BAB 9:

Seminggu selepas Perang Saudara tamat, Sehun dan angkatan tenteranya pulang ke ibu kota Seoul. Setibanya mereka di ibu kota Seoul, sambutan yang diberi sangat mengejutkan. Rakyat jelata berdiri disepanjang jalan yang digunakan sehingga tiba di pintu masuk istana. Mereka bersorak menyebut nama Sehun dengan penuh kebanggaan. Berita tentang kejayaan Sehun serta layanan terhadap tawanan perang telah menimbulkan satu tanda kepada rakyat jelata bahawa pemerintah mereka yang muda ini mempunyai sifat pemaaf serta penyayang yang sangat tinggi. Hal ini menjadikan rakyat semakin hormat serta kagum kepada cara Sehun mengendalikan urusan negara.

Sebaik sahaja Sehun tiba di istana, dia terus menuju ke istana Maharani untuk berjumpa bondanya selain melepaskan rindu setelah hampir 3 minggu berjauhan. Maharani yang sedang menunggu kedatangan Sehun terus memeluk Sehun serta menangis kegembiraan kerana melihat Sehun pulang dalam keadaan sihat dan selamat. Setelah mereka berpelukan, Sehun membawa Maharani duduk di sebuah kerusi yang boleh memuatkan tiga orang itu. "Ampun bondaku, peperangan diselatan telah berjaya dimenangi oleh kita. Walaupun begitu, aku masih kesal kerana tidak dapat menyelamatkan Chanyeol. Dia sememangnya mempunyai niat untuk membunuhku. Aku juga gagal membawa mayatnya pulang kerana almarhum ayahanda telah membuang Chanyeol dari susur keluarga kita. Tapi aku telah membina makam khas untuknya di Namwon berserta askar-askarnya yang terkorban."

Ketika mereka sedang berbual-bual, Ji Won serta putra mereka Soo Hyun datang untuk menemui Sehun. Sehun dan Maharani menyambut kedatangan mereka dengan senyuman. Ji Won mendekati Sehun lalu segera memeluk suaminya itu. "Ampun Tuanku, syukurlah Tuanku selamat kembali. Hamba setiap berdoa kepada Tuhan agar Tuanku selamat dan sihat." Sehun yang mendengar luahan Ji Won hanya mampu tersenyum canggung kerana dipeluk begitu erat. Sehun melepaskan pelukan lalu menatap Ji Won. "Terima kasih atas doamu itu Ji Won, aku juga berterima kasih kerna telah menjaga bonda sepanjang ketiadaan beta disini." Ji Won sedikit merona mendengar ucapan terima kasih dari Sehun. Sehun kemudian mengambil Soo Hyun dari gendongan Maharani lalu mengecup pipi dan bibir anaknya: "Jagoan ayah, adakah kau menyusahkan ibu dan nenekmu sepanjang ayah tiada hmm..?" Bayi setahun lebih itu hanya terkikih gembira sambil menggelengkan kepalanya tanda dirinya tidak nakal ketika Sehun tiada. Maharani yang melihat situasi itu hanya tersenyum dan dia sentiasa berdoa agar keluarganya tidak berpecah kerana perebutan takhta lagi.

Kamar Luhan.

Luhan sedang mengemas biliknya ketika seseorang mengetuk pintu biliknya. Dengan tergesa-gesa dia membuka pintu. Wajah seorang lelaki asing berada di pintu bilik Luhan. Luhan yang tidak mengenali lelaki itu bertanya: "Siapa anda, mengapa kau berada disini?" Lelaki asing itu terus berkata: "Luhan, anda dititahkan oleh Yang Mulia Maharaja untuk ke istananya sekarang. Sila ikut saya sekarang." Luhan yang mendengar kata-kata lelaki itu merasa sedikit gementar. Setakat ini dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Dan apakah ini ada kaitan dengan Sehan. Adakah Sehan telah terkorban dan Yang Mulia Maharaja ingin memberitahu hal itu sendiri kepadanya. Pikiran Luhan menjadi kosong seketika. "Ada urusan apa yang menyebabkan aku dipanggil ke menghadap Maharaja?" Bukannya pertanyaan Luhan dijawab malah lelaki asing itu menyuruh Luhan untuk segera mengikutinya ke istana. Luhan hanya mampu menghela nafasnya lalu bersiap-siap untuk ke istana. Dia hanya mampu berdoa agar dirinya tidak dihukum atas kesalahan mencintai seorang tukang masak diraja.

Ruang Kerja Sehun

Sehun sedang duduk membaca laporan dari Siwon tentang proses penaklukan semula kawasan di selatan Korea. Siwon telah diperintahkan untuk tinggal di wilayah selatan Korea bagi memburu saki baki pejuang bagi pihak Chanyeol. Setakat ini, hampir keseluruhan kawasan selatan empayar kembali bernaung dibawah pemerintahan kerajaan pusat pimpinannya. Sehun memberi amaran kepada Siwon untuk hanya membunuh pemimpin pemberontak manakala pengikutnya diampunkan dan dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman. Siwon juga ditugaskan untuk melihat bagaimana proses pembaikan serta pemulihan kawasan-kawasan yang dilanda peperangan boleh dijalankan.

"Bagus, Siwon sangat boleh dipercayai untuk tugas ini. Tidak sia-sia aku melantikmu sebagai wakil aku diselatan Korea." Senyum kebanggaan terserlah di wajah Sehun. Pintu ruangan kerja Sehun diketuk dan muncullah wajah Woo Bin dan Jongin yang ingin menghadap Sehun. Sehun segera memanggil mereka mendekati mejanya. "Siwon baru sahaja mengutus surat kepada Beta. Setakat ini Siwon sudah berjaya mengambil semula hampir keseluruhan kawasan selatan. Beta sangat gembira." Woo Bin dan Jongin juga ikut merasakan kegembiraan dengan memberi ucapan selamat kepada Sehun dan pujian kepada Siwon.

"Ampun Tuanku, selepas kejayaan ini, pasti jiran-jiran kita akan lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan Tuanku. Patik yakin berita kemenangan Tuanku akan menyebabkan mereka lebih gerun dengan keupayaan kita mengatasi masalah dalaman." Kata-kata Woo Bin disambut dengan anggukan kepala Sehun. "Beta faham dengan apa yang ingin kamu sampaikan Woo Bin. Beta mendapat tahu bahawa Kerajaan China yang dahulunya terang-terangan menyokong Chanyeol kini sedang ketakutan akibat tindakan terburu-buru mereka."

Jongin menambah pandangannya terhadap isu tersebut: "Patik yakin utusan mereka akan datang untuk memberi keyakinan bahawa mereka telah silap membuat perhitungan." Sehun tersenyum lalu berkata, "Kau benar Jongin, buat masa ini kita akan menerima permohonan maaf mereka namun mereka harus diberi sedikit pengajaran. Woo Bin, perintahkan tentera kita untuk tetap siap siaga diperbatasan. Bekalan makanan dan senjata harus sentiasa cukup. Beta tidak mahu apa-apa kekurangan boleh menyebabkan moral tentera kita melemah." Woo Bin dan Jongin mengangguk-anggukkan kepala mereka tanda faham dengan arahan Sehun. Seorang pengawal memasuki ruang kerja Sehun memberitahu bahawa Maharani ingin berjumpa dengan Sehun. Sehun mengarahkan ketiga-tiga mereka keluar dari ruangannya dan membenarkan Maharani masuk.

Sehun segera berdiri tanda menghormati kedatangan Maharani. Maharani segera menuju kearah Sehun dan memeluk Sehun sambil mengecup dahinya. Sehun mempersilakan Maharani duduk lalu bertanya sebab kunjungan bondanya. "Wahai anakku Sehun, sudah hampir 6 bulan kau menaiki takhta. Mengikut adat kerajaan kita apabila seseorang itu menaiki takhta, dia harus mempunyai sekurang-kurangnya empat orang isteri buat masa sekarang. Ibunda merasakan sudah tiba masanya dirimu kau menumpukan pada keluarga selain urusan kerajaan. Bonda telah membuat keputusan untuk membawa masuk empat orang gadis sebagai selir-selirmu."

Kata-kata Maharani ibarat tujahan batu-batu besar menimpa diri Sehun. Sehun tidak menyangka bondanya akan membuat keputusan yang drastik. Sehun segera berdiri lalu berkata: "Wahai bonda, anakmu ini masih tidak bersedia untuk mempunyai selir. Soo Hyun juga telah lahir dan sihat-sihat sahaja. Mengapa bonda mengambil langkah yang sangat terburu-buru ini." Sehun segera menuju ke arah balkoni istana. Maharani segera menyatakan pandangannya: "Dengar apa yang bonda katakan ini, kelangsungan Dinasti Oh bergantung kepada dirimu Sehun. Memang Soo Hyun sihat-sihat sahaja namun tidak ada yang boleh meramal apa yang terjadi dimasa depan. Sekiranya Soo Hyun mangkat pada masa yang muda dan tiadanya putera yang boleh mengambil tugas kamu. Pada siapa negara boleh bergantung harap. Bonda mengerti yang kamu tidak suka akan tindakan bonda ini. Suka atau tidak, kau harus memikirkan ini demi masa depan negara."

Hujah panjang lebar Maharani menyebabkan Sehun menjadi sesak napas seketika. Dia merasa tertekan dengan keputusan Maharani yang sesuka hati. Memaksanya mencari selir lain demi mendapatkan anak bagi meneruskan kelangsungan survival Korea. Dari sudut yang lain, Sehun mengetahui dirinya lebih dari Maharani sendiri. DIA ADALAH PENYUKA SESAMA JENIS. Hakikat itu menyebabkan dirinya berada didalam dilema. Namun Sehun tidak menyebarkan berita itu, Jongin adalah satu-satunya manusia di istana ini yang mengetahui jati dirinya sebenar.

"Bonda, anakanda mempunyai satu permintaan, sekiranya bonda setuju maka anakanda akan berlapang dada menerima saranan bonda." Maharani mengenyitkan keningnya lalu mengangguk tanda meminta Sehun melanjutkan kata-katanya. "Aku memohon agar selepas ini, segala urusan berkaitan selir berada dibawah tanggungan ku. Aku ingin agar tradisi ini dihapuskan. Ianya akan menyebabkan pemerintah selepasku akan merasa terbeban sepertiku. Maafkan aku bonda." Maharani tersenyum lalu memberi keizinan untuk Sehun menguruskan sendiri masalah tentang hal peribadi Sehun.

Setelah Maharani keluar, Sehun terjelepuk diatas permaidani lalu menangis. Sehun jarang memperlihatkan emosinya seperti ini. Sehun berasa sedih kerana dirinya adalah pemimpin yang gagal dalam menangani urusan berkaitan dirinya. Selama 10 minit Sehun memikirkan apa yang ingin dilakukan. Segera Sehun teringat akan Luhan. Ya, Luhan yang sangat dicintainya. Sudah hampir 4 hari dia tidak bertemu Luhan. Sehun sedang memikirkan sebuah rancangan. Rancangan yang akan mengubah hidupnya dan Luhan pada masa akan datang.

Kamar Sehun

Pada waktu petang. Luhan sedang menuju ke istana besar. Sejak enam bulan yang lalu, ini adalah kali pertama dirinya menjejakkan kaki ke kawasan itu. Semakin menghampiri istana besar, jantung Luhan semakin berdegup kencang. Dia seolah-olah ingin melarikan diri. Dia hanya mengharapkan Sehan ada disampingnya. Sehan sudah berhari-hari tidak mengunjunginya. Itu membuatkan Luhan semakin galau. Kegalauan Luhan semakin tinggi apabila dia tiba disebuah kamar. Lelaki asing itu mengarahkan Luhan masuk. "Masuklah segera, Yang Mulia sedang menunggumu didalam.

Luhan masuk kedalam ruangan itu dengan berhati-hati. Matanya menerawang memerhatikan kamar yang besar dan rapi. Terdapat banyak perhiasan berukir emas dan permata. Badannya melangkah lebih jauh hingga dia melihat seorang lelaki yang sedang membelakangkan tubuhnya. Luhan ingin segera menuju ke arah lelaki itu. "Berhenti disitu." Arahan dari sang pemerintah menyebabkan Luhan segera berhenti. Lelaki itu menyambung, "Kau Luhan bukan, kekasih Sehan, tukang masakku." Informasi itu menyebabkan Luhan segera mengangkat kepalanya yang tunduk sedari tadi.

'Apa-apaan ini, mengapa Maharaja tahu hubunganku dengan Sehan.' Batin Luhan semakin gementar. Lelaki itu sudah memalingkan wajahnya, namun tabir menghalangi diri Luhan melihat sang pemerintah. Sang pemerintah melanjutkan kata-katanya. "Dengar sini Luhan, kau sudah melanggar perintah istana yang melarang adanya hubungan intim sesama hamba. Apatah lagi hubungan antara lelaki dan lelaki." Suara yang menggema itu membuatkan Luhan semakin kecut. "Oleh kerana kau sudah melanggar peraturan itu maka kau akan dihukum." Sang pemerintah segera mencabut pedangnya yang disisip kemas dipinggang lalu menyeru "Segeralah kau menunduk, aku akan membunuhmu disini." Luhan hanya mampu mengikuti arahan sambil terkumat-kamit menggumamkan kata-kata cinta kepada Sehan.

Luhan merasakan tapak kaki yang akan membawa maut ke atas dirinya semakin kuat. Dia memejamkan mata sambil menunggu libasan pedang. Suasana yang hening tiba-tiba dikejutkan dengan suara kekehan kecil. Luhan yang sedari tadi ketakutan merasa pelik lalu segera mengangkat kepalanya. Matanya melebar seiring dengan wajahnya yang seperti terlihat hantu. Dia menyebut satu nama "Sehan, kau…."