CHAPTER 8 : EUPHORIA
.
.
.
AN : Haih, lama tak sambung cerita ni. Tbh chapter ni dah lama aku taip cuma malas/ banyak halangan/ malas/malas/tak ade semangat nak sambung. Pendek kata aku proscinate uhuhuhuhu. Writing skill aku dah berkarat. Tak pernah improve dari dulu. Hahaha. Thank you siapa yang masih sudi baca ff ni (_). Chapter untuk kali ni full angsty/flashback untuk family Uzumaki dan fluffy Narusaku. Ada yang pernah tanya Sasuhina interaction mana? Hehe, next chapter kita bakal lihat pewaris mata byakugan dan mata sharingan kita ni. Lagi satu, aku ada cerita baru untuk Sasuhina Lovers! Cerita tu light angst, fluff. Nanti aku post (kalau rajin uWu). Warning, no Beta/Proofreading, typo merata tempat. Kalau plot aku pelik, komen la okay. Adios!
Hari lampau yang dia masih ingati, betapa kuat jantung sebesar pembuku berdegup, tapak kaki kecil menghentak tanah pantas,, batu kerikil kecil, ranting dahan kayu yang telah mati cuba menusuk tapak kasutnya tidak dipeduli, baju Iron man hadiah harijadi pemberian oto-san basah bermandikan peluh, hatinya meraung mahu sampai ke rumah . Hari itu dia masih ingat, nyawa bagai di hujung tanduk meski dia langsung tidak faham maksud tersirat peribahasa itu. Dia terdesak, ingin tiba di rumah selepas rakan sepermainannya berkata sesuatu perkara aneh berlaku di rumah. Dia mahu jumpa oka-san dan oto-san. Dia mahu tiba ke tempat yang dia gelar syurga mini kerana disitulah kegembiraan dia temui. Senyuman manis oto-san sambil membaca surat khabar di sofa, bau masakan oka-san yang wangi, sedap, menusuk hidung Naruto. Kehangatan sebuah keluarga yang dia percaya bakal kekal selamanya. Tapi di situ silapnya. Tiada yang kekal di dunia.
Naruto berlari hingga sampai ke sebuah banggunan milik keluarga mereka. Matanya perih dan pedih terkena pasir tadi. Air mata mula mengalir tanpa henti. Berulang kali lututnya jatuh menimpa tangga, namun Naruto tetap tidak berputus asa. Meski nafasnya sudah sesak dia nekad mahu sampai ke apartment milik keluarganya yang terletak pada tingkat 3. Naruto tahu kedua ibubapanya lebih dari mampu memiliki sebuah kondo, tapi oka-san mendesak mahu tinggal di apartment lama yang lebih jauh buruk dari apartment yang dibina di kawasan bandar.
Selepas kahwin, Kushina bercadang mahu tinggal jauh dari kawasan bandar dan menginap seperti orang biasa. Kedua besan tidak setuju dengan idea Kushina apatah lagi memikirkan Kushina sedang hamil 3 bulan. Tapi Minato faham disebalik keinginan Kushina. Isterinya bijak. Bukan dia tidak mahu kehidupan yang selesa, tapi dia sedang memikirkan perkara yang lebih penting. Hal yang langsung tidak diketahui oleh kedua ibubapa mereka. Kushina mahu melindungi sesuatu yang penting. Sesuatu yang sangat berharga buat mereka hingga tiba 39 minggu.
Dia tiba.
Mata Naruto berkebil melihat jemputan kegelapan di ruang rumah, dan pintu yang sentiasa terbuka dengan ucapan mesra oka-san 'Selamat Pulang' tertutup rapat. Sunyi sepi membuat tubuh kecilnya mengeletar hebat. Naruto melangkah perlahan, fokus pada cahaya kecil yang muncul dari celah pintu . Tangan kecil itu menggapai tombol pintu, perasaan ragu-ragu menyerang tiba-tiba. Pelbagai emosi mengelubungi dia serentak. Takut, cemas, bimbang, bercampur baur. Suhu badannya mendadak turun, seperti ada seseorang menghembuskan nafas di belakang tengkuk, sejuk.
"O-oka-san?" panggil Naruto.
"WOARGH!"
Bunyi ngauman kasar dan marah memecah suasana. Naruto terkejut dan badannya terlompat ke belakang. Darah berpusu naik ke saluran jantung, mengerah organ itu untuk pam dengan lebih cepat. Bagai bunyi drum dipukul berulang kali, kuat, cepat dan ganas. Getarannya kekal di kepala, suara melodi marah memantul di tulang rusuk Naruto. Naruto takut. Dahinya berkerut, setahu dia mereka tidak pernah memelihara apa-apa haiwan. Dia juga tidak pernah melihat mana-mana jiran mereka membawa keluar anjing atau kucing dari kawasan apartment mereka ini. Naruto masih ingat, Nene-obasan pemilik apartment 3 tingkat ini marah benar ketika dia cuba seludup masuk anak kucing untuk tinggal di rumah mereka. Kushina segera menasihati Naruto dan meminta maaf pada Nene obasan.
Naruto meneguk air liur, dia menepuk dadanya, perlakuan yang dia tiru di kaca TV,'The Avengers'. Selang beberapa minit, suasana kembali sunyi dan tiada bunyi aneh. Naruto cuba memberanikan diri untuk bangun semula. Baru dia mahu menginjak kaki, bunyi ngauman dilaungkan diselangi bunyi seorang wanita bertekik merayu untuk dilepaskan. Perkataan 'lepaskan aku raksaksa', 'Naruto','Raksasa Neraka' jelas di cuping telinga. Apa yang telah terjadi? Mana oto-san? Dia segera membuka pintu. Mata Naruto terbuntang luas ketika melihat ibunya menjerit histeria. Oka-san mengerang kesakitan. Tanpa amaran, pasu bunga smeraldo dicampak ke pintu tepat di atas kepalanya dan sesusuk tubuh melindungi Naruto, membawa dia kedalam dakapan. Naruto hanya tergamam dan keliru, air mata sudah mengalir deras, namun apa yang dia mampu lihat gumpalan rambut panjang berwarna merah tersisip rapi di lehernya.
"O-oka-san."
Dalam sekelip mata kehangatan yang disalur ketubuhnya dirampas, dan tubuh wanita itu ditarik kebelakang dan dihempas ke penjuru lantai. Naruto terpaku mendengar bunyi tulang retak. Lututnya lemah, badan kecilnya jatuh ke belakang menyandar pintu rumah. Seluarnya sedikit basah. Perlahan dia mengangkat kedua telapak tangannya.
Merah. Semua merah. Baju kegemarannya penuh dilumur darah. Dia tidak luka, tapi ini darah siapa? Bau tengik, bau besi, bau ubat bercampur baur. Asid naik ke tengkuk, Naruto ingin muntah. Kepalanya pening, matanya berpinar, duniannya seakan mahu gelap. Sekeliling rumahnya berantakan. Kaca di merata tempat. Almari tempat menyimpan buku kegemarannya jatuh, meja makan di mana mereka bertiga makan bersama terbelah dua. Sofa turqoise kebanggaan oka-san terbalik dan dipenuhi cakar hingga bulu-bulu pelepah berwarna putih berterbangan sana sini. Lantai mozaic yang berwarna peach tidak lagi bersinar. Naruto mula menangis. Oka-san akan marah jika lantai rumah mereka kotor. Oka-san sering memarahi dia jika dia mencuci kasut selepas bermain kotor di luar.
Esakan kecil Naruto berubah kuat. Satu persatu persoalan dan pertanyaan datang. Malam ini siapa mahu bacakan dia buku cerita? 'Jack and The Beanstalk' buku cerita kegemarannya sudah koyak rabak. Meja makan mereka tidak lagi berfungsi. Bagaimana lauk malam ini? Di mana mereka sekeluarga akan makan? Naruto lapar. Perutnya sakit berkeroncang meminta isi. Naruto menangis kuat. Syurga mini miliknya sudah musnah.
"N-Na..Naruto-kun.."
Satu suara yang dikenali Naruo memanggil namanya penuh keibuaan. Naruto cepat-cepat mencari sumber suara tersebut. Ke kiri, ke kanan, di atas, di ruang bilik. Kepalanya pening dan mengesat air matanya, terus mencari walau merangkak.
"O-oka-san!"
Di satu sudut, Kushina terdampar jauh. Separuh tubuhnya dihempap dimamah sebuah sofa mini dan almari kaca. Naruto menjerit takut ke pangkuan ibunya. Air matanya berpusu keluar. Tangisannya begitu hiba dan kuat. Dia takut. Dibawah tubuh ibunya dipenuhi air berwarna merah, dan Naruto tahu warna merah bukan petanda yang baik. Naruto menangis lagi cuba mengeluarkan ibunya dari situ. Namun kudrat seorang berumur 5 tahun menewaskan dirinya.
"O-oka-san!oka-san...oka-san, wargh! Oka-san!" jerit Naruto. Rahang mulutnya sakit menangis begitu lama. Walau sekuat mana dia cuba mengeluarkan tubuh ibunya tetap tiada hasil.
"Oka-san, oka-san jangan ri-risau Naruto akan bawa oka-san keluar...ergh! Na-Naruto hisk! Na-Naruto janji, Naruto janji akan bawa oka-san keluar. Wargh! Oka-san!Oka-san!"
Kushina hanya mampu mengulum senyuman kecil tapi pahit di pangkal bibir. Separuh tubuhnya sudah lumpuh. Beberapa tulang rusuknya patah, dan dia dapat merasakan kepedihan dan kesakitan yang tidak terkata dibahagian abdomen. Kushina sedar tubuhnya bermandikan kaca, tusukan kecil di dalam daging di mana-mana apabila cermin berukuran 1 meter setengah menimpa dirinya selepas cuba bertarung dengan 'raksasa neraka' itu. Dia tidak tahu berapa lama lagi dia akan 'sedar' sebelum raksasa neraka itu kembali merasuki dirinya. Matanya lari sekejap, mencari sesusuk tubuh yang berusaha keras melindungi dia tadi. Individu, kekasih hatinya yang sanggup mati mempertahankan dirinya. Dia teresak kecil apabila melihat sejumlah bilah pisau dapur tertanam di tubuh Minato. Rambut oren Minato yang selalu dia sisirkan dan hiasi, rambut yang dia ciumi pertama kali sewaktu bangun pagi tidak lagi bersinar seperti jingga mentari senja. Cuma merah. Merah semerahnya. Hatinya robek, disiat perlahan apabila menyedari suaminya pergi dahulu berbanding dia.
Lelaki yang sempurna dimata sesiapa, lelaki yang sentiasa sabar dengan dirinya yang kebudak-budakan, lelaki yang sanggup abaikan kelemahan dirinya bahkan menerima dia sepenuhnya,
"Tiada yang sempurna di dunia ini, Kushina," pujuk Minato di suatu petang tatkala dia bermurung mendengar bahawa Minato lebih layak disatukan dengan gadis lain berbanding dia.
Lelaki yang sanggup merendahkan ego, apabila orang lain mengutuk keputusan dia untuk mengahwini gadis biasa berbanding gadis bangsawan yang lain. Lelaki yang sanggup menelan maruah dan mengadaikan apa saja tatkala lebih kurang 20 orang sahaja yang sanggup datang ke majlis perkahwinan mereka. Lelaki yang hanya tersenyum apabila dia membebel mengenai harga barang meningkat naik ketika musim perayaan. Lelaki yang berani dan bertanggungjawab apabila menemani dia di setiap temujanji doktor sewaktu dia mengandung. Lelaki yang sudi menjadi oto-san kepada anak lelaki mereka. Lelaki yang sudi menjadi peneman hidupnya hingga mati.
Bagai menelan hempedu, Kushina menangis melihat Minato pergi dulu. Ini semua salah dirinya. Salah raksasa neraka yang sudah lama menumpang ditubuhnya. Jika masa diputar semula, dia berdoa agar tidak bertemu dengan Minato. Meragut nyawa suaminya dalam keadaan begini. Kushina mengutuk nasib buruk yang menimpa mereka. Tapi dia tidak boleh berdiam diri, hatinya perih melihat Naruto berusaha keras mengeluarkan dia dari almari yang ternyata berat pada pandangan sesiapa.
Anak lelaki hasil kasih sayang dia dan Minato. Anak kesayangan mereka yang nakal. Anak mereka yang mewarisi wajah suaminya dan dia. Uzumaki Naruto, anak kebanggaan mereka berdua. Jika dia berputus asa sekarang juga. Seketul daging yang membesar menjadi anak keanggungan mereka bakal menjadi sia-sia. Dengan kudrat yang tinggal, Kushina cuba mengeluarkan tangannya dan mencapai pipi Naruto.
"N-Naruto sayang," pujuk Kushina perlahan.
Naruto mengangkat kepalanya terus memeluk Kushina."O-okasan! Oka-san, jangan tinggal Naruto. Na-Naruto janji selamatkan oka-san. Na-Naruto janji tak nakal lagi dan pulang rumah awal. Na-Naruto janji tak mahu lagi main sampai lewat pe-petang. Na-Naruto...hisk!WARGH! Oka-san!"
"Hush, sayang...mari dekat dengan oka-san," pujuk Kushina lembut. Luluh hatinya mendengar akuan Naruto. Dia mengesat perlahan pipi Naruto yang dibasahi air mata. Kesian anak kecilnya ini, pipi gebu Naruto sudah merah, lutut dan sikunya juga tercalar. Kushina perasan seluar anaknya basah, mungkin terkucil akibat terlalu takut, namun dia tidak peduli semua itu. Dia cuba menenangkan Naruto dan membawa anak lelakinya itu dekat padanya. Kushina tidak mampu lagi bergerak, dengan sehabis mungkin dia cuba merangkul anaknya dan mencium Naruto sebanyak mungkin, kerana ini mungkin kali terakhir.
Begitu banyak.
Begitu banyak lagi hendak dia banyak lagi ingin dia ajarkan kepada Naruto. Semua rancangan masa depan mahu melihat Naruto masuk ke tadika, sekolah, hancur dengan semena-mena. Naruto anak yang keras kepala, cerewet makan, nakal dan suka menyakat, tapi anak lelakinya ini juga manja dan baik hati. Tapi pada siapa ingin dia katakan hal ini? pada siapa dia mahu sampaikan berita ini? pada siapa yang sudi mendengar wasiat terakhir ini? Makanan kegemaran Naruto, buku cerita kegemaran Naruto, lagu kegemaran Naruto, nasihat jika dia menemui teman wanita...pada siapa?
"Na-Naruto sayang," suara Kushina bergetar, dia tidak mampu lagi menampung air mata kepedihan membayangkan anaknya membesar seorang yatim piatu, kehilangan kasih sayang ibu dan ayah pada waktu yang muda."...dengar Naruto sayang, d-dengar ini pesan oka-san kali terakhir..."
Kushina dapat merasakan anggukan dari Naruto. Tangan kecil Naruto cuba memeluk leher ibunya lebih erat, memyembunyikan wajah disebalik tengkuk takut ibunya pergi bila-bila. Kushina mengusap perlahan ubun-ubun rambut Naruto. Mencium pipi, dahi, kepala, hidung Naruto. Betapa dia rindu bau anak lelakinya nanti.
"Oka-san tak boleh jalan lagi Naruto...Naruto kena tolong oka-san. Naruto kena tolong oka-san keluar dan lari dari rumah ni," ujar ibunya memerhati perubahan reaksi anaknya. Naruto menggeleng, enggan berbuat demikian. Dia tahu Naruto masih lagi trauma dengan keadaan sekarang. Kushina menekup wajah anaknya. Bertentang mata dengan anak mata yang menghampiri warna bebola matanya sendiri. Alis mata Naruto yang lentik basah melihat dirinya.
"Tak..tak mahu oka-san, tak mahu! Naruto tak mahu tinggalkan oka-san!" bentak Naruto degil.
"Naruto sayang..u-ugh!"
'Manusia!'
'Ugh! Jangan, belum lagi!'
"Oka-san?"
"Naruto...dengar sini sayang, Naruto kena lari...ugh...la-lari, ya lari dari rumah ni dan..."
"MANUSIA BENARKAN AKU KELUAR!"
"...tolong oka-san...ugh, ha..ha...tolong...tolong oka-san,Naruto," ujar Kushina tercungap-cungap menahan perut. Tidak lama lagi raksasa itu bakal keluar.
Tapi Naruto tetap tidak berganjak pergi. Dia takut meninggalkan Kushina seorang diri."Tak mahu oka-san...tak nak...kenapa okasan suruh Naruto l-lari? Hisk...hisk...Oka-san benci Naruto ke? T-tapi Naruto tak nakal sekarang...Naruto dengar cakap oka-san...Na-"
"Naruto!"
Esakan Naruto terhenti. Dia tersedu mendengar suara oka-sannya naik dan lantang. Kali terakhir ibunya bertindak demikian apabila dia cuba membakar patung mainan anak perempuan jirannya. Naruto tahu dia dalam masalah. Tapi dia takut. Takut jika dia pergi berlari keluar ibunya akan hilang serta merta. Dia masih kecil lagi. Dia masih perlukan kasih sayang ibubapa, dan dia masih perlukan pelukan hangat okasan untuk halau raksasa yang bersembunyi di bawah katil.
Hingus yang meleleh ditarik kuat, Naruto mengesat air mata yang bercampur hingus. Pandangan ibunya tajam dan tegas. Naruto meneguk air liur. Suaranya serak, "O-oka-san..."
Kushina mendengus perlahan, dia tidak mampu menahan marah lama sebegini di hadapan Naruto. Wajah Naruto selalu menjadi kelemahan dia. Dia kembali merangkul tubuh Naruto lebih dalam, meminta maaf atas kesalahan menengking Naruto tadi.
"Maafkan oka-san, Naruto...maafkan oka-san sayang..."
Naruto mengangguk perlahan, membenamkan kembali kepalanya ditengkuk ibunya meski dalam keadaan tidak selesa. "Tak mengapa oka-san...jangan nangis lagi oka-san...Naruto tak suka dengar oka-san nangis."
Kushina mengeratkan pelukan mereka. Dia membelai rambut Naruto sepenuh hati. Dalam sekelip mata...dalam sekelip mata raksasa itu akan muncul semula. Entah berapa lama lagi kuasa pengurung yang Minato kenakan kepada tubuhnya bakal bertahan. Separuh dari tiang penjara kurungan itu sudah musnah, dengan kekuatan Raja Neraka yang dimiliki Kyuubi, tidak mustahil dengan sekali kibas raksasa neraka itu bakal terlepas dari penjara dan muncul di alam manusia.
Kushina terjerit kecil, perutnya seperti dipulas kuat. Tubuhnya membongkok ke hadapan refleks dari kesakitan tersebut.
'PRAK'
Kushina menggeleng. Mustahil penjara kurungan itu sudah musnah! 'Tidak...tidak..tidak!'
"Oka-san...oka-san?"
Naruto merengek sedikit dari rangkulan ibunya yang sedikit kuat dan ketat. Mendengar tiada tindak balas dari Kushina, Naruto mengalihkan wajahnya untuk melihat wajah ibunya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati mulut ibunya terbuka luas ke atas dan dihujungnya hampir koyak berdarah. Naruto cepat-cepat berundur kebelakang ketakutan mendengar suara garau yang tidak dia kenali.
"Manusia ke mari kau di sini..."
"TIDAK! OKA-SAN!"
Mulut Kushina makin terbuka luas hingga mematahkan rahang mulutnya. Sebuah mahkluk berbulu berusaha keluar dari tubuh ibunya melalui laluan mulut yang kecil itu. Naruto menjerit histeria. Badan Kushina menggeletar hebat cuba memuntah raksasa 10 kali ganda lagi besar darinya. Kepala Kushina jatuh kebelakang, mendedahkan lehernya yang jinjang serta darah merah yang keluar hasil dari koyakan mulutnya.
Naruto menjerit lagi apabila raksasa hodoh tersebut berjaya keluar dan memandang dia dengan pandangan yang sangat tajam. Raksasa itu mendongak ke atas, menghidu bau manusia yang hampir sama dengan tubuh manusia yang dia diami selami ini. Persetan kaum Senju dan Hyuuga, berani menyeru Raja Raksasa seperti dia kemudian mengurung dia di dalam tubuh manusia yang lemah!
Oleh sebab dia sudah lama hidup di dalam badan manusia, keadaan tubuhnya bukan dalam 100%. Dia perlukan tubuh manusia yang baruuntuk didiami. Pacaindera keenam menangkap bau yang cukup dikenali, bau seakan Kushina, tapi 'tubuh penumpang' itu dicampuri bau kaum Senju yang dia benci. Matanya berubah merah apabila melihat seorang manusia kecil mengigil tidak jauh dari dirinya. Kyuubi tersenyum miris apabila menemui 'tubuh penumpang' itu. Dia melolong lagi. Ah, kaum Uzumaki selalu menjadi 'tubuh penumpang' yang terbaik untuk mereka raja neraka dan rogon-rogon lain.
Kyuubi maju ke hadapan, manakala Naruto mengesot kebelakang hingga tubuhnya tersandar dinding rumah. Kyuubi tergelak jahat, dia ketawa melihat 'tubuh tumpangan' yang seterusnya saling tidak tumpah dari sikap dan peribadi Kushina . Saat itu Kyuubi diam terdetik. Ah, baru dia perasaan budak ingusan di hadapan ini merupakan anak hasil Kushina dan pasangannya, Minato tak guna itu. Sial! Perempuan tidak guna itu sempat meninggalkan sesuatu yang mampu memusnah dan memanfaatkan dia. Kyuubi mendengus kecil cukup mengeluarkan pheromone marah disekeliling udara. Pheromone adalah satu campuran bau kimia yang dihasilkan atau diekskresikan kemudian dilepaskan ke udara persekitaraan oleh haiwan mammal utamanya dan memberi kesan serta impak kepada haiwan mangsa disekelilingnya. Istimewa pheromone yang dihasilkan Kyuubi, kaum manusia juga dapat merasai emosi yang ingin disampaikan melalui firasat haiwan tersebut. Naruto kembali menangis teresak-esak. Raksasa jahat dihadapannya mahu memakan dia.
Tangan Kyuubi diangkat, meyimbar Naruto.
"KELUARLAH KURUNGAN GELOMBANG BESI!" Dengan satu hentakan ke tanah, muncul ayat-ayat sanskrit mengelingi tubuh Kyuubi. Cahaya kuning tiba-tiba muncul dan satu lubang hitam terbentuk dan mengeluarkan beribu rantai besi disertai api bara mengurungi dan mengunci pergerakan Kyuubi.
"ARGHHH!JAHANAM LEPASKAN AKU!" "JAHANAM KAU MANUSIA! PERSETAN! KELUARKAN AKU BODOH! KELUARKAN AKU!" jerit Kyuubi sambil meraung kuat di udara.
Nafasnya Minato terhengah-hengah. Tubuhnya sudah tidak tahan lagi. Dia membiarkan badannya jatuh terhempas ke lantai . Argh! Minato mengerang kesakitan, tusukan pisau ditubuhnya tertanam lebih dalam lagi. Usaha dia dan Kushina hampir tidak berbaloi apabila melihat Kyuubi mahu menelan Naruto. Roh sudah dipangkal leher, dan Minato harus melakukan sesuatu sebelum kaum lain menemui mereka dan raja raksasa berjaya menganggu ketenteraman dunia manusia. Minato mengheret tubuhnya dengan payah ke arah Naruto. Darah merah berpusu keluar hasil seretan paksa, dia mengabaikan kesakitan yang dialaminya serta rintihan anaknya memanggil dia.
'Oto-san.'
Betapa dia rindu nanti akan panggilan itu.
Dia tersenyum seketika mengingati Kushina bakal memikirkan hal yang sama. Lima tahun lepas, dialah orang yang paling gembira kerana mampu mendukung Naruto selepas Kushina selamat melahirkan anak lelaki mereka di hospital berdekatan. Kini anak lelakinya sudah mencecah lima tahun, dan tahun hadapan Naruto bakal memasuki tadika.
Kesian Naruto.
Sempat punya ibubapa cuma seketika. Dia ayah yang jahat membiarkan nasib anak mereka sebegini. Hatinya luluh memikirkan siapalah yang bakal memimpin tangan anaknya sewaktu pertama kali masuk ke tadika nanti.
'Maafkan oto-san dan oka-san, Naruto.'
Dengan kekuatan yang ada, Minato menyeru satu mantera rahsia milik Senju dan menghentak kuat tapak tangannya ke arah perut Naruto. Dia tahu anak lelakinya bakal membesar membenci dan berdendam dengan dia. Tapi ini semua untuk kebaikan mereka. Tanpa menghiraukan jeritan Naruto dan ngauman Kyuubi, Minato menghabiskan mantera tersebut.
"ALOHOMORA!AKTIFKAN SUMPAHAN KURUNGAN SIHIR BERABAD!"
"SAKIT!OTO-SAN SAKIT!WARGH!"
"DAN MUNCULLAH SUMPAHAN TIDAK TERAMPUN, YAMATA NO OROCHI!" Serta merta empat tokong berbentuk Takeminakata yang besar mencecah sepuluh kaki muncul mengurungi disetiap penjuru kaki Kyuubi. Kyuubi menjerit kesakitan apabila pergerakannya ditahan. Tambahan lagi api bara yang dikeluarkan oleh seekor naga berekor lapan mengelingi penjara besi itu cukup menambah luka pada tubuh raksasa Kyuubi.
Ruang apartment 3 bilik itu bagai diserang puting beliung, perabot serta barang-barang lain terapung berputar laju dengan bahaya. Langit kelam, dan bunyi gagak berterbangan jelas didengari dari luar jendela. Bunyi guntur membelah alam diselangi bunyi ngauman paling kuat. Badan Kyuubi yang nyata lebih besar berpuluh ganda diserap masuk secara paksa kedalam tubuh kecil Naruto. Kurungan khusus yang dibina Minato mempunyai fungsi yang sama semasa Kushina cuba mengurung Kyuubi ke dalam tubuhnya. Naruto meraung kesakitan, menggelupur bagaikan mahu mati. Kepalanya jatuh kebelakang, matanya naik ke atas hingga menunjukkan warna putih. Naruto bagaikan diserang sawan. Air liur, air mata keluar bercampur membasahi wajah Naruto. Pinggangnya seakan mahu patah dua ketika apabila raksasa itu masuk kedalam tubuhnya. Dia seperti orang gila dan tubuhnya umpama dicucuk berjuta jarum tajam.
Minato hanya mampu menutup mata, tidak mampu melihat kesengsaraan yang dialami oleh anak mereka. Air mata yang jatuh membasahi pipinya berterusan mengalir hingga rohnya sudah berpisah dengan tubuh.
"ARGGHHHHHHHHH!SAKIT!OTO-SAN!OKA-SAN!ARGHHHH!"
'Maafkan kami, Naruto.'
.
.
.
.
Naruto tidak tahu berapa lama dia pengsan dalam kegelapan, dan berapa lama dia terbaring di atas lantai yang sejuk melihat dua orang yang disayanginya sudah pergi. Otaknya kosong. Wajahnya pucat, dan bibirnya merekah. Apa hari sudah pagi atau masih malam? Matanya kuyu dan berat. Badannya terasa penat sekali. Dia mahu tidur. Mahu lari dari mimpi ngeri ini. Dia berharap kali kedua jika dia membuka mata, oto-san dan oka-san akan datang ke biliknya serta membisikkan kata-kata manis untuk menghalau semua raksasa yang mencerobohi alam mimpinya tadi. Untuk pertama kali dia berdoa selain waktu hari jadi.
.
.
.
.
.
Kakashi melihat kecelakaan yang berlaku disekeliling sebelum menemui dua badan yang sudah terkorban. Baru dia mahu melangkah masuk, kakinya tertendang sesuatu. Alangkah terkejutnya yang disangka barang rupanya seorang budak kecil yang terbaring pengsan disudut pintu. Dia cepat-cepat memeriksa nadi anak kecil tersebut dan menarik nafas lega apabila mendapati nadi jantung kanak-kanak itu masih berbunyi meski lemah. Dia mendecis melihat keadaan anak kecil itu dalam keadaan yang memilukan. Lagi terguris hatinya apabila mengetahui informasi mengenai serangan raja neraka di tempat ini lambat. Topeng wajahnya diturunkan sedikit. Perlahan dia menyela helaian rambut kuning anak kecil itu ke tepi untuk melihat lebih jelas. Bebola mata kirinya berubah warna dan berputar cepat. Garis cakaran membentuk misai kucing terbentuk segar di pipi anak kecil tersebut. Terdapat darah beku dan lelehan darah yang mengalir. Dahinya berkerut sebelum mengimbas sekitar rumah. Selepas menemui beberapa bahan bukti dan mendapati pasangan yang tinggal disini merupakan pasangan yang dituntut dalam dunia spirtual, akhirnya dia mampu membuat satu konklusi. Badan Naruto didukung berhati-hati. Dia meninggalkan satu mantera di rumah tersebut dengan Naruto selamat di dalam dakapannya. Dia yakin dalam masa terdekat pihat atasan dunia spiritual dan Lima Klan teratas bakal menyerang hendap rumah ini untuk siasatan. Siapa tidak curiga, salah satu raja neraka dari alam Spritual terlepas di dunia manusia dan lagi teruk dikurung didalam tubuh kanak kecil berumur 5 tahun. Kakashi hanya mampu bergumam mengenang nasib anak kecil dalam dakapannya.
.
.
.
.
Sejak hari itu Kakashi faham, anak kecil yang dipelihara dari kecil bagaikan darah dagingnya sendiri menyumpah takdir malang yang menimpa dirinya. Setiap hari, setiap saat dia dapat melihat perasaan dendam pada mata Naruto. Anak itu masih tidak mahu menerima dia sebagai penjaga, bahkan marah kenapa dia tidak dibiarkan mati bersama-sama ibubapanya di situ. Kakashi masih muda dan bujang waktu itu. Siapa sangka niat hanya untuk memberi pelindungan kepada Naruto mengajar dia erti tanggungjawab. Entah mana silapnya, Naruto masih bersikap misteri, tertutup, murung dan kian kali beremosi selama beberapa tahun hingga kini. Kakashi menghirup kopi uncang yang dijerang tadi, rasa pahit menular di lidah Hari ini dia dapat laporan Naruto masih enggan datang ke sekolah mesti cuti sakit yang diberikan sudah tamat. Makanan tengahari yang dipesan tadi dikunyah perlahan meski seleranya sudah mati.
.
.
.
.
.
Naruto selalu menyangka nasib yang menimpa dirinya bagai jatuh ditimpa tangga. Jiwa sunyi, cemas dan gelisah yang mendalam. Mata biru memandang langit di luar, tapi anak mata hilang fokus pada kesibukan manusia di luar dunia. Selepas mengenali raksasa yang menghuni tubuhnya, Naruto rasa dunia tidak seindah dahulu lagi.
Euphoria-kegembiraan yang sementara.
Dia mengeluh nafas berat. Sudah beberapa hari dia tidak hadir ke sekolah sejak perkhemahan sekolah mereka dahulu. Dia sudah bosan tidur, makan, bermurung di rumah pemberian oba-san sebelah ayahnya. Sejak menerima berita kematian ibubapa Naruto, nenek dan datuk ayahnya menampung segala pembelanjaan dirinya. Sayang, mereka mempercayai kabar angin tersebut dan menolak untuk menjadi penjaga Naruto. Oleh itu, duit bukan masalah bagi Naruto. Rumah banglo yang terletak jauh dari sudut perumahan yang lain cukup sebagai bukti Naruto orang yang berada. Dia menutup langsir besar di ruang tamu selepas puas melihat suasana luar.
Dia mahu menulis pesanan kepada Kakashi bila cikgu miang itu akan pulang ke rumah. Namun menyedari telefon miliknya berada di tingkat atas, dia segera menaiki tangga menuju ke kamar tidur. Naruto memulas tombol pintu dan memasuki ruang biliknya yang agar besar untuk satu individu. Ruang bilik yang mempunyai keluasan 350 kaki persegi itu mampu membuatkan satu katil king saiz, satu bilik kecil khusus untuk pakaian harian, meja belajar yang terletak di tepi tingkap, sebuah almari buku yang terletak disudut kanan dinding dan beberapa lagi perhiasan. Kontra dengan perangai remaja lelaki yang lain, Naruto sukakan keterapian dan kekemasan namun gagal dalam konsistensi. Jadi, setiap hujung minggu orang gaji yang diupah oleh oba-san akan datang untuk membersihkan setiap halaman rumah banglo Naruto.
Dia segera mencapai telefon yang terletak pada meja belajar. Dia menyelak membuka kunci telefon pintar itu sebelum mencari nama Kakashi. Baru saja dia hendak menekan simbol pesanan pada nama Kakashi, bunyi bising di luar pagar rumahnya menganggu konsentrasi. Naruto membuang pandangan ke luar jendela, dan mendapati kunjungan yang tidak disangka.
"Hello, Naruto," lambai Ino dengan Sakura tersengih di belakang.
"Jemput...minum?" pelawa Naruto. Ketara ada nada janggal di hujung ayat.
"Terima kasih! Wah, ni teh mahal!" balas Ino apabila menyedari bau dan wangi teh tersebut merupakan teh uncang yang terkenal. Warna teh oolong yang pekat serta teroksida membuat mulut Ino terngaga apabila ini pertama kali dia dijamu teh yang berkualiti. Sah berita angin Naruto itu anak orang kaya, benar!
Sakura pula cuma tersenyum sebelum mengucap terima kasih atas pelawaan Naruto. Pipinya merah tatkala matanya bertembung dengan mata Azure milik jejaka itu.
Kening Naruto terjengket naik melihat reaksi Sakura malu-malu kucing. 'Hmm? Gadis cuai yang selalu berani kacau aku dekat sekolah ini tersipu malu? Biar benar?'
"Naruto!"
"H-ha apa dia?" Naruto tersentak sedikit dengan suara nyaring Ino. Satu lagi, sejak bila peminat nombor satu encik Uchiha Sasuke tu ada di sini? Sedar-sedar dua gadis kecoh di kelasnya sudah pun terpacak di ruang tamu rumahnya, malah siap layan diri pula tu.
"Jadi, kenapa korang berdua datang sini?" soal Naruto hairan.
Ino hanya senyum tersengih menyiku pinggang Sakura. 'Walaupun ini permintaan aku sendiri, tapi acap kali datang ke rumah pelajar lelaki mesti buat aku berdebar!'
"Pssh, Sakura!"
"U-uh?"
"Naruto tanya tu, kenapa kau datang rumah dia?" bisik Ino.
"E-er, datang rumah dia?" balas Sakura gelabah.
"Ya la, tujuan kau datang rumah dia kenapa? Tak kan kau dah hilang ingatan sejak jumpa Naruto?" ejek Ino.
Naruto menjengil mata mendengar perbualan Ino dan Sakura. 'Berbisik lah sangat!'
"Ya, kau dah hilang ingatan ke?" sampuk Naruto.
"Eh, kau dengar ke?!" Ino dan Sakura sama-sama terpekik kecil.
Naruto mengeluh, kalau bertekak dengan 'dumb and dumber' ini sampai kiamat tak habis. Sakura cepat-cepat menekup mulutnya terkejut dan malu dengan sikapnya tadi. "Maaf..."
Naruto mengusap tengkuk belakang, rasa janggal pula mahu mula berkomunikasi. "...hm.."
Sakura cepat-cepat membetulkan postur badannya, "Sebenarnya saya datang nak serahkan nota kelas untuk beberapa hari awak tak datang sekolah," kata Sakura straight to the point. Buku nota berwarna pink dikeluarkan dari beg sekolah dan diberikan terus kepada Naruto.
Naruto melihat nota dan Sakura berulang kali sebelum dahinya kembali berkerut. "Kenapa awak yang datang?"
"E-err? Apa maksud awak?" kini giliran Sakura pula yang bingung. Salah ke bagi nota?
"T-terima kasih, tapi bukan itu tugas ketua kelas?" jelas Naruto, sebelah keningnya terangkat. Setahu dia, Ayumi-san ketua kelas mereka yang paling rajin dan amanah. Malah siap beri amaran mengenai skop kerja dan tugas dia sebagai ketua kelas di sekolah. Dorang berdua ini tidur ke berkhayal dalam kelas? Walau aku selalu escape tapi maklumat sekecil ini pun aku tahu, gumam Naruto.
Anak mata Sakura membulat dua kali ganda, pipinya panas dan merah. "E-er...saya..tak tahu," balas Sakura tersipu. Kepalanya lantas tertunduk. Aduh! Mana nak letak muka. Alibi tak kuat!
"Taklah Naruto, Sakura tahu cuma kami sengaja nak datang rumah awak sebab curious dengan keadaan dan rumah awak yang cantik ni," sampuk Ino sambil tersengih, dahlah buat muka tak bersalah. Macam kerang busuk pula tu!
'Darn it, Ino!'
"Aduh!"
Sakura menjeling Ino. Pesanan 'kalau kau buka mulut sekali lagi, siap kau Ino!', kemudian berlagak tenang dan berpura-pura ketawa di depan Naruto.
"Hehe, maaf ada nyamuk pula dalam rumah awak ni," kata Ino sambil tersenyum senget menahan sakit. 'Jeez! Kalau bengkak ketulan phospholipid bilayer yang kau cubit dekat pinggang aku ni jaga kau Haruno Sakura,' jengil Ino. Sakura hanya menjelir lidah, 'siapa suruh mulut becok!'
"Heh...apa apapun, awak macam mana Naruto? Dah sihat?" tanya Sakura tersenyum sambil menepis pantas tangan Ino di peha, licik benar mahu membalas dendam.
"H-huh, saya dah sihat. Rasanya esok saya akan kembali ke sekolah macam biasa," balas Naruto perlahan.
Sakura mengangguk, gembira kerana rakan semejanya bakal hadir. Tapi apa yang paling penting dia lega keadaan Naruto lebih baik dari yang dia sangka. Bukan dia tidak mahu bertanya mengenai masa itu, tapi waktu sekarang tidak sesuai. Terlalu banyak perkara yang aneh sedang berlaku disekeliling. Sakura mengetap bibir sambil mencuri pandang Naruto yang asyik membelek nota isi kandungan Sakura.
Naruto mengangguk-angguk membaca nota matematik dan fizik Sakura. Nampaknya Iruka Sensei sudah mula bab baru. Naruto menggaru pipi.
"Kenapa Naruto? Ada yang awak tak faham ke?" celah Sakura. Takut pula dia ada salah salin nota.
Naruto menggeleng. "Hmm...bukan, cuma keliru."
"Oh, apa dia?" soal Sakura. Dia terus mengambil tempat duduk disebelah Naruto dan melihat nota di genggaman lelaki itu. Sakura meneliti formula yang ditunding Naruto, dahinya berkerut "Betul ke formula untuk topik algebra kita yang baru ini?" soal Naruto. Setahu dia X sepatutnya kuasa dua kemudian dibahagikan dengan X lagi.
"Eh...betullah, saya salin bulat-bulat apa Iruka Sensei tulis di papan tadi tu," balas Sakura yakin.
"Betul tu, Sakura siap ganti dengan Ayumi nak duduk depan semata-mata untuk salin nota ni Naruto," celah Ino. Gadis berambut ikat kuda itu tersenyum miris.
'Jaga kau Ino!'
"Tak maksud saya..e-eh, tak mengapa lah, r-rasanya saya keliru dengan add math," balas Naruto tergagap sedikit. Tiba-tiba degupan jantungnya kencang ddu-ddu-ddu dum segan dengan jarak wajah Sakura dengan wajahnya yang hanya beberapa inci. Bau wangian rose, perfume yang selalu diguna pakai oleh Sakura dapat dihidu jelas oleh Naruto buat pertama kali. Bukan susah untuk meneka wangian kegemaran Sakura. Bayangkan pelekat brand perfume tu pun dia lekat di kotak pensil. Naruto meneguk air liur perlahan, dia rasa kurang selesa pula, bahu mereka pula hampir berlanggaran. Kini gilirannya pula tersipu malu. Ini pertama kali pelajar perempuan melawat rumahnya dan terlalu intim dengannya.
"Oh, satu lagi Naruto. Minggu depan ada ujian fizik. Kakashi Sensei suruh sampaikan," celah Ino sekali lagi.
Muka Naruto berubah. Kakashi Sensei? Cikgu miang dan pemalas tu ke?
"Macam mana Naruto? Awak dah lah jarang masuk kelas Kakashi Sensei," risau Sakura."Lagi satu, sensei kata pelajar yang dapat markah teruk bakal masuk kelas tambahan nanti cuti sekolah," tambahnya. Ngeri pula dengar cerita senior sebelum ni pasal kelas tambahan. Ada yang hilang berkilo-kilo sampai kurus masuk kelas tambahan. Menggeletar tubuh Sakura. Urgh, tak nak, tak nak!
"Oh..."
Apa ni? Mamat ni langsung tak risau ke pasal ujian? 'Oh' je dia kata? Rengus Sakura kecewa. Tapi fikir balik kenapa dia kecil hati bila dengar jawapan singkat Naruto. Sakura mengeluh tanpa disedari.
"Kenapa awak pula risau?" tegur Naruto keliru. Pelik benar perangai Sakura.
Pipi Sakura memerah. Dia menggeleng, " E-eh tak lah, mana ada saya risau! Kalau saya risau mestilah saya dah share semua bab yang saya jangka keluar masa exam nanti. Lagipun saya dah compilekan semua soalan famous ni. Ceh, jangan nak perasan saya nak tunjukkan pada awak. Tapi kalau nak saya ajar boleh!" dengus Sakura sambil peluk tubuh.
Entah apa dia merapu sampai Naruto dan Ino ketawa terbahak-bahak. "Sakura, kau ni obvious sangat la. Cakap jer lah awak buat copy soalan tu untuk Naruto," gelak Ino sambil mengesat air mata.
"E-eh mana ada!" sangkal Sakura. 'Cis, pengkhianat!' jeling Sakura. Ino pula bersorak sambil jelir lidah.
"Hmm... tapi betulkah awak sudi ajar saya?...'Sakura sensei~'," kenyit Naruto, suaranya perlahan penuh menggoda. Lagi-lagi pandangan mata Azure yang bersinar dan wajah Naruto bagaikan bola ditendang kuat ke jantung.
"H-hah!"
"Sakura sensei, nak ajar saya?"
Wajah Sakura sudah merah bagai udang galah. Tinggal mahu meletup lagi kalau ini gunung berapi. Berani Naruto usik dia! Lagi satu kenapa sexy sangat suara dia ni!
"Saya nak balik! Terima kasih sebab sudi jemput kami masuk. Selamat tinggal!" balas Sakura terburu-buru. Ino gelak sakan melihat gaya Sakura. Hah! Siapa suruh kenakan aku!
"Eh, Sakura kejaplah!"
"Cepatlah!"
"Ye lah mak nenek," Ino menaikkan bahu, " pssh..sama betul gaya dengan gorila hentak kaki sana sini," ejek Ino perlahan.
"Ingat aku pekak?" sambar Sakura. "Okay, bye! Tiket train kau aku buang!" ugut Sakura sambil senyum jahat.
Ino terngaga, main jahat pula! "Nah, Naruto ini dari gorila pink tu. Dia malu nak bagi tadi," bisik Ino perlahan sambil menunjuk ke arah Sakura yang sudah jalan ke hadapan.
"Apa ni?" tanya Naruto hairan.
"Ino cepat!"
"Bye, Naruto nanti kami datang lawat lagi," kenyit Ino manja sebelum berlari mengejar Sakura.
"Kejaplah gorila pink, sabar!"
"Apa kau kata!"
Memang sah 'dumb and dumber'. Naruto menghela nafas, mengunci pintu rumah hadapan sebelum melihat surat di telapak tangan. Dia tersenyum. Perasaan hangat menular ke hati setelah sekian lama.
"By the way, hari ini corak panty Sakura pororo kan?"
.
.
.
.
Seminggu selepas ujian berlalu dan keputusan dikeluarkan.
Ino menolak ke tepi sejumlah pelajar yang berkerumun di papan informasi sekolah untuk melihat keputusan ujian. Habislah kalau markah ujiannya merosot. Mampus kalau ibunya tahu, nanti dibebel berjam-jam. Wajah Ino naik gembira melihat Sakura berada di paling hadapan papan. Ino terus berdiri di sebelah Sakura mengabaikan pandangan masam dari pelajar lain.
"Hei, Sakura dah tengok ke result exam?" tegur Ino riang.
Sakura cuma diam. Bibirnya mucung sedepa. Mukanya masam dan berkerut. Ino cuba melihat apa yang diperhati Sakura.
'Oh...alamak, aku lupa bagitahu dia. Habislah.'
Gulp!
"H-hehe tahniah..tahniah dapat nombor 5 untuk ujian ni..hehe?"
"Tahniah?"
Alamak!Masa untuk lari! Go!Go!
"INO AWAK TIPU SAYA! AWAK TAK BAGI TAHU SAYA PUN NARUTO TU BUDAK PANDAI, WARGH!"
"SAYA LUPA BAGITAHU KOWT!"
"TIPU!"
TBC
