Warning!: Ooc melebih,Typo dimana-mana, BL, Sho-ai, FangBoy pairing, Fang Idol! Au, No superpowers, All Character in human ver, no alien and robot.

Kalau tak suka, jangan baca dan review dan tombol tersedia untuk anda semua. Kepada sesiapa yang baca ff yang author buat ni, author amat menghargainya.

Disclaimer: Boboiboy and all characters from Pulau Rintis adalah hak milik Animonsta Studio..

Dekat Tapi Jauh

xxxxxxxxxx

Beberapa hari sudah berlalu, Boboiboy menjalankan hidupnya tanpa rakan baiknya disisinya iaitu Pang a.k.a Fang. Walaupun sekali sekala dia terasa sunyi tetapi dia tetap meneruskan kehidupannya di sekolah. Tapi yang turut berubah juga adalah kesemua pelajar perempuan kecuali Ochobot mula memusuhi dan dengki dengan Boboiboy. Boboiboy sering dipermainkan oleh pelajar perempuan tetapi Boboiboy buat tidak endah dengan tindakan mereka padanya walaupun ianya sakit.

"Boboiboy!! Pandang atas!!"

Boboiboy yang berjalan di kawasan blok B secara refleks mendongakkan kepalanya ke atas dan secara tiba-tiba beberapa biji belon air jatuh di atasnya dan kesemua baju seragamnya basah terkena air belon tersebut tetapi ianya bukan air biasa, ianya air longkang! Tiga orang gadis yang membuat kejahilan itu mentertawakannya dan berjalan meninggalkan Boboiboy yang basah kuyup.

"Boboiboy!!" Tegur dua orang dari belakang.

Boboiboy menoleh ke belakang, ternyata Gopal dan Ochobot berjalan dengan muka resah.

"Kenapa engkau basah ni?? Jom, tukar baju. Nasib baik aku ada baju sukan hari ni.." Kata Ochobot sambil menarik tangan Boboiboy.

Beberapa minit kemudian, Boboiboy keluar dari tandas dengan pakaian sukan yang diberikan oleh Ochobot.

"Kenapa engkau masih bertahan lagi dengan tindakan mereka tu?? Engkau patut buat aduan pada guru disiplin." Kata Gopal.

"Tak perlu..." Balas Boboiboy.

"Tapi kenapa?! Mereka tu dah semakin melampau tau tak?!!" Kata Ochobot.

Boboiboy terdiam, dia memandang ke arah lain. Ochobot mengepalkan tangannya.

"Tak kira, aku pergi adukan pada guru disiplin sekarang!" Kata Ochobot.

"Aku rasa kita tak patut adukan pada guru disiplin sekarang..." Kata Gopal.

"Tapi kenapa, senior??!!" Tanya Ochobot.

"Engkau lupa ke Yaya?? Yaya tu kan pengawas kesayangan guru disiplin. Semua benda dia dengar cuma daripada Yaya je. Kalau Yaya cuba bodek guru disiplin supaya tak mendengar aduan kita ni, macam mana?? Yaya kan sekarang dah benci dengan Boboiboy??" Kata Gopal panjang lebar

"Hmm.. Betul juga tu.." Kata Ochobot.

"Tak apa, aku ok je.. Korang janganlah risau sangat.." Kata Boboiboy sambil tersenyum tipis.

Ochobot dan Gopal yang mendengar kata-kata Boboiboy itu hanya mampu memandang antara satu sama lain.

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

"Fang. Engkau dah kemaskan kesemua barang engkau ke dalam bagasi?? Lusa kita sudah mahu balik ke Korea." Tanya Kaizo.

"Dah." Balas Fang ringkas.

"Fang, sudah-sudahlah tu.. Lupakan sahaja Boboiboy tu..." Kata Kaizo.

"A.. Aku tak boleh.. Aku amat merinduinya.. Aku mahu berjumpa dengan Boboiboy buat kali terakhir... " Kata Fang.

"Engkau tahukan identiti engkau dah terbongkar, jadi ia amat menyukarkan engkau untuk berjumpa dengan Boboiboy." Kata Kaizo.

Fang terdiam dan mengeluh. Matanya menatap ke arah pemandangan di luar tingkap. Secara tiba-tiba matanya tertumpu ke arah seseorang yang sedang berjalan di lorong berdekatan dengan kawasan hotel.

"Itu bukan ke.. Boboiboy?!!" Kata Fang dalam hati.

Terlihat seorang remaja lelaki bertopi jingga serta berbaju sukan berjalan di lorong berdekatan dengan kawasan hotel sepertinya dia baru pulang dari sekolah. Serta merta Fang melompat turun dari katilnya dan berlari keluar dari bilik.

"Fang, engkau nak pergi mana tu??!!" Jerit Kaizo.

"Ada la!!" Balas Fang.

Kaizo menggelengkan kepalanya apabila melihat tingkah laku adiknya dan menyambung mengemas semula barang-barangnya.

Boboiboy berjalan sambil mengeluh. Badannya terasa sakit-sakit kerana sering dibuli oleh pelajar perempuan di sekolah.

"Boboiboy!!" Jerit seseorang dari belakang.

Boboiboy terus menoleh ke belakang dan ternyata Fang sedang berlari mengejarnya. Boboiboy yang melihat Fang berlari ke arahnya, turut berlari dari Fang dengan wajah kemerahan.

"Oi, Boboiboy!! Kenapa engkau lari??!! Tunggulah aku!!" Jerit Fang.

"Pergi, Fang!! Pergi!! Jangan datang kepadaku!!" Jerit Boboiboy pula.

"Kenapa pula??!!" Jerit Fang.

"Sebab.. Err.. Argh!! Apa-apa jelah!! Yang penting, jangan datang ke arah ku!!" Jerit Boboiboy.

Boboiboy dan Fang masih tidak berhenti berkejar-kejaran sehingga mereka berdua tiba di sebuah lorong yang sunyi. Berdekatan dengan tangga, Boboiboy yang masih tidak berhenti berlari daripada Fang secara tidak sengaja terlanggar batu dan terjatuh menuruni tangga. Fang yang terperasan keadaan itu terus melompat ke arah Boboiboy dan memeluk remaja berbaju jingga itu.

Bukk!!

Kedua-dua tubuh remaja itu jatuh bersamaan di atas tanah. Boboiboy yang berada dalam dakapan Fang mula bangun.

"Boboiboy.. Engkau ok??" Tanya Fang.

"Sepatutnya aku yang tanya soalan tu.." Kata Boboiboy sambil mengembungkan pipinya.

Fang ketawa perlahan apabila melihat tingkah laku Boboiboy. Boboiboy terus membantu Fang untuk bangun, sekali sekala remaja berambut violet itu mengerang kesakitan.

"Betul ke engkau tak cedera ni??" Tanya Boboiboy sambil berjalan beriringan dengan Fang.

"Betul.. Cuma bahu aku je terasa lenguh.." Kata Fang sambil tersenyum.

"Maaf.." Kata Boboiboy ringkas.

"Kenapa engkau perlu minta maaf ni??" Tanya Fang.

"Ye la, kalau bukan sebab aku lari daripada engkau mesti takkan jadi macam ni.." Kata Boboiboy, kesal.

"Ala.. Aku ok je la.. Engkau jangan lah risau.. Huh??" Kata Fang.

Tiba-tiba mata Fang tertumpu ke arah sesuatu yang melekat di celahan rambut hitam milik Boboiboy. Perlahan-lahan jarinya menyentuh benda itu.

"Gula-gula getah?? Macam mana benda ni boleh melekat kat rambut engkau, Boboiboy??" Tanya Fang.

"Itu.." Kata Boboiboy tersangkut.

"Dia kena buli.."potong seseorang.

Boboiboy dan Fang menoleh ke belakang dan ternyata Gopal dan Ochobot sedang berdiri sambil tersenyum ke arah mereka berdua.

"Eh?? Macan mana korang boleh ada belakang kitaorang ni?" Tanya Boboiboy.

"Kitaorang ikut korang tadi.." Kata Ochobot sambil membuat tanda v.

"Sweet betul korang ni ye?? Siap berpelukan masa jatuh tu??" Kata Gopal sambil menyeringai.

Boboiboy dan Fang tersipu-sipu malu apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Gopal. Rona merah menghiasi muka mereka berdua.

"Oh ya! Apa maksud senior yang Boboiboy ni kena buli??" Tanya Fang.

"Sebenarnya, sejak pelajar perempuan tahu yang Pang itu adalah engkau. Pelajar perempuan mula membuli Boboiboy ni sebab ye la, korang kan rapat sejak first meet lagi jadi tak peliklah pelajar perempuan mula memusuhi dan berdengki dengan Boboiboy." Jelas Gopal panjang lebar.

"Apa??!! Melampau betul mereka semua tu.. Sebab aku rapat dengan Boboiboy boleh jadi macam ni??!! Geram pula aku rasa.." Kata Fang mengepalkan tangannya.

"Tu la pasal.. Aku pun geram dengan diaorang juga... Aku harap engkau boleh tolong kami leraikan pergaduhan ni, Fang.." Kata Ochobot.

"Hmm.. Mungkin aku boleh tolong dan Fantastic Shadow yang lain pasti boleh yolong juga. .. Lagipun lusa aku baru balik ke Korea.." Kata Fang.

"APA?!! LUSA??!!" Kata Gopal, Ochobot dan Boboiboy serentak.

"Kenapanya??" Tanya Fang ragu-ragu.

"Ala... Tak bestlah macam ni.. Janganlah balik, Fang.. Please.." Kata Ochobot.

"Tak boleh lah.. Aku kena balik, nanti manager marah aku kalau aku tak balik.." Kata Fang.

"Hmm.. Kesian Boboiboy.. Pasti dia akan merindui engkau nanti..." Kata Ochobot.

"Eh.. Aku pula..." Kata Boboiboy dan wajah kemerahan.

"Hehe.. Jangan tipu akulah.. Aku tau yang engkau suka kat Fang, Boboiboy.." Kata Ochobot lagi sambil menyeringai.

Boboiboy melopong habis dan wajahnya bertambah merah. Serta merta dia menutup wajahnya dengan kedua-dua tangannya. Sementara itu, Fang turut terkejut dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Ochobot.

"Betul ke ni, Boboiboy??!!" Tanya Fang.

"I.. Iya..." Kata Boboiboy malu-malu.

Mata Fang bersinar-sinar dan terus memeluk erat badan Boboiboy. Boboiboy yang berada dalam pelukan Fang mahu melepaskan diri dengan wajah kemerahan. Gopal dan Ochobot yang melihat telatah dua remaja di hadapan mereka hanya mampu ketawa terbahak-bahak.

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

Keesokannya di Sekolah Menengah Pulau Rintis, Boboiboy berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah. Banyak mata yang memandang ke arahnya tetapi dia buat tidak tahu.

Bukk!!

Satu pemadam papan hitam mengenai kepala Boboiboy. Boboiboy menggosokkan kepalanya yang terasa sakit dan terus berjalan.

"Huh!! Dasar tidak punya perasaan.." Kata Boboiboy dalam hati.

Di koridor untuk ke kelas tingkatan 4 Jujur, kesemua pelajar perempuan memandang hina ke arah Boboiboy. Sesetengah ada juga yang mengatakan kata-kata kesat padanya tetapi masih tidak diendahkan olehnya. Boboiboy membuka pintu kelas dan terus duduk di tempat duduknya. Matanya menatap keluar tingkap.

"KYAAAAAA!!! Itu Fantastic Shadow!!"

Jeritan beberapa orang pelajar perempuan menarik perhatian Boboiboy. Boboiboy terus menatap keluar tingkap, terlihat kesemua pelajar perempuan mengelilingi lima jejaka yang amat dikenalinya.

"Fantastic Shadow??!! Diaorang betul-betul datang?!!" Kata Boboiboy dalam hati.

Fang yang berada dalam kerumunan pelajar perempuan memandang ke arah kelas dan lebih tepat lagi memandang ke arah Boboiboy. Dia melambaikan tangannya ke arah Boboiboy sambil tersenyun gembira. Muka Boboiboy pula serta merta menjadi merah.

"Perhatian kepada kesemua pelajar SMPR, sila hadir ke tapak perhimpunan sekarang!" Kata guru melalui pembesar suara.

Dengan keadaan yang terburu-buru Boboiboy terus berlari ke tapak perhimpunan. Di tapak perhimpunan, terlihat kesemua pelajar sudah mengambil tempat mereka di setiap barisan kelas mereka serta ahli-ahli Fantastic Shadow yang berdiri di atas pentas. Boboiboy yang baru tiba terus masuk ke dalam barisan kelasnya.

"Baiklah, sebab cikgu panggil kamu semua ke sini kerana tetamu yang tak diduga hadir ke sekolah kita iaitu Fantastic Shadow. Terima kasih kerana hadir ke sekolah kami.." Ucap guru besar.

"Sama-sama..." Kata kesemua ahli-ahli Fantastic Shadow serentak.

"Jadi, silakan berikan ucapan anda kepada kesemua pelajar di sini.." Kata guru besar sambil memberikan mikrofon pada Kaizo.

"Baiklah.. Annyeong Haseyo!! Kamu semua sihat??!!" Tanya Kaizo.

"Sihat!!" Balas kesemua pelajar perempuan serentak manakala pelajar lelaki hanya membuat muka.

"Korang tahu tak sebab kenapa kami datang ke sini??!!" Tanya Kaizo lagi.

"Tak!!" Balas kesemua pelajar perempuan lagi.

Secara tiba-tiba suasana terasa lain macam, suasana dingin dan seram mula muncul.

"Sebabnya adalah tentang Boboiboy..." Kata Kaizo.

Serta merta kesemua pelajar perempuan memandang ke arah Boboiboy dengan wajah seakan-akan 'apa yang engkau telah buat kat idola kami..'. Boboiboy menelan air liurnya.

"Boboiboy, sila naik ke pentas." Kata Kaizo.

Tanpa berkata apa-apa lagi Boboiboy terus berjalan ke atas pentas. Setelah sampai di atas pentas, Fang meminta Boboiboy berdiri di sebelahnya. Boboiboy tidak berkata apa-apa dan mengikuti arah remaja lelaki berambut violet itu.

"Ochobot dan Gopal pun naik ke pentas." Kata Kaizo.

Ochobot dan Gopal serentak menganggukkan kepala tanda faham dengan arahan Kaizo dan berjalan ke atas pentas.

"Sekarang oppa serahkan pada Fang." Kata Kaizo sambil memberikan mikrofon pada Fang.

Fang mengambil mikrofon daripada tangan Kaizo. "Annyeong.. Maafkan kami sebab datang ke sini secara tiba-tiba.. Sebab kami datang ke sini adalah tentang Boboiboy.. Boboiboy dibuli sejak identiti aku terbongkar di sekolah ni.. Betulkah korang semua membuli Boboiboy kerana aku??" Tanya Fang.

"Tak!!" Kata kesemua pelajar perempuan serentak.

"Betul ke ni??" Tanya Fang.

"Be.. Betul!!" Balas kesemua pelajar perempuan.

"Ini semua pembohongan belaka.." Kata Boboiboy perlahan tetapi kata-katanya dapat didengari oleh Fang.

"Jika betullah korang buli Boboiboy sebab aku rapat dengan dia, aku minta tolong sangat-sangat janganlah buli dia.. Aku dan semua Fantastic Shadow memang amat menyayangi korang semua.. Peminat kami semua.. Aku rapat dengan Boboiboy sebab disalah satu-satunya orang yang boleh dipercayai, dia tak pernah menghebohkan semua perkara pada semua orang.. Aku terpaksa menutup identitiku sebab sesetengah daripada korang semua tidak boleh dipercayai.. Meminta nombor telefonku dan sering menggangguku ketika waktu ku bekerja.." Ucap Fang panjang lebar.

Kesemua pelajar perempuan yang mendengar ucapan Fang hanya mampu menundukkan kepala mereka, malu.

"Jadi, tolonglah berhenti membuli Boboiboy. Aku tak suka korang bergaduh sebab kami.. Harap korang semua minta maaf dengan Boboiboy.." Kata Fang.

"Ma.. Maafkan kami, Boboiboy..." Kata kesemua pelajar perempuan serentak.

Boboiboy menganggukkan kepalanya tanda terima minta maaf mereka semua sambil tersenyum.

"Dan terima kasih kepada Ochobot dan senior Gopal kerana tolong kami menguruskan urusan kami datang ke sini.." Kata Fang.

"Sama-sama!" Kata Ochobot dan Gopal serentak.

"Sampai sini sahaja, terima kasih.." Ucap Fang.

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

Masa semakin pantas berlalu, hari Fantastic Shadow pulang ke Korea sudah tiba. Terlihat kesemua ahli-ahli Fantastic Shadow, Boboiboy, Ochobot dan Gopal berkumpul di stesen kereta api.

"Terima kasih tau sebab jadi kawan aku semasa aku berada di sini.." Kata Fang.

"Sama-sama.." Kata Boboiboy, Ochobot dan Gopal serentak.

"Engkau jangan lupakan kitaorang tau.." Kata Ochobot.

"Aku takkan lupa punya.." Balas Fang.

"Oh ya, Boboiboy.." Kata Fang lagi.

"Ya??" Balas Boboiboy.

"Terima kasih sekali lagi."Kata Fang sambil tersenyum manis.

"Sa..Sama-sama.." Balas Boboiboy dengan wajah kemerahan.

"Oh ya, aku hampir lupa.. Aku ada hadiah nak bagi kat engkau..." Kata Fang.

"Apa dia??" Tanya Boboiboy.

"Mari ke sini." Kata Fang.

Boboiboy berjalan menghampiri ke arah Fang, serta merta Fang menarik tangan Boboiboy dan mencium bibir Boboiboy. Boboiboy yang menerima ciuman itu turut membalasnya dan memeluk erat leher milik Fang manakala yang melihat adegan tersebut, mengalami perdarahan di hidung. Ochobot menjerit keriangan, Kaizo pula mukanya merona merah sambil menangkap gambar adegan itu manakala ahli-ahli Fantastic Shadow yang lain ada yang telah pengsan termasuklah Gopal. Setelah itu, mereka berdua melepaskan ciuman hangat mereka setelah mendengar pengumuman di pembesar suara.

"Baiklah, aku pergi dulu.. Jaga diri baik-baik.." Kata Fang sambil mengelus lembut kepala Boboiboy.

"E.. Engkau pun sama..." Balas Boboiboy.

Kesemua ahli-ahli Fantastic Shadow terus berjalan masuk ke dalam kereta api sambil melambaikan tangan mereka ke arah Boboiboy dan yang lain-lain. Setelah itu, pintu kereta api ditutup dan perlahan-lahan kereta api yang dinaiki bergerak. Boboiboy yang pada mulanya berdiri tegak mula berlari mengikuti pergerakan kereta api itu.

"Fang!!" Jerit Boboiboy.

"Ya??!!" Jerit Fang sambil mengeluarkan kepalanya keluar dari jendela kereta api.

"Ada benda aku nak cakap!!" Jerit Boboiboy.

"Apa dia?!!" Jerit Fang pula.

"Aku. Cintakan. Engkau!! Saranghaeyo!!" Jerit Boboiboy.

"Aku pun cintakan engkau juga!! Jaga diri!!" Jerit Fang sambil memasukkan semula kepalanya.

"Ok!!" Balas Boboiboy.

Kereta api yang dinaiki Fang bergerak pantas dan menghilang daripada pandangan mata Boboiboy. Sebuah senyuman menghiasi bibir Boboiboy dan air mata turun membasahi pipinya.

"Aku harap dapat berjumpa dengan engkau lagi.."

THE EHD...