BAB 8:

Wilayah Namwon

Dataran Namwon, kawasan lembah yang dikelilingi perbukitan menjadi saksi pertempuran besar antara dua adik beradik. Sejak 3 hari yang lepas, Sehun dan bala tenteranya seramai 50 000 ribu sedang berhadapan dengan adik tirinya, Chanyeol dengan bala tenteranya seramai 35 000 tentera. Sudah ramai pahlawan dari kedua-dua belah pihak gugur menyembah bumi. Tanah yang berdebu bertukar warna menjadi merah kehitaman akibat darah yang mengalir.

Didalam khemah Sehun, Sehun bersama menteri-menterinya sedang bermesyuarat tentang strategi paling ampuh bagi menamatkan peperangan yang setakat ini dianggap paling dashyat pernah dialami semenjak konflik bermula.

"Ampun Tuanku, serangan mengejut pada waktu malam adalah cadangan paling baik buat masa ini. Menurut penelitian patik, kawasan sayap kiri tentera Chanyeol sudah berada dalam keadaan paling lemah kerana serangan bertali arus dari tentera berkuda kita tengah hari tadi. Sekiranya serangan pada waktu malam kita lancarkan, peluang untuk kita menerobos masuk pertahanan musuh adalah tinggi." Sembah Siwon, selaku Menteri Pertahanan merangkap komander tentera berkuda angkatan Sehun.

Sehun mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju sebelum berkata: "Siwon, kamu mempunyai pandangan yang bagus tentang menembus benteng kiri musuh namun harus kita ingat bahawa dengan menumpukan kepada satu titik sahaja tidak mampu membuat musuh lemah. Kita harus membuat semua kawasan musuh berada didalam keadaan kucar kacir."

Woo Bin maju kehadapan lalu berkata: "Cadangan Siwon adalah bagus namun adalah lebih baik kita meneliti dahulu kemampuan tentera kita dalam pertempuran di waktu malam. Kita juga harus mendapatkan maklumat tentang keadaan musuh kerana ketiadaan maklumat yang lengkap tentang musuh mengakibatkan masalah yang lebih besar."

Sambil mendengar pandangan kedua-dua pihak, Sehun menjengah keluar khemah. Tenteranya kelihatan sedang duduk berhampiran unggun api di khemah mereka masing-masing. Dari raut wajah mereka menyiratkan kepenatan serta kesedihan. Penat kerana sudah hari ketiga pertempuran namun jalan kejayaan masih tidak kelihatan. Sedih kerana memikirkan rakan-rakan yang terkorban akibat peperangan itu. Sehun mendongak melihat ke langit malam. Tiada bintang hanya cahaya purnama yang mengintip dibalik awan. Berdasarkan pengamatannya, akan berlaku ribut pada tengah malam nanti. Tiba-tiba Sehun tersenyum lalu menuju masuk ke khemahnya. "Woo Bin dan Siwon, kita akan melancarkan serangan terhadap kubu Chanyeol malam ini bersama kita pada malam ini. Dengar baik-baik apa yang beta katakan."

Tepian Tasik Istana

Luhan sedang duduk berseorangan. Wajahnya menyiratkan kegembiraan namun jika dilihat daripada kilauan matanya, Luhan berada didalam kebimbangan yang tak bertepi. Ditangan kanannya dia memegang sepucuk surat dari sang pujaan hati. Petang semalam dia menerima surat dari Sehan. Sudah seminggu sejak Sehan meninggalkan istana kerana tugasnya sebagai tukang masak diraja menyebabkan dia harus ke medan perang.

Imbas Kembali

Luhan dan Sehun sedang duduk berduaan menghadap tasik. Walaupun kesunyian itu mencengkam malam namun mereka berdua tidak merasaan kesunyian kerana perasaan cinta itu menghangatkan persekitaran mereka. Secara tiba-tiba Suhan mengangkat tubuh kurus Luhan dan membawanya ke ribaan Sehan. Tindakan Sehun yang refleks menyebabkan Luhan terperanjat dan sedikit heboh namun Suhan berjaya menutup mulut Luhan dengan ciuman. Hasilnya, wajah semerah tomato menggayuti muka Luhan.

"Aku sungguh gembira melihat kau disisiku Luhan. Kau seperti cahaya bulan menyinari bumi. Dan aku adalah bumi itu." Gombal Sehun. Luhan yang mendengar penuturan Sehun hanya mampu memeluk Sehun sambil menyusupkan wajahnya ke dada Sehun. "Aku juga gembira mempunyai kekasih sepertimu. Aku hanya mengharapkan kita tetap sebegini sampai bila-bila" luah Luhan.

Sehun segera teringat akan tujuan dia berjumpa Luhan. Selain untuk memadu kasih, Sehun juga mempunyai perkara penting yang ingin dia beritahu pada Luhan. "Luhan, aku mempunyai perkara penting yang ingin kusampaikan padamu." Luhan yang mendengar suara serius dari Sehun segera mengangkat wajahnya dan segera berhadapan dengan Sehun. "Apa yang ingin kau sampaikan Sehan. Aku sedia mendengar."

"Kau pasti tahu tugasku sebagai tukang masak diraja memerlukan aku berada disamping Maharaja. Aku juga pasti kau sudah mendengar bukan tentang pemberontakan di selatan Korea" kata Sehun. Luhan hanya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda memahami situasi kerajaan Korea. Namun hati Luhan seperti merasakan adanya berita yang kurang baik akan dia dengar dari Sehun. "Apa kau juga harus mengikuti Maharaja ke medan perang?".

Bingo. Raut wajah Sehun bertukar menjadi sedih. "Kau memang pintar Luhan. Aku telah dipilih bersama Jongin untuk mengikuti ekspedisi ke selatan Korea. Aku tau ini adalah khabar yang tak baik bagi kau Luhan. Namun aku…" Belum sempat Sehun menyambung kata-katanya, Luhan segera memeluk erat Sehun sambil menangis terisak-isak. Sehun teringat akan peristiwa kali pertama dia bertemu Luhan. Luhan menangis seperti ini. Dan kali ini adalah lebih kuat.

"Sehun, tolong jangan pergi ke sana. Aku tidak mahu kehilangan lagi orang yang aku sayang dan cintai. Sudah cukup aku kehilangan keluarga. Aku tidak mahu aku kehilangan kau Sehun. Ku mohon jangan pergi." Sehun segera memeluk erat Luhan dan berkata: "Luhan dengarkan aku. Walaupun aku ke medan perang tapi aku berada dibarisan belakang. Sukar untuk aku terjun ke medan perang kerana kejayaan akan berada dipihak kita. Lagipula cinta kita akan melindungi aku. Aku berjanji padamu aku akan kembali dengan selamat. Percayalah padaku."

Sehun terus membisikkan kata-kata cinta dan janji yang dia akan kembali. Butuh waktu yang lama untuk Luhan membenarkan Sehun mengikuti ekspedisi itu. Sehun berjanji akan mengiriminya surat sebaik tiba ke medan perang.

Tamat Imbas Kembali

Luhan terus membaca surat dari Sehun berulang kali. Ternyata Sehun adalah orang yang memegang janji kerana mengiriminya surat. Dalam surat tersebut Sehun memberitahu dia baik-baik sahaja dan meminta Luhan terus berdoa agar mereka segera kembali dari medan perang. Isi surat itu sedikit sebanyak melegakan hati Luhan walaupun dia tetaptakut akan terjadinya sesuatu atas diri Sehun.

'Aku akan menunggumu Sehan. Aku berjanji dengan nyawaku. Pulanglah segera.'

Wilayah Namwon

Waktu pagi itu bukan seperti pagi-pagi yang biasa. Suara pekikan kuda-kuda yang tidak bertuan bergema disekeliling kawasan medan pertempuran. Panji-panji dari dua pihak tercacak ditanah. Bau darah masih memenuhi atmosfera kawasan walaupun ribut malam tadi telah membawa bau-bau hanyir tersebut ke utara. Kelihatan seorang lelaki berpakaian baju besi menunggang kuda meninjau kawasan tersebut. Tiada sesiapapun yang mengikutinya. Lelaki itu segera menghampiri sebuah khemah yang tidak mempunyai bentuk lagi. Diluar khemah yang hancur itu, terbujur seorang lelaki dengan kepalanya hampir putus. Mata lelaki yang telah mati itu memancarkan rasa marah walaupun maut telah merenggut nyawanya. Lelaki yang berbaju besi itu segera melutut dan memeluk mayat itu sambil menangis.

'Maafkan aku, Chanyeol.'

Sehun yang memeluk mayat Chanyeol memejamkan matanya sambil mengingati momen-momennya dengan Chanyeol semenjak mereka kecil. Waktu itu mereka masih kanak-kanak dan masih polos tentang kehidupan dunia. Mereka sering bermain dan berkejaran diantara satu sama lain di taman istana. Tidak ada perasaan ingin berbunuhan, hanya perasaaan adik-beradik yang ingin berkasih sayang sahaja. Sehun merupakan anak dari isteri pertama Oh Jungkook manakala Chanyeol adalah anak kepada gundik biasa. Oh Jungkook pada masa itu tidak menetapkan siapa yang akan menjadi Ratu. Akibatnya, persaingan diantara isteri pertama Jungkook dan ibunda Chanyeol untuk merebut gelaran Ratu semakin besar dan makin ekstrim. Bonda Chanyeol pernah cuba untuk membunuh Sehun dan Tai Hee, bonda Sehun namun tindakan itu dihidu oleh pengawal istana yang segera menghancurkan usaha itu.

Jungkook yang mengetahui hal itu segera menjatuhkan hukuman bunuh kepada ibu Chanyeol iaitu dengan cara mengelar badan gundik itu hingga mati. Chanyeol yang melihat saat-saat ibunya mati menjadi pendendam kepada Jungkook, Tai Hee dan tidak terkecuali diri Sehun. Namun begitu Chanyeol tidak menunjukkan belangnya hingga saat Jungkook sakit. Chanyeol pada ketika itu memulakan rancangan untuk membunuh ayahnya sendiri dengan meletakkan racun dalam ubat ayahnya. Walaubagaimanapun, tindakan itu diketahui oleh Jungkook dan Chanyeol akhirnya dibuang dari keluarga diraja. Untuk menutup pandangan orang ramai tentang hal ini, rakyat hanya dikhabarkan bahawa Chanyeol menghidap penyakit jiwa dan dirawat di Jinju.

Bayangan kejadian itu yang masih berputar di ingatan Sehun terburai apabila bahunya disentuh oleh Jongin. "Ampun Tuanku, kita telah menangkap 6000 tentera Chanyeol dan harta rampasan perang telah dikumpul. Kami menunggu isyarat dari Tuanku." Sehun membaringkan mayat Chanyeol lalu berdiri. "Bebaskan mereka. Mereka adalah rakyat beta. Mereka cuma diperalatkan oleh Chanyeol yang ingin membalas dendam kepadaku. Walaupun mereka berpihak pada Chanyeol, mereka masih rakyat Korea. Tentang harta rampasan, separuh diagihkan kepada setiap balu tentera kita yang meninggal dunia dan tercedera. Separuh lagi akan dikembalikan untuk membangunkan kawasan yang terjejas akibat perang."

Ucapan Sehun membuatkan pegawai-pegawai Sehun terkedu. Biasanya tawanan perang dan harta rampasan perang adalah milik mereka. Sehun seolah-olah cuba mengawal hal itu daripada terjadi. "Beta tahu apa yang kamu semua fikirkan. Cuba kamu fikirkan, kamu mengambil harta dan tawanan yang terdiri daripada ahli keluarga kamu sendiri. Itu adalah perbuatan yang sangat buruk. Keputusan beta adalah muktamad. Sesiapa yang melanggar arahan beta akan dihukum pancung."

'Tidak ada yang menang dalam peperangan ini.' Batin Sehun menggema dengan ayat tersebut.