Peringatan:
Italic - Flashback/Memori
Ochobot sampai dalam beberapa saat dan terus menanya, "Apa terjadi?"
"Tak tahu. Petir tiba-tiba sampai di depan rumah lepas tu dia pengsan," jawab Tanah.
"Huh. Ingatannya sudah pulih," Ochobot beritahu.
"Macam mana?" tanya Angin.
"Entah lah. Dia tertukar ke mod biasa sebelum teringat balik kut. Tapi saya rasa Petir hanya perlu rehat dulu. Dia guna terlalu banyak tenaganya semalam."
"Biar Ochobot jaga dia," kata Tok Aba. "Awak berdua kena pergi sekolah dulu. Nanti lewat, tak pasal."
Ying mengeluh dan mengetuk meja berdekatan. "Angin. Jom balik."
Kawannya, yang sudah terlelap, bangkit dari kerusi. Di luar pagar sekolah, Tanah, Gopal dan Yaya sudah menunggu. "Jumpa esok, Ying." Angin melambai ke kawan baiknya yang lambai balik.
"Kerana Yaya dah Gopal nak singgah jumpa Petir, kita balik rumah dulu, lepas tu kita pergi kedai Tok Aba," Tanah beritahu Angin yang hanya mengangguk.
Tanah mengetuk pintu biliknya, berharap adiknya sudah bangun. "Petir?"
Pintu itu dibuka dengan perlahan dari dalam. "Apa?" tanya Petir.
"Yaya dan Gopal datang nak lawat."
Petir memasuk balik ke dalam, diikuti yang lain, lalu menduduk di kerusinya dan sambung menghabiskan kerja sekolahnya semalam.
Angin terus baring atas katilnya sambil Tanah dan Yaya mengambil dua lagi kerusi dan Gopal memilihi untuk duduk di lantai.
"Awak rasa macam mana?" tanya Tanah. Petir mengangkat bahu.
"Demam ke?" tanya Yaya dan sekali lagi Petir mengangkat bahu sebagai jawapan.
"Awak ni," mula Gopal. "Kalau demam, masa tu lah nak rehat, tak payah buat kerja sekolah."
"Ish. Mana boleh," tegur Yaya. "Tak eloklah main tanggung macam tu,"
"Boleh. Saya selalu buat"
Tanah mengabaikan pergaduhan antara Gopal dan Yaya. " Awak betul tak apa-apa?"
Petir hanya menjawab singkat, "Ya."
"Kalau ada masalah ceritalah."
"Nak pergi Kokotiam dengan kita?" Yaya tanya.
Petir memandang ke kawan dia, "Tak."
"Kenapa Abang Petir macam senyap saja tadi?" Angin memula perbualan sambil mereka berjalan ke kedai Tok Aba.
"Dia demam kut," cadang Yaya.
"Tak da lah. Petir tu memang tak cakap mana," kata Gopal
"Saya rasa dia penat," Tanah kata. Mereka sampai di Tok Aba's Kokotiam yang memang pun tak jauh dari rumah Tok Aba.
"Sampai pun awak berdua" Tok Aba menyapa mereka sebelum ternampak Yaya dan Gopal. "Atuk ingatkan awak keluar sekejap* tapi nampaknya, tak."
"Kita pergi singgah ke Petir sebentar tadi," jawab Tanah.
"Nak Special Hot Choclate satu," minta Gopal sebelum menanya Yaya, "Awak nak apa?"
"Coklat Tarik," jawab Yaya, mengambil tempat duduk di salah satu meja dan memulai membuat kerja sekolahnya. Di seberang meja, Angin mengambil satu kerusi dan juga mengeluarkan bukunya.
Tanah dan Angin memasuki bilik mereka dimana Petir sedang membaca buku cerita di atas katil. "Assalamu'alaikum," mereka menyapa.
"Wa'alaikumusalam," Petir menjawab, tanpa menurunkan bukunya.
"Angin pergi mandi dulu lepas tu solat," arah Tanah. Angin mengangguk lalu menuruti arahan abangnya. "Petir dah solat dah?"
Yang ditanya mengangguk.
'Apa yang tak kena dengan Petir hari ni,' pikir Tanah lalu memanjat tangga ke katil Petir dan duduk bersila.
Petir meletak bukunya dan mengangkat satu kening.
"Awak kenapa?" Tanah menanya.
"Tak da." Petir membalas tatapan abangnya.
"Ada. Apa yang mengacau pikiran Petir?" Tanah tunggu sebentar sebelum meneka, "Adudu?"
Petir akhirnya memandang ke lain. "Hm."
"Pasal tu tak pa, Abang dah maafkan Petir. Kan awak hilang ingatan."
"Bukan," Petir kata, mengingat kejadian sehari lepas. "Nampaknya kita dah tahu kelemahan kau."
Tanah mengerut dahinya. "Dah apa? Cuba cerita."
"Tak." Petir memandang tajam. "Letupkan semuanya!" "Ja-jangan!"
Tanah mengeluh dan terus memenukar topik. "Macam mana ingatan Petir pulih balik?"
"Angin."
Tanah mengangkat satu kening. "Angin?"
"Hm."
"Dah lepas tu Petir buat apa? Satu malam tak ada. Bila balik terus pingsan pula tu."
Petir memandang Tanah sebentar sebelum kembali membaca bukunya.
"Sudahlah. Tapi kalau Adik nak cerita bagitahu saja dekat Abang," lalu Tanah meninggal Petir.
Author's Notes:
* Tok Aba menekan kan "keluar sekejap" untuk meng-hint yang dia ingatkan Tanah dan Angin pergi lawan Adudu.
Chapter ni mungkin tak smooth sangat. Kalau tak faham sesuatu, tanya saja di review. Saya sendiri pun pening sikit tulis chapter ni.
Rasanya itu saja. Terima kasih untuk sudah meriview dan membaca. Harap chapter ini tak mengecewakan. Jumpa lagi di chapter depan!
