"Bangun! Bangun! Ada kecemasan!" jerit Ochobot, berusaha mengejutkan ketiga ahli pasukan Boboiboy.

"Apa Ochobot?" tanya Tanah, masih tidak bangun dengan sepenuhnya.

"Ada raksasa berdekatan! Awak semua harus hentikannya sebelum dia hancurkan seluruh kawasan kejiranan!"

"Kenapalah dia kena serang tengah malam," Petir menyunggut.


"Tu dia!" Kata Gempa, menunjuk raksasa berwarna merah yang sedang mengaum tengah-tengah jalan.

"Besar gila! Lagi besar dari Raksasa Bawang," komen Taufan. "Macam mana kita nak kalahkan dia?"

"Kita kena bawa dia ke tempat lain. Taufan, awak boleh buat beliung untuk angkat dia, tak?"

"Takut tak cukup kuat."

"Lintar guna Gerakan Kilat?"

"Tak," jawab Halilintar.

"Kalau guna Golem Tanah angkat dia?" cadang Taufan.

Gempa tersenyum, "A'ah. Lupa boleh buat golem. Kalau macam tu, saya akan angkat raksasa tu ke tempat kosong sikit. Awak berdua kena bersedia untuk menyerang."

"Baik."

"Golem Tanah!" Dari bawah raksasa itu, keluarlah satu golem yang sama besar dengannya dan mengangkatnya.

"Jom," panggil Gempa, mengawal golemnya untuk ke lain diikuti Taufan dan Halilintar.

Bila mereka sampai ke satu tempat pelupusan sampah, raksasa itu melepaskan diri dan menyerang mereka dengan beberapa gegelang merah. Ketiga ahli Boboiboy melindungi diri di belakang Golem Tanah.

"Cepat serang," Gempa mengarah.

Halilintar menggerak ke belakang musuhnya dan mencampak berbilah Keris Petir. Raksasa itu terus elak dan cuba menyerangnya.

"Benda ni macam raksasa dari game Gopal main," kata Gempa, mengingat game yang dia main petang lalu. "Raksasa Tidur rasanya nama dia."

"Tapi macam mana boleh ada di sini?" Taufan menanya sambil memerhati Halilintar melawan raksasa iu.

"Entah. Mungkin benda ni terkeluar. Kan biasa dalam cerita, watak-watak terkeluar dari tv, buku. Mungkin dari game boleh juga."

"Oi!" panggil Halilintar. "Janganlah biar saya lawan sorang! Bukan senang."

"Maaf," kata Gempa sebelum memberi arahan, "Taufan, buat gerudi untuk alih perhatian lepas tu, saya dan Halilintar akan serang."

"Gerudi Taufan!" Memutar dirinya, Taufan menyerang musuhnya dengan satu gerudi angin. Dia tak faham kenapa Abangnya memilih serangan ni. Rasanya tak kuat sangat untuk menyerang raksasa ni.

Gempa mengawal Golemnya dari jauh sambil Halilintar mendekat untuk menyerang.

Raksasa itu menyedari strategi musuhnya dan mengeluarkan satu sfera berwarna merah. "Perlindung Mengantuk!"

Halilintar tiba-tiba merasa ngantuk tapi dia berusaha untuk menyerang. 'Ni lah jadinya kalau kena serang tengah malam'

Nampak saja sfera berwarna merah itu, Taufan terus berhenti menyerang dan menggerak hoverboardnya ke belakang. Kemudian dia nampak Halilintar akan di penyet oleh musuhnya dan terus menyelamat abangnya.

"Halilintar kenapa ni?" Gempa menanya bila dia nampak Halilintar tak stabil.

"Ngantuk. Sangat." Halilintar akhirnya terjatuh.

"Memang sah! Ni Raksasa Tidur. Dia ada serangan untuk buat kita ngantuk! Tadi tu perisai dia. Kalau dekat kita akan tertidur."

"Jadi kena serang dari jauh?" tanya Taufan, memandang abangnya yang sudah tidur.

"Betul. Tanah Tinggi!" Tanah di bawah Raksasa Tidur dinaikkan, menyampak dia ke udara. "Buat beliung supaya dia tak turun."

"Beliung Melambung!" Taufan menhasilkan satu puting beliung di bawah raksasa itu dan menerapungnya.

"Turunkan aku!" panik Raksasa Tidur, menggelepar.

Gempq menurunkan Tanah Tingginya sebelum mengarah, "Lepaskan dia!"

Mengikut arahan ketuanya, Taufan menghilangkan beliungnya dan biarkan musuhnya jatuh ke muka bumi.

Bila Raksasa Tidur tak bergerak, dia tiba-tiba hilang, meninggal sedikit asap.

"Aik? Mana dia pergi?" tanya Taufan.

"Tak tahu lah," Gempa jawab, mengangkat bahu. "Mungkin kita boleh tanya Ochobot."

Sampai saja mereka di bilik, mereka menukar ke mod biasa balik.

"Apa jadi?" Ochobot tanya bila dia nampak Halilintar yang masih belum bangun.

"Di terkena serangan Raksasa Tidur tadi," jelas Tanah, membaringkan adiknya ke atas katil Angin sambil si bola kuasa pergi menukar Halilintar ke mod biasa.

"Tapi bila kita kalahkan Raksasa Tidur, dia hilang!" kata Angin.

"Raksasa Bawang baru ni hilang macam tu tak?" Ochobot tanya.

"Tak." Tanah menggeleng.

"Pelik juga. Mungkin sebab Adudu panggil dia balik? Entahlah. Saya rasa apa-apa pun sebabnya, ia tak terlalu penting. Awak dua kena tidur. Esok ada sekolah."


Angin mengeluh lalu duduk dan menyandar di bawah pokok dekat pagar sekolahnya.

"Kenapa awak hari ni nampak ngantuk sangat?" tanya Ying, mengambil tempat duduk di sebelahnya. "Biasanya energised, tapi hari ni macam tak tidur satu hari!"

Angin menutup matanya. "Kalau saya kata saya memang tak tidur satu malam, Ying percaya tak?"

"Mungkin. Kalau ngantuk sangat, tidur dulu. Biar saya kejutkan bila abang awak sampai."

Di sekolah menengah pula, "Awak ni kenapa? Dari tadi sibuk nak langgar dinding."

"Entahlah, Gopal. Penat kut," kata Tanah yang berusaha untuk tetap terjaga. Dah berapa kali dia hampir terlelap di kelas.

"Sebab tu, lain kali tidur awal-awal. Jangan main tengah malam," kata Gopal.

"Tidur awal semalam, tapi terbangun lepas tu payah nak tidur balik."

Mereka akhirnya sampai di pagar sekolah dimana Yaya sedang menunggu bersama Petir yang dah tidur sambil bersandar ke dinding.

"Tir, jom," panggil Yaya. Kawannya terus terjaga dan mereka mengikut Tanah dan Gopal keluar pagar.

"Jumpa nanti!" kata Gopal, melari ke rumahnya.

"Yaya pun balik dulu," Yaya beritahu lalu menjalan balik sendiri.

Pergi saja kedua kawan mereka, Tanah dan Petir melintas jalan ke Sekolah Rendah Pulau Rintis.

"Mana Angin ni. Biasanya dia tunggu di depan," Tanah bertanya-tanya bila mereka sampai di pagar.

"Mungkin dia balik dulu, tinggal kita cari dia," kata Petir, masih separuh tidur. "Dia tu memang nakal."

"Takkan lah. Dia tak akan balik sorang-sorang," kata Tanah sebelum ternampak Angin dan Ying berjalan ke mereka.

"Abang lambat sangat datang sampai Angin tidur," kata adik mereka sambil menggosok mata.

"Tak lah lewat sangat. Macam biasa," kata Petir.

"Lewat."

"Tak."

'Mula dah.' Tanah mengeluh dan terus mengajak adik-adiknya balik.

"Jumpa lagi esok." Angin lambai ke Ying. "Abang, boleh tak kalau kita balik rumah terus?"

"Kenapa?" tanya Tanah.

"Angin nak tidur."

"Saya setuju," kata Petir.


Yaya mengeluh sekali lagi dan meminum hot choclate yang Tanah sediakan. "Petir, awak dengar tak?" dia tanya. Dah dua kali Petir terlelap semasa dia sedang ajarnya. Bila kawannya tak jawab, Yaya menaikan topi Petir dengan pensil. "Tir."

"Ya?" Petir menanya perlahan sambil menurunkan topinya balik.

"Nak saya ajar tak ni?"

"Tak. Abang yang nak."

"Dah awak tidur dalam kelas pun. Lain kali jangan tidur lewat."

"Bukan salah saya."

Mendapat satu idea yang bernas, Yaya merampas topi Petir.

"Yaya! Bagi balik!" jerit Petir dan cuba menyapai topi kesayanganya.

"Saya akan pulangkan bila awak habis belajar," Yaya kata dengan tegas.

"Kenapa pula?"

"Nak tak topi ni?"

Petir mengeluh dan menegak posisinya.


"Hebat juga," kata Tanah. "Petir pun dengar cakap awak. Patutlah boleh jadi ketua kelas."

"Bukan payah sangat," kata Yaya, mengangkat bahu. "Pujuk sikit okay lah."

"Entahlah. Dia degil sikit. Terutamanya bila ngantuk."

Angin datang dan mengambil tepat duduk sebelah di Yaya. "Nak Ice Choclate boleh tak?"

"Dah habis dah kerja sekolah?" tanya Tanah.

"Lama dah..." kata Angin, mebaringkan kepalanya di atas kaunter.

"Awak ngantuk juga ke?"tanya Yaya.

"Mhm."

"Dari pagi tadi saya tengok awak semua macam tak cukup tidur."

"Kita semua tidur lewat sikit," kata Tanah, menyajikan air Angin yang terus menerimanya.

"Kenapa?"

"Sebab..."

Angin berhenti meminum, "Sebab kita semua takleh tidur. Terutamanya Abang Tanah sebab ada masalah..." dia memikir sebentar.

"Insomnia?" Yaya meneka.

"Ya! Insomnia!"

"Abang, Petir dah lap meja, boleh tak kalau Abang tolong buat kopi satu gelas?" tanya Petir, mencampak kain lap ke dalam singki.

"Angin nak juga!"

"Boleh," Tanah kata, mengambil dua cawan.


Author's Notes:

Maaf sebab lambat update DX. Terlupa.

Keluar pun Raksasa Tidur. Kalau ada yang nak tahu, dia hilang tu sebab Adudu keluarkan dia dari dunia game. Jadi bila Boboiboy kalahkan dia, dia kiranya macam pergi balik ke dunia game.

Jadi jumpa lagi dia chapter depan ^^