada masa depan barulah Sasuke sedar yang pemuda itu adalah anak lelakinya.

"Jiji tengok! Anak saya jadi hokage. Wah bangganya saya!" Naruto menjerit dengan penuh kegembiraan. Rasa bangga meluap-luap di dalam dirinya bila melihat pada masa hadapan anaknya akan mengikut jejak langkahnya menjadi hokage.

"Dialah hokage yang paling kacak sekali yang pernah saya lihat" Ujar Naruto lagi. Semua orang termasuklah Hiashi dan Neji setuju dengan pendapat gadis pirang tersebut.

"Pak cik sudah mahu pulang?" Tegur Itachi tanpa langsung mengalihkan pandangannya dari laporan di tangannya itu.

"Pak cik mahu pulang. Ada apa -apa yang kamu mahu sebelum pak cik beredar pulang?" Tanya Shikamaru dengan gaya malasnya.

"Hanya satu sahaja. Sebelum pak cik pulang sila hantarkan bunga kepada kekasih saya di Lovey Dovey Cafe. Katakan pada dia yang saya minta maaf kerana tidak dapat bertemu janji dengannya. Bunga ada diatas meja" Pinta Itachi. Setelah siap membaca tangan kanannya pantas mencapai sebatang pen diatas meja dan menyainnya. Setelah itu dia mengambil laporan lain pula.

Shikamaru mengikut sahaja arahan ketua mudanya itu tanpa banyak soal. Dia mengambil sejambak bunga diatas meja lalu terus beredar keluar meninggalkan Itachi dengan kerjanya itu.

Hiruzen merasa kasihan dengan nasib pemuda Uchiha itu. Dalam usianya yang sungguh muda Itachi terpaksa menggalas tanggungjawabnya sebagai ketua dan pemimpin kampung hingga terpaksa mengorbankan kegembiraannya.

Shikamaru masuk ke dalam sebuah cafe yang terletak di tengah pekan Konoha. Tujuan kedatangannya ke cafe tersebut bukanlah untuk makan seperti pengunjung yang lain tetapi hanya untuk menyampaikan pesanan tuannya kepada kekasihnya.

Dia menghampiri seorang gadis jelita yang sedang duduk seorang diri. Wajah gadis tersebut masam dan membosankan. Diatas mejanya terdapat beberapa gelas kosong menunjukkan yang dia sudah lama melepak di dalam cafe tersebut.

"Miss Yuki" Shikamaru memanggil nama gadis tersebut.

"Ya saya"

Shikamaru meletakkan jambangan bunga yang sedikit layu di atas meja.

"Hokage sama meminta saya memberi bunga ini kepada cik Yuki. Dia minta maaf kerana tidak dapat keluar bersama dengan cik pada malam ini kerana urusan kerjanya" Dengan muka datar lagi membosankan Shikamaru menyampaikan pesanan Itachi kepada gadis tersebut.

Ini bukan kali pertama dan juga kali terakhir Shikamaru menjadi posmen Itachi. Setiap kali Itachi sibuk dengan kerjanya hingga dia terpaksa membatalkan datenya pemuda itu pasti akan meminta Shikamaru menghantar pesanannya kepada kekasihnya. Itachi sengaja memilih cafe ini kerana ianya sehala dengan Nara compound. Budak bijak.

Yuki bukanlah kekasih pertama Itachi. Gadis itu adalah kekasihnya yang ke sebelas. Bukan, Itachi bukanlah seorang kaki perempuan yang suka mempermainkan hati perempuan. Anak itu tidak berani untuk melakukannya kerana Naruto pasti akan membunuhnya nanti. Alasan mengapa Itachi selalu bertukar teman wanita adalah kerana semua kekasihnya itu tidak tahan dengan workholicnya.

Uchiha Itachi adalah seorang yang sangat kuat bekerja. Dia lebih mementingkan kerjanya daripada melayan para kekasihnya. Ini menyebabkan mereka berkecil hati dengan pemuda tersebut. Tiada perempuan yang bertahan dengan Itachi.

"Terima kasih Nara san. Tolong sampaikan psanan saya pada Itachi. Mulai daripada hari ini Itachi bukan lagi teman lelaki saya. Saya mahu putuskan hubungan dengan dia kerana saya bosan dengan sikap dia yang lebih mementingkan kerjanya daripada saya" Habis sahaja gadis tersebut memberi pesannya terus dia bangun dari tempat duduknya lalu beredar dari tempat tersebut.

"Aku pun tak sudi nak terima kau sebagai menantu aku!"Marah Naruto. Dia dapat agak yang gadis tersebut tidak ikhlas dengan anaknya. Yuki bercinta dengan Itachi hanya kerana duit dan status anak lelakinya itu sahaja. Dasar perempuan materialistik!

"Mahu bercinta dengan hokage tetapi langsung tidak mahu memahami tugas seorang hokage" Gerutu Shikaku.

"Perempuan itu bukannya pandang Itachi kun tetapi statusnya sahaja"Sambung Tsume. Kasihan Itachi kun kerana mendapat kekasih seperti Yuki.

Itachi bersikap biasa sahaja bila penasihatnya itu memberitahu pada dia yang Yuki mahu memutuskan hubungan dengannya. Dia langsung tiada niat untuk memujuk kekasihnya itu kembali semula kepadanya. Sebelas kali putus cinta membuatkan hatinya sudah menjadi lali.

Sementara itu….

Nara Shirayuki mendaki anak tangga sambil mengumam gembira. Kedua tangannya memeluk beg kertas yang penuh berisi dengan barang dapur yang baru di belinya. Gadis tersebut baru sahaja pulang dari misi panjangnya dan dia mendapat cuti selama beberapa hari. Shirayuki ingin membuat kejutan pada tunangnya yang sudah lama tidak di temuinya. Dia mahu menghabiskan masanya bersama dengan tunangnya itu.

Namun yang terkejut pada hari ini bukanlah tunangnya sebaliknya Shirayuki sendiri. Di atas katil tunang kesayangannya itu sedang berpelukan dengan seorang gadis tanpa seurat benang. Orang bodoh pun boleh tangkap apa yang kedua mereka itu sedang lakukan.

"Malunya!"Jerit Ino. Semua perempuan menutup muka mereka dengan kedua belah tangan mereka.. sungguh memalukan. Mereka semua tidak sanggup ingin menonton adegan tersebut.

Manakala para lelaki pula hidung mereka berdarah dengan banyaknya.

Rasa sakit,pedih, marah dan benci bercampur aduk di dalam diri Shirayuki dengan kecurangan teman lelakinya itu.

"Sayang dengar dulu penjelasan saya" Lelaki tersebut cuba memujuk Shirayuki bila gadis tersebut mengeluarkan sebilah kunai dari dalam poachnya.

"Penjelasan? Tiada apa yang perlu dijelaskan lagi kerana semuanya sudah jelas dan nyata. Kau curang dengan aku. Kau bawak perempuan lain masuk ke dalam bilik kau. Aku betul-betul bencikan kau!"

Shirayuki dengan pantas meloncat kearah lelaki tersebut. Kekasih gelap bekas tunangnya itu menjerit ketakutan. Amukan puteri Nara itu benar-benar menakutkannya. Kerana terlalu takut dia terus cabut lari dalam keadaan berbogel.

Shirayuki mengajar bekas tunangnya itu cukup-cukup. Dia membelasah lelaki tersebut tanpa belas kasihan. Bila marahnya sedikit mereda dia terus pergi dari situ meninggalkan bekas tunangnya yang hampir mati diatas lantai.

"Ouch" mereka semua mengaduh dengan muka yang berkerut-kerut seolah-olah mereka yang kena belasah dengan Shirayuki. Akamaru menyorok di dalam jaket Kiba. Anjing kecil tersebut tidak sanggup untuk menontonnya.

Satu pengajaran yang remaja lelaki dapat pada hari ini. Perempuan begitu dahsyat dan menakutkan bila mereka marah lebih-lebih lagi bila lelaki mereka berlaku curang.

"Aku mahu melakukan misi" Pinta Shirayuki kepada Itachi.

"Ditolak. Kau baru sahaja pulang malam tadi. Malam semalam bukan main lagi berianya kau mahu bersama dengan tunang kesayangan kau tu" Jawab Itachi.

"Kau jangan sebut nama si tak guna itu di depan aku lagi. Aku tak mahu dengar nama dia lagi dan dia bukan tunang aku lagi. Aku dengan dia sudah putus" Tempelak Shirayuki.

"Ss-rank mission tidak banyak. Hanya satu sahaja yang masih lagi tinggal. Kau mahu pergi misi bersama dengan aku?" Itachi menunjukkan sebuah scroll kecil kepada Shirayuki.

"Biar aku teka kau pun baru putus cinta juga"

"Hn"

"Okey. Lagipun sudah lama kita tidak menjalankan misi bersama-sama. Mahu ajak Neji dan sensei sekali ke? Selepas habis misi kita boleh makan dan bersuka ria bersama-sama"

"Great idea. Aku suka!"

Shikamaru masuk ke dalam pejabat Itachi dengan membawa sebukit fail di tangannya. Tetapi dia mendapati yang Itachi tiada. Tangan kiri Shikamaru mengambil nota yang Itachi tinggalkan diatas mejanya.

"Kepada pak cik Shika, saya pergi menjalankan misi bersama dengan kumpulan saya. Saya tidak akan pulang dalam masa yang terdekat. Saya mahu pak cik Kakashi mengambil alih tempat saya buat sementara waktu. Semua tugas clan head ada di dalam skroll"

"Sadistic hokage" Gerutu Shikamaru. Masa beginilah dia betul-betul bencikan Itachi. Tuan mudanya itu memang betul-betul evil. Spawn of evil. Suka kabur dan menyusahkan semua orang. Rakan dia pasti akan marah dengannya lagi kerana membiarkan Itachi lolos lagi.

"Troublesome" Sungut Shikamaru. Jika dia tahu pada masa akan datang yang dia terpaksa mengurus dan menjaga hokage muda yang banyak kerenah sudah pasti dia tidak akan menyertai program ninja.

"Aku harap kamu berdua mengajar anak kamu lebih baik lagi"Rungut Shikamaru.

"Bukan salah aku atau pun dobe. Aku tahu yang aku mengajar Itachi dengan baik. Salahkan council siapa suruh mereka lantik budak yang baru nak kenal dunia sebagai hokage mereka" Sasuke menyalahkan pihak council pula.

"Kalau kamu berdua mahu lepaskan geram janganlah libatkan aku sekali"Kata Neji kepada kedua teammatenya. Mereka berdua baru sahaja menyelesaikan tugas mereka. Tugas mereka adalah untuk menghapuskan kumpulan pemberontak yang berniat untuk menggulingkan daimyo negara Api.

"Ma,ma Neji janganlah begini. Kita sudah lama tidak melakukan misi bersama-sama. Jangan risau aku akan tolong kau pujuk Yna bila pulang nanti"Kata Itachi. Tahu mengapa Neji begitu marahkan dia dan Shirayuki. Mereka berdua telah mengacau Neji dan teman wanitanya. Ketika pemuda Hyuuga itu sedang seronok bercengkerama dengan kekasihnya mereka telah menculik dan membawa lari Neji dan memaksa dia mengikut mereka melakukan misi. Ini membuatkan Neji begitu marah sekali.

"Apalah dosa yang aku sudah buat pada kehidupan lalu sampai aku dapat kawan yang menyebalkan macam kau ni. Dan sekarang Shirayuki sudah pun berjangkit dengan kau"

"Janganlah meanie sangat. Kau memang langsung tiada hati perut. Susah sama susah. Sedih sama sedih" Jawab pula Shirayuki.

Neji tahu yang dia sudah pun kalah bila rakan perempuannya itu menyebelahi Itachi.

"By the way mana sensei?" Tanyanya bila menyedari yang sensei mereka tiada bersama dengan mereka. Dia duduk di sebelah Itachi. Tangan kirinya menyambut huluran bekas minuman dari rakannya itu. Sambil meneguk minuman mata lavendernya memerhati pemandangan yang langsung tidak indah di depannya itu.

Mereka bertiga sedang duduk ditengah hampir sepuluh ribu mayat pemberontak. Keadaan mayat yang bergelimpangan ngeri diatas tanah beserta bau hanyir darah langsung tidak membuatkan ketiga sekawan merasa mual dan loya. Mereka sudah biasa. Darah dan nyawa adalah permainan mereka terutama sekali bagi Itachi.

"Pandang Hinata. Inilah tugas sebenar seorang shinobi. Selama ini ayah berkeras dengan kamu kerana ayah sayangkan kamu. Tugas Shinobi sangat kotor. Dalam dunia shinobi tiada tempat untuk orang lemah. kamu lemah kamu mati" Hiashi bukan sahaja memberi pengajaran kepada anak perempuannya tetapi kepada genin yang lain.

"Dia kata dia mahu mencari dan membunuh ketua pemberontak" Jawab Shirayuki.

"Dan meninggalkan kita bertiga melakukan kerja yang melecehkan ini" Balas Neji.

"Sensei sudah tua dan dia sudah tidak larat lagi nak berlawan"Kata pula Itachi. Dia mengangkat tangan kanannya ke udara lalu mengaktifkan sedikit chakranya ke tangan.

"Aku tabik jonin yang menjaga budak-budak ini" Kata Asuma. Kumpulan yang dianggotai oleh Hyuuga, Uchiha dan Nara adalah satu mimpi ngeri buat semua guru. Awal-awal Asuma angkat tangan jika hokage memberi kumpulan seperti itu kepadanya. Dia memang tidak sanggup untuk menjadi guru mereka.

Asuma akan tabik sampai mati jika ada orang yang sanggup menjadi guru mereka.

"Hanya orang gila sahaja yang akan ambil mereka sebagai pelajarnya" Sahut Kakashi. Dia pasti akan mati jika mereka bertiga menjadi pelajarnya. Cukuplah Naruto, Sakura dan Sasuke menjadi pelajarnya.

Chakra Itachi bertukar mejadi sebatang ranting yang hanya sepanjang satu inci membaling laju ranting tersebut ke belakang. Ranting tersebut meluncur laju pada kadar kelajuan yang sangat tinggi. Ianya mengena tepat di dahi seorang pemberontak yang sedang bersembunyi di balik runtuhan tembok bersedia untuk menembak Itachi dan kedua rakannya.

"Bodoh. Sudah bagi peluang masih lagi nekad untuk melakukan perbuatan bodoh"Cemuh Itachi. diberi kesempatan tetapi disia-siakannya pula.

Time skip…

Shikamaru melihat jam di pergelangan tangan kanannya. Lagi beberapa minit kage summit akan berlangsung tetapi batang hidung Itachi masih lagi belum kelihatan. Jika Itachi tidak juga kunjung tiba mahu tidak mahu terpaksalah Shikamaru yang menjadi pengantinya.

Penantian dia akhirnya terbayar juga bila kelibat tuan mudanya itu muncul. Itachi tidak mengenakan jubah kebesarannya sebaliknya dia hanya memakai uniform jonin Konoha sahaja. Pemuda itu baru selesai dari menjalankan misinya dan dia tidak sempat untuk pulang ke Konoha. Satu-satunya baju yang dia ada hanyalah uniform joninnya sahaja.

Shikamaru membuka pintu lalu dengan penuh hormat mempersilakan ketuanya masuk ke dalam bilik mesyuarat. Itachi masuk ke dalam bilik mesyuarat dengan penuh wibawa seperti seorang pemimpin besar. Di dalam bilik mesyuarat semua pemimpin kampung yang lain sudah ada bersama dengan para penasihat mereka. Di antara kage Itachi adalah ketua kampung yang paling muda sekali. Biarpun begitu semua kage amat menghormati dan pada masa yang sama takut dengannya.

Dengan suara yang ramah dan lembut Itachi mengucap salam kepada para seniornya.

"Selamat siang kalian semua. Saya harap yang saya tidak terlambat"

"Tidak mengapa pretty boy. Mesyuarat belum lagi bermula" Jawab Kurotsuchi dengan nada mengusik.

Itachi duduk di antara Kazekage dan Mizukage. Mesyuarat bermula. Ibu jari kanan Shikamaru menekan butang recorder merekod setiap butir bicara para kage dalam mesyuarat tersebut.

Bola kristal berhenti menyala.