Hai semua!...Ya..Saya dah kembali untuk chapter terbaru untuk cerita ini...Ingat saya sudah hentikan cerita ini? Saya tidak akan berhenti menulis sehingga ke musim terakhir iaitu musim ke 3

Dan saya nak minta maaf sebab dah lama tidak update sebab saya terlalu sibuk dan saya ada exam besar tahun ini. Jadi selamat membaca ya...

~Feerdaus~


~Sebelum Ini Dalam POWER OF ELEMENTS 2~

"KUASA ELEMENTAL...BOBOIBOY API" Boboiboy berubah menjadi Boboiboy Api

Setelah Boboiboy bertukar menjadi Api, tumbuhan yang mengikatnya terbakar serta merta. Eddy terkejut dengan perkara itu, dan kemudian dia mahu menyerang Api, tetapi dia yang menyerang Eddy dahulu. Eddy terpelanting ke belakang tetapi disambut oleh Lisa. "Kau jangan masuk campur urusan aku" Kata Api. Semasa Api mahu mengambil batu itu, beberapa pengawal istana datang ke dalam bilik itu dan kemudian pengawal-pwngawal itu mengikat Api menggunakan "kuasa angin" mereka.

...

"Heh..Kau rupanya, Lisa" Kata Boboiboy. "Kau dah banyak berubah sekarang...sampai aku tak cam kau" Sambung Boboiboy. Lisa tidak mahu membuang masa...dia perlu selamatkan kawan-kawannya yang lain. "Dah, tak payah nak buang masa...Aku nak kau keluar dari badan Boboiboy" Arah Lisa kepada Boboiboy. Tetapi Boboiboy tidak mendengar arahannya. "Aku tak akan keluar dari badan teman lelaki kau ni, selagi aku tak selesaikan misi aku!" Balas Boboiboy dengan nada yang kuat.

"Boboiboy bukcan tem**..." Lisa berhenti seketika dan menundukkan mukanya kerana malu. "Maksud aku...Misi apa lagi yang kau nak buat?! Tuan kau dah mati!" Balas Lisa. "Kau ingat Kai tu je ke, tuan aku?!" Kata Boboiboy sambil menolak Lisa sedikit kebelakang. "Apa maksud kau...Kai tu bukan tuan kau sahaja?" Tanya Lisa. Tetapi sebelum Boboiboy membalas pertanyaan Lisa, dia menyedari ada sesuatu yang besar berada di belakang Lisa.

"Hati-hati Lisa!" Jerit Boboiboy sambil menolaknya ke tepi bersamanya setelah ada benda yang besar cuba untuk menyerangnya. "Apa benda tu?" Tanya Lisa dengan rasa cemas apabila dia melihat sebuah raksasa yang besar cuba untuk menyerang mereka. "Kau ingat aku tahu?!" Balas Boboiboy dengan pantas. Mereka berdua berdiri semula dan mereka mempunyai dua pilihan..."Kita kena larikan diri!" Kata Lisa sambil cuba untuk menarik tangan Boboiboy...tetapi Boboiboy menarik tangannya semula. "Lari?...inilah peluang kita untuk kalahkan raksasa yang besar!" Kata Boboiboy dengan rasa teruja.

"KUASA ELEMENTAL...BOBOIBOY TANAH" Boboiboy berubah menjadi Boboiboy Tanah

"Boboiboy Tunggu!" Lisa cuba untuk menghalang Boboiboy untuk menyerangnya tetapi dia sudah pun pergi menyerang raksasa itu.


-POWER OF ELEMENTS 2-

-Secrets Of The Element Kingdom-

~Chapter 7:The Dark Side

-Dalam mimpi Boboiboy-

Boboiboy menyedari yang dia berada dalam sebuah tempat yang gelap dan tiada seorang pun berada di situ. Tidak lama kemudian, Ada seorang lelaki berjubah hitam berada di belakangnya secara tiba-tiba.

"Siapa kau!" Kata Boboiboy sambil ke belakang sedikit untuk berjaga-jaga. "Aku rasa kau dah tahu jawapannya." Balas lelaki itu yang mukanya ditutupi oleh hood. Boboiboy memikirkan kata-katanya sebelum membalasnya. "Kau...kau Ahli Sihir tu.." Balas Boboiboy dengan perasaan takut. "Apa kau nak dari aku?" Tanya Boboiboy. Ahli Sihir itu kemudiannya berubah menjadi bentuk asap hitam dan sepantas kilat berada di belakang Boboiboy. " Aku nak kau berhenti halang rancangan aku." Kata Ahli Sihir itu.

"Kenapa kau nak kesemua Batu Elemen tu?" Tanya Boboiboy. "Aku mahu menjadi orang yang paling berkuasa dan aku juga mahu musnahkan Kerajaan ini!" Kata Ahli Sihir itu. "Dan aku juga mahu melawat dunia kau" Sambung Ahli Sihir itu. Setelah dia berkata bergitu, Boboiboy berasa sangat marah dan cuba mahu menumbuknya tetapi setelah dia menumbukknya, Ahli Sihir itu berubah menjadi bentuk asap dan berada di hadapan belakang Boboiboy.

"Kenapa kau letak sumpahan tu kat dalam badan aku?" Tanya Boboiboy tanpa memandang ke arahnya. "Oh, apa yang Kai buat dekat kau tu, bukannya satu sumpahan...Benda tu sudah berada di dalam badan kau sejak kau mempunyai kuasa Elemental kau ni...Dia cuma buka kuncinya sahaja" Jelas Ahli Sihir itu sambil mengarahkan jarinya kepada Jam Kuasa Boboiboy. Boboiboy terdiam seketika dengan kata-kata Ahli Sihir itu. "Jagalah kawan-kawan Elemental kau tu." Kata Ahli Sihir itu. Setelah dia mendengar kata-kata terakhir Ahli Sihir itu, dia terus memikirkan tentang Lisa.

"Lisa..."

-Dunia Sebenar-

"Huh?" Perkataan pertama daripada Boboiboy yang baru sahaja sedar daripada pengsan. Dia masih lagi lemah dan tidak bermaya, tetapi dia memaksa dirinya untuk bangun untuk melihat dia berada di mana. Setelah dia sedar sepenuhnya, dia menyedari bahawa dia berada di dalam sebuah bilik yang sederhana dengan hanya sebuah katil, meja kecil dan tingkap yang terbuka.

Tidak lama selepas itu, pintu bilik itu terbuka seperti seseorang hendak masuk ke dalam bilik itu. Rupa-rupanya orang yang memasuki bilik itu ialah Lisa. Dia melihat Boboiboy dengan rasa terkejut dan menyedari yang mata Boboiboy tidak lagi berwarna merah. "Boboiboy!" Jerit Lisa sambil berlari ke arah Boboiboy dan memeluknya dengan kuat. "Kau dah sedar!"

"Apa yang dah berlaku?" Tanya Boboiboy sambil melepaskan pelukan Lisa. "Dan...kat mana kita ni?" Sambung pertanyaan Boboiboy. "Err...Panjang ceritanya" Balas Lisa dengan teragak-agak.

FLASHBACK

"Hati-hati Lisa!" Jerit Boboiboy sambil menolaknya ke tepi bersamanya setelah ada benda yang besar cuba untuk menyerangnya. "Apa benda tu?" Tanya Lisa dengan rasa cemas apabila dia melihat sebuah raksasa yang besar cuba untuk menyerang mereka. "Kau ingat aku tahu?!" Balas Boboiboy dengan pantas. Mereka berdua berdiri semula dan mereka mempunyai dua pilihan..."Kita kena larikan diri!" Kata Lisa sambil cuba untuk menarik tangan Boboiboy...tetapi Boboiboy menarik tangannya semula. "Lari?...inilah peluang kita untuk kalahkan raksasa yang besar!" Kata Boboiboy dengan rasa teruja.

"KUASA ELEMENTAL...BOBOIBOY TANAH" Boboiboy berubah menjadi Boboiboy Tanah

"Boboiboy Tunggu!" Lisa cuba untuk menghalang Boboiboy untuk menyerangnya tetapi dia sudah pun pergi menyerang raksasa itu.

"TUMBUKAN TANAH" Boboiboy Tanah menyerang raksasa itu dengan kuat. Tapi dapat ditepis oleh raksasa itu dengan mudah. Boboiboy Tanah menyerang Raksasa itu dengan bertubi-tubi, tapi masih dapat ditepis oleh raksasa itu. Tidak lama kemudian raksasa itu menyerang balas melanggar Boboiboy Tanah dengan kuat sehingga Boboiboy Tanah terpelanting ke belakang sukar untuk bangun semula kerana kesakitan. Dia juga turut bertukar menjadi Boboiboy biasa semula.

"Lisa...lari!" Boboiboy Tanah mengarahkan supaya Lisa melarikan diri sebelum diserang oleh raksasa itu. "Aku akan dapatkan bantuan" Kata Lisa sambil berlari mencari bantuan.

Setelah Lisa sudah tidak kelihatan, Boboiboy cuba berdiri untuk melawan balik tetapi rebah semula kerana dia sudah terlalu cedera. Itu menyebabkan Boboiboy berasa sangat marah. Raksasa itu kemudiannya berlari ke arah Boboiboy untuk menghapuskannya. Pada masa yang sama Jam Kuasa Boboiboy secara tiba-tiba bertukar menjadi warna hitam dan logo pada Jam Kuasanya juga berubah menjadi bentuk yang aneh. Dan kemudian baju dan topi Boboiboy berubah menjadi warna hitam dan bercorak unggu. Dan mata merah Boboiboy menjadi lebih terang daripada yang biasa.

Sebelum Raksasa itu sempat menyerang Boboiboy. Boboiboy telah menghasilkan satu kuasa kegelapan yang sangat kuat dan kuasa itu kemudiannya ditembak dan tepat ke arah Raksasa itu. Kuasa itu menghasilkan gelombang yang kuat sehingga hancur badan raksasa itu akibat terkena kuasa yang dihasilkan oleh Boboiboy. Setelah semuanya sudah selesai, Mata merah Boboiboy mula hilang dan Boboiboy kembali ke bentuk asal. Pada masa yang sama Lisa juga telah mendapatkan bantuan daripada orang kampung yang berdekatan di situ.

END FLASHBACK

"Dan kemudian, mereka bawak kita ke sini.." Penjelasan Lisa kepada Boboiboy yang baru tersedar dari pengsan. Kemudian suasana bertukar menjadi senyap di dalam bilik itu. "Lisa...apa aku patut buat? Sumpahan aku dah semakin teruk" Kata Boboiboy kepada Lisa. Lisa tidak tahu macam mana mahu menjawabnya. Lalu seorang lelaki tua datang masuk ke dalam bilik tersebut. "Benda itu bukannya suatu sumpahan.."Kata lelaki itu sambil berjalan menuju ke arah mereka berdua. "Oh ye, Boboiboy inilah ketua kampung ni" Kata Lisa. Kemudiannya Ketua kampung itu menyambung kata-katanya. "Benda yang menguasa badan kamu itu ialah 'Bahagian Gelab' dalam badan kamu" Jelas Ketua Kampung itu. "Maksudnya?" Tanya Boboiboy dan Lisa pada masa yang sama.

"Setiap para Elemental mesti mempunyai Bahagian Gelap...cuma ianya perlu diaktifkan ataupun tidak" Balas Ketua Kampung itu. Setelah Boboiboy mendengar kata-katanya, dia terus mengingati kejadian 3 Tahun yang lalu iaitu dimana Kai memasukkan sesuatu ke dalam badannya. Dia juga turut mengingati mimpinya berjumpa dengan ahli sihir yang selalu muncul di dalam mimpinya. "Nampaknya Bahagian Gelap kamu sudah semaking kuat sekarang...kamu perlu belajar mengawalnya." Kata Ketua Kampung itu. "Ada cara nak hapuskannya?" Tanya Lisa. "Jika benda itu sudah aktif, tiada cara lain untuk menghapuskannya kecuali jika kamu mati." Balasnya. Setelah mendengar kata-kata Ketua Kampung itu, Boboiboy sudah semakin risau dengan keselamatan Lisa. Semestinya dia tidak mahu benda buruk terjadi kepadanya.

To Be Contiued


Yey! akhirnya siap jugak chapter ni...itu sahaja untuk kali ini...jumpa lagi di chapter akan datang...

Jangan lupa Review dan beri cadangan untuk cerita ini...