Edisi Malam Minggu


Probe berpusing-pusing terbang untuk pergi ke tengah pentas. Hari ini dia berpakaian serba ala maid berwarna hitam putih "Hehehee... jangan gelakkan saya yea. Ini author yang suruh pakai tapi tema pada hari ini adalah tema MAID CAFE! Yaya, Ying, Bella, Faye dan Lily akan menjadi maid kamu pada hari ini sahaja. Makanan pencuci mulut telah disediakan, ada pelbagai jenis kek yang telah dibuatkan oleh Fang, Yaya, Faye dan Bella!"

Yaya, Ying, Bella, Faye dan Lily ada di bawah pentas dengan pakaian maid mereka. Yaya berpakaian baju kurung ala maid, dengan tudung berwarna hitam dan yang lain pula, Ying memakai cheongsam ala maid berwarna hitam putih sampai ke bawah lutut. Bella dan Lily memakai baju kebaya modern ala maid yang berwarna hitam putih. Faye memakai jaket lengan panjang dan skirt sampai ke bawah lutut yang juga berwarna hitam putih. Mereka juga turut memakai stokin panjang berbelang-berbelang kecuali Lily. Stokin dia ada gambar muka Boboiboy dan ada beberapa bentuk hati di sekeliling gambar Boboiboy. Mereka berjalan menuju ke arah para penonton studio markas kotak sambil mengangkat sebuah dulang yang penuh dengan air vanilla milk shake. Setiap para penonton akan mendapat satu air vanilla milk shake. Gopal bertambah suka apabila dia diberikan Vanilla milk shake oleh Faye sendiri

"Semua sudah bersedia?"

"SEDIA!" jerit para penonton kepada Probe

"Baiklah, mari kita mulakan dengan EDISI MALAM MINGGU! SELAMAT KEMBALI SEMUA! Saya adalah Probe, host kamu untuk Edisi Malam Minggu. Ramai budak-budak lelaki yang sangat teruja melihat kawan-kawan Boboiboy berpakaian seperti maid yea. Hehehee" Probe tergelak sedikit "Kita jangan membuang masa lagi, kita akan terhibur dahulu dengan sebuah persembahan dari Boboiboy and the 7 Powers!" Terus Probe terbang ke tepi pentas untuk memberi laluan kepada Boboiboy and the 7 Powers bernyanyi. Tirai pentas mula dinaiki dan pada hari ini, Boboiboy Gempa menjadi penyanyi utama kali ini

I'm sitting in the railway station.
Got a ticket for my destination.
On a tour of one-night stands
my suitcase and guitar in hand.
And every stop is neatly planned
for a poet and a one-man band.

Homeward bound,
I wish I was homeward bound,
Home where my thought's escaping,
Home where my music's playing,
Home where my love lies waiting silently for me.

Every day's an endless stream
Of cigarettes and magazines.
And each town looks the same to me,
the movies and the factories
And every stranger's face I see
reminds me that I long to be,

Homeward bound,
I wish I was homeward bound,
Home where my thought's escaping,
Home where my music's playing,
Home where my love lies waiting silently for me.

Tonight I'll sing my songs again,
I'll play the game and pretend.
But all my words come back to me
in shades of mediocrity
Like emptiness in harmony
I need someone to comfort me.

Homeward bound,
I wish I was homeward bound,
Home where my thought's escaping,
Home where my music's playing,
Home where my love lies waiting silently for me.
Silently for me

Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh untuk nyanyian Boboiboy Gempa tadi. Probe bertepuk tangan dan terbang ke tengah pentas "Wah! Persembahan yang menarik"

"Terima kasih!" kata Gempa

"Terima kasih kerana sudi menghiburkan kami tadi" kata Probe. Gempa dan pecahan yang lain, melambai-lambai dan terus pergi kebelakang pentas. Sampai sahaja di belakang pentas, pecahan Boboiboy bercantum semula "Kepada yang meminta request tu, harap kamu bersabar yea. Baiklah, kita akan mulakan dengan acara sesi soal jawab bersama tiga tetamu kita! Saya akan menjemput tetamu kita yang pertama. Dia adalah seorang kapten yang garang dan tahap kesadisan dia adalah tahap 100% sadis. Dia telah mendapat panggilan itik daripada si pelik iaitu Lily dan dia juga adalah abang kepada landak kita. Saya mempersilakan KAPTEN KAIZO!"

Kaizo keluar dari belakang pentas dengan muka serius dia. Muka tiada perasaan, muka rasa macam nak bagi sesiapa sahaja hukuman latihan tempur atau hukuman apa sahaja yang boleh dikatakan sadis. Dia tidak melambai atau berikan senyuman kepada para penonton tetapi para gadis peminat Kaizo, menjerit-jerit kerana muka Kaizo terlampau kacak sangat tapi ada juga cakap Kaizo ini lawa sangat macam seorang gadis. Kaizo duduk di atas sofa sambil bersilang tangan dengan muka serius dia

"Agaknya, bila kita nak melihat Kapten Kaizo senyum yea. Mesti susahkan. Apa kata minggu depan kita main game untuk buatkan Kapten Kaizo tersenyum! Bawa barang-barang yang boleh buatkan Kaizo tersenyum. Siapa berjaya, dia akan mendapat hadiah iaitu berdating dengan Kapten Kaizo di angkasa lepas!"

"Kau ingat aku ni bahan untuk diuji ke?" Kaizo mengangkat kening sebelah

"Ala, ini hanya game sahaja bukan untuk diuji, be-" Terus Kaizo ketuk kepala Probe dengan mikrofon "Heheee... yelah yelah, saya akan teruskan dengan tetamu kita yang seterusnya. Dia adalah budak oren tetapi kulit dia bukan berwarna oren, cuma dia suka sangat memakai pakaian oren. Dia adalah superhero kesayangan kita tapi ada juga yang cemburu dengan dia iaitu landak ungu. Dia adalah Boboiboy!"

"Hai semua!" Boboiboy keluar dari pentas belakang sambil melambai-lambai ke arah para penonton studio markas kotak. Dia tersenyum melihat para peminatnya menjerit-jerit nama dia dengan penuh keceriaan. Lily berhenti seketika kerana dia ingin melihat Boboiboy dia yang terlampau comel itu. Mata dia bersinar-sinar melihat Boboiboy duduk disebelah Kaizo

"Ramai betul peminat Boboiboy dalam studio ni. Popuplarity dia lebih tinggi daripada si landak tetapi popularity si landak lebih rendah daripada abang dia iaitu Kapten Kaizo. Hehehee... tapi ramai yang minat dengan adik beradik alien ni. Kita sambung balik untuk menjemput tetamu kita yang terakhir. Buat pertama kalinya, dia telah dijemput sebagai tetamu untuk Edisi Malam Minggu. Dia adalah seorang budak kecik paling genius yang ada di Pulau Rintis, tak termasuk si landak tu" Berapi-api Fang "Saya mempersilakan EMMY!"

"Hai semua! Emmy sangat teruja dapat berada di sini!" Emmy melambai-lambai kearah para penonton studio markas kotak. Senyuman dia sangat comel, mata bulat dia bersinar-sinar seperti ada sesuatu buatkan dia terasa gembira dan dia ada bawakan hadiah untuk Probe. Emmy duduk di sebelah Boboiboy dan letakkan hadiah itu di atas meja pentas "Emmy ada bawak kan hadiah untuk Probe. Nanti buka tau"

"BESTNYA DAPAT HADIAH!" Probe simpan hadiah itu di dalam badan besi dia "Tak sabar saya nak buka nanti. Ketiga tetamu kita sudah pun berada di atas pentas. Sekarang mari kita mulakan dengan sesi soal jawab tapi sebelum itu. Saya akan baca balik soalan yang diberikan oleh Kapten Kaizo pada minggu lepas. Soalan dia adalah, adakah dia abang yang terbaik buat adik dia, si Fang? Saya akan bacakan jawapan kamu berserta dengan soalan kamu" Probe betulkan apron hitam putih dia "Reader kita yang pertama datang dari Nightmare moon. Ini mesti suka tengok My Little Pony tapi Probe suka watak Rainbow Dash! Hehe.." Probe berhenti gelak sebab Kaizo dengan perhatikan dia dengan muka serius

"Kau nak membebel atau nak bagi kami soalan?"

"Maaf Kapten Kaizo! Jawapan dia untuk Kapten Kaizo adalah, walaupun Kapten Kaizo selalu buli si landak tapi dia tetap sayangkan adiknya. Betul tu! Ini namanya sayang buli! Baiklah, soalan dia untuk Kapten Kaizo. Pernah tak Kapten Kaizo makan makanan lain selain daripada lobak merah dan Kapten Kaizo berasal dari planet mana?"

"Aku pernah cuba makanan lain selain daripada lobak merah. Contohnya kerepek pisang yang si pelik selalu hantarkan tu" Lily terus keluarkan kerepek pisang dia. Dia campak kerepek pisang itu ke atas pentas dan lalu ianya mendarat diatas pangkuan Kaizo "Kau ingat aku akan makan ke?" Lily angguk-angguk kesukaan "Hmmm..." Kaizo terus berikan kepada Boboiboy. Lily bertambah lagi suka "Aku sebenarnya berasal planet yang serupa dengan bumi. Planet itu masih wujud lagi cuma aku jarang balik ke sana"

"Takpelah, hari raya nanti Kapten Kaizo pulanglah ke kampung halaman yea. Bolehlah saya datang sekali, dapat juga duit raya nanti" Kaizo berikan renungan maut kepada Probe "Errr... kita pergi ke reader kita yang seterusnya. Ini pula datang dari peminat Kaizo yang nama dia pun Kaizo juga"

"Siapa pula yang tiru nama aku ni?" Kaizo mengangkat kening sebelah

"Hehehee... dia ni peminat setia Kapten Kaizo. Selalu sokong kalau Kapten Kaizo buli si landak tu" Probe tergelak sedikit

"Cheh, tak guna punya peminat" bisik Fang

"Dia kata disini, Kapten Kaizo tetap sayangkan Fang walaupun suka sangat buli dia selalu. Soalan dia untuk Kapten Kaizo, jam kuasa itu adalah pemberian ayah Kapten Kaizo sendirikan?" Kaizo mengangguk tanda betul "Sebelum ini, adakah ayah kamu adalah penjaga galaxy? dan dari mana ayah kamu mendapat jam kuasa tersebut?"

"Ayah aku pernah bercerita dekat aku. Dia sebelum ini juga seperti aku, pelindung power sphera! Tapi dia tidak sempat untuk bercerita dari mana dia dapat jam kuasa tersebut. Sepatutnya dia akan ceritakan kepada aku tetapi semuanya sudah terlewat" Probe pura-pura mengesat air matanya

"Kasihan Kapten Kaizo"

"Memang kasihan pun tapi saya tak sangka pula ayah Kapten Kaizo, adalah seorang pelindung dan penjaga galaxy juga. Hehehee... memang terbaik" kata Boboiboy. Fang rasa bangga dengan perkerjaan ayahnya. Dia terasa sangat haru dan dia akan menjadi pelindung dan penjaga galaxy seperti ayahnya juga tapi lebih hebat daripada abang dia, itu pun kalau dia berjaya, fikir Fang sambil tersenyum-senyum di situ

"Soalan seterusnya untuk Boboiboy! Adakah kamu akan gembira jika Kapten Kaizo ditakdirkan menjadi abang kamu? Dan apakah pendapat kamu tentang si kerepek pisang iaitu Lily" Terus Lily berada di atas pentas, duduk di sebelah Boboiboy sambil kelip-kelipkan mata dekat Boboiboy. Kasihan Emmy, terpaksa duduk di dalam keadaan sempit sebab Lily mengambil tempat duduk yang banyak

"Kalau abang Kaizo ditakdirkan sebagai abang saya, mestilah sesuatu yang membuat saya gembira! Tapi yang tak bestnya, mesti Fang akan mencari alasan untuk bergaduh dengan saya"

"Betul tu Boboiboy! Tapi kalau Lily jadi adik ipar kepada abang Kaizo" Lily melihat Kaizo sedikit, terus dia rasa seram sejuk "Boleh sakit telinga Lily tiap-tiap hari sebab asyik dengar suara garang abang Kaizo sahaja"

"Dan kau dan adik aku juga akan membuat kepala aku pening setiap hari" jawab Kaizo dengan nada serius dia. Memang tidak nak dibayangkan jikalau Kaizo menjadi seorang abang kepada Fang dan Boboiboy, manakala Lily menjadi adik ipar kepada Kaizo

"Memang huru-hara" Probe pula jadi tukang jawab

"Yang soalan kedua tu. Lily ni memang seorang yang baik, periang, selalu ceria dan selalu berfikiran positif. Walaupun dia sering sekali kena marah atau kena kejar dengan abang Kaizo tapi Lily tidak putus-putus untuk cari jalan membuatkan abang Kaizo pening kepala. Pelik macam mana pun Lily ni, dia tetap mempunyai kawan yang ramai dan mudah didampingi" Lily rasa terharu, air mata dia mengalir keluar. Emmy terus berikan tisu kepada Lily

"Terima kasih Ammy" jawab Lily sambil mengelap air matanya dengan tisu yang diberikan oleh Emmy tadi

"Sama-sama kakak Milly!"

"Baiklah, soalan ini pula untuk cik Emmy kita. Bila Emmy bina latihan tempur tu? Emmy nak tak kalau dapat abang macam Kapten Kaizo?"

"Emmy bina tu sebelum abang beruang minta latihan tempur versi avenger tu. Emmy bina sama-sama dengan Probe!"

"Hehehee... memang seronok tengok Emmy buat latihan tempur tu!" kata Probe

"Seronok dan menarik! Probe kadang-kadang bagi idea yang best dekat Emmy!" Emmy tersenyum ceria di situ "Emmy kalau boleh, nak abang macam Probe sebab abang beruang garang sangat. Emmy takut tapi Emmy yakin, abang beruang garang sebab ada sebab tertentunya"

"Betul tu Emmy. Aku garang sebab adik aku sangat nakal. Kalau aku tidak garang kepada dia, nanti kenakalan dia akan berubah menjadi kejahatan. Aku tak kan berikan peluang kepada dia" jawab Kaizo sambil melihat adiknya yang seronok sangat tengah makan donut lobak merah

"Seterusnya datang dari Azuki5991! Jawapan dia untuk Kapten Kaizo, Kapten Kaizo memang abang yang terbaik walaupun suka buli adik dia tapi Kapten Kaizo selalu melindungi dan menyayangi adik dia yang nakal itu. Dia juga mahu seorang abang seperti Kapten Kaizo. Soalan dia untuk Kapten Kaizo, macam mana khabar bisnes H.A.R.A.M dan kenapa kamu nak bekerjasama dengan penipu itu?"

"Aku bukannya jalankan bisnes ataupun bekerjasama dengan si penipu itu, aku hanya mahu menjadi pengintip sahaja. Aku mahu lihat kesan akibat si Ejojo yang berlawan dengan Boboiboy dan rakan-rakannya" jawab Kaizo dengan nada serius dia

"Oh yea, ada satu lagi soalan untuk Kapten Kaizo. Di dalam fanfic Sesi Merapu, Kapten Kaizo pergi ke Jepun seorang diri, boleh tak dia nak ikut?" Probe buat muka sedih dekat Kaizo tetapi Kaizo masih lagi dengan wajah tiada perasaan dia

"Tak boleh sebab aku mahukan ketenangan"

"Adeh, tak boleh takpelah.. kita ke soalan seterusnya, soalan ini untuk Emmy. Mahu tak Emmy bekerjasama dengan si encik bos saya dengan mencipta benda-benda yang menarik!" Probe berkelip-kelip mata dekat Emmy

"Hmmm... Emmy rasa Emmy tak nak bekerjasama dengan alien kepala kotak tu sebab dia kan jahat. Emmy selalu ciptakan sesuatu untuk kebaikan dan keseronokan bukan untuk kejahatan" Kaizo kagum dengan jawapan Emmy tadi, lalu dia tersenyum sedikit. Probe sempat mengambil gambar Kaizo tersenyum tadi

"Hehehe.. nak buat kenangan" tergelak Probe di situ "Soalan seterusnya untuk Boboiboy! Apa reaksi Boboiboy seandainya di dalam episode 7 Boboiboy Galaxy, kamu terjumpa dengan Kapten Kaizo dan dia juga telah menyertai pasukan TAPOPS?"

"Mestilah gembira! Sebab sudah lama tak jumpa abang Kaizo yang ganas tu tapi dekat fanfic author Lynz, sudah tiap-tiap hari jumpa. Saya juga akan rasa gembira apabila dapat tahu bahawa Kapten Kaizo menyertai pasukan TAPOPS" jawab Boboiboy dengan seikhlas hati

"Seterusnya dari AN! Jawapan dia untuk soalan Kapten Kaizo. Yes, you're a good brother" Probe tergelak sedikit "Speaking pulak saya ni. Soalan dia untuk Kapten Kaizo. Adakah Kapten Kaizo sayangkan Lynna seperti kamu sayangkan Fang?"

"Hmmm... yea, aku sayangkan dia sebab dia kawan baik aku. Puas dengan jawapan aku?"

"ADIK PUAS!" muncul Fang di atas pentas "Walaupun jawapan abang tidak begitu memberangsangkan tapi adik puas!" Fang tersengih kepada abangnya

"Yang kau tiba-tiba ada di atas pentas kenapa?" Kaizo melihat Lily yang masih lagi berada di atas pentas "Dia pun ada sekali" Lalu Kaizo bangun dari sofa tersebut, dia pegang pedang tenaganya "Jika kamu berdua tidak turun dari sini, dua-dua aku akan campak ke planet terbiar. Hiduplah korang dekat sana" Fang dan Lily berlari lintang pukang kerana takut dikejar oleh Kaizo. Menggigil Probe melihat Kaizo yang begitu ganas dan serius itu

"So-soalan terakhir dari AN untuk Emmy. Adakah Emmy selalu bermain dengan Probe.. HAHAHA! Jawapan dia adalah YEA! Tapi ada masa tu, encik bos tak bagi saya datang ke rumah Emmy" Menangis Probe di atas pentas. Emmy lap air mata palsu Probe dengan tisu "Terima kasih Emmy! Reader kita yang seterusnya ialah Miss Mysteri tapi dia hanya ingin menjawab soalan abang beruang. Jawapan dia adalah YA! Baiklah, seterusnya dari Dark Princess! Soalan dia untuk Kapten Kaizo. Kapten Kaizo ni kaya tak? Kenapa Kapten Kaizo tidak mahu Fang jadi jahat? dan bagaimana perasaan Kapten Kaizo jika Fang sakit teruk?"

"Orang kata aku ni kaya luar biasa kerana macam-macam barang aku telah belikan untuk adik aku si Pang tu" Fang tersenyum lebar kepada abangnya "Aku tidak mahu adik aku menjadi jahat kerana kejahatanlah yang membunuh ibubapa aku! Aku akan jaga dan didik dia supaya dia menjadi orang yang berguna. Jika adik aku sakit teruk, aku akan mencari penawarnya sampai dapat. Aku tak kan biarkan mati begitu sahaja. Inilah pengorbanan aku terhadap dia" Hati Fang tersentuh dengan kata-kata abang dia tadi

"Terima kasih abang" bisik Fang sambil mengesat air matanya sedikit

"Terharu saya.. baiklah, seterusnya dari cik Fiona Buenavista. Jawpan dia adalah ya. Kapten Kaizo adalah abang yang terbaik buat Fang dan Fang amat beruntung sekali ada abang macam Kapten Kaizo walaupun dia tu agak kejam.. hehehe" Probe betulkan suara dia "Soalan untuk Kapten Kaizo... sebelum itu, saya akan pasangkan wayar ini dekat Kapten Kaizo" Lalu Probe letakkan wayar di tangan Kaizo

"Kau nak buat apa?"

"Nanti Kapten Kaizo akan tahu. Soalan dia untuk adalah, pernah tak Kapten Kaizo kencing dalam seluar? YES or No?" Fang sudah tergelak besar di bawah pentas. Lily menahan gelakan dia sebab tak nak kena kejar dengan Kaizo

"No" Tiada renjatan elektrik dan Kaizo terselamat "Lepas tu? Tiada apa-apa pun berlaku"

"Ala... baru nak kenakan Kapten Kaizo dengan renjatan elektrik" Kaizo terus cabut wayar itu dan lalu dia bangun. Muka dia berubah menjadi marah. Probe menggigil ketakutan "Errr.. kita berehat sebentar sebab saya nak larikan diri daripada Kapten Kaizo! TOLONG SAYA ENCIK BOS!"

"MARI SINI KAU!"


"Kita kembali ke Edisi Malam Minggu... adeh, sakit kepala saya" Kepala besi Probe penuh dengan benjol akibat di belasah oleh Kaizo tadi "Baiklah, kita sambung balik dari cik Fiona. Dia di sini ingin memeluk Boboiboy tapi itupun kalau anda berjaya melintasi penghalang dari Lily dan juga Ratu Lily. Sebagai hadiah untuk cik Fiona, saya akan berikan plushie Boboiboy! Esok sampailah tu. Soalan seterusnya untuk Emmy. Boleh tak Emmy mencipta raksasa yang besar untuk lenyekkan Kapten Kaizo!"

"Ada juga yang berani nak lenyekkan aku tapi aku yakin Emmy tak kan buat begitu"

"Betul tu abang beruang! Emmy cipta untuk keseronokkan dan kebaikan! Tapi kalau nak Emmy cipta juga raksasa besar tu, Emmy boleh buatkan tapi untuk kegunaan yang baik-baik sahaja" Terus Emmy bagi peace di hadapan kamera

"Bagus tu Emmy, jangan cipta sesuatu yang jahat macam encik bos saya" Terus kepala Probe kena baling dengan batu "Adoi! Tapi betullah kan, encik bos kan jahat"

"Ha ah, betul juga tu. Aku lupa pula aku ni alien jahat sebab jarang keluar dan jarang cipta sesuatu yang untuk memusnahkan Boboiboy!" Adudu ketawa besar di bawah pentas. Probe juga tergelak bersama Adudu

"Hehehee... Baiklah, seterusnya dari cik Lavender dan jawapannya adalah Kapten Kaizo adalah abang terbaik untuk Fang walaupun suka buli adik dia sendiri. Soalan dia untuk Kapten Kaizo. Pernah tak kamu terjatuh, tergelincir, tersandung, tersalah langkah semasa menjalankan latihan tempur?"

"Pernah tapi jarang" jawab Kaizo

"Abang pernah terjatuh pada awal dulu. Masa tu abang aku bukan hebat sangat pun tapi dia tak kan mengalah dan akan teruskan dengan latihan tempur dia" muncul Fang di sebelah abangnya "Sebab tu aku kagum dengan abang aku walaupun dia dulu selalu abaikan aku. Adik tetap sayangkan abang!" Fang peluk abangnya dengan penuh kasih sayang

"Yea adik, abang pun sayangkan kau tapi APASAL KAU BERADA DI ATAS PENTAS!" Terus Fang lari "Tahu pun" Boboiboy dan Emmy menepuk dahi mereka

"Garang sungguh Kapten Kaizo ni. Soalan untuk Emmy pula. Bolehkah Emmy mencipta Pintu Suka Hati atau Pintu ke mana sahaja seperti di dalam anime Doraemon?" Probe terus menukar pakaian dia menjadi costume Doraemon

"Boleh boleh! Emmy boleh lakukan. Bolehlah kita melancong ke mana sahaja yang kita suka!"

"YEAHHH!" Jerit Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Rizu, Bella, Faye dan Lily

"Hehehe.. suka pula dia orang ni kalau dengar perkataan melancong. Jangan lupa bawa saya sekali" Emmy angguk-angguk tanda boleh "Seterusnya dari The only Aria. Hmmm... dia ni tak pasti pula kalau Kapten Kaizo boleh menjadi abang yang baik. Soalan dia untuk Boboiboy, kenapa kamu ada uban? Boboiboy sudah tua ke?" Probe tergelak sedikit

"Mana ada uban.. rambut putih ni sebab-" Terus mulut dia kena tutup dengan Fang. Dia muncul lagi di atas pentas sambil tersenyum sinis

"Aku ada ceritakan bagaimana dia dapat rambut putih itu pada epsiode ke dua Edisi Malam Minggu pada musim pertama. Masa dia lahir, rambut si Boboiboy ni terkena cat. Nurse basuh-basuh tapi rambut tu ajelah yang tak tanggal.. kasihan" Boboiboy lepaskan tangan Fang di mulut dia

"Wei! Bu-" Kali ini Probe pula memotong percakapan Boboiboy. Fang sudah pun lari ke bawah sebelum abang dia mengamuk

"Hehehe.. begitulah al-kisah rambut putih Boboiboy. Seterus datang dari gadis mysterious. Soalan dia untuk Boboiboy, siapakah yang lebih cantik diantara Yaya, Ying dan Ratu Oli iaitu Ratu Lily tapi pilih satu sahaja"

"Errrr... bagilah saya pilih semua sebab mereka semuanya cantik. Cantik diluaran, cantik juga didalaman mereka. Ratu Lily pun sudah semakin cantik hati dia" Tiba-tiba Ratu Lily muncul disebelah Boboiboy dengan wajahnya yang berseri-seri "Adeh, muncul pula si Ratu Lily"

"Terima kasih Boboiboy ku sebab katakan Ratu Lily ni cantik dan menawan!" Lily muncul di atas pentas sambil mengheret Ratu Lily untuk jauhkan dia daripada Boboiboy "I STILL LOVE YOUUUUUU..." Boboiboy hanya tersengeh melihat Ratu Lily diheret jauh daripada diri dia

"Hehehe.. macam-macam betul dia orang ni. Baiklah, sekarang sesi renjatan elektrik bersama Kapten Kaizo!" Probe memasang balik wayar di tangan Kaizo "Soalan yes or no untuk Kapten Kaizo"

"Macam-macam betul kau ni" Kaizo memandang Probe dengan begitu serius sekali

"Hehehee... sekali sekala. Minggu depan saya kenalah sesiapa pulak... baiklah, soalan pertama untuk Kapten Kaizo. Adakah Kapten Kaizo suka Lynna, Yes or No" Kaizo memikir panjang untuk menjawab tersebut. Probe melihat jam untuk melihat berapa lama Kaizo memikirkan jawapan soalan itu

"Hmmm... jawapan aku adalah Yes" kata Kaizo "Hanya sebagai kawan sahaja" Alat renjatan elektrik itu tidak membuat apa. Probe rasa pelik

"Aik.. apasal macam tak berjalan ni" Lalu Probe menghempuk-hempuk alat renjatan elektrik itu dengan tukul besi. Probe pula yang terkena renjatan elektrik. Habis satu badan dia hangus "Adeh.. saya pulak terkena.. soalan seterusnya, juga untuk Kapten Kaizo. Kapten Kaizo selalu menjadi gila kerana terminum kopi? adakah sebab kafein yang sangat tinggi?"

"Yes" jawab Kaizo secara jujur

"Soalan terakhir untuk Kapten Kaizo, adakah Kapten Kaizo sedar bahawa wajah Kapten Kaizo ada mirip dengan perempuan? Yes or No?"

"No" terus Kaizo terkena renjatan elektrik. Fang tergelak di bawah pentas sebab suka pula melihat rambut abangnya berdiri tegak dan muka dia ada sedikit kesan hangus "KEGILAAN APAKAH INI! TETAKAN TENAGA!" Terus hancur alat renjatan elektrik itu

"Ala, hancur pulak alat ni.. adeh, terpaksa ganti baru. Soalan berikutnya untuk Emmy. Bolehkah gadis mysterious menjadi kawan kepada kamu? dan dia ingin pinjam pin emosi sebab dia nak pergi lekat dekat Fang dan kawan lelaki dia"

"Hmm... boleh tapi pin emosi tu, gunakan untuk kebaikan yea. Nanti Emmy hantar!" Emmy terus berikan senyuman di hadapan kamera

"Betul tu, gunakan dengan baik yea. Oh yea, dia ada soalan untuk Fang" Probe terbang ke bawah pentas dan terus ke sebelah Fang "Soalan dia, apakah agama Fang? Tapi dia kan alien. Agama dia pun saya takde tahu"

"Err... hehehee... betul lah tu kot" Fang tersengih

"Soalan untuk Fang lagi, siapakah yang paling cantik diantara Yaya, Ying dan Bella?"

"Tak nak jawab boleh tak?" Fang terus bermasam muka sambil bersilang tangan "Lagipun, bagi aku. Semuanya cantik"

"Hmmm.. betul juga. Semuanya cantik tapi kepada gadis mysterious. Soalan yang terakhir untuk Fang tu, tak perlulah Fang jawabkan kerana ini semuanya hanyalah hiburan semata-mata. Jangan ambik serius yea wahai cik gadis manis. Saya harap awak faham sebab nanti pening kepala author Lynz" Probe terus terbang ke atas pentas "Tentang tema tu, saya akan bawak ke minggu hadapan yea. Seterusnya dari Etnia Ice. Dia ada wattpad yea. Author Lynz pun ada wattpad juga. Carilah account dia iaitu Liyana Kz. Baiklah, soalan dia untuk Kapten Kaizo. Boleh tak kamu bayangkan kalau adik kamu menjadi detektif terkenal seperti detektif Conan?"

"Dia jadi detektif. Buat lawak aje. Dia mana ada kesabaran yang tinggi, tahu nak marah orang sahaja" Fang bermasam muka lagi dengan jawapan abangnya "Aku rasa, dia patut jadi arnab aje"

"ABANGGGGGG!" Terus mulut Fang kena sumbat dengan donut lobak merah. Gopal tersenyum sebab puas hati sumbat donut lobak merah ke dalam mulut Fang

"Baiklah, soalan seterusnya untuk Boboiboy. Boleh tak kamu bayangkan Fang dalam bahaya dan kamu pergi selamatkan dia tetapi kamu terkena tembakan dan lalu mati. Apakah perasaan Boboiboy dan kawan-kawan kamu?"

"Ala, Boboiboy mesti takde perasaan sebab dia dah mati" muncul Fang lagi di atas pentas dengan donut lobak merah dia "Kawan-kawan dia mestilah sedih, terutama sekali si Lily. Mesti menangis 10 hari 10 malam"

"Aik, apasal landak pulak jadi tukang jawab" Probe garu-garu kepala besi dia

"Sebab dia dah mati, jadi aku jawabkan untuk dia"

"Wei, bila masa aku dah mati. Kau ni!" Fang terus berlari ke bawah. Kaizo dan Emmy hanya gelengkan kepala dengan perangai pelik Fang "Abaikan sahaja si Fang tu tapi jawapan saya, sama aje dengan dia.. hehehe" Boboiboy tersengih

"Hehehee... takpelah. Reader kita yang seterusnya, iaitu mister mimpi tapi yang bagi soalan adalah cik mimpi. Dia cakap Kapten Kaizo adalah abang yang terbaik di dunia! Tapi abang awak tu tak berapa nak baik ke? hehehe... Soalan dia untuk Kapten Kaizo, bila nak terima abang cik mimpi ni ke dalam pasukan kamu?"

"Hari boleh, esok pun boleh untuk menyertai pasukan aku tapi jangan sesekali nak lari daripada latihan tempur aku dan juga, jangan nak gagalkan misi aku. FAHAM!" Bergema satu studio markas kotak dengan jeritan Kaizo tadi

"Selamat tak runtuh" Probe melihat siling studio markas kotak itu "Baiklah, soalan seterusnya untuk Kapten Kaizo juga. Lobak merah atau si landak yang akan Kapten Kaizo selamatkan, sekiranya mereka terjatuh ke dalam kawah gunung berapi? dan lobak merah itu adalah yang terakhir di dunia ini"

"Jawapan aku adalah adik aku. Aku tidak mahu kehilangan adik aku, seperti mana aku kehilangan ibubapa aku. Lobak merah tu, terpaksalah aku korbankan kerana nyawa adik aku lebih penting daripada lobak merah" Fang muncul di atas pentas lagi. Lalu dia menangis sambil memeluk abangnya "Apa hal kau menangis pulak ni?"

"Sebab adik lebih penting daripada lobak merah. Tak dapat nak makan donut lobak merah pun takpe, asalkan abang masih ada lagi dengan adik" Ramai pula di dalam studio markas kotak menangis melihat kemesraan dan keakraban mereka berdua. Probe pun turut menangis sekali

"Kita akan kembali selepas ini sebab semuanya tengah menangis.. UWAAAAAAAA" Probe pergi menangis sambil memeluk encik bos dia iaitu Adudu "Dan author Lynz kata, dia akan peluk cik mimpi dalam mimpi nanti!"

"Cheh, sempat lagi" bisik Fang di dalam dakapan abangnya


"Selamat kembali semua! Nampak si landak masih lagi di dalam pelukan abangnya. Kita abaikan mereka dan teruskan dengan rancangan kita. Seterusnya dari Aisyah! Hello Aisyah! Jawapan dia untuk Kapten Kaizo adalah ya, Kapten Kaizo memang seorang abang yang terbaik untuk Fang! Soalan dia untuk Kapten Kaizo. Apa perasaan Kapten Kaizo kalau Boboiboy menjadi adik kepada Kapten Kaizo?"

"Jawapan aku adalah bolehlah"

"Lerr.. itu ke jawapan abang"

"Yea, itu sahaja jawapan abang. Kau ingat abang akan jawap seperti orang lain ke. Kau nak aku jawab yang abang gembira menerima si kawan baik kau tu sebagai adik abang? Kau nak aku jawab macam tu ke? Kau juga tahu aku ni sentiasa jawab dengan serius" kata Kaizo. Boboiboy hanya menepuk dahinya. Emmy hanya gelengkan kepala sahaja

"Ha ah! Adik nak abang jawab macam tu! Sebab abang lebih comel kalau tak jawab dengan serius sahaja" Fang buat muka serius ala-ala abang dia. Kaizo menepuk kepala adiknya

"Isk isk isk... baiklah, soalan untuk Boboiboy, apakah makanan kegemaran Boboiboy?"

"Buah oren" Boboibo tersengih di situ "Tapi saya suka masakan Tok Aba, semuanya sedap!"

"Wah, cucu yang baik ni" Probe mengusap-usap kepala Boboiboy "Jangan nakal-nakal yea dan selalu dengar cakap Tok Aba. Soalan ini pula untuk Emmy. Boleh tak Emmy buat robot berbentuk manusia?"

"Boleh boleh! Emmy ada cipta satu robot manusia tapi dalam bahasa lain adalah android dan nama android Emmy adalah Ayane! Dia selalu menjadi pembantu Emmy dekat makmal"

"Saya selalu nampak robot Ayane tu.. cun melecun! Heheheee..." Probe tersengih di situ tapi semua tidak pedulik "Seterusnya dari LizzNP. Jawapan dia ni memang terbalik. Dia cakap Kapten Kaizo bukan abang yang terbaik. Dia cakap lagi, abang mana yang suka ketuk kepala adiknya selalu dan seksa adik dia begitu teruk sekali.. isk isk isk"

"Tapi itu sudah menjadi lumrah seorang abang untuk mengetuk kepala adiknya sendiri. Aku ketuk kepala dia pun sebab nak betulkan kepala dia yang penuh dengan idea kenakalan dia" Fang tersenyum lebar kepada abangnya. Kaizo hanya mengangkat kening sebelah "Sudahlah, jangan nak tersenyum aje dekat aku"

"Hehehee... Soalan untuk Emmy. Apa hobi Emmy? dan apakah makanan kegemaran Emmy?"

"Emmy suka gardening dan juga suka mencipta sesuatu! Makanan kegemaran Emmy adalah berkaitan dengan cendawan seperti sup cendawan, cendawan goreng, cendawan pizza.. bestnya kalau dapat makan sekarang" Lily terus muncul dengan sepiring cendawan pizza "WAH! CENDAWAN! Terima kasih kakak Milly!"

"Sama-sama Ammy" Lily turun ke bawah pentas sambil melompat-lompat keriangan. Gopal rasa lapar melihat Emmy menikmati pizza cendawannya

"Agaknya orang genius selalu ada sesuatu makanan kegemaran seperti adik beradik alien ni. Dia orangkan suka makan lobak merah... agaknya macam tu lah kot. Soalan untuk Kapten Kaizo tapi ini adalah soalan YES or No. Tapi... yang tak bestnya alat renjatan elektrik sudah dihapuskan oleh Kapten Kaizo sendiri" menangis Probe seorang diri "Tapi tak perlulah saya berikan soalan itu kepada Kapten Kaizo. Reader kita yang seterusnya, dari Kesya-Milk! Jawapan dia adalah, Kapten Kaizo memang seorang abang yang terbaik buat diri Fang walaupun seringkali dibuli oleh abangnya sendiri tapi dia tetap sayangkan landak. Dia mahu tujukan soalan dia untuk Kapten Kaizo dan Boboiboy. Tiada soalan untuk Emmy"

"Takpe. Lagipun mulut Emmy penuh dengan makanan" Emmy kunyah pizza itu secara perlahan-lahan

"Soalan untuk Kapten Kaizo, boleh tak kamu mengajar dia menjadi sadis dan garang?"

"Boleh tapi kau perlu hadir kelas sadis dan garang aku pada setiap hari" jawab Kaizo

"Bila masa abang ada kelas sadis dan garang? Tak pernah adik dengar"

"Abang baru sahaja buka hari ni" Fang merenung tajam ke arah abangnya tetapi Kaizo buat-buat tidak nampak sahaja "Apa-apa jelah abang ni. Kalau pasal sadis, garang, kejam, ganas.. mesti nombor satu" Terus kepala Fang diketuk oleh Kaizo sendiri

"Hehehee... sekejap berbaik, sekejap bergaduh.. macam tu lah adik beradik. Baiklah, soalan untuk Boboiboy. Pernah tak Boboiboy pergi ke Indonesia?"

"Maaf, saya belum pernah lagi pergi ke Indonesia tapi saya berharap, satu hari nanti, saya dapat menjejaki ke sana" jawab Boboiboy dengan sopannya

"Sopan aje Boboiboy ni jawap. Oh yea, dia ada permintaan untuk Lily" Lily terus muncul di sebelah Probe dengan senyuman dia yang amat menakutkan "Errr.. dia cakap, dia nak dua bungkus kerepek pisang"

"Wuuu! boleh boleh! Tapi Lily perlukan alamat rumah dia. Kalau tidak, macam mana Lily nak hantar"

"Tapi... dia ada dekat sini, tengah peluk Lynna sebab dia yang nak" Probe tunjuk ke arah Lynna yang sedang dipeluk oleh Kesya-Milk "Bolehlah Lily bagi dekat dia nanti" Lily terus larikan diri dan muncul di sebelah Lynna

"Lily ni macam cartoon Road Runner pulak. Cepat aje lari" Probe tergelak sedikit "Yeah! Seterusnya dari peminat saya iaitu Zulaila athirah! Hello Laila! Soalan dia, semuanya untuk Kapten Kaizo. Wahai Kapten Kaizo, jika kamu ditakdirkan sebagai seorang wanita, adakah kamu masih membuli adik kesayangan awak?"

"Hmmm..." Kaizo berfikir sekejap "Mungkin aku akan membuli dia tapi aku tak dapat bayangkan diri aku menjadi seorang gadis walaupun ramai yang asyik katakan wajah saya ada sedikit macam orang perempuan. Saya sendiri tidak faham kenapa mereka katakan begitu"

"Takpelah Kapten Kaizo, lepas ni cuba tumbuh jambang yea. Mesti tak macam rupa gadis dah.. hehehee" Kaizo mengusap-usap dagu dia dan bayangkan diri dia ada jambang "Soalan kedua untuk Kapten Kaizo, jika kamu ditakdirkan sudah tiada nyawa. Siapakah yang kamu boleh berharap akan menjaga Fang dibumi?"

"Lynna. Aku yakin dia dapat jagakan Pang dengan baik" jawab Kaizo yang masih lagi mengusap-usap dagu dia

"Soalan ketiga untuk Kapten Kaizo. Dikalangan kawan-kawan adik kamu si landak, siapa yang kamu paling percaya?"

"Semua" jawab Kaizo dengan tenangnya "Semua kawan-kawan Pang aku percaya tapi yang aku paling percaya sekali adalah Boboiboy"

"Soalan terakhir, kenapa Kapten Kaizo tidak pernah menghukum Yaya apabila Kapten Kaizo makan biskut dia?"

"Biskut yang Lahap selalu beli tu ke?" Boboiboy dan Emmy angguk kepada Kaizo "Hmm... aku sudah lupa bagaimana rasa biskut tu"

"Hah, Yaya ada bawak biskut tu" muncul Yaya disebelah Kaizo dengan biskut yang tidak begitu sedap itu. Muka Fang berubah menjadi hijau sebab rasa nak muntah "Kapten Kaizo nanti rasalah dekat rumah"

"Tapi malangnya aku tidak begitu gemar makan biskut" lega Fang apabila mendengar kata-kata abangnya "Tapi aku akan suruh si Pang ni makankan untuk aku" Fang terus pengsan di atas pentas. Boboiboy dan Emmy ketawa kecil di situ

"Hehehee.. kasihan si landak. Pengsan pulak" Mereka abaikan Fang pengsan di atas pentas "Seterusnya dari adhadeva kirana, jawapan dia untuk Kapten Kaizo, dia yakin kalau Kapten Kaizo menjadi abang yang terbaik untuk Fang. Dia juga ada pelbagai jenis kek untuk Kapten Kaizo dan juga untuk pecahan Boboiboy. Nanti saya akan hantar ke rumah mereka yea. Soalan untuk Kapten Kaizo, kalau kamu berpeluang menjadi menjadi pelajar balik. Apa yang kamu akan lakukan pada saat itu? Boleh tak dia nak ikut pergi latihan tempur?"

"Aku akan belajar sampai pandai dan aku akan kalahkan si Pang! Dan aku akan tunjukkan kemahiran yang aku ada! DAN AKU AKAN MENAKLUK SELURUH SEKOLAH!"

"Gila kuasa ke apa, abang aku ni" bisik Fang yang baru sahaja sedar dari pengsan

"Dasyat juga Kapten Kaizo ni. Baiklah, seterusnya untuk Boboiboy. Dia nak kamu berpecah kepada Halilintar dan Gempa dulu" Boboiboy terus berpecah kepada dua iaitu Halilintar dan Gempa. Lily muncul di atas pentas sebab ada Gempa "Haih, penyibuk ni ada juga... kita abaikan sahaja. Soalan untuk Halilintar, kalau Taufan kenakan kamu, apa yang kamu akan lakukan dan apa hobi kamu?"

"Bagi aje pedang halilintar. Biar rasakan dengan renjatan elektrik dari aku, siapa suruh kacau aku lagi. Hobi aku? entahlah.. aku pun tak tahu" kata Halilintar

"Soalan untuk Gempa, apakah buku kesukaan Gempa? Jika kamu dipilih sebagai ketua osis atau lebih dikenali sebagai president of student body, apa yang kamu akan lakukan?" Probe melihat sahaja Lily bermain-main dengan topi Gempa

"Errr... buku apa yea, buku cerita kot tapi saya ni jenis jarang baca buku" Gempa tersengih sambil betulkan balik topi dia "Kalau saya menjadi president of student body dekat sekolah, saya akan pastikan setiap pelajar akan dapat belajar dengan secara unik dan menarik!"

"Tu aje?" tanya Fang

"Hehehe.. tu aje yang aku dapat fikirkan" Gempa tersengih

"Atau sebenarnya author Lynz tak tahu nak tulis skript apa dekat jawapan kau tu" kata Fang lagi

"Err... agaknya kot" Gempa tergelak malu

"Hehehee... takpelah. Soalan terakhir untuk kamu berdua. Apakah mata pelajaran yang kamu berdua sukakan?"

"Sukan" jawab Halilintar

"Sains" jawab Gempa

"Terima kasih. Sekarang kamu berdua boleh bercantum semula" Boboiboy kembali menjadi biasa "Seterusnya dari nalisya. Hmmm... dia cakap Kapten Kaizo dan Fang memang sesuai menjadi adik beradik. Dia ingin melihat kamu berdua ucapkan kasih sayang adik beradik dan cium di pipi bukan di mulut yea. Silakan"

"ABANGGG!" Fang peluk abangnya "Adik sayangkan abang!" Fang cium-cium pipi abangnya sampai basah

"Yea, abang pun sayangkan kau juga" Kaizo mengelap pipi dia yang sudah basah itu

"Bagus bagus... dia ni peminat kamu berdua! Reader kita yang terakhir iaitu shefira, dia cakap Kapten Kaizo dan Fang sesuai sangat menjadi adik beradik walaupun sering kali bergaduh, mereka akan tetap bermesra juga. Kepada shefira dan juga latifa, nanti saya akan berikan request kamu kepada mereka yea. Harap bersabar. Nampaknya kita sudah pun-" Probe ditolak oleh Lily. Mikrofon dia dirampas oleh Lily

"Hello.. hello... testing 1 2 3.. semua dengar yea" Lily betulkan suara dia "Lily kalau takde soalan, memang tak sah Edisi Malam Minggu. Baiklah, jawapan untuk kapten itik yang super duper hot tu. Lily jawab, abang Kaizo memang abang yang terhebat dan terbaik untuk si landak yang super nakal tahap 200%! Sekarang ini, saya ingin bertanyakan soalan yes or no kepada abang Kaizo" Kaizo hanya mengangkat kening dan sudah bersiap sedia dengan pedang tenaga dia "Kalau ada 10 orang macam landak dan Lily, agak-agaknya abang Kaizo boleh handle ke tak?"

"No" jawab Kaizo "Buat aku pening kepala adalah. Baik aku humban korang semua dekat planet lain daripada melayan perangai tak betul korang"

"Hehehee... memang susah nak handle kami yang super pelik tambah nakal" Lily angguk-angguk seorang diri "Soalan untuk abang Kaizo lagi. Abang Kaizo boleh menari tak?"

"No" jawab Kaizo

"Bagus bagus.. soalan terakhir untuk Ammy"

"EMMY LAH!"

"Maaf yea Ammy" Emmy mula rasa geram dengan Lily "Sebenarnya akak rasa curiga sangat sangat, macam mana Ammy boleh tinggal sorang-sorang? Tak sunyi ke? macam mana Ammy boleh uruskan hidup sendiri?"

"Emmy sebenarnya sudah lama hidup berdikari. Emmy pandai nak uruskan hidup sendiri sebab ibubapa Emmy yang ajar Emmy. Kadang-kadang rasa sunyilah juga tapi Emmy ada peneman iaitu anak patung arnab biru! Emmy bela anak patung tu dari kecik lagi"

"Oh begitu" Lily angguk-angguk faham

"Dah habis bagi soalan?" Probe muncul di sebelah Lily

"SUDAH!" Jerit Lily dekat mikrofon. Probe cepat-cepat rampas mikrofon itu sebab takut Lily akan menjerit lagi

"Kalau sudah, pergi berdiri sana untuk stand-by" Probe tolak-tolak Lily kebelakang pentas. Dia terus kembali terbang ke tengah pentas "Maaf yea semua sebab gangguan dari si pelik. Baiklah, kita sudah pun selesai dengan sesi soal jawab tapi belum tamat lagi kerana kita ada persembahan yang terakhir! Persembahan ini adalah dari 5 gadis yang menawan iaitu YAYA, YING, BELLA, FAYE DAN LILY!"

Mereka berlima berdiri di hadapan mikrofon dengan baju maid mereka. Mereka akan bernyanyi bersama "Hai! Kami adalah THE LOVELY GIRLS! Dengarkanlah nyanyi lagu kami iaitu WINGS!" kata Faye dengan penuh semangat

Mama told me not to waste my life
She said spread your wings my little butterfly

Don't let what they say keep you up at night
And if they give you shhhh...
Then they can walk on by

My feet, feet can't touch the ground
And I can't hear a sound
But you just keep on running up your mouth yeah

Walk, walk on over there
'Cause I'm too fly to care, oh yeah

Your words don't mean a thing
I'm not listening
Keep talking, all I know is

Mama told me not to waste my life,
She said spread your wings my little butterfly
Don't let what they say keep you up at night
And they can't detain you
'Cause wings are made to fly
And we don't let nobody bring us down
No matter what you say – it won't hurt me
Don't matter if I fall from the sky
These wings are made to fly

(Hey, hey, woo!)

I'm firing up on that runway
I know we're gonna get there someday
But we don't need no "Ready. Steady. Go!", no

Talk, talk turns into air
And I don't even care, oh yeah

Your words don't mean a thing
I'm not listening
Keep talking, all I know is

Mama told me not to waste my life,
She said spread your wings my little butterfly
Don't let what they say keep you up at night,
And they can't detain you
'Cause wings are made to fly
And we don't let nobody bring us down
No matter what you say – it won't hurt me
Don't matter if I fall from the sky
These wings are made to fly

I don't need no one saying hey, hey, hey, hey
I don't hear no one saying hey, hey, hey, hey, hey, hey, hey, hey
You better keep on walking
I don't wanna hear your talking, boy'd
You better keep on walking
I don't wanna hear your talking, boy'd

Your words don't mean a thing
I'm not listening
They're just like water off my wings

Mama told me not to waste my life
She said spread your wings my little butterfly (my little butterfly)
Don't let what they say keep you up at night
And they can't detain you
'Cause wings are made to fly
And we don't let nobody bring us down
No matter what you say – it won't hurt me
Don't matter if I fall from the sky
These wings are made to fly

And we don't let nobody bring us down
No matter what you say – it won't hurt me
Don't matter if I fall from the sky
These wings are made to fly

"Sekian terima kasih semua!"

"Terima kasih dengan persembahan kamu tadi! Berikan tepukan gemuruh untuk kelima-lima gadis kita!" Para penonton studio markas kotak berikan tepukan gemuruh kepada mereka berlima "Edisi Malam Minggu sudah pun berakhir tapi kita akan jumpa lagi pada minggu hadapan dengan tiga tetamu kita iaitu Fang, Lynna dan Rizu! Berikan 2 soalan kamu dan tuliskan di ruangan review! Jumpa lagi semua!" Probe berjoget-joget di atas pentas

Kali ini Boboiboy pula muncul dengan soalan dia "Hai! Saya Boboiboy! Saya akan berikan soalan untuk minggu ini. Soalan saya kepada anda semua, diantara kesemua kawan-kawan saya, siapakah yang layak menjadi idola kamu dan kenapa? Berikan jawapan anda di ruangan review. Saya tidak sabar untuk membaca jawapan kamu semua! Jumpa lagi" Boboiboy melambai-lambai di hadapan kamera sambil tersenyum mesra


Tetamu kita pada minggu hadapan

-Fang, Lynna dan Rizu-

Homeward Bound by Simon & Garfunkel

Wing by Little Mix