Beep
Tanah, yang terbangun mendengar bunyi Jam Kuasanya, terus menjawab panggilan Ochobot. "Ada apa Ochobot? Baru empat pagi."
"Saya sudah mendapat lokasi Jam Kuasa Petir!" kata si bola kuasa.
Tanah terus segar dan cepat-cepat mengejutkan adiknya di katil sebelah. "Angin! Cepat bangun!"
Angin bangun dan menggosok matanya. "Dah Subuh dah?" tanyanya, masih separuh tidur.
"Tak lagi, tapi Ochobot dah jumpa Petir! Cepat bangun!" kata Tanah sebelum menanya robot yang berwarna kuning, "Di mana?"
"Dekat Kokotiam," jawab Ochobot.
"Baik. Terima kasih Ochobot."
"Adudu! Keluar sekarang!"
Pintu Kapal Angkasa Adudu terus buka dan Probe terjun menghadapi dua dari tiga ahli Boboiboy. "Akhirnya, korang sampai juga!" kata Adudu dari atas Probe.
"Lepaskan Halilintar!" arah Taufan.
"Kalau tak apa? Kau akan habiskan aku?" Adudu ketawa. "Ada hati nak kalahkan aku!"
"Ha'ah. Kau dah kalah dengan kita dua kali!" sambut Probe.
"Jika kau tak keluarkan Halilintar, biar aku hajar korang!" bentak Gempa, bersedia untuk serang.
"Baiklah! Jika itu yang korang nak." Adudu menyeringai sebelum menambah, "Komputer, lepaskan Halilintar." Dalam sekelip mata, Halilintar berdiri di sebelah Probe.
"Lintar!" Taufan baru nak gerakan hoverboardnya bila Gempa menarikan tanganya. Yang ditarik hanya berpaling kebepakang dan kerut dahinya kehairanan.
"Ada sesuatu tak kena," bisik Gempa. "Tak mungkin Adudu akan menyerah semudah ini."
Tiba-tiba, Halilintar menghilang dari pandangan dan muncul di belakang mereka. Apabila Halilintar mahu menetak Gempa dengan sebilah pedang merah, ketua kumpulan Boboiboy itu sedar kehadirannya dan terus menahan serangan itu dengan memegang senjata penyerangnya. Mujur dia sudah bersiap sedia memakai tangan tanahnya. Halilintar berusaha untuk mengaliran eletrik kepada pedangnya supaya dia boleh menebusi perisai tangan Gempa. Taufan terpaku dengan apa terjadi. 'Abang Petir menyerang Abang Tanah...'
"Kenapa kau serang aku, Halilintar?" tanya Gempa. Dengan sekuat hati, dia melempar pedang, sekali dengan Halilintar, jauh daripadanya. Yang dicampak terus memutar di udara dan mendarat di atas kakinya seperti kucing.
Halilintar menyepit matanya, "Nama aku Adada lah!"
"Adada?" tanya Taufan.
"Inilah Adudu dan Adada!" Adudu mengumumkan.
"Sahabat sejati, sehidup semati!" sambung Probe.
Mata Gempa melebar. "Apa kau dah buat kat dia hah?"
"Oh, tak ada apa. Aku cuma beritahu pekara sebenar ja."
"Pekara sebenar?" tanya Taufan.
"Yang aku ni kawan baik dia dan korang berdua musuh ketatnya."
"Macam mana semua ni boleh terjadi?" Gempa menanya perlahan.
Taufan terus teringat sesuatu yang Ochobot pernah beritahu mereka, "Tetapi, jika sesiapa telalu lama dalam mod kuasa, ingatannya akan mula hilang."
"Lilintar hilang ingatan!" beritahu Taufan. "Ocho dah kata jangan terlalu lama."
"Ta-tak mungkin."
Probe, bersama Adudu, dan Halilintar terus menyerang. "Kokun Angin!" Sebuah perisai diperbuat angin menghalang serangan mereka.
"Kau kena menarik perhatian Halilin sambil aku habiskan si kepala kotak tu." Tanpa menunggu balasan dari adiknya, Gempa menghilang ke dalam tanah dan muncul di sebalik Kokun Angin. "Tanah Tinggi Pencerkam!" Dia mengeluarkan sepasang tangan di buat batu dari tanah dan menangkap Probe, yang sedang terbang, sebelum menghempas robot itu, bersama tuanya, ke muka bumi.
"Golem Tanah!" Sebuah raksasa batu keluar di depan Gempa dan dia terus menyerang. Probe mengelak dan balas dengan beberapa misil. Gempa dan Golemnya melari dari serangan Probe dan cuba menumbuk musuhnya. Robot ungu tersebut cepat-cepat melompat ke belakang sambil menembak lagi misil, menghancuran Golem Gempa menjadi ketulan batu. Gempa baru hendak menyerang lagi bila dia nampak sebilah Keris Petir melayang ke arahnya. Belum sempat serangan itu kena dia, Taufan sudah menariknya ke belakang. Keris gergasi tersebut mengena Probe dan Adudu, memberinya renjatan eletrik yang teramat kuat. Mereka terus pulang ke dalam kapal angkasa. Lari saja musuhnya, Gempa bersedia untuk menolong adiknya yang kembali menarik perhatian Halilintar.
Taufan gerakan hoverboardnya selaju mungkin dari Halilintar yang cuba menetaknya berkali-kali. Halilintar akhirnya melempar beberapa bola berisi tenaga petir ke arah Taufan. "Tanah Pelindung!" dengan satu hentakan ke bumi, Gempa berhasil membuat satu perisai tanah sekeliling Taufan. "Halilintar! Berhenti!" arah Gempa, menurunkan perisai tanah.
"Nama aku Adada! Kenapa kau selalu pangil aku Halilintar?" Halilintar terus menyerang Gempa dengan pedangnya dan Gempa mengelak.
"Ochobot ada beritahu macam mana nak pulihkan Halilintar tak?" tanya Gempa kepada Taufan yang baru darat di sebelahnya.
"Tukar ke mod biasa," Taufan menjawab singkat diikuti serangan bertubi-tubi dari Halilintar.
"Tanah Pencerkam!" Gempa cuba menangkap penyerangnya. Halilintar dengan cepat bergerak ke belakang Gempa dan terus menetak lawannya.
Taufan terkejut melihat abangnya jatuh. "Huh. Lemah." kata Halilintar.
Baru saja dia mahu menusuk Gempa, "Abang! Jangan!"
Halilintar terus hentikan tangannya, mengingat sesuatu. Dua orang... yang dia... bertarung sejak tadi? "Angin... Abang Tanah..." Mata dia meluas sebelum dia terus menghilang.
"Apa yang terjadi?" tanya Gempa, menyedari ketiadaan Halilintar.
Taufan menolong dia bangun. "Tak tahu. Abang nak tikam Abang jadi Angin suruh dia berhenti. Dia kemudian lari."
Gempa menyandar ke pokok dan cuba menstabilkan dirinya. "Kalau macam ni, macam mana kita nak cari dia?" Taufan hanya angkat bahu. Menyedari keletihan adiknya, Gempa mengajak, "Jom kita balik. Dan beritahu Ochobot apa terjadi. Dah dekat pukul lima dah."
'Enam setengah. Takkan budak-budak ni tak turun lagi? Lewat dah' pikir Tok Aba lalu menaiki tangga dan mengetuk pintu bilik Tanah, Petir dan Angin. "Tanah, Angin, dah siap pergi sekolah belum?" dia memanggil.
Terdengarlah suara Tanah yang teramat ngantuk dari sebalik pintu, "Baik Tok. Pukuk enam setengah dah! Angin! Cepat bangun nanti tak sempat solat subuh!"
Semasa mereka baru habis makan, Tok Aba menanya, "Awak berdua ni tidur lewat ke?"
"Lebih kurang macam tu lah," jawab Tanah, membawa pinggan semua ke singki.
"Adudu serang semalam?"
Tanah tersentak sebelum dia teringat yang Atuknya tahu tentang rahsia mereka. "Bola kuasa kita beritahu yang dia dah jumpa lokasi Adudu. Tanah dengan Angin pergi untuk suruh dia pulangkan Petir. Tapi dia hilang ingatan."
"Hilang ingatan?!" jerit Tok Aba. Angin yang tertidur di meja makan terus tersentak.
"Dia pergi serang kita. Tapi kemudian, dia hilang."
"Hilang?" tanya Tok Aba sambil membasuh ketiga pinggan mereka.
"Petir boleh guna kuasanya untuk melari dengan laju. Kadang-kadang terlalu laju sampai tak nampak," Tanah jelaskan, bila ada ketukan di pintu depan. Dia terus pergi ke ruang tamu dan membuka pintu. Matanya melebar bila dia nampak Petir di depannya. Belum sempat dia kata apa-apa, Petir terus rebah dan Tanah cepat-cepat menangkapnya. "Angin! Panggil Ocho!"
Author's Notes:
Yay! Ni antara chapter kegemaran saya ^^ Petarungannya menarik untuk ditulis!
Percakapan antara Gempa dan Taufan dengan Adudu dan Probe di ambil sikit dari episod 6.
Harap petarungan tu tak terlalu memeningkan. Seperti saya sebut di beberapa chapter lepas, mereka masih sedang belajar untuk menguna kuasa mereka. Jadi hari tu Gempa baru guna Golem Tanah, yang ni Halilintar baru guna Pedang Halilintar.
Dan juga saya saja buat Gempa guna perkataan macam "Kau", "Aku" dan "hajar" untuk nak tunjuk emosi dan kemarahan dia. Halilintar tu sebab dia hilang ingatan.
Balasan review! :
Guest-
Thanks for reading and reviewing! Really pleased that you enjoyed this story so far. Hopefully, this chapter will reach your expectations.
Jumpa lagi di chapter depan! Silalah meninggalkan review jika ada apa-apa soalan atau salahan atau pujian atau jika anda rasa macam nak review :)
