Hai semua sihat! Kalau tak sihat makan ubat!
Kita bertemu lagi! Kjeng!
Maaf kalau ada silap salah dalam Chapter ini
Selamat Membaca And Enjoy my readers
Hilang Ingatan! Part I
Di petang hari kaiza dan fang bermain-main di taman, macam kanak-kanak tapi comel, mereka main kejar-kejar siapa kena sentuh dia jadi raksasa. Masa kaiza sedang mengejar fang, kaiza tidak sengaja terlanggar tiang lampu dan membuatkan cedera dibahagian kepalanya, nasip tidak cereda taruk kata fang didalam hatinya. Tapi kaiza tidak sedarkan diri, fang terus menghubungi abang dia kaizo untuk datang di taman dengan secepat yang mungkin. "Kak apa yang terjadi dengan kakak, fang minta maaf" kata fang dengan nada yang begitu sedih, kesian fang kenapa semua ni perlu terjadi, fikir fang.
Akhirnya kaizo tiba di taman, dia nampak kaiza terbaring di pangkuan fang, lalu kaizo tanya "apa yang terjadi ni pang" tanya kaizo "sebenarnya...sebenarnya..." fang begitu takut hendak bagi tahu dengan kaizo "sebenarnya apa pang, bagi tahu lah dengan abang" kata kaizo "sebenarnya kakak dan adik sedang main kejar-kejar tapi kakak terlanggar tiang lampu, terus kakak tak sedarkan diri" kata fang, mesti abang dia akan marahkan dia "takpa, mari abang bawak dia pulang, kalau kau nak main dengan boboiboy pergi je, biar abang yang jaga kaiza" kata kaizo "kalau macam tu adik nak pergi jumpa boboiboy, abang jaga kakak baik-baik" kata fang "baiklah, kau pun hati-hati jaga diri kau juga" kata kaizo sambil angkat kaiza yang masih belum sedarkan diri.
Fang terus pergi ke rumah boboiboy dengan perasaan sedih. Ktok ktok ktok bunyi pintu rumah boboiboy di ketuk oleh fang. Boboiboy pun buka pintu dan dia nampak fang yang berada didepan pintu dengan muka dan perasaan sedih. "Fang kenapa kau sedih sangat ni?" Tanya boboiboy "aku sedih sebab kak kaiza pengsan" kata fang "eh..macam mana boleh pengsan?" Tanya boboiboy "kak kaiza pengsan sebab terlanggar tiang lampu masa kami main di taman tadi" kata fang dengan nada yang sedih, mahu sahaja fang menangis kerana kaiza tadak sedarkan diri. "Kalau macam tu kau kena bertenang, nanti kak kaiza sedar lah tu" kata boboiboy, boboiboy mahu melihat kawan baik dia ceria bukan sedih macam sekarang ni.
"Boboiboy siapa datang?" Tanya tok aba
"Fang yang datang tok" kata boboiboy
"Kalau macam tu atok sediakan minuman dan cikedi chocolate untuk kamu berdua" kata tok aba
"Baik tok. Tok mana ochobot?" Tanya boboiboy
"Ochobot ada dekat bilik kau tengah berehat" kata tok aba yang berada di dapur untuk menyiapkan minuman dan cikedi chocolate
"Fang kau berehat dulu, aku nak pergi tengok ochobot kejap" kata boboiboy
"Mm..pergi lah" kata fang, fang sedang fikirkan apa yang dimimpikan oleh kaiza semasa dia pengsan, tapi itu tak penting sekarang ni dia perlu fokus macam mana mahu sedarkan kaiza kembali
"Amm..aku pergi dulu" kata boboiboy, terus dia naik ke atas dan pergi ke bilik dia buat sementara waktu
Tiba-tiba jam kuasa fang berbunyi, dia menekan jam kuasa dia dan nampak abang dia kaizo di screen. "Abang macam mana dengan kakak?" Tanya fang kepada kaizo "kak kaiza ok, tapi dia masih lagi belum sedarkan diri" kata kaizo, fang rasa begitu sedih kalau kejadian itu tidak terjadi tadi mesti sekarang dia sedang gelak ketawa dengan kaiza. "Hmm..maafkan adik, sebab kalau bukan sebab adik mesti semua ni takkan terjadi" kata fang dengan nada yang begitu sedih "abang maafkan, tapi kau kena pulang secepat yang mungkin, jangan balik lewat sangat" kata kaizo "ok abang, kejap lagi adik pulang lah" kata fang
"Boboiboy! Dah turun makan dengan fang ni!" Kata tok aba yang sedang memanggil boboiboy
"Baik tok!" Kata boboiboy
"Fang nah, makan kalau nak minum je boleh" kata tok aba, boboiboy pun sudah tiba di ruang tamu, dia ambil tempat duduk di sebelah kawan baik dia fang
"Fang kau masih sedih ke?" Tanya boboiboy
"Hm..aku masih rasa sedih, sebab kakak masih tak sedarkan diri" kata fang
"Jangan sedih sangat fang, aku yakin yang kak kaiza akan sedar" kata boboiboy
"Rasa yakin tu memang ada, tapi rasa tak yakin tu pun ada" kata fang, boboiboy ambil satu cikedi dan makan sambil tu dia minum hot chocolate yang di buat oleh tok aba
"Kalau macam tu kau makan dulu, untuk hilangkan rasa tak yakin tu" kata boboiboy, fang pun ambil cikedi dan hot chocolate tadi
Mereka berdua makan sampai habis dan licin, tak sangka boleh habis kesemua cikedi dan minuman tadi. "Boboiboy aku pulang dulu, terima kasih kerana sediakan makanan" kata fang "sama-sama, jalan tu hati-hati kalau kak kaiza dah sedar bagi tahu dekat aku" kata boboiboy "ok, nanti aku hubungi kau" kata fang, fang pun pulang kerumah dia, dia dapat rasakan akan ada sesuatu yang akan terjadi pada kaiza selepas sahaja dia sedarkan diri. Fang jalan dan jalan sehinggalah dia tiba di rumah, dia masuk tapi dia langsung tidak katakan apa-apa semasa dia masuk kerumah. Kaizo pun turun jika adik dia ada di ruang tamu dan ternyata adik dia sudah pun pulang dari rumah boboiboy
"Pang kalau kau nak tengok kak kaiza pergilah" kata kaizo kepada fang
"Takpa lah abang, adik tak sanggup tengok kakak yang belum sedarkan diri" kata fang
"Kalau macam tu kau pergilah berehat dulu" kata kaizo, dia tahu yang fang rasa begitu bersalah kerana kaiza koma di sebabkan dia
Fang terus naik ke atas dan pergi ke bilik dia untuk tenangkan diri dia. Fang masih lagi fikir kenapa semua ni harus berlaku, dia rasa seperti julie masih lagi membalas dendam, kerana dia tidak dapat kaiza. Tapi tak mungkin ni kerja julie, sebab julie sudah di hapuskan oleh kaizo. Tiba-tiba ada jeritan dari bilik kaiza, fang dan kaizo terkejut mendengar jeritan itu. Mereka pun pergi ke bilik kaiza dan dapati kaiza sudah sedarkan, tapi sikap kaiza lain sekali, sikap kaiza seperti masih belum berkenalan atau berkawan dengan sesiapa, sikap kaiza seperti tegas sedikit dan garang sedikit tapi kebaikan masih kuat dalam diri kaiza. "Kaiza kau ok ke?" Tanya kaizo "siapa kau? Aku dekat mana sekarang ni?" Kata kaiza "kak, kakak ok ke?" Tanya fang "kenapa kau panggil aku kakak? Dan siapa kau budak? Siapa kau berdua ni?" Tanya kaiza "ni aku lah kaizo, takkan aku tak kenal kawan kau sendiri kaiza" kata kaizo "ha ah, takkan kakak tak kenal fang" kata fang pula
"Kawan? Tapi kenapa aku tak ingat yang kamu berdua ni kawan aku?" Tanya kaiza
"Alamak ni mesti sebab terhentuk kuat sangat di tiang lampu tadi" kata fang
"Kaiza kali terakhir yang kau ingat apa?" Tanya kaizo
"Yang aku ingat, aku tengah main dengan satu budak, tapi aku tak tahu siapa budak tu, budak tu ada abang dan umur budak tu masih 4 tahun" kata kaiza yang sudah tenang kembali. Apa yang dikatakan oleh kaiza tadi, seperti kisah lama semasa fang masih lagi berumur 4 tahun. "Eh..jadi yang main dengan dang dulu kak kaiza!" Fang terkejut, rupa-rupanya yang main dengan dia dulu adalh kaiza "tapi macam mana kakak tak kenal kami?" Tanya fang "aku pun tak tahu" kata kaiza "kalau di biarkan mesti akan jadi semakin lupa dan akan hilang ingatan buat selamanya" kata kaizo "habis tu nak buat macam mana kalau kakak dah jadi macam ni" kata fang
"Abang yakin mesti ada cara lain untuk sedarkan ingatan kaiza semula" kata kaizo
"Kalau macam tu abang kena bawak kakak jumpa ochobot untuk scane" kata fang
"Yelah, abang akan bawak kaiza jumpa ochobot, yapi kita kena jumpa esok sebab hari dah malam" kata kaizo
"Abang, adik nak hubungi boboiboy dulu" kata fang, kaiza pula sudah nantuk dia hendak tidur
"Kalau kau hubungi dia, kau kena cakap dengan dia esok kita akan datang rumah untuk scane kaiza" kata kaizo
"Mm..ok, kejap" fang pun hubungi boboiboy
Fang menghubungi Boboiboy, tapi fang tak hubungi yang lain sebab dia taknak kecohkan hal ni, jadi dia hanya hubungi boboiboy dan esok hari mereka akan pergi ke rumah boboiboy untuk scane kaiza yang hilang ingatan
"Boboiboy kami akan datang ke rumah kau" kata fang
"Apasal pula korang nak datang?" Tanya boboiboy
"Sebab kakak dah sedar tapi dia hilang ingatan, jadi abang aku nak suruh ochobot scane kakak. Mungkin sebab terhentuk kuat sangat kot" kata fang
"Hilang ingatan hanya di sebabkan terhentuk kepala dekat tiang lampu. Ok lah, esok kita jumpa" kata boboiboy
Keesokan harinya fang, kaizo dan kaiza pergi kerumah boboiboy. Kaiza pula seperti orang lain, kaiza tak kenal mereka berdua dan kaiza berfikir siapa boboiboy, adakah boboiboy musuh dia atau kawan, itu yang difikirkan oleh kaiza semasa perjalan dan sepanjang perjalan. Kaiza langsung tak tahu macam mana dia boleh berkawan dengan kaizo. Mereka sudah tiba di rumah boboiboy, fang mengetuk pintu rumah boboiboy. Boboiboy pun buka pintu rumah dan menyuruh mereka masuk dahulu.
"Boboiboy mana ochobot?" Tanya kaizo dan fang
"Ochobot ada dekat dapur, kejap akj panggil dia" kata boboiboy
"Ochobot siapa pula ochobot tu" kata kaiza di dalam hati dia
"Abang yakin ke ada cara nak bagi kakak ingatkan kita semua?" Tanya fang
"Kau ni jangan fikir yang kita takkan berjaya, abang yakin mesti ada" kata kaizo
Boboiboy pun tiba dengan ochobot, sambil mereka menuju ke arah fang, kaizo dan kaiza mereka bersembang macam mana kaiza boleh hilang ingatan, kesian kaiza orang yang baik macam tu boleh di timpa nasip buruk. "Fang kaiza tak kenal sesiapa kan?" Tanya ochobot "ha ah, semua orang yang dia kenal jadi tak kenal" kata fang, fang sambung lagi "ochobot kau kena scane kak kaiza kalau tahap dia tu tinggi atau tidak" kata fang "ok, biar aku tengok dulu" kata ochobot "macam mana ochobot?" Tanya kaizo pula "nampaknya tahap dia tidak begitu tinggi, tapi kalau di biarkan hilang ingatan kaiza akan semakin kuat dan akan lupakan kita semua buat selamanya" kata ochobot "takkan takda cara nak pulihkan ingatan kak kaiza?" Tanya boboiboy "aku rasa tak ada lah. Apa kata korang pergi jumpa adu du kalau dia dapat tolong korang buat formula untuk pulihkan ingatan kak kaiza semula" kata ochobot
hah ini baru part I, nanti part II mungkin akan lebih panjang
Masa untuk membalas Review
Twilight sparkle - kaizo bukan takut cuma dia tak pernah nyanyi dengan kaiza. Kaiza memang hebat walaupun dia hanya perempuan. Ejen ali pun Author tengok
Tapi memang hanya sampai episod 5 kalau episod 6 Author tengok separuh je. Jadi fluttershy kind tu kamu lah, ingatkan readers baru, tapi takpa author tak marah pun.
Maaf sebab Chapter ni lambat updated
Kita akan bertemu lagi di Chapter yang seterusnya.
