Warning!: Ooc melebih,Typo dimana-mana, BL, Sho-ai, FangBoy pairing, Fang Idol! Au, No superpowers, All Character in human ver, no alien and robot.

Kalau tak suka, jangan baca dan review dan tombol tersedia untuk anda semua. Kepada sesiapa yang baca ff yang author buat ni, author amat menghargainya.

Disclaimer: Boboiboy and all characters from Pulau Rintis adalah hak milik Animonsta Studio..

Dekat Tapi Jauh

xxxxxxxxxx

Flashback on, Fang berjalan sambil membawa makanan dan minuman yang berada di dalam tangannya ke tempat biasa yang dia dan Boboiboy selalu makan dan berehat iaitu bawah pokok berdekatan dengan padang. Secara tiba-tiba Ying datang menghampirinya.

"Hai, Pang! Nak pergi mana tu??" Tanya Ying.

"Aku nak pergi makanlah.." Balas Fang acuh tak acuh.

"Tapi di mana??" Tanya Ying lagi.

"Kat bawah pokok dekat padang sana tu.." Balas Fang.

"Jauhnya.. Dengan siapa??" Tanya Ying lagi.

"Dahlah, aku tak ada masa ni. Nanti Boboiboy tunggu aku.." Kata Fang.

"Engkau makan dengan Boboiboy?? Baik engkau makan dengan aku aja.. Lagipun aku nak cakap pasal Fang ni.." Kata Ying.

"Maaf, aku tak ada masa.." Kata Fang sambil mempercepatkan langkahnya tetapi Ying masih mengejarnya.

"Tunggulah, Pang!!" Jerit Ying.

Secara tak sengaja, gadis Cina itu terpijak tali kasutnya dan terjatuh di atas Fang. Bukan itu sahaja ternyata gadis itu telah menarik topeng Fang sehingga tercabut dari muka Fang. Fang mengangkat mukanya dan ternyata kesemua gadis di situ kaku memandangnya.

"E.. E.. Engkau.. A.. Adalah.. KYAAAAA!! Fang!!" Jerit Ying.

"Erk.. Habislah aku..." Kata Fang seorang diri.

"Itu Fanglah!! Jom ambil gambar!!" Kata seorang pelajar perempuan.

"Fang oppa!!" Jerit kesemua pelajar perempuan.

"Alamak!! Cabut!!" Jerit Fang sambil berlari tidak cukup tanah.

Flashback off...

"Engkau jumpa Fang tak??" Tanya Suzy.

"Tak!!" Balas Yaya dan Ying serentak.

"Ala!! Baru nak selfie dengan dia.." Kata Nana, hampa.

"Betul tu.." Kata Nini mengiyakan kata-kata kembarnya.

"Dahlah.. Jom kita balik ke kelas, masa rehat dah habis ni..." Kata Yaya.

"Ok!" Kata kesemua pelajar perempuan, bersurai.

Manakala di tempat persembunyian Boboiboy dan Fang, Fang terduduk sambil menghela nafas lega. Fang terus menoleh ke arah kanan apabila dia terasa seperti di perhatikan, ternyata Boboiboy menatap tajam ke arah dia dengan perasaan ingin tahu.

"Ke.. Kenapa engkau pandang aku macam tu??" Tanya Fang.

"Betul ke engkau ni Fang, Pang??" Tanya Boboiboy pula.

Fang serta merta terdiam, matanya pandang ke arah lantai kelas.

"Cakaplah, Pang!! Kenapa diam ni??!!" Jerit Boboiboy.

"Ma... Maafkan aku, Boboiboy.. Ya, akulah Fang.. Fang Fantastic Shadow..." Kata Fang sambil menanggalkan topengnya.

"Maafkan aku sebab tipu engkau selama ni.." Kata Fang lagi.

"Tapi kenapa??" Tanya Boboiboy.

"Engkau mesti fahamkan.. Aku kan artis.. Lagipun.." Kata-kata Fang terhenti.

"Lagipun apa??" Tanya Boboiboy.

"Aku.. Ci.." Kata Fang tergagap-gagap.

"Apa, Fang??" Boboiboy menanti-nanti kata-kata yang keluar daripada mulut Fang.

"Aku cintakan engkau, Boboiboy.." Kata Fang.

Boboiboy serta merta terdiam, badannya menggeletar habis apabila mendengar kata-kata Fang. Dia memandang ke arah lantai.

"Boboiboy??" Sapa Fang sambil menyentuh pipi Boboiboy.

Apabila Fang mendongakkan muka Boboiboy, matanya terbuntang luas kerana remaja di hadapannya sedang menitiskan air mata.

"Boboiboy?? Ke.. Kenapa engkau menangis ni?? A.. Aku salah cakap ke?? Kalau ya, aku betul-betul minta maaf.." Kata Fang sambil tangannya cuba mengelap air mata yang mengalir di pipi Boboiboy tetapi ditepis oleh Boboiboy.

Boboiboy berdiri dan cuba mengorak langkah keluar dari kelas tetapi tangannya terus di tarik oleh Fang. Dengan sepantas yang mungkin, bibir mereka berdua bertemu a.k.a bercium. Boboiboy menolak kasar bahu Fang supaya menjauhi daripadanya.

"Baik engkau balik ke hotel sekarang.." Kata Boboiboy tanpa melihat remaja di hadapannya.

"Ta.. Tapi.." Kata Fang tergagap-gagap.

"Baliklah.. Ianya tak selamat engkau terus berada di sini.. Pergilah balik dahulu, barang-barang engkau nanti aku tolong hantarkan.. Dan tolong, jangan kembali ke sekolah ni lagi.. " Kata Boboiboy sambil berlari meninggalkan Fang.

Fang terkaku dan setelah itu perlahan-lahan dia terduduk. Serta merta air matanya mengalir membasahi pipinya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

Fang menolak pintu biliknya di hotel dengan muka yang lesu dan secara tiba-tiba seseorang memeluknya dengan erat.

"Fang! Engkau pergi ke mana semalam??!! Abang risau dengan engkau tau tak??" Kata Kaizo sambil mengeratkan pelukannya.

"Abang??" Sapa Fang.

"Ya, Fang??" Balas Kaizo.

"Betul kata abang, aku memang tak patut jatuh cinta.." Kata Fang dengan nada sedih.

Kaizo terdiam sambil menatap ke arah adiknya yang masih memeluknya.

"Dah lah, engkau pergi rehat lah dulu." Kata Kaizo.

Tanpa berkata apa-apa lagi, Fang terus menghempaskan badannya di atas katil. Kaizo hanya mampu mengeluh. Tok! Tok! Tok! Bunyi ketukan di pintu mengalih perhatian Kaizo, perlahan-lahan Kaizo menghampiri ke arah pintu dan membukanya. Terlihat seorang pelayan hotel wanita membawa barang.

"Ini begnya Encik Fang.." Kata wanita tersebut sambil memberi beg itu kepada Kaizo.

"Terima kasih." Kata Kaizo sambil mengambil beg yang merupakan milik Fang.

"Sama-sama.." Balas wanita tersebut sambil tersenyum.

Kaizo menutup pintu dan meletakkan beg Fang di atas katilnya. Kaizo kembali mengeluh.

"Apa yang aku patut buat ni??" Kata Kaizo dalam hati.

Secara tiba-tiba mata Kaizo tertumpu ke arah sehelai kertas yang terkeluar sedikit dari beg milik Fang. Dia mengambil kertas tersebut dan membaca perkataan yang tertulis pada kertas itu. Mata Kaizo tiba-tiba terbuntang luas.

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

"EEHHHHH?!! Pang tu adalah Fang?!!" Jeritan seorang gadis menggegarkan rumah Tok Aba.

"Ya." Balas Boboiboy ringkas.

"Huwaaa!! Selama ni engkau satu kelas dengan artis?! Betapa bertuahnya engkau, Boboiboy.." Kata Ochobot yang sedang baring di atas lantai bilik milik Boboiboy.

Boboiboy terdiam, membiarkan Ochobot bercakap seorang diri. Fikirannya berserabut memikirkan hal yang berlaku di sekolah. Sekali sekala dia menyentuh bibirnya.

"Adakah betul dia menciumku?? Di.. Dia cakap dia cintakan aku.. Selama ni.. A.. Aku pun cintakan engkau, Fang.. Maafkan aku... Aku yang patut minta maaf kat engkau..." Kata Boboiboy dalam hati.

"Hei, Boboiboy. Engkau dengar tak apa yang aku cakap ni?!! Eh?! Engkau nangis ke, Boboiboy??" Tanya Ochobot.

"Huh?? Nangis?? Ta.. Tak ada lah.." Kata Boboiboy sambil mengelap air mata.

"Jangan tipu akulah, Boboiboy!!" Kata Ochobot.

"Betul.. Aku tak tipu.. Aku tak menang...!"

"Boboiboy!!" Jerit seseorang mengalih perhatian Ochobot dan Boboiboy.

Serta merta Boboiboy dan Ochobot berlari ke jendela dan memandang ke bawah. Ternyata seorang pemuda bertopeng dan berkaca mata hitam serta berjaket hitam berdiri di hadapan rumah Tok Aba.

"Jumpa aku di taman!! Ada sesuatu aku mahu katakan!!" Kata pemuda itu lagi.

Boboiboy hanya mampu mengganggukkan kepalanya dan memandang ke arah Ochobot. Ochobot hanya mampu mengangkat bahunya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

Di Taman Pulau Rintis, terlihat Boboiboy duduk di atas bangku bersama seorang pemuda misteri.

"Siapa engkau ni sebenarnya?? Apa yang engkau nak daripada aku??" Tanya Boboiboy.

"Ni akulah, Kaizo.." Kata pemuda misteri itu sambil membuka topeng dan cermin matanya.

"Ka.. Kaizo Fantastic Shadow??!!" Jerit Boboiboy.

"Shhh!! Senyap.. Ini, aku mahu bagi ni.." Kata Kaizo sambil memberikan sepucuk surat.

"Surat?? Surat apa ni??" Tanya Boboiboy sambil mengambil surat itu daripada Kaizo.

"Nanti engkau tahu lepas engkau baca surat ni. Apapun, Fang betul-betul cintakan engkau.. Sekarang ni dia betul-betul kecewa.. Aku harap engkau beri semangat pada dia sebelum dia balik ke Korea.. Tinggal lagi beberapa hari lagi kami perlu pulang ke Korea.. Dah lah, aku kena balik ke hotel. Bye!!" Kata Kaizo sambil berlari meninggalkan Boboiboy.

Boboiboy memandang ke arah Kaizo sehingga pemuda itu hilang daripada pandangannya. Mata Boboiboy kembali menatap ke arah surat yang berada di tangannya.

"Fang..." Gumam Boboiboy.

TBC...

Aww.. Sepertinya cerita ini hampir habis.. Tinggal lagi beberapa Chapter dan cerita ini akan habis.. Harap bersabar ye..