Warning!: Ooc melebih,Typo dimana-mana, BL, Sho-ai, FangBoy pairing, Fang Idol! Au, No superpowers, All Character in human ver, no alien and robot.
Kalau tak suka, jangan baca dan review dan tombol tersedia untuk anda semua. Kepada sesiapa yang baca ff yang author buat ni, author amat menghargainya.
Disclaimer: Boboiboy and all characters from Pulau Rintis adalah hak milik Animonsta Studio..
Dekat Tapi Jauh
xxxxxxxxxx
Boboiboy memandang Fang dengan penuh simpati supaya soalannya di jawab oleh Fang. Fang yang tak tahan dengan reaksi yang dibuat oleh Boboiboy, berpeluh habis. Fang menelan air liurnya.
"Kan Pang pernah bagitau engkau yang aku dan dia kawan baik? Pernah kan?" Tanya Fang.
"Itu memang ya tapi aku masih tidak berpuas hati yang kenapa dia memakai topeng?! Apa yang dia sorokkan di sebalik di topeng dia tu?!" Tanya Boboiboy bertubi-tubi.
"Itu aku tak tau tapi keluarga dia pernah bagitau yang dia ada kanser mulut jadi sebab tu lah dia pakai topeng." Kata Fang, berbohong.
"Kalau dia ada kanser mulut, tak mungkin dia boleh bercakap!" Kata Boboiboy.
"Mana aku tau.." Kata Fang acuh tak acuh.
"Fang!" Jerit Boboiboy.
"Apa yang bising-bising tu, Boboiboy?! Pergi tidur! Kamu kan nak sekolah esok?!" Jerit Tok Aba dari bilik di sebelah bilik Boboiboy.
"Baik, tok!" Balas Boboiboy.
"Dah lah, jom tidur.. Tak apa ke engkau tidur di atas toto(FUTON)?" Tanya Boboiboy.
"Tak apa.. Aku pernah tidur di atas toto semasa fan meeting di Jepun.." Balas Fang.
"Ooo.. Ok.. Selamat malam, Fang.." Kata Boboiboy sambil menghempaskan badannya di atas katilnya.
"Selamat malam, Boboiboy.." Balas Fang.
xxxxxxxxxxxxxxxxxx
Tik, tok, tik, tok.. Jam di dinding terus berdetik dan menunjukkan pukul 3.30 pagi, Fang masih tidak mampu melelapkan matanya. Sekali sekala matanya terarah ke arah remaja yang tertidur di atas katil.
"Boboiboy?" Sapa Fang tetapi tiada respon daripada remaja berbaju jingga itu.
"Boboiboy?" Sapa Fang sekali lagi tetapi masih tiada respon.
Fang berfikir sejenak, dia bangun dari tempat tidurnya dan berjalan menghampiri ke arah Boboiboy. Fang menatap lama ke arah muka Boboiboy, sekali sekala dia menggigit bibirnya.
"Patutkah aku cium dia? Patutkah?" Fikir Fang.
"Fang?"
Lamunan Fang hilang apabila suara Boboiboy menyapanya. Serta merta dia berundur ke belakang dengan wajah kemerahan.
"Kenapa ni? Engkau tak boleh tidur ke?" Tanya Boboiboy sambil menggosokkan matanya.
"Ya." Balas Fang ringkas.
"Apa kata kita ambil angin luar?" Tanya Boboiboy.
"Boleh juga.." Kata Fang.
Boboiboy dan Fang berjalan-jalan bersamaan mengelilingi Taman Pulau Rintis yang berdekatan dengan rumah Tok Aba, cahaya daripada bulan yang mengambang penuh serta bintang menghiasi langit yang gelap.
"Cantikkan bulan malam ni?" Kata Fang.
"Ya." Balas Boboiboy.
Mereka berdua merenung ke arah bulan dengan kadar yang sangat lama.
"Boboiboy?" Sapa Fang.
"Ya?" Balas Boboiboy.
"Aku nak tanya soalan boleh?" Tanya Fang.
"Boleh." Balas Boboiboy.
"Engkau ada jatuh cinta dengan sesiapa tak?" Tanya Fang dengan muka kemerahan.
Boboiboy serta merta terdiam, mukanya mula kemerahan
"Ta.. Tak.. Tak ada..." Balas Boboiboy, bohong.
"Oh,ok..." Kata Fang.
"Dahlah, jom kita balik rumah. Dah pukul 4 pagi ni, aku kena bersiap ke sekolah.." Kata Boboiboy sambil berjalan meninggalkan Fang.
"Eh?! Awalnya engkau bersiap nak pergi ke sekolah?!" Kata Fang, terkejut.
"Pukul 5.00 aku kena tolong Tok Aba buka kedai sebab tu aku kena bersiap awal." Kata Boboiboy pula.
"Err.. Boboiboy?" Sapa Fang lagi.
"Ya?" Balas Boboiboy.
"Boleh tak aku pergi ke sekolah dengan engkau?" Tanya Fang serba salah.
Boboiboy berhenti melangkah dan terus menoleh ke belakang, menatap ke arah muka Fang.
"Tak boleh.." Kata Boboiboy ringkas.
"Ala.. Kenapa pula?" Tanya Fang.
"Sebab pertama, engkau adalah artis dari Korea. Nanti engkau kena kejar ngan fangirl FS, siapa yang susah? Aku juga.. Sebab kedua, engkau tak daftar ke sekolah dan ketiga, engkau ada minta kebenaran dari manager engkau dan ahli FS yang lain?" Kata Boboiboy panjang lebar.
Fang serta merta terdiam, pasrah tetapi fikirannya bercelaru.
"Macam mana ni?! Kalau aku tak datang ke sekolah maknanya Pang tak ade lah dan Boboiboy pasti mula curigai aku lagi.. Huwaaa! Mama, tolong aku! Hah! Aku tahu, tapi ini pasti memberi risiko.." Kata Fang dalam hati.
xxxxxxxxxxxxxxxxxx
Pada pukul 7 pagi di kedai Tok Aba, Boboiboy sedang mengelap-ngelap kaunter menggunakan kain buruk. Sekali sekala matanya menatap ke arah jam.
"Selamat pagi, Boboiboy!" Tegur Ochobot dari jauh.
"Oh, selamat pagi. Lambat.." Kata Boboiboy.
"Hehe, sori.. Terlajak tidur tadi.." Kata Ochobot smbil tersengih-sengih.
"Hmm. Tengok Kdrama sampai tak ingat tidur lah tu.." Perli Boboiboy.
"Hehe.." Balas Ochobot sambil tersengih macam kerang busuk.
"Oh,ya. Fang macam mana? Dia dah makan sarapan?" Tanya Boboiboy.
"Dah." Balas Ochobot.
"Boboiboy, Ochobot.. Baik kamu berdua pergi ke sekolah, dah pukul 7.10 ni.." Kata Tok Aba.
"Baik, tok." Kata Boboiboy dan Ochobot dari jauh.
Boboiboy terus mengambil begnya yang berada di bawah kaunter dan terus berlari keluar dari kawasan taman diikuti oleh Ochobot dari belakang.
"Boboiboy pergi dulu. Assalammualaikum!" Kata Boboiboy.
"Waalaikumsalam, hati-hati masa berjalan tu!" Balas Tok Aba.
"Ok!" Kata Boboiboy dan Ochobot serentak.
Tepat pukul 7.25 pagi, Boboiboy tiba di kelas. Dia meletakkan begnya di atas mejanya dan mengeluarkan iPodnya untuk mendengar lagu. Dia menyumbatkan earphone di telinganya dan memasang lagu dari kumpulan kegemarannya.
"Boboiboy!" Sapa seseorang sambil mencuit bahu Boboiboy.
Boboiboy serta merta menoleh ke arah orang yang mencuitnya sambil menanggalkan earphone daripada telinganya. Ternyata dia adalah Pang Fang. Sebuah senyuman menghiasi bibirnya di sebalik topeng yang dipakainya.
"Pang! Lambatnya engkau datang hari ni? Ada apa-apa terjadi ke?" Tanya Boboiboy sambil tersenyum.
"Oh.. Err.. Haha.." Fang ketawa paksa sambil menggaru pipinya.
Flashback on, setelah Boboiboy dan Ochobot pergi meninggalkan kedai Tok Aba. Fang yang sedang bersembunyi di sebalik semak samun berdekatan dengan kedai Tok Aba, keluar daripada tempat persembunyiannya dan berjalan ke arah Tok Aba yang sedang sibuk menguruskan kedainya.
"Tok Aba!" Sapa Fang.
"Opocot!" Kata Tok Aba, terkejut.
"Ish! Kamu rupanya Fang, apa yang kamu mahu?" Tanya Tok Aba.
"Hehe.. Maaf, tok. Atok ada kemeja putih dan topeng tak?" Tanya Fang.
"Ada. Kamu nak buat apa dengan semua benda tu?" Tanya Tok Aba pula.
"Ada lah.." Balas Fang sambil tersengih-sengih.
Flashback off..
"Err.. Kereta aku rosak tadi, itu yang lambat datang tu.." Kata Fang, bohong.
Boboiboy hanya mampu ber'oh' dan setelah itu dia kembali menyumbatkan earphone di telinganya manakala Fang hanya mampu bersweatdrop dengan tindak laku Boboiboy.
xxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kringgg! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba, kesemua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas masing-masing. Di kelas tingkatan 4 Jujur, cuma Boboiboy dan Fang sahaja yang tinggal.
"Boboiboy, engkau tak nak pergi makan ke??" Tanya Fang.
Boboiboy hanya menggelengkan kepalanya sambil menyusun semula buku-buku ke dalam beg.
"Ok, kalau macam tu aku pergi ke kantin dulu. Ada nak beli apa-apa kat sana?? Aku boleh tolong belikan.." Tanya Fang.
"Tak apa, aku ada bawa bekal.. Terima kasih.." Kata Boboiboy sambil tersenyum.
"Ok. Kalau macam tu, aku pergi dulu. Jumpa dekat tempat biasa!" Kata Fang sambil berlari keluar dari kelas.
Setelah Fang hilang daripada pandangannya, Boboiboy meletakkan begnya di atas kerusi dan mengambil bekas makanannya keluar dari laci meja dan berjalan ke tempat yang dia dan Fang selalu makan iaitu bawah pokok berdekatan dengan padang.
"KYAAAAAAA!!!"
Secara tiba-tiba telinga Boboiboy tertangkap suara seseorang menjerit. Tidak, bukan seseorang tetapi seperti ramai. Boboiboy terus menoleh ke belakang dan dia terus ternganga kerana segerombolan pelajar perempuan berlari mengejar Pang a.k.a Fang.
"Lari Boboiboy!!!!" Jerit Fang.
"Apa yang terjadi sebenarnya ni, Pang??!!" Jerit Boboiboy.
"Lari jelah!!" Jerit Fang sambil menarik tangan Boboiboy.
Fang berlari sambil menarik tangan Boboiboy, Boboiboy pula pasrah turut mengikuti pergerakan Fang. Lari punya lari, akhirnya mereka berdua bersembunyi di dalam kelas yang kosong. Boboiboy dan Fang memasangkan telinga mereka jika kelibat pelajar perempuan masih ada.
"Ala... Dah hilang!!" Kata Suzy
"Huwaaa!! Mana Fang ni, aku tak nampak pun??!!" Kata Ying pula.
"Fang?!!" Kata Boboiboy dalam hati, terkejut.
Serta merta Boboiboy memandang ke arah Fang yang tercungap-cungap menarik nafas.
TBC...
