Rayenn P.O.V

Serius sepanjang aku kenal perempuan inilah kali pertama aku jadi tak tentu arah memikirkan dia,bagi aku dia bagaikan hurikan yang datang dan buat hidupku berpusing 360 kerananya

Nana Nurgaya,nama dia cukup indah.Dia wanita berbeza sikapnya tulus kata-katanya selalu bernas,dia berbeza dengan wanita yang pernah hadir dalam hidupku. Ya aku akui diri ini bukanya insan yang baik,bagiku wanita ini hanyalah sebagai pelepas nafsuku sehinggalah dia muncul dan aku mulai terpana cinta.Nana tidak berminat dengan barangan kemas,pakaian berjenama mahupun kereta mewah. Benar aku pernah menawarkan semua itu namun dia langsung tidak memandangku. Apa sebenarnya buat dia berbeza

-warung fatih,sebelah dewan sjk(c)pei tty-

Rayenn memerhatikan warung yang agak sepi itu,menurut sumber maklumatnya Nana selalu lepak sambil ditemani segelas teh tarik

'Really Na di sini kau selalu berada? Huh tak kelas langsung bagi seorang wanita secantik kau'Rayenn mengumam sendiri

"Ya bang nak minum apa?" Pelayan itu bertanya

"Teh tarik bungkus buih lebih" Rayenn memesan dan pelayan itu berlalu,dia lihat sesekali orang berbual mengenai pelbagai isu dan kadang kala disertai hilai tawa yang kuat bagaikan pasar borong

'Aku tak tahu kenapa kau suka tempat macam ni tapi demi memikat hati kau kembali aku pasti turuti apa sahaja kehendakmu' Rayenn memasang tekad

-selang masa rumah shane-

"Sis ada bungkusan untuk sis" Nurul melaung pada Sora yang dengan malas mendapatkanya,tiba-tiba hidungnya menangkap aroma yang sangat dikenalinya

"Teh tarik dewan?" Sora terus melihat nota yang dikepilkan di plastik bungkus teh tarik itu

Sebungkus teh tarik tanda salam dihulur,izinkan saya mencuba nasib memenangi hati awak Nana kerana saya sayangkan awak

xoxo

Rayenn Quehairy

"Dia ni hilang akal apa,bukan dia tak tahu yang sis dah kawin dengan abang Iqram" Nurul lihat nota

Sora geleng kepala,ternyata masalahnya baru sahaja bermula