Hey guys I'm back! The final chapter. Dun dun dun! Hahaha^^ Maaf lambat update. Banyak distracted sejak kebelakangan ni, buatnya aku stress. Jadi aku buat ini sehari secubit dengan idea. Anyways on to the reviews:

Addin Uchiha Sagakishiro:

Hello to you too Addin. Aku balas kau kat sini ya. Baca saja ya nanti tahu. Here's the next chapter.

VinuraOsake:

Ini chapternya.

cute girls:

Hahahaha, Taufan bukan ada penyakit. Dia kemalanganlah.

Disclaimer: Sorry if isi chapter cakap kosong belaka. Tatabahasa hancur, salah ejaan, typos, angst tak tau (gagal). Boboiboy characters monsta punya ya.

Read, enjoy and review this final chapter. Please... I beg you. T-T


Chapter 7 (Final)

Tak sanggup ku dibohongi

Ku rela dijemput Ilahi

Kerna dia ku sanggup pergi

Hanya disana kekal dan abadi

Semua penglihatanku gelap-gelita, kosong dan luas kawasan ini seperti aku berada dalam kekosongan tetapi semuanya hitam. Aku curgia apakah tempat ini dan bagaimana aku berada disini.

"Kenapa aku di sini? Apa yang sudah terjadi?" Tanya aku tetapi tidak ada seseorang pun menjawap. Aku semakin curgia, apakah aku seorang di sini?

"Ada seseorang di sini ke?" Aku tanya lagi dan seperti aku jangka tidak ada seorang pun.

Tiba-tiba, muncul satu cahaya yang agak jauh dariku. Aku mengenyit mataku agar membuat penglihatanku lebih jelas tetapi tidak berhasil. Aku melangkah menghampiri cahaya itu.

Sebiji bola cahaya telah kelihatan terapung di udara setelah aku mendekatinya. Aku hairan kenapa ia ada di sini. Aku pun memegang bola cahaya itu dan saat itu juga bola cahaya hilang ke udara dan membebaskan habuk berkilau.

Munculnya sebuah memori di hadapanku, melihatkan kisah hidupku. Bermula dari aku berjumpa dengan gadis yang kucintai ke meluahkan perasaanku. Kemudian ke kenangan manisku dengan Yaya, selepas itu ke kenangan pahit iaitu dia membohongiku hingga aku kemalangan kerana menyelamatkan seorang budak perempuan.

Aku mengelap air mataku yang sudah turun ke pipi, sedih akan hidupku hanya kerana dia. Tiba-tiba dadaku jadi sakit membuatkan aku jatuh ke lantai. Sakit mula kerasaan di seluruh badan dan penglihatan aku semakin pudar.

"Aku harus bangun dari minda ku. Aku perlu kata kepadanya. Mungkin ini kali terakhir aku akan melihat dunia." Kata aku.

.

.

Ku rela dibenci

Final chapter

By AnginTaufan

.

.

"Doktor bagaimana Taufan?" Tanya Halilintar. Semua orang mengelilingi doktor itu, menunggu jawapan darinya. Mereka takut apa yang telah terjadi kepada temannya yang paling ceria.

"Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar." Jawap doktor membuatkan mereka bernafas lega.

"Tapi-" Mereka terkejut, rupanya bukan berita baik sahaja.

"Otaknya mengalami pendarahan dalaman menyebabkan dia koma. Manakala tubuh badannya luka parah terutama di rusuknya. Rusuknya patah. Ia satu keajaiban baginya hidup selepas kejadian itu. Nasib baik juga kamu bawa dia segera ke sini." Sambung doktor dengan lebarnya. Semua orang terdiam dengan apa mereka dengar. Doktor itu meminta izin untuk masuk balik ke bilik ICU untuk mencek lagi kondisi Taufan.

"Apa itu koma?" Tanya seorang anak dengan suara kekanakannya. Semua orang menatap kepada Thorn yang bertanya.

"Koma itu seperti tidur yang menentukan antara hidup atau mati." Jawap Api kepada adiknya.

"Maksudnya abang Taufan boleh... mati?" Kata Thorn bergeletar hampir nak menangis. Api yang sedar akan sedihnya adiknya terus menenangkan dia tetapi dirinya juga merasa nak menangis.

Sementara itu, Yaya memandang Halilintar yang tengah melihat anak-anaknya. Wajah Halilintar bertukar beberapa wajah iaitu kesedihan, kemudian kemarahan dan akhir sekali adalah dendam. Halilintar menoleh kepada Yaya, membuatkan Yaya terlompat sedikit. Halilintar tidak kata apa-apa hanya menatap Yaya dengan mata yang penuh dendam dan berair.

"Halilintar..." Sahut Yaya.

"Apa Halilintar?! Taufan hampir mati! Apalagi dia koma! Nyawanya di antara hidup atau mati. Ini memang salah kau!" Marah Halilintar.

"Aku tahu ini salah aku. Maafkan aku semua. Apa aku buat memang salah. Aku tak patut mainkan perasaannya. Tapi...tapi aku tak pernah sangka dia akan kemalangan!"

"Sudahlah Yaya. Jangan salahkan dirimu itu." Kata Air tiba-tiba.

"Apa maksud kau ah?!" Marah Halilintar.

"Sebab kemalangan ini bukan sebab dia." Jawap seorang. Halilintar menoleh kepada orang itu iaitu Fang.

"Ini telah ditakdirkan oleh Allah. Kau tak patut marahi Yaya. Yaya tidak bersalah. Dia hanya menyakitkan hatinya bukan membuatnya kemalangan." Sambung Gempa jawapan Fang.

"Tapi-" Percakapan Yaya dipotong oleh gelengan Gempa. Manakala Halilintar diam, kalah dengan pertengkaran ini. Dia menjauhi Yaya lalu menarik isteri dan anak-anaknya pergi.

"Hali nak ke mana?" Tanya Fang.

"Aku nak ke bilik Taufan. Kalian ikut?" Semua orang menangguk ya.

.

.

.

.

Bilik 38, iaitu di mana Taufan di tahan. Semua teman-temannya telah datang ke destinasi itu. Halilintar gementar untuk membuka pintu itu. Bagaimana kondisi sepupunya itu? Fikir Halilintar.

Dia menoleh wajah kawan-kawannya dan seperti dia, mereka juga merasa gelisah. Mereka memandang balik kepada dia dan mengangguk menyuruhnya untuk membuka. Dia menarik nafasnya lalu membuka tombol pintu tersebut.

Menolaknya ke depan, munculnya Taufan yang terlantar di katil bilik itu. Nampak satu topeng oksigen menutup separuh dari muka pesakit itu. Mereka mendekati dia membuatkan imej kepada si pesakit lebih jelas.

Hampir seluruh badannya dilitupi oleh pembalut. Kaki kanannya dibalut dari lutut ke buku lali. Di bawah perutnya, lengan kirinya dan kepalanya juga dibalut. Hanya yang lain lebam sahaja. Itu pun kelihatan parah. Manakala lengan kirinya dimasuki oleh sejenis cecari.

Taufan tetap menutup matanya dan wajahnya kelihatan cukup pucat. Mulutnya juga menunjukkan kepucatannya iaitu berwarna biru. Expersinya pula sangat tenang seperti dia telah mati tetapi mereka tahu itu belum masanya. Mereka berharap dia akan sedar secepatnya.

Semua teman hanya melihat dia dengan diam, menahan setiap perasaan mereka yang berbeza. Halilintar pergi ke sisi kanan Taufan memegang tangan sepupunya yang agak sejuk. Melihat wajah sepupunya membuatkan hatinya rasa bersimpati. Dia duduk di kerusi berhampirannya dan terus memandangnya.

Diikuti oleh Yaya yang berada di sisi kiri Taufan, terus pecah dalam tangisannya. Tidak sangka lelaki yang pernah dia sakiti telah terlantar di katil hospital dalam keadaan koma. Dia tidak akan maafkan dirinya jika Taufan belum sedar. Apalagi jika Taufan mungkin akan pergi.

Manakala yang lain hanya duduk diam di kerusi yang tersedia atau duduk di lantai sejuk sambil berdoa, memohon, menunggu dan berharap agar kawan baiknya sedar. Walaupun ia mengambil masa yang cukup panjang.

.

.

.

.

Halilintar POV,

3 jam telah berlalu dan tidak ada sebarang pergerakan dari sepupuku. Aku dan kawanku masih menunggu dengan sabarnya, 'even' anak-anakku tidak kata apa-apa. Aku tetap memandang Taufan, oh sungguhnya aku mahu dia bangun sekarang juga.

"Taufan, tolonglah bangun. Aku mohon bangunlah. Kenapa kau asyik tutup matamu? Kenapa? Kau tau tak kitorang risaukan kau." Bisik aku.

Aku pegang tangannya erat sangat memohon kepadanya. Air mata ku mula mengalir ke pipi sekali lagi semasa aku mencium tangannya. Perasaan ada seseorang menepuk belakangku membuat aku menoleh dan melihat isteriku cuba menenangkan aku kerana nampak aku menangis. Aku sikit berasa bersyukur mempunyai isteri seperti dia.

"Abang, sabar ya? Diakan kuat. Aku pasti dia akan lawan sakitnya dan bangun. Kita hanya berdoa dan tunggu. Jadi jangan nangis ya? Aku tak suka abang nangis." Kata isteriku dengan lembut dan tenang tetapi aku tahu bahawa dia juga bersedih. Mungkin dia kisah tentang aku atau ambil kasihan kepada Taufan. Aku tak pasti.

Aku menoleh pula kepada seorang di hadapanku yang duduk di sebelah kiri Taufan, Yaya. Nampaknya dia jauh lebih teruk daripada aku. Aku melihatnya dia yang masih menangis dan asyik bercakap semua ini adalah salah dia.

Aku setuju bahawa dia patut disalahi tetapi teringat apa kawanku kata aku tak dapat marahi semuanya kepadanya. Mereka betul, sebahagian dari musibah ini bukan salahnya tetapi tetap juga sebahagiannya salahnya, betul?

Aku memutuskan untuk menahan kemarahanku dan memfokuskan kepada Taufan. Ia tidak berbaloi untuk marahi dia lagi. Lagipun ia bukan dapat bangunkan Taufan walaupun melepaskannya membuat aku tenang sedikit. Tiba-tiba, perempuan itu berkata,

"Maafkan aku semua. Maafkan aku. Aku menyesal apa aku dah buat kepadanya dan kamu. Maaf. Hisk, hisk. Aku yang berhak mendapat balasan ini bukan kamu. Aku benci diriku. Disebabkan aku sakiti dia, aku pun menyakitkan kamu terutamanya Hali, Gempa dan kau." Menoleh Yaya kepada Hanna.

Hanna memandang dia balik merasa sedikit keliru.

"Maafkan aku, Hanna. Kalau aku tak tipu dia dan beritahu, dia mungkin akan lupakan aku dengan senang. Mungkin. Mungkin juga dia akan bersamamu. Maaf kerana lukai kau. Kau terluka dengan percakapannya. Ini semua salah aku." Sambung Yaya menunduki kepalanya ke bawah dengan malu.

"Yaya, jangan salahkan dirimu. Kenapa kau fikir semua ini salah kau? Dia yang sakiti aku bukan kau. Lagipun sebahagian ini salahnya." Kata Hanna.

"Tapi ini memang salah aku!"

"Cukup, Yaya. Cukup." Memaksa Hanna untuk mendiamkan Yaya dan dia pun ikut.

Yaya menoleh balik kepada Taufan dan menangis lagi manakala Hanna pergi dan duduk di samping anak-anakku cuba menceriakan mereka. Aku melihat mereka iaitu Thorn yang sedang menahan tangisannya dan Api yang kelihatan muram membuat aku rasa bersalah. Aku menyesal membawa mereka ke sini. Aku harap mereka akan mengatasi masalah ini.

End of Halilintar POV

.

.

.

.

Hanna POV

Bagaimana aku boleh terjebak dengan semua ini? Awal-awal aku dapat kerja dan jumpa Taufan. Itu ordinary. Lepas itu, aku jatuh cinta dan waktu itu juga dia cakap mengarut tentang cintanya. Itu sakiti aku. Tiba-tiba dia kemalangan. Macam mana aku tak menangis dan syok.

Aku tidak sangka semua ini akan berlaku. Bukan aku seorang, bahkan semua orang tidak sangka. Mereka fikir mereka yang sahaja yang terseksa dengan semua kesedihan ini tetapi aku juga. That just great isn't? Sigh.

Aku tengah duduk di sebelah adik-beradik kembar. Aku tak tahu anak siapa, mungkin perempuan yang memperkenalkan kepadaku. Siapa namanya? Hani? Dan suaminya adalah ibubapa mereka.

Melihat mereka muram dan sedih membuat aku sedih juga. Sama juga apabila melihat kawan-kawan Taufan yang cemas. Aku boleh tahu bahawa mereka memang kasihinya. Mereka memang kawan yang sangat baik. Aku harap dia tahu bahawa mereka ada di sampingmu.

"Taufan, semua orang risaukan kau. Cepatlah sedar ya. Aku ingin kau melihat yang kitorang memang kasihkan kau. Kau tak rasa bersalah ke? Dua budak ni pun risaukan kau." Bisik hatiku. Tidak sedar yang aku mula melamun.

Apa Yaya bersalah semua ini? Mungkin juga, tetapi dia bukan seorang yang bersalah. Taufan sendiri juga yang bersalah, tidak mahu melepaskan Yaya dan gagal untuk tidak mencintainya.

Dia sendiri yang sakiti hatinya. Bukan dia pernah membuat Yaya membenci dia? Ya betul, tetapi dia tetap bersedih. Apa sebab rancangannya gagal atau dia rasa bersalah? Memang susah nak faham apa yang ada di mindanya.

Aku fikir dia telah lupakannya selepas mereka official berpisah tetapi ternyata lebih teruk dari aku sangka. Apa yang istimewa Yaya itu? Apa yang dia ada yang perempuan tak ada? Aku apa yang tak ada?! Diriku tengah marah sambil menggenggam tanganku.

Hatiku merasa tersiksa kerana dia hanya mencintai dia dan tidak melihat aku sebagai wanita. Hanya sebagai kawan yang boleh mendengar ceritanya dan menasihatinya. Yah~ apa boleh buat. Dia tidak berhak jadi kekasihku.

Tiba-tiba, ada seseorang memegang tanganku membuat aku terhenti melamun dan menatap dia. Orang itu salah seorang budak kembar yang bertopi merah.

"Kenapa ni dik?" Tanya aku kepada si adik dengan lembut dan pelahan.

"Api lapar. Adik Thorn pun rasa lapar jugak." Kata si adik bernama Api.

"Ohh, apa kata kita keluar dan pergi ke kantin?" Cadang aku. Adik itu pun mengangguk setuju.

"Mari dik kita ke kantin." Kata budak Api itu kepada adiknya sambil memegang tangan adiknya. Adiknya menghapus matanya lalu mengangguk. Sungguh baik dan comelnya mereka berdua. Kami bertiga bangkit, tetapi sebelum kami nak keluar aku berkata sesuatu kepada kawan-kawan yang lain.

"Kamu semua..." Cakap aku terhenti seketika agar mereka menghadap aku.

"Mari kita keluar makan dan rehat sebentar? Takkan kita akan duduk sini diam-diam dan tunggu? Lagipun akhirnya juga kita akan pulang jika dia tetap tak sedarkan diri." Sambung percakapan aku. Semua orang setuju termasuk juga lelaki yang bertopi hitam itu. Siapa namanya? Tidak silap namanya, Halilintar.

Mereka semua berdiri dan mula hendak keluar, tetapi hanya seorang yang tidak mahu semestinya, Yaya. Tiba-tiba, 3 temannya iaitu lelaki yang bertopi biru laut, perempuan cina bertoncang dua dan lelaki berdarah India pergi menghampiri Yaya cuba menyuruh dia keluar manakala yang lain telah keluar. Aku hanya melihat mereka bertiga yang berusah payah untuk membawa Yaya keluar.

"Yaya, jom keluar." Kata perempuan bertoncang dua dengan lembut ketika dia menyentuh bahu Yaya tetapi dia menolak pintaannya.

"Yaya, jangan macam ni. Rehatlah dulu. Tak baik tau nangis." Kata lelaki bertopi biru pula.

"Aku tak mau! Aku mau duduk sini sampai dia sedar!" Enggan Yaya. Sekarang giliran lelaki berdarah India pula.

"Yaya... Sudahlah belum masanya dia akan sedar. Sabarlah."

"Aku kata aku tak mau! Tinggalkan aku!" Marah Yaya. Mereka bertiga mengalah lalu keluar dari bilik meninggalkan aku bersama dia. Aku memandang dia sebelum keluar dan berbisik,

"Haraplah dia akan tenang dan menerima semua ini."

End of Hanna POV

.

.

.

.

Yaya POV

Semua orang pergi keluar meninggalkan aku seorang bersama Taufan. Sempat lagi mereka keluar dan makan? Sampai hati mereka buat begitu. Mereka tak kisahkan Taufan ke? Aku tetap lagi menangis teresak-esak.

Mereka suruh aku berhenti menangis kerana ia tidak baik untuk aku mahupun untuk Taufan. Tetapi aku tetap tidak dapat hentikan tangisanku. Kesalahan ku terhadap dia terlalu besar seperti tidak ada apa-apa boleh menutupinya.

Aku memang perempuan yang tidak tahu malu. Seorang perempuan yang tidak pernah hormat kepada lelaki. Suka hati nak tipu orang agar takut ia kesakitan. Apakah itu salah ke? Aku tidak tahu. Aku ini memang penakut. Memang penakut. Kenapa aku tidak kata awal-awal? Dasar bodoh.

Aku memang tak dapat lepaskan kesalahanku terhadapnya seperti dia tidak dapat lepaskan sayangnya kepadaku. Aku teringat pada dua bulan lepas iaitu selepas perpisahan kita berdua. Aku fikir aku dapat tenang dan senang waktu itu tetapi tidak. Salahku kepadanya asyik menghantui aku. Selalu merasa bersalah ketika keluar rumah dan memandang dia.

Aku mengelak temu janji bersama Gempa hanya untuk dia agar mungkin aku dapat merasa kesakitan sepertinya. Ya, ia sedikit berhasil tetapi aku tidak sangka sikap ego ku telah menderitakannya. Maafkan aku kerana terlalu ego terhadapmu, Taufan.

Aku kini tengah menunduk kepalaku ke bawah, mengelak memandang Taufan dari menangis. Nampaknya berjaya. Hanya mataku yang merah dan bekas tangisanku sahaja tersisa. Untuk seketika waktu diriku merasa tenang sedikit.

Tiba-tiba, ada seseorang menyentuh bahuku. Aku sedikit terlompat lalu menoleh kepada orang itu.

"Hanna..." Kata aku lemah.

"Yaya, mari solat isyak." Ajak dia. Aku tak sangka kita telah menunggu sampai larut malam. Tetapi aku menggeleng kepalaku tidak.

"Yaya. Tidak baik kau menunggu terus. Kau tidak akan dapat hasilnya. Dia mesti tak suka jika kau tunggu terus. Mungkin kau akan buat dia derita, sungguh dia masih tak sedar. Kau mahu ke?" Kata Hanna membuat aku terkejut. Aku tak pernah mengetahui yang aku tengah buat dia menderita lagi. Aku menggeleng kuat.

"Aku tak nak dia derita lagi." Ucap aku takut.

"Jadi, mari keluar. Kalau dia adalah kau, dia mesti akan solat dan berdoa. Memohon kepada ilahi agar dipercepatkan semua ini dan membuat dia sedar. Mari kita semua sembahyang isyak dan hajat berjemaah, okay? Kau maukan?" Sambung dia sambil memegang kedua tanganku. Aku hanya mengangguk ya.

Dengan itu, kita berdua pergi tidak terlupa untuk memandang Taufan sekali lagi. Harap selepas kami selesai sembahyang dia sudah sedar.

End of Yaya POV

.

.

.

.

Normal POV

"Aku perlu bangun. Aku perlu. Tolonglah. Kuatkan diri tu. Bangun, bangun..." Bisik hari seseorang. Oleh demikian, jari telunjuk kanannya mula bergerak pelahan.

Sejam telah berlalu, setelah mereka selesai mengerjakan solat dan makan ringan. Mereka memutuskan untuk pulang ke bilik Taufan itupun disebabkan oleh Yaya yang ingin pergi ke sana. Dia sangat merayu kepada mereka untuk mengajak mereka semua pulang ke bilik.

Bukan apa, hati Yaya merasa ada sesuatu yang terjadi kepada Taufan. Dia tidak tahu apa itu tanda yang baik baginya atau tidak. Dengan itu, dia ingin mencek bersama mereka kerana takut apa akan terjadi kemudian.

"Yaya, betul ke apa kau rasa?" Tanya Fang semasa mereka dalam perjalanan ke bilik 38.

"Betul. Tapi aku tak tau apa ini baik atau sebaliknya." Jawap Yaya.

"Mungkin kau terlalu berharap kot? Sabarlah. Aku pasti dia akan sedar punya." Cakap Gopal.

"Ish! Aku tak kisah. Ayuh masuk sahaja." Kata Yaya yang sudah berada di depan pintu sedia untuk membuka tombol pintu tersebut.

Dia memulas tombol tersebut dan seperti yang disangka Taufan masih tidak sedarkan diri. Mereka semua melihat seluruh badan Taufan bahawa mungkin ada pegerakkan yang berubah tetapi semua kelihatan normal. Tidak ada sebarang pegerakkan pun. Mereka mengelilingi katil Taufan dan terus sahaja memandang si pesakit.

Mereka mengeluh kesal apa yang diharapkan oleh Yaya itu ternyata salah. Yaya sepertinya tidak percaya apakah ia dia rasa. Apakah dia ini sudah mula gila akan semua ini, sampai perasaanya mula tidak kawal tentu arah? Dia tidak pasti.

"Well, nampaknya dia belum sedar. Yaya don't get your hopes up so high." Cakap Air yang nampaknya ada sedikit 'scarcastic' di nadanya.

"Tapi aku yakin ada sesuatu tadi." Kata Yaya yang masih syok.

"Sudahlah, Yaya. Mungkin kau dah letih dan pikir bukan-bukan." Ujar Gempa.

"Aku tak gilalah, Gempa. Ataupun letih. Aku pastilah...kot?"

Sementara itu, Halilintar hanya memandang malas kepada pertengkaran itu. Memang ada masa ke nak mereka bergaduh? Fikir Halilintar. Kemudia dia menatap fokus kepada Taufan daripada mendengar bebelan mereka yang tidak pedah.

Tiba-tiba, matanya mula membulat hampir menghilangkan sifat dinginnya yang lagi cool. (Hehehe saja) Kenapa dengan Halilintar? Itu kerana dia melihat jari-jari Taufan mula bergerak sekali lagi.

"Taufan!" Jerit Halilintar membuatkan semua temannya memandang kepadanya kemudian Taufan.

Mereka hairan apa yang telah terjadi dan sebelum mereka nak menanya hal itu mereka melihat wajah Taufan terutamanya kepada matanya yang mula membuka.

"Taufan!" Syok mereka lalu menghampirkan diri mereka lebih dekat kepada Taufan.

"Taufan, akhirnya kau sedar." Syukur Yaya apabila mata Taufan memula membuka pelahan. Taufan mengelip matanya pelahan untuk mensuasanakan matanya.

Akhirnya pandangannya telah cerah walaupun sedikit kabur. Dia boleh melihat semua teman-temannya yang asyik merenung kepadanya dengan muka yang cemas lagi lega.

.

.

.

.

Taufan POV,

Aku memuluskan sebuah senyuman tipis yang agak lemah untuk mereka saat aku melihat mereka ada di sini. Aku berasa sangat gembira serta bersyukur kerana semua yang aku sayangi telah berada didepan mataku.

"Bagus, mereka semua ada di sini. Terima kasih Ya Allah kerana beri kesempatan ini." Bisik hatiku.

"Taufan..." Gumam seseorang di sisi kananku. Aku menoleh sedikit kepadanya. Ahh, Hali. Halilintar menangis di depanku? Dia mesti sangat risau.

"Hali...lin...tar.." Aku sebut nama penuhnya dengan sangat lemah. Dia terus memegang tanganku dan menangis.

"Taufan! Kau dah sedar! Huwaaa!" Sedih Halilintar. Aku hanya mampu memberikan senyumanku waktu itu, berterima kasih dia berada di sampingku. Baiklah, inilah masanya. Here and now.

"Ya...ya?" Aku sahut lagi membuatkan wajah sepupuku berexpresi terkejut. Aku menoleh pelahan ke kiriku dan sepertinya aku harap dia berada disana. Aku memandang wajah Yaya yang sudah mengalir air matanya gembira.

"Ya...ya." Sekali lagi aku sahut namanya.

"Iya Taufan?" Respon Yaya lalu menghampirkan dirinya kepadaku.

"Ma...maafkan aku, Yaya. Maafkan aku. Aku sepatutnya mengalah. Aku tak patut berusaha lagi. Semua ini telah di takdirkan. Aku tak dapat mengubahnya lagi." Jelas aku kepadanya. Tiba-tiba, pandanganku mula mengabur dan menghitam. Apakah ini masanya?

"Yaya. Aku harap kau akan bahagia selepas ini. Bahagialah Yaya dengan Gempa. Aku mohon jangan ingatkan lagi kesalahan itu. Aku hanya mohon kau jangan lupakan aku." Sambung aku lagi.

"Taufan. Kenapa ni? Jangan-jangan kau-" Tanya Yaya tetapi sebelum dia sempat berkata lagi aku menyambung balik.

"Kau akan lupa salah kau kan, Yaya? Kau tak akan lupa akukan? Iyakan?" Cakap aku yang kini mengalir air mataku. Yaya hanya mengangguk janji.

"Kerana aku tetap mencintaimu selamanya." Baiklah masanya sudah pun tiba dan dengan itu aku memandang balik kepada semua orang sambil memberikan senyuman ku yang 'terakhir'.

"Aku minta maaf semua. Aku tak dapat lagi jumpa dengan kamu semua. Maaf. Tiba masanya aku pergi." Percakapanku telah mengejutkan mereka.

"Taufan! Taufan! Jangan pergi!" Mohon mereka semua. Aku masih lagi bersenyum sebelum aku menutup mata buat selamanya.

"Selamat tinggal semua." Aku menutup mataku lalu melepaskan genggamanku dari Halilintar dan pergi...

End of Taufan POV

.

.

.

.

Normal POV

"Taufan! Taufan! Jangan tinggalkan kami!" Jerit mereka semua tetapi semua itu tidak ada gunanya lagi kerana mereka telah kehilangan seorang kawan, seorang ahli keluarga. Air mata mereka mula mengalir deras ke pipi mereka.

Dari sudut Halilintar. Akhirnya dirinya mula pecah. Dia menangis teresak-esak. Dia telah kehilangan sepupu yang amat dia sayangi. Dia berlutut menangis sambil memeluk isterinya. Anak-anak mereka pun turut menangis kerana perginya pakcik kegemaran mereka.

Dari sudut Hanna, dia menutup mulutnya dan menangis diam. Hatinya telah hancur berkecai. Perginya seorang kawan dan orang yang dicintainya. Ying yang berada di sebelah cuba menenangkan dia manakala suaminya memeluk isterinya yang menitis air matanya juga.

Dari sudut Yaya pula. Dia tidak percaya apa yang telah terjadi. Sungguh tragedi dia alami. Dia berharap sangat apabila Taufan telah sedar dia akan hidup rupanya tidak. Dia tidak boleh maafkan dirinya kerana dia telah membunuh Taufan walaupun sebenarnya tidak tetapi itulah yang difikirkan oleh Yaya sekarang.

Yaya menjerit kesal, memikir sekali lagi bahawa ini semua salahnya. Gempa cuba menenangkan dia tetapi tidak berhasil. Yaya menangis hingga membasahi baju kekasihnya.

Tiba-tiba, ada sesuatu yang bermain di minda Yaya. Sesuatu yang tidak pernah mereka jangka. Dengan itu, dia keluar bilik mengejutkan orang yang berada di bilik itu. Ying dan Hani turut keluar untuk mencari Yaya dan menenangkan dia.

Sementara itu, semua lelaki dan Hanna berdiri diam sambil memandang kepada si arwah. Mereka masih syok dengan semua ini.

"Hali, kau ok ke?" Tanya Gempa tiba-tiba. Halilintar menatap kepadanya dengan wajah yang kosong. Tidak ada rasanya bagi Halilintar untuk menangis lagi.

"Hali..." Sahut Gempa dan kali ini Halilintar menjawap.

"Aku ok, Gempa."

"Kau terima ke dia pergi?" Tanya Air pula kepada Halilintar.

"Ya, aku terima. Inikan takdir tuhan. Kita tak boleh buat apa-apa. Mati ini bila-bila masa boleh berlaku. Lagipun tuhan sayangkan dia dari kami. Apa gunanya kami menangis lagi." Jawap Halilintar sambil menutupi wajah sepupunya dengan selimut.

"Aku tak kisah sangat apa ini semua salah Yaya atau dirinya. Memang ia susah bagiku untuk tak marah kepada Yaya. Aku harap kamu begitu juga. Mari kita terima semua ini dan teruskan hidup. Okay?" Sambung Halilintar dan kini dia memandang kepada teman-temannya sambil memberi senyuman tipis yang jarang dia lakukan.

Semua orang mengangguk setuju dan membalas senyumannya. Tiba-tiba, handphone Halilintar berbunyi rupanya dari isterinya. Dia pun menjawap.

"Kenapa ni, Hani?"

"Abang! Kamu semua mesti pergi ke bumbung sekarang!" Kata Hani cemas.

"Ada apa?"

"Yaya nak bunuh diri!"

"Apa?!"

.

.

.

.

Ternyata apa yang difikir oleh Yaya waktu di bilik adalah nak membunuh diri. Sekrang Yaya berada di bumbung berdiri di atas cement tinggi yang menjadi pagar di sekeliling bumbung. Manakala Ying dan Hani berada dekat dengan satu-satu pintu yang ada di sana. Mereka tidak boleh mendekati Yaya kerana mereka diberi amaran agar Yaya akan lompat.

"Yaya! Jangan buat begini. Aku mohon jangan lompat!" Rayu Hani.

"Tolong jangan, Yaya! Semua ini tak akan berubah apa-apa!" Jerit Ying. Tiba-tiba, pintu bumbung terbuka dan munculnya Halilintar dan lain-lain.

"Yaya! Jangan bunuh diri! Jangan bodoh ni!" Rayu Gempa apabila dia melangkah ke hadapan.

"Ja..jangan dekat! Nanti aku lompat!" Awas Yaya membuatkan Gempa berhenti jejaknya.

"Yaya, kenapa kau sanggup nak bunuh diri?" Tanya Halilintar.

"Aku telah sakiti Taufan! Aku bunuh dia! Ini semua memang salah aku! Aku patut bunuh diri je daripada hidup!" Jerit Yaya marah masih lagi mengalir air matanya.

"Yaya. Tidak ada gunanya untuk bunuh diri. Semua tidak akan berakhir begitu sahaja. Kau harus terima. Aku tahu ia sakit dan aku tahu kau tak akan maafkan dirimu. Tetapi ingat sahaja, semua ini ada hikmatnya. Dia pergi hanya untuk kau. Dia tidak mengesal kerana kau akan bahagia. Kalau kau bahagia dia pun bahagia. Ini permintaannya, bukan? Kau harus makbulkan. Untuk dia." Jelas Halilintar. Semua orang yang menatap Yaya mengangguk setuju dengan kata Halilintar.

"Tapi-" Sebelum Yaya hendak bercakap, Halilintar memotong.

"Kau mahu ke Taufan sedih bahawa kau akan bunuh diri? Dia akan kecewa jika kau bunuh hanya untuknya. Dia fikir jika dia pergi kau akan senang. Kau nak ke dia sedih?" Yaya menggeleng kepalanya.

"Kalau begitu turun ya." Pinta Halilintar saat Hani mendekati Yaya dan menghulurkan tangan. Yaya memegang tangan Hani dan turun. Semua orang lega dan mengelilingi Yaya.

"Terima kasih Yaya." Syukur mereka semua. Yaya hanya mampu tersenyum sedih. Dengan semua itu, mereka semua memandang ke langit yang hitam lagi berawan lalu mengucapkan satu patah yang terakhir untuk Taufan.

"Jumpa lagi, Taufan."

~THE END


Alhamdulilah, sudah siap pun ff ni. Maaf if angstnya gagal. Aku admit nampaknya ff ini more into drama, hurt/comfort ya. Takpa. Harap kamu berseronok membaca ff ni walaupun complicated dan tak jelas. Jika rasa chapter ini ada alunan cepat sorry. Aku mesti buat begitu sebelum ada sesuatu yang menghalang aku buat. Aku buat ni bukan sehari ya.

Aku akan very busy mula pada 25 Feburari ini. Jadi ff lain tak ku dapat update. But inshaAllah akan cuba. Harap bersabar. Also new sequel of Brother's tresure will publish masa cuti sekolah bulan Mac. Jadi sabar ya. Kalau tak ada halangan. Huhuhuhu, sedihnya. Aku tetap akan baca ff author lain ya. Kamu jangan lupakan aku ya. Berdrama saja jua ku. Hehehe

Well sampai sini sahaja ya. Review please... Cus ada ffku yang lain, lepas habis ff tu review dah sikit dari sepatutnya. Sedihku. T-T

Review ya. Review~~~~ Dengan ikhlas ya

Thank you. Saranghae!

Sekian,

Author Angin Taufan.