Hai sekali lagi kepada pemba-pembaca yang masih setia mebaca cerita ini...maaf sebab terlalu lambat Update, saya terlalu sibuk buat masa ni jadi saya mungkin akan lambat Update buat seketika.
Dan saya juga hanya buat sedikit sahaja aksi di dalam chapter akan datang (sebelum Galaxy) kerana kuasa-kuasa Boboiboy sudah berubah...jadi saya terpaksa menukr dan mencari idea baru
Apa-apapun saya dah siapkan chapter terbaru untuk korang semua...jadi selamat membaca, jangan lupa REVIEW dan bagi pendapat korang pasal chapter ini.
~Feerdaus~
~Sebelum ini dalam Power Of Elements 2~
Tidak lama kemudian, seorang budak lelaki datang masuk ke dalam bilik itu.
-"Wah-wah...Nampaknya Hero kita dah jumpa portal ni"- Kata lelaki itu
Mereka semua berpaling ke belakang untuk melihat siapa yang bercakap
-"Zaki?!"- Jerit Lisa dan Eddy dengan serentak
-"Zaki? Siapa dia ni"- Tanya Boboiboy
-"Dia ni pembuli nombor satu kat sekolah kitorang..."- Balas Lisa
-"Macam mana kau tahu kitorang kat sini hah?!"- Kata Eddy
-"Aku ikori korang...aku tahu korang nak jumpa Boboiboy ni.."-Balas Zaki
-"Kau kenal aku?"-
-"Heh, siapa yang tak kenal...kau dah bunuh salah seorang orang suruhan tuan aku, jadi aku pula nak selesaikan misi dia"- Kata Zaki dengan kuat -"Lagi pun, aku nak berterima kasih kat kau Boboiboy"-
-"Huh, kenapa?"-
-"Sebab kau dah senangkan misi aku"- Kata Zaki
Dengan tiba-tiba mata Zaki berubah menjadi warna kelabu dan berubah menjadi bentuk asap hitam yang tebal dan menuju ke arah Boboiboy. Boboiboy sempat mengelak tetapi batu Angin itu sudah dirampas oleh Zaki, dan kemudian dia masuk ke dalam portal itu.
~POWER OF ELEMENTS 2~
~Secrets Of The Elemen Kingdom~
Chapter 4: A Portal To The Wind
Boboiboy dan rakan-rakannya terjatuh dari langit dan mendarat di atas tanah. Boboiboy ialah orang pertama yang bangun.
-"Semua orang ok?"- Tanya Boboiboy
-"Kitorang ok"- Balas Yaya sambil tersenyum
Setelah mereka semua bangun, mereka ternampak suatu kerajaan yang besar di hadapan mereka. Tetapi selepas itu, mereka berasa pelik dengan tanah yang mereka berdiri ketika itu. Rupa-rupanya mereka sekarang berada di atas tanah terapung.
-"Kita...kita kat mana ni!?"-Tanya Gopal dengan perasaan takut
-"Kita macam kat pulau terapung"- Kata Fang
Kemudian Boboiboy dengan berhati-hati melihat apa yang berada di bawah kerajaan terapung itu. Dia melihat ada beberapa rantai besar yang mengukuhkan tanah itu dari gunung-ganang yang berada di bawah kerajaan itu.
-"Fuyoo, tinggi giler"-Kata Boboiboy dengan teruja
-"Dah kita kena cari Zaki cepat"- Kata Lisa
-"Iya Lo, nanti dia buat hal pulak"- Balas Ying
Kemudian mereka bergerak menuju ke pintu gerbang kerajaan itu. Mereka berasa teruja apabila mereka melalui pintu gerbang yang besar kerajaan itu.
Pintu Gerbang itu juga terdapat ukiran logo elemen angin dan juga tulisan di atas gerbang itu.
~Kerajaan Angin~
Boboiboy dan Lisa melihat antara satu sama lain sambil tersenyum menandakan yang mereka sangat teruja.
Tiba-tiba batu pada rantai Eddy bernyala lagi. Dengan pantas Eddy menyembunyikan rantai itu supaya tidak disedari oleh rakan-rakannya. Tetapi Lisa sudah menyedari kejadian itu, dan dia sudah mula risau dengan keadaan Eddy. Boboiboy melihat Lisa seperti dalam keadaan risau.
-"Hei Lisa? Kenapa dengan kau ni?"-Tanya Boboiboy
-"Oh tak ada apa-apa"- Balas Lisa dengan tidak jujur
-"Lisa...kau memang tak pandai menipu"- Kata Boboiboy sambil mengusik Lisa -"Cakaplah, kenapa dengan kau ni? Risau semacam je?"-
Lisa akur dengan pertanyaan Boboiboy dan kemudian mengaku
-"Aku risau pasal Eddy...Dia selalu sembunyikan rantai dia tu, dan rantai dia tu asyik menyala je kebelakangan ni...ada yang tak kena dengan dia"- Lisa mengaku
-" *Sigh* Lisa...aku pun perasan semua tu, ada yang tak kena dengan rantai dia"- Balas Boboiboy -" Lagipun dia ada kuasa yang hebat..dia ada kuasa Tumbuhan, kau pasti kau tak tahu pasal tu?"-
-"Ye, aku tak pernah tahu dia ada kuasa...aku pun tak pernah bagi tahu kat dia yang aku ada kuasa"- Balas Lisa
-"Iye? kau tak pernah nampak jam kuasa dia?"-
-"Dia tak pernah pakai jam sebelum dia ikut aku ke Pulau Rints"-Balas Lisa
-"Itu pelik...tak mungkin dia dapat kuasa Tumbuhan tu tanpa Jam Kuasa"- Kata Boboiboy sambil berfikir -" Kalau dia dapat "Kuasa" tu dari Sfera Kuasa."- Mereka terus berjalan masuk ke dalam kerajaan itu tanpa berkata apa-apa. Dan kemudian Boboiboy menanyakan sesuatu kepada Lisa
-"Oh ya, macam mana kau kenal Eddy? Kau tak pernah cakap pun pasal dia"-Tanya Boboiboy
-"Aku pertama kali jumpa dia semasa hari pertama persekolahan aku kat Kuala Lumpur...Dia dibuli oleh Zaki masa tu, jadi aku tolonglah dia. Dan sejak hari tu, kitorang jadi sahabat baik...Walaupun dia ni pendiam"- Balas Lisa
-"Aku ingat aku kawan baik kau"- Kata Boboiboy buat-buat merajuk
-"Kamu berdua kawan baik aku...tapi kau sahaja kawan terbaik aku"- Balas Lisa dengan perasaan malu
-"Hehe...pandai juga kau ambil hati aku"-Balas Boboiboy sambil bergurau
Kemudian mereka berdua ketawa dengan gembira.
Eddy yang berjalan di belakang mereka berdua hanya senyap sahaja sambil melihat mereka berdua dengan perasaan cemburu
Setelah mereka masuk ke dalam kerajaan itu...semua penduduk di dalam kerajaan itu memandang Lisa, Boboiboy dan Eddy dengan perasaan risau.
-"Kenapa diorang korang lain semacam je?"- Tanya Ying
-"Entahlah, aku pun tak tahu"- Balas Boboiboy
Tidak lama kemudian penduduk di situ menuju ke hadapan sebuah Istana yang sangat besar. Seperti ada sebuah perhimpunan untuk kerajaan itu. Untuk mengetahui lebih lanjut, Boboiboy dan rakan-rakannya turut pergi ke perhimpunan itu, mereka juga turut mencari Zaki sekiranya dia berada di situ juga. Tidak lama kemudian Yaya menyedari yang ada seseorang yang sedang dijaga rapi menuju keluar dari istana.
-"Siapa tu?"-Tanya Yaya setelah dia melihat seorang yang dijaga rapi
Mereka semua turut ingin mengetahui siapa yang sedang dijaga oleh pengawal itu.
Tidak lama kemudian seorang pengawal datang tidak jauh dari rakyat kerajaan itu dan berkata..
-"Dipersilakan Ratu Kerajaan Angin...Puteri Kasturi"- Laungan Seorang pengawal kepada rakyat kerajaan itu
Rakyat kerajaan itu semua menepuk tangan mereka setelah mereka melihat Puteri Kasturi berada di hadapan mereka. Boboiboy dan yang lain juga teruja dan terkejut apabila mereka melihat yang Puteri Kasturi seperti terlalu muda untuk menjadi ratu, umurnya kira-kira 19 tahun
Puteri Kasturi kemudian melihat terlihat Boboiboy dan rakan-rakannya.
-"Nampaknya kita ada tetamu di sini"- Kata Puteri Kasturi
Ini tidak menghairankan kerana nampak jelas sekali pakaian mereka sangat berbeza daripada pakaian mereka. Mereka semua dijemput masuk ke istana dengan dilayan seperti raja di alam istana itu.
Puteri Kasturi membawa mereka untuk meneroka di dalam istana itu.
-"Saya kenal kamu...kamu ni...Nur Alicia kan"- Kata Puteri Kasturi kepada Lisa
-"Em...ye...tapi boleh panggil sahaja Lisa"- Balas Lisa sambil membongkokkan sedikit badannya -"Tapi macam mana puteri boleh kenal saya?"-
-"Sifu kamu banyak ceritakan pasal kamu sebelum ini"- Kata Puteri Kasturi
-"Sifu?...Sifu Ryan?"- Kata Lisa dengan masih keliru
-"Ye, dia pernah datang ke sini sekali sekala"- Balas Puteri Kasturi -"Oh ye, mana dia ?"-
Boboiboy dan Lisa memandang satu sama lain sebelum memandang Puteri itu semula dengan rasa teragak-agak.
-"Dia...dia dah meninggal"- Kata Boboiboy
Puteri Kasturi berasa terkejut dengan kata-kata Boboiboy, dan menganggapnya sebagai gurauan.
-"Apa?! Tak mungkin...kamu berguraukan? kan?"- Kata Puteri Kasturi
-"Betul Puteri...dia dah tiada"- Kata Lisa. Itu menyebabkan Puteri itu berasa kecewa dan sedih -"Dia dibunuh oleh salah seorang anak muridnya"-
-"Tak apalah, benda sudah jadi"- Balas Puteri Kasturi dengan perasaan akur
-"Macam mana Puteri boleh kenal Sifu Ryan"- Tanya Boboiboy
Puteri Kasturi tertarik dengan pertanyaan Boboiboy, kemudian Puteri Kasturi membawa mereka ke satu koridor yang penuh dengan gambar-gambar.
-"Wah banyaknye gambar kat sini"- Kata Gopal dengan teruja
-"Sebenarnya Sifu Ryan datang ke sini setiap 5 tahun, untuk membantu ayandanda saya mambangunkan kerajaan ini dan kerajaan lain-" Kata Puteri Kasturi sambil menujukkan gambar-gambar Sifu Ryan.
-"Kerajaan lain? Ada kerajaan lain dekat sini?"- Tanya Eddy
Puteri Kasturi tersenyum dan kemudian membawa mereka ke suatu tempat yang mempunyai peta yang besar. Mereka semua teruja melihat peta itu.
-"Ini ialah peta Kerajaan Elemen yang dibina pada beratus-ratus tahun dahulu oleh moyang aku...Sultan Ismail."- Kata Puteri Kasturi -"Semua bandar-bandar utama kerajaan ini ialah ANGIN, TANAH, API, AIR dan TUMBUHAN...tetapi ada suatu ketika, seorang ahli sihir yang mengamalkan ilmu elemen yang diharamkan di kerajaan ini datang dan memecah belahkan kerajaan ini, sehingga setiap bandar kerajaan ini membina kerajaan mereka sendiri termasuk Kerajaan Angin ini sendiri"- Kata Puteri Kasturi
-"Boleh saya nak tahu pasal Batu Elemen?"- Tanya Eddy
-"Oh korang tahu pasal batu tu?...Batu Elemen tu ialah 5 batu elemen yang amat berkuasa di Kerajaan Elemen dan dijadikan sebagai tanda persahabatan setiap bandar-bandar dikerajaan ini...tetapi salah satu daripada batu itu telah hilang dan menyebabkan perpecahan yang berlaku di kerajaan ini."-
Kemudian Eddy memegang rantainya dengan perasaan sedih.
-"Sejak Sifu Ryan datang kami berasa selamat kerana membantu mengawal huru-hara itu...Kami juga membahagi Batu Angin kepada 2 bahagian dan memberi Sifu Ryan bahagian yang kedua itu, supaya dia dapat datang ke sini dengan mudah."- Penjelasan Puteri Kasturi
-"Ini memang terbaik...kenapa Sifu Ryan tak pernah beritahu semua ni dulu"- Kata Lisa kepada Boboiboy
Boboiboy tidak berkata apa-apa, hanya melihat sebuah gambar yang tergantung di dalam bilik itu.
-"Oh ini ialah gambaran rupa ahli sihir tu...kami tak pasti seratus peratus sama...tapi inilah gambar rupa yang hampir serupa dengan dia"- Kata Puteri Kasturi sambil menunjukkan gambar yang Boboiboy lihat itu.
Boboiboy melihat gambar itu dengan penuh ketakutan...dia berasa takut untuk melihat rupa ahli sihir itu tetapi dia cuba untuk mengingati mimpinya yang selalu keluar semasa dia tidur.
Flashback (Mimpi Boboiboy)
Boboiboy berada di tempat yang gelap dan kemudiannya dia melihat seorang lelaki yang memakai jubah hitam dan memakai hood dihadapannya
-"Siapa kau?!"- Jerit Boboiboy
-"Kau tak perlu tahu siapa aku...aku cuma perlukan kau"- Balas lelaki itu sambil berjalan ke arah Boboiboy
-"Aku bagi amaran"- Kata Boboiboy
Boboiboy mahu menyerang lelaki itu tapi dengan pantas mata lelaki itu berubah menjadi warna merah dan kemudian Boboiboy tidak boleh bergerak.
-"Tak...tak mungkin"- Kata Boboiboy
-"Kau sama seperti aku Boboiboy...kuasa aku ada dalam badan kau"- Kata lelaki itu
Kemudian lelaki itu menggunakan kuasa merah itu untuk menggenggam badan Boboiboy dengan kuat tanpa menyentuh Boboiboy.
Boboiboy tidak mampu menahan kesakitan dan mahu melepaskan diri tetapi tidak mampu.
End Flashback
-"Boboiboy!"- Kata Yaya sambil menggerakkan badan Boboiboy untuk menyedarkan Boboiboy daripada lamunannya. -" Kau ok ke?"- Tanya Yaya dengan risau
-"Aku ok"- Balas Boboiboy sambil tersenyum ke arah Yaya
Dia tidak mahu memberitahu mimpi itu kepada sesiapa kerana tidak mahu menyusahkan orang lain. Tetapi Lisa sahaja yang menyedari yang Boboiboy seperti mengenali ahli sihir itu.
To Be Continued
Hai semua selesai juga chapter ni...aku berminggu-minggu nak siapkan chapter ini, saya nak buat yang terbaik untuk musim ke dua ini...
Jadi apa pendapat korang...Sumpahan Kuasa Merah Boboiboy itu ada kena mengena dengan Ahli Sihir itu? Apakah yang sebenarnya Eddy sembunyikan dari rakan-rakannya? Dan dimana sebenarnya Batu Elemen yang kelima itu? Wah, banyaknya persoalan di dalam cerita ini. Harap korang sukakannya
Jangan lupa REVIEW dan begi cadangan untuk chapter ini...Jumpa lagi di Chapter akan datang ;)
~Feerdaus~
